Utama Blog Laman 252

PrivitizeVPN – VPN Percuma Dari Team Piratebay?

1

OMG.. Piratebay rilis VPN?

Berita ini memang bukan salah di mata anda. Ia memang benar. Piratebay merilis VPN (versi PPTP CHAP v2 128-bit Encryption) yang berbentuk fail pemasang (.exe). Apa yang mengelirukan dan membuatkan saya bimbang ialah:

1. Adakah fail ini turut diselitkan dengan malware? Kalau menurut hasil imbasan dari Virus Total keputusan pengesanan ialah 4 / 43. Anda mahu mencuba untuk nilaikan sendiri?

2. Setelah saya selidik dan kaji serba-sedikit, PrivitizeVPN dari Piratebay ini adalah sama dengan Privitize VPN dari laman Privitize. Mana satu laman web rasmi? Laman web Privitize juga seperti ‘tidak siap’. Kesangsian dan curiga tak dapat ditangkis dan ditapis lagi. Ceh..

Komen saya? Kalau saya jadi anda, lebih baik saya gunakan alternatif lain yang lebih baik seperti FreeUploads VPN. Kenapa privasi dan keselamatan data itu penting? Anda cuba tonton video di bawah sehingga habis. Sendiri mau ingat aaa..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Rayman Jungle Run 1.1.8 APK

0

Rayman : Permainan ini sudah lama popular sejak zaman Nokia yang menggunakan sistem operasi Symbian. Kini masuk tahun 2012 kita melihat Rayman sudah ‘terbang’ masuk ke dalam dunia Android.

Kalau ikut pengalaman saya sendiri sepanjang memainkannya, memang ‘wow!’. Permainan ini sangat ‘smooth’, tanpa perlu paksaan dan kerja keras untuk CPU. Banyak cabaran yang boleh anda tempuh sendiri seperti Jump, Fly, Wall Run dan juga Punch. Tapi anda perlu ingat, Rayman bergerak dengan begitu pantas, jadi anda perlu berfikir dengan pantas juga. Kalau memori RAM dalam otak anda sudah tepu atau sudah mampat digunakan, eloklah pass permainan ini kepada adik anda. Ha ha.. jyeah..

Muat Turun :




Views: 5

Iklan Newspaper Inline

‘Hack’ Glu Mobile Credits (Cheat)

8

Salam.

Saya bukanlah seorang peminat permainan yang dibikin oleh Glu. Ini adalah kerana syarikat ini tampaknya seakan gemar membuat permainan, kemudian dalam setiap permainan ada ‘in-app purchase’, dan setiap permainan itu juga seperti ‘tidak habis’ dibangunkan. Tetapi meskipun begitu, ada antara permainannya yang menghiburkan, seperti Frontline Commando, Gears & Guts, Blood & Glory dan beberapa contoh lain.

Oleh kerana itu, saya mencari cara untuk mendapatkan Glu Credits secara percuma, kerana dengan menggunakan Glu Credits inilah anda akan dapat membeli atau menaik taraf apa jua dalam permainan anda itu. Kaedahnya mudah, cuba tonton dahulu video di bawah:



Anda boleh muat turun fail yang diperlukan seperti mana dalam video melalui pautan di bawah (Pilih salah satu):

P/S : Disebabkan video dah di-setkan kepada private, maka terpaksalah saya tuliskan tutorial (tengah malas ni. Sebab tu ‘terpaksa’..)

1. Anda cuma perlu buat satu folder dalam direktori sdcard/Android/data dengan nama com.glu.android.gwallet


2. Di dalamnya buat satu lagi folder dengan nama files.

3. Ekstrak kandungan gwallet.rar ke dalam folder files. Ini bererti —> sdcard/Android/data/com.glu.android.gwallet/files/.gwallet

4. Siap!

5. Sekarang cuba buka mana-mana permainan dari Glu. Kalau Glu Credits anda bertambah bererti cheat kita sudah berjaya. Heheh..

Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa

Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Aku lihat layu dalam Melayu – Malique

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 12.10 Beta 2 Dilepaskan

0

Distro Linux kegemaran ramai iaitu Ubuntu telah pun melepaskan versi 12.10 Beta 2 semalam. Berikut adalah video dari OMG! Ubuntu! yang menunjukkan pembaharuan di bawa dalam versi terbaru ini:



Antara pembaharuan yang boleh dilihat dengan jelas ialah penambahbaikan terhadap antaramuka Unity dengan versi terbaru iaitu 6.6.0. Selain animasi pada Unity, 2 Lens terbaru ditambah iaitu Amazon Shopping Lens dan juga Gwibber (Social Lens).

Untuk melihat dengan lebih jelas, anda boleh cuba sendiri dengan memuat turun Ubuntu 12.10 Beta 2. Anda disarankan untuk mencubanya pada virtual machine memandangkan versi ini masih belum cukup stabil untuk kegunaan harian.

Muat Turun : Ubuntu 12.10 Beta 2

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Beatbox 0.6 : Penambahan Fungsi dan Perubahan Visual

0

Saya merupakan peminat pemain muzik Beatbox. Ia merupakan pemain muzik lalai (default) untuk elementary OS Luna pada asalnya, namun atas sebab-sebab tertentu pembangun Beatbox memutuskan untuk ‘berpisah’ dari eos, dan atas sebab itu juga muncul Noise sebagai fork kepada Beatbox.

Apapun, pembangunan Beatbox tetap diteruskan, dan saya lebih gemarkan Beatbox digunakan pada elementary OS Luna atas sebab fungsi dan visualisasi yang telah ditambah serta diperbaiki. Dalam versi 0.6, Beatbox menampilkan antaramuka baru yang menarik.

Anda boleh bandingkan perbezaan yang dapat dilihat pada Beatbox dan Noise:

Beatbox 0.6

Noise 1.0

Jika anda perhatikan pada paparan skrin di atas, apa yang membuat saya sukakan Beatbox ialah jika anda disambungkan kepada talian internet, ia akan mendapatkan lirik bagi setiap lagu yang kita mainkan. Ciri ini amat memudahkan! Tidak perlu ‘Google’ lagi bagi mencari sesuatu lirik untuk lagu yang disukai.

Ya, mungkin ada antara album yang tidak berjaya diperoleh liriknya, tetapi untuk album popular major yang lain kesemua lirik cuma menunggu anda untuk tekan butang ‘Play’ dan butang berlogo huruf ‘i’ sahaja (lihat paparan skrin di bawah pada bahagian yang di-highlight). Selain itu, sedikit info mengenai artis juga terpapar apabila anda memainkan lagunya:

Ah, cakap banyak tak guna kalau anda tak mencuba! Saya berehat bagi PPA, biar anda ambil alih (macam lirik lagu Malique pula) :

sudo add-apt-repository ppa:sgringwe/beatbox 

sudo apt-get update 

sudo apt-get install beatbox

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Dead Space 1.1.39 Offline APK/SD Data

0

Android sememangnya mempunyai banyak permainan yang menarik seperti Dead Trigger, Shadowgun, Riptide GP, Shine Runner, Nova 3 dan sebagainya lagi. Pilihan-pilihan yang ada membuatkan kita rasa seperti tidak cukup jumlah memori yang diberikan.

Jika dahulu zaman telefon canggih Nokia menguasai pasaran di Malaysia, 8GB dirasakan sudah cukup gah, cukup mewah. Sekarang kalau dihulur telefon bimbit dengan memori 8GB, garu kepala dibuatnya kerana sudah jangka pasti tidak dapat memenuhi cita rasa diri.

Hari ini saya menulis lagi mengenai permainan yang saya sedang mainkan. Bosan kalau main seorang, jadi saya putuskan untuk pos di sini. Dead Space rilisan dari syarikat permainan yang sudah kukuh iaitu EA. Pertama kali memainkannya membuat saya terperanjat besar. Ya, ia penuh dengan kejutan yang menakutkan.



Kalau anda jenis mudah terkejut dan mempunyai penyakit lemah jantung, anda disarankan duduk diam-diam di tepi dinding sambil lihat adik anda memainkannya. Tapi kalau anda sudi ambil risiko, nak kan lebih mencabar ikut saranan dari permainan ini iaitu gunakan headphone berdefinisi tinggi untuk merasai suasana seram-sejuk-dingin-beku.

Download APK:

1. Dead Space 1.1.39 Online APK
2. Dead Space 1.1.39 Offline APK

Download SD Data:

com.ea.deadspace_row (/sdcard/Android/data)

Anda perlu memasang fail apk ‘online’ terlebih dahulu, jalankan permainan ini secara dalam talian (untuk permulaan). Kemudian anda boleh tutup WiFi atau data mobil, dan seterusnya pasang apk versi ‘offline’ pula. Kerja anda sudah dipermudahkan kerana saya kongsikan sekali fail SD Data jadi anda tidak perlu muat turun lagi.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Kamen Rider Wizard Episode 4 Download

0

Apakah cabaran baru yang bakal dihadapi oleh Kamen Rider Wizard dalam episod kali ini? Mari kita sama-sama saksikan.

Download : Kamen Rider Wizard Episode 4 SD



Mr.Hac/Dr.Freddy : Pantang kalah, Bangun bila jatuh, Kalau patah sayap bertongkatkan paruh.

Thanks to Overtime!

Views: 11

Iklan Newspaper Inline

Menggunakan VPN FreeUploads Pada Linux

0

Saya merupakan peminat nombor satu OpenVPN. Mana-mana servis VPN yang menggunakan protokol ini akan saya cari, saya tangkap, saya pancung, saya… eh.. apa hal jadi macam Pak Engku ‘Perangi Sihir’ pulak ni..

Ok. Ini termasuklah servis VPN dari laman FreeUploads (freeuploads.fr). Servisnya menggunakan kaedah OpenVPN dan untuk pelan percuma, anda akan diberikan dengan IP dari Perancis. Pada waktu dan ketika ini, saya sedang menggunakan VPN ini pada sistem operasi Linux, iaitu elementary OS Luna. Saya suka dengan servis ini kerana selain percuma, ia tidak mengehadkan jumlah bandwidth yang anda boleh gunakan (unlimited).

Berikut adalah paparan dari laman What Is My IP Address?, yang saya gunakan untuk memeriksa status alamat IP setelah sambungan internet berjaya dihubungkan kepada servis ini:

Kaedah menggunakannya pula tidaklah susah. Saya pernah menulis entri mengenai cara menggunakan OpenVPN pada Linux (khususnya Ubuntu serta derivatifnya), dan meskipun entri itu telah lama, tetapi ia masih lagi berfungsi seperti mana lazimnya.

Anda boleh ikuti kaedah menggunakan OpenVPN pada pautan ini : OpenVPN GUI Untuk Ubuntu : Kaedah Membuat Tetapan

Secara amnya, anda perlu mendaftar di FreeUploads dan muat turun fail yang diperlukan untuk tetapan OpenVPN.

Langkah seterusnya adalah sama seperti tutorial yang telah saya tuliskan. Setelah anda berjaya disambungkan/dihubungkan kepada servis ini, anda boleh semak alamat IP anda di Apakah IP Saya?.




Happy surfing!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

SecurityKISS Tunnel Jadeite 3 Bulan Free

0

Assalamualaikum para pelawat OMG!!hackers..dengar ja SecurityKiss ingat VPN free..Vpn securityKiss ada yang free ada yang premium…

Apa ciri-ciri securityKiss premuim:

With SecurityKISS Tunnel Jadeite, you can:
#Watch US/UK TV abroad..
#Bypass censorship..
#Unblock Skype..
#Access online games..
#Hide your IP address..
#Protect your identity..
#Secure WiFi connection..
#Stay safe during travel..

Macam mana SecurityKISS berfungsi..

Giveaway:
Mula kita pergi ke laman promosi..tapi kena register dulu baru dapat tengok link..HERE

P/S:This giveaway will end Sept 23rd 2012 at 24:00 GMT(cepat-cepat la,sebelum anda menyesal)

Views: 1

Iklan Newspaper Inline