Utama Blog Laman 249

Kamen Rider Wizard Episode 8 Download

0

Tuuu dia! Muncul dah Kamen Rider Wizard episod ke-8. Dalam kusut hati ini bertanya sama ada hendak menulis lagi atau tidak, Over-Time kata tulis sikit lagi lah!

Kalau tiada aral, akan ada lagi penulisan dari saya, tak kiralah bab tutorial dalam skop IT atau entri muat turun seperti ini. Kalau datang aral, yang lain jangan ikut berhenti pula ya.
Dalam senario kini, apa yang saya lihat Ubuntu tampil semakin elegan, cuma saya tidak gemar kepada beberapa hal berbangkit yang nampaknya masih lagi tidak mendapat perhatian secukupnya. Ambil contoh paling mudah, dalam bab kelajuan sistem operasi itu sendiri.
Bukan hendak menangkan Windows 8, tetapi sesiapa saja yang dah cuba pasti tahu meskipun Windows 8 didatangkan dengan Metro UI, yang lebih sesuai digandingkan dengan tablet/telefon pintar, tetapi bab prestasi memang saya tak dapat bohong. Rakan saya yang menggunakan PC dengan Pentium 4 pun masih mampu menjalankan Windows 8 dengan baik.
Apa yang saya lihat Ubuntu 12.10 sememangnya cemerlang, cuma masih terdapat isu flickering pada bar menu Unity dan tak lupa juga bab kelajuan. Kalau dikenang kembali dari versi Ubuntu 10.10, seingat saya versi itulah terakhir yang paling ‘ringan’. Masuk saja versi Natty si Ikan (paus?), Ubuntu sudah mula mahu jadi ranggi dan ‘stylo’.
Ahhh. Lupakan! Pendek cerita buat yang dah mencuba Ubuntu 12.10, jangan lupa tuliskan sedikit reviu anda di sini. Saya tinggalkan anda dengan persoalan, saya biarkan Kamen Rider Wizard ambil alih entri ini!

Muat Turun :

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu Tweak 0.8.1 Dirilis : Pembangunan Diteruskan

0

Pada 19 Oktober 2012, pembangun Ubuntu Tweak (UT) iaitu Tualatrix Chou, telah mengumumkan bahawa beliau akan menghentikan pembangunan UT untuk selamanya. Tidak pasti atas dasar apa kekecewaan beliau sehingga membuat keputusan seperti itu, tetapi anda boleh baca sendiri nukilan beliau di blog UT.

Namun tidak lama beliau memendam rasa, atas semangat dan dorongan yang ditunjukkan oleh para pengguna UT, terbaru beliau mengumumkan akan rilisan versi 0.8.1, serta pembangunan UT akan diteruskan kesinambungannya.

Anda boleh baca sendiri nota rilis untuk versi 0.8.1, tetapi suka untuk saya sebutkan disini yang saya sukakan kepada ciri baru yang ada pada UT iaitu Love Wallpaper HD:

Muat turun Ubuntu Tweak 0.8.1 : deb installer

atau gunakan PPA:

sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa

sudo apt-get update

sudo apt-get install ubuntu-tweak

Mr.Hac @ Dr.Freddy : Tualatrix perlukan ‘motivasi’ untuk terus membangunkan Ubuntu Tweak. Nampaknya aku pun sama.. (dah mula kurang motivasi untuk menulis)

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kaedah Memasang CloudFlare

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah penulisan sebelum ini menerangkan tentang kepentingan memasang CloudFlare pada laman anda. Kini,tibalah masa untuk mengetahui kaedah pemasangan CloudFlare pada laman anda pula. Kaedah pemasangan CloudFlare tidaklah sesukar mana. Mungkin dulu Ya! Tapi,sekarang segalanya semakin mudah sehinggakan membuang air pun semakin mudah. Pernah tengok filem Allahyarham Tengku Zakaria Tengku Nyak Puteh atau lebih dikenali dengan nama P.Ramlee. Jika tidak silap dalam filem Bujang Lapok. Masa zaman itu,tandas pun perlu beratur untuk digunakan. Selepas itu,najis disimpan di tempat yang disediakan. Bukan terus mengalir ke tangki kumbahan seperti kemudahan sekarang ini. Pukul 12 malam datanglah orang yang berkerja sebagai tukang angkat najis datang untuk membersihkan sisa buangan pada tandas tersebut. Bukan untuk dibuat baja organik. Mungkin geli pada pandangan mata seseorang tapi itulah sebaik pekerjaan. Memang tiada kena mengena dengan topik penulisan. Tapi,macam biasa sebelum memulakan topik perbincangan pasti akan ada sesuatu perkara yang perlu diambil kira oleh masyarakat kini bagi menempuh arus kemodenan yang pesat.

Kaedah memasang CloudFlare sungguh mudah seperti mengingati semula pelajaran sekolah rendah. Dengan subjek asas seperti tambah,tolak,darab dan bahagi dan hanya sedikit kefahaman dan ilmu didada bakal memudahkan lagi kaedah pemasangan CloudFlare ini. Jadi,kita teruskan sahaja kepada topik perbincangan kita kali ini. Tapi,sebelum itu seperti yang dikatakan oleh penulis berkenaan hosting Runhosting.com  tentang server runhosting.com sedikit lambat. Sebenarnya,masih terdapat kelebihan pada runhosting.com ini. Apakah kelebihannya? Kelebihannya terletak pada Trouble Ticket/Kaunter Pertanyaan/Kaunter Permasalahan. Apa yang menarik perhatian penulis ialah tidak sampai 15 minit pertanyaan yang diajukan oleh penulis,dengan segera jawapan bagi permasalah penulis diberikan oleh pihak penyedia. Betapa hebatnya,terasa diri ini seperti pengguna premium. Jadi fikirkan kembali,ada cara untuk mempercepatkan ‘loading’ laman anda seperti menggunakan CloudFlare CDN,jika menggunakan WordPress ada berlambak plugin yang mampu mempercepatkan proses memuatkan laman anda. Anda fikirkan?


Kaedah Pemasangan CloudFlare.


1. Lakukanlah pendaftaran pada laman CloudFlare disini.

2. Masukkan alamat laman anda pada ruangan yang disediakan dan klik add website.



3. Tunggu selama 30 saat untuk CloudFlare mencari DNS yang sesuai untuk anda dan klik ‘Continue’.

4. Tandakan yang mana penting. Klik gambar “awan”.

5. Pilih mana-mana item mengikut kehendak anda. Bermula dengan harga (pilih saja yang percuma pun sudah mencukupi),Perfomance dan security (baca dan pilih yang mana baik bagi anda).

6. Jika anda menggunakan domain berbayar yang semuanya dilakukan oleh pusat penyedia perkhidmatan bagi domain anda. Hubungi mereka untuk memberitahu kepada mereka supaya menambah DNS baru daripada CloudFlare. Jika anda menggunakan domain percuma (dot.tk atau lain-lain) dan segalanya diatur oleh anda ikuti langkah dibawah.

Log masuk ke laman domain anda untuk menambah ‘nameservers’ kepunyaan CloudFlare. Jika anda menggunakan domain dot.tk klik disini.
Klik Modify.

Tambahkan ‘nameservers’ kepunyaan CloudFlare dan klik Save Change.
Kembali ke laman CloudFlare dan klik I’ve updated my nameservers,continue.
Ucapan tahniah dilontarkan oleh pihak CloudFlare. Selesai pemasangan,tunggulah sehingga tahap maksimum 24 jam untuk pihak CloudFlare menjalankan tugas mereka.Tapi,jika anda pengguna WordPress masih belum selesai lagi pemasangan CloudFlare pada laman anda. Walaupun ini hanya sebuah pilihan untuk anda. Tapi,alangkah baik kita laksanakannya.
Klik WordPress Plugin pada ruangan ‘Optional’ seperti gambar di atas.
– Muat turun plugin tersebut dan muat naik ke laman anda. Melalui kaedah sebelum ini yang diajarkan oleh penulis.
7. Log masuk ke laman wordpress anda dan setelah selesai memuat naik plugin CloudFlare. Klik plugin tersebut pada ruangan Plugins,CloudFlare,skrol ke bawah dan cari CloudFlare API key pada laman CloudFlare. Untuk mendapatkan API key klik Get this? Rujuk gambar.

Selesai sudah.
Sekian,Assalamualaikum.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 12.10 Dirilis!

0

Pagi ini, sebaik celik mata dan buka komputer saja, tiada laman web lain yang dituju melainkan laman rasmi Ubuntu. Perkara pertama yang saya lihat selepas menekan tombol muat turun ialah paparan kontribusi ini:

Tampaknya Ubuntu 12.10 dan Unity semakin matang. Pembangunan pesat selama 6 bulan tidak sia-sia. Berikut adalah 10 ciri terbaik Ubuntu 12.10:

video dikredit kepada OMG! Ubuntu!

Seperti biasa, jika anda mahu meninjau terlebih dahulu Ubuntu 12.10 secara atas talian, anda boleh lawati pautan ini : Ubuntu Online Demo

Jika anda tidak sabar dan mahu terus muat turun, sila ke pautan di sebelah : Download Ubuntu

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

flareGet : Download Manager Terbaik Untuk Ubuntu, Menyamai IDM

0

Pencarian untuk mengantikan sepenuhnya perisian IDM untuk Ubuntu tidak pernah mengenal erti buntu. Kini apabila terjumpa dengan flareGet, pencarian seakan terhenti. Masakan tidak, bukan sahaja reka bentuk (design) seakan IDM, bahkan fungsi dan kelakuannya juga seakan IDM.

Lihatkan saja rupanya, kelajuan muat turun yang mampu dicapai olehnya, rasa seakan tak perlu menggunakan IDM dalam Windows untuk muat turun fail lagi!

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas:

flareGet telah dicipta oleh Syed Adnan Kamili, pelajar dari National Institute of Technology, Hamirpur, India dalam jurusan Computer Science Engineering. Setakat ini, saya masih belum menemukan cara yang terbaik untuk mengintegrasikan flareGet dengan Google Chrome.

Namun untuk Firefox, addon FlashGot mencukupi untuk melakukan tugas tersebut.

Anda boleh muat turun flareGet melalui laman web rasminya di sini : flareGet

P/S: Sila ambil perhatian. Perisian ini masih lagi dalam fasa Beta. Oleh itu boleh terdapat bugs yang akan menyukarkan anda. Jadi gunakanlah secara berhemah. Suka untuk saya ingatkan Advance Browser Integration (ABI) untuk flareGet sebenarnya masih dalam peringkat pembangunan. Sebaik sahaja ia dirilis, flareGet masih kekal percuma, hanya ABI sahaja yang akan dikenakan bayaran. Jadi sesiapa yang dapat integrasikan flareGet dengan Chrome, jangan lupa kongsikan disini!

Boleh tahan juga flareGet ni!

Mr.Hac @ Dr. Freddy : Saat ini ku lihat ramai anak muda yang berpusu-pusu merebut peluang menyertai pertandingan hiburan, aktiviti nyanyian. Sampai sanggup tahan dimaki, air mata mengalir asalkan mendapat tempat, kan? Aneh sekali. Media pula mengangkat individu yang entah dari mana, secara tiba-tiba menjadi pengacara. Eh, kau siapa? Oh ya aku lupa, kau punya ramai soldadu siber, dan kau punya sedikit paras-rupa. Hanya kerana itukah? Ya lah!
Saat ini juga aku lihat ramai yang menggunakan tablet atau telefon pintar tak ubah laksana beruk yang pertama kali mendapat bunga. Dibawa ke sana kemari, skrinnya diseret dengan jari, dimana ada WiFi percuma disitu ada pengguna tablet tak kira berteman atau bersendiri. Ya itu sahajalah yang kau tahu lakukan! Itukan barang teknologi, harus tahu pakai bukan hanya tahu beli, kemudian tayang sana-sini. Ah, aku seorang sajakah yang nampak benda ni…

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Kamen Rider Wizard Episode 7 Download

0

Terima kasih saya ucapkan buat semua pembaca yang telah membeli e-book Penjelajahan Astral : Suatu Pengalaman Yang Luar Biasa Hebat!. Jualan masih lagi dibuka dan buat yang hendak membeli sila gunakan ruangan Hubungi Admin. Sambutan yang anda berikan menguatkan lagi semangat saya untuk terus berkarya.

Minggu ini Kamen Rider Wizard agak lewat dirilis oleh Over-Time. Entah kenapa. Apapun jom layan dulu episod ke 7:

Kamen Rider Wizard Episode 7 SD

Harap-harap 180upload tak ‘bungkus’ kain baju dan gulung tikar macam Freeuploads.fr dan Minus.com!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Minus.com dan Freeuploads.fr Sudah ‘Bungkus’?

0

Beberapa lama dulu saya ada menulis mengenai laman perkongsian fail berkonsep awan iaitu Minus.com. Saya amat sukakan laman ini dan saya rasa ia adalah yang terbaik dalam kelasnya. Namun tak semestinya hari yang cerah akan kekal cerah. Tiba-tiba hujan dan awan kelabu… eh.. bermadah pula..

Minus.com kini dalam status yang bagi saya adalah keadaan ‘menyedihkan’ bagi peminat laman perkongsian fail berkonsepkan awan. Berikut adalah petikan e-mel dari pengasasnya, setelah beliau membalas e-mel saya ekoran laman Minus.com kini tidak lagi boleh memuat naik fail-fail bersaiz besar:

Belum cukup dengan berita itu? ya, Freeuploads.fr juga kini ‘menghilang’. Tidak pasti kenapa, tiada sebarang status atau berita, entah kenapa, tiba-tiba lesap begitu saja. Freeuploads.fr juga adalah salah satu laman kegemaran, dan laman harapan saya sesudah Mediafire mula menunjukkan ‘sikap’ yang menjengkelkan.

Tetapi nasib laman ini juga samar-samar. Adakah ia benar-benar sudah lenyap? Masih adakah laman perkongsian fail yang ‘boleh diharap’?

Adakah anda punyai alternatif kepada kedua-dua laman ini? Sila kongsikan dalam ruangan komen.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

elementary OS Luna Beta 1 Semakin Menghampiri Tarikh Rilisan

0

Saban hari saya menanti bilakah waktunya elementary OS Luna versi Beta yang pertama akan dirilis, akhirnya waktu itu bakal ketemu juga dalam tempoh terdekat ini. Buktinya apabila laman untuk muat turun elementary OS Jupiter telah diturunkan dan digantikan dengan papan tanda kenyataan berikut:

Jupiter kini menjadi sejarah terbaik dalam versi rilisan dari Team Elementary. Bayangkan ia dibina berasaskan Ubuntu 10.10, sudah lebih dari setahun pembangunan elementary OS Luna berjalan, dan selama itu jugalah Jupiter memberikan baktinya sehinggalah kemaskini terakhir dilepaskan.

Buat masa ini saya masih lagi pengguna setia elementary OS Luna Daily Build yang mana saya rasakan cukup stabil, cukup pantas, dan cukup hebat. Meskipun spesifikasi netbook saya agak ketinggalan, Luna dapat dijalankan dengan baik, lancar, serta kurang bugs yang menjengkelkan.

Sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya dari pembangun elementary OS Luna.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tips/Trik Upload Plugin Dan Tema WordPress.

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semakin hari semakin bertambah bersemangat untuk penulis menulis disini. Bukan hanya disebabkan trafik yang semakin meningkat,tapi disebabkan minat pengunjung dan maklum balas positif yang diberikan oleh pengunjung. Sebelum kita memulakan kembali dengan penulisan tentang menjaga keselamatan WordPress. Kita berhenti untuk rehat seketika dan tambahkan sedikit pengetahuan tentang Worpress. Tapi sebelum memulakan tutorial penulis dengan berasa dukacitanya memaklumkan bahawa 2freehosting.com bukan lagi menjadi pilihan penulis. Ini semua terjadi kerana atas beberapa sebab. Antaranya sebab perubahan file manager atau browsers ftp yang berubah kepada eXtplorer. Huh. Hilang semangat  ber-blogging bila 2freehosting menukar kepada file manager ini. Sebab eXtplorer ini lambat untuk memuatkan seluruh kandungan dalam file manager tersebut. Betul kata Damasutra,indah bukan rupa….. Kalau setakat cantik tapi tidak memuskan pengguna tak juga juga. Siapa setuju? Tapi,sebagai pengguna percuma penulis redho dengan semua yang telah ditetapkan oleh pusat perkhidmatan.

Tapi,sebagai seorang yang mempunyai jati diri penulis terus berusaha mencari hosting percuma baru. Akhirnya ketemu juga. Hosting tersebut ialah Runhosting.com. Setelah mencari jalan penyelesaian tentang cara penggunaan dan membuat beberapa penyelidikan. Penulis berasa berpuas hati,sebab apa? Kerana segala perkara dilakukan dengan cara manual seperti menggunakan perisian FileZilla. Bukan itu sahaja file manager yang digunakan pun kelihatan lebih laju berbanding eXtplorer. Runhosting menggunakan file manager AjaXplorer. Dengan antaramuka yang cantik dan ringkas membuatkan hati penulis tersentak dan melupakan kisah lama bersama 2freehosting.com. Tapi dalam kelebihannya,masih ada kekurangan dari segi ruang dan jalur lebar. Pengguna percuma hanya diberikan 250MB ruang dan 5GB bandwidth. Tapi,cari punya cari lagi akhirnya hati penulis berasa berkenan dengan satu lagi free hosting yang menyerupai runhosting.com. Hosting tersebut beralamat Agilityhoster.com. Diberikan 1000MB ruang penyimpanan dan 5GB jalur lebar itu sudah memadai. Tapi untuk apa semua ini,penulis akan jadi penulis tetap disini jika Dr.Freddy benarkan. Jadi,agilityhoster.com hanya tersimpan di dalam bookmark penulis. Harap tiada masalah bila nak buat tutorial tentang CloudFlare nanti. Tapi,runhosting juga menjadi masalah kepada penulis kerana kelajuan server mereka tidaklah seperti 2freehosting. Makin bertambah kusut. Harap CloudFlare dapat membantu.

Cukuplah sampai disitu luahan hati penulis. Kita teruskan kepada tujuan kita iaitu kaedah memuat naik plugin dan tema wordpress. Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk memuatnaik plugin/tema wordpress ke hosting. Tapi,untuk tutorial kali ini hanya dua kaedah sahaja yang akan ditunjukkan iaitu cara manual yakni menggunakan perisian FileZilla dan kaedah automatik yakni menggunakan wordpress itu sendiri.

Langkah-langkah memasang plugin.


1. Muat turun perisian FileZilla jika tiada disini.


2. Pasang dan jalankan perisian FileZilla. Untuk tutorial kali ini penulis menggunakan Linux. Jadi,kawasan pencarian perisian mungkin berbeza tapi caranya masih lagi sama. Masukkan MySQL Host,Username,Password dan port lalai 21. Anda boleh dapatkan di hosting anda. Jika anda menggunakan Runhosting seperti penulis,anda boleh dapatkan di Hosting Tools,FTP Manager dan FTP Information.

3. Anda boleh dapatkan plugin di laman wordpress disini atau dimana-mana laman yang membekalkan plugin secara percuma mahupun berbayar. Yang penting anda perlu yakin plugin tersebut tidak akan memberi masalah kepada anda. Begitu juga dengan tema,anda boleh dapatkan di laman rasmi wordpress disini. Jangan anda pasang sembarangan tema pada laman anda,penggodam atau orang cerdik pandai sudah merubah skrip tema tersebut jadi senang untuk mereka menceroboh laman anda. Jangan percaya pada laman yang membekalkan tema premium secara percuma kecuali laman tersebut memang ramai pengunjung dan buatlah sedikit ‘research’ sebelum menggunakan tema tersebut.

4. Setelah anda selesai mengakses hosting anda dengan perisian filezilla. Ikuti langkah-langkah dibawah. Tapi,sebelum itu ‘extract’ fail plugin atau tema yang anda muat turun tadi. Penulisan ini hanya menunjukkan cara memuatnaik dan memasang tema sahaja. Untuk plugin anda boleh gunakan cara yang sama. Hanya ada beberapa perubahan sahaja.

5. Selepas anda login ke ftp manager anda. Di bahagian kiri,cari fail/folder plugin atau tema yang anda extract tadi. Untuk bahagian kanan pula pilih folder wp-content,folder plugins untuk plugin dan folder themes untuk tema. Muat naik segala fail yang terdapat dalam folder tema atau plugin tersebut. Untuk tutorial ini penulis memuat naik tema uridimmu.

Pastikan tiada satu error atau masalah semasa memuat naik fail tema atau plugin.

6. Log masuk ke laman wordpress anda.

7. Pilih Appearance,Themes dan klik tema yang dimuat naik tadi untuk mengaktifkannya. (uridimmu). Untuk Plugin klik Plugins dan aktifkan disana.

8. Selesai bahagian manual sekarang kita ke bahagian automatik pula.

Kaedah memuat naik tema dan plugin secara automatik.


1. Log masuk ke laman anda. Secara lalai di alamat domainanda.com/wp-admin/

Untuk Tema.
Pilih Appearance,Themes,Install Themes,Upload dan muat naiklah fail .zip tema wordpress anda. Cepat dan ringkas. Terpulang kepada anda untuk memilih cara manual ataupun auto. Semuanya terletak di tangan anda.

Ini bukan najis.

Untuk Plugin.
Pilih Plugins,Add New,Upload dan muat naiklah fail .zip plugin anda.

Nampak betapa senangnya. Semudah A.B.C…. Perlukan sedikit kemahiran je.

SekianAssalamualaikum.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

OpenDNS: Sekuriti Alam Maya Terbaik.

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru-baru ini ada seorang sahabat yang minta pendapat tentang Google Public DNS dan OpenDNS yang mana lagi bagus. Penulis jawab komen tersebut dengan mengatakan Google Public DNS lebih kepada kelajuan dan OpenDNS lebih kepada penjagaan sekuriti/keselamatan. Adakah anda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh penulis? Jika anda tidak bersetuju berikan jawapan anda serta hujah kepada jawapan anda di ruangan komen/kritik di bawah.

Entri kali ini bukan untuk membuat perbandingan antara Google Public DNS dengan OpenDNS. Tetapi untuk menerangkan/menceritakan/menjelaskan tentang kelebihan menggunakan OpenDNS untuk menjaga keselamatan semasa belayar di alam maya. OpenDNS jika digabungkan dengan VPN (Virtual Private Network) pasti menambahkan keselamatan di dunia maya ini. Jika menggunakan OpenDNS sahaja tidak cukup kerana IP (Internet Protocol) anda masih bertebaran dan memudahkan mereka yang pakar/berilmu menceroboh sistem anda dan seterusnya meletakkan anda selaku mangsa kegiatannya. Memang tiada satu ciptaan manusia pun yang betul-betul hebat lagi sempurna. Tetapi ikhtiar itu lebih bagus daripada berdoa tanpa usaha. Dan alang-alang menceritakan tentang doa dan usaha ni,satu teori mengenai duit telah dipecahkan. Mengapakan duit dan kejayaan/kecemerlangan sering dikaitkan antara satu sama lain. Tahukan anda apakah yang tersembunyi disebalik perkataan DUIT itu. Biar penulis jelaskan D untuk Doa,U untuk Usaha,I untuk Ikhtiar dan T untuk Tawakal. Dan apabila kita Berdoa tanpa Usaha umpama ikan yang mati di dalam sungai yang mengalir deras. Ikhtiar itu pula ialah sikap ingin berusaha untuk menentang arus yang deras supaya bebas daripada sebarang keraguan dan Tawakal pula ialah selepas kita berhempas pula ialah merentasi arus sungai yang deras jika tidak boleh maka tidak bolehlah,mungkin selepas ikan itu merentasi arus sungai yang deras itu akan ada banyak manfaatnya. Tapi disebabkan usaha untuk membebaskan diri daripada arus deras itu,Allah SWT balikkan yang sebelum ini arus deras sungai itu dihuni oleh ikan besar yang memakan ikan kecil,Allah balikkan manfaat kepada ikan tersebut. Mengapakah orang yang berjaya mencari DUIT? Ini adalah cara untuk memanjangkan penulisan kali ini. Rata-rata pengguna jika terpandang penulisan yang panjang pasti akan di ‘bookmark’ nya dahulu.

Teruskan kepada penulisan kita. Segala perkara penting yang ditulis selepas ini diambil daripada laman opendns.com disini lalu diubah kepada bahasa Malaysia dan InsyaAllah akan memudahkan pengunjung dari Seantero Asia Tenggara. (Lingua Franca).

1. Untuk lebih penjagaan keselamatan,anda perlu mendaftar sebagai ahli supaya anda dapat mengatur laman yang boleh merosakkan komputer anda. Daftar disini.

2. Selepas mendaftar anda akan diberikan tiga pilihan untuk sekuriti.

  • Computer
  • Router
  • DNS Server (letak tepi)
Sekiranya anda hanya mahukan komputer anda sahaja yang berada dalam keselamatan pilihlah computer. Sekiranya anda mahukan internet anda berada dalam keselamatan pilihlah router. Paling baik router kerana anda telah menyelamatkan rakan anda daripada mengunjungi laman yang tidak sepatutnya seperti laman porno,laman phishing,laman mengutuk. Tapi,perlu diingat sejauh manakah tahap sekuriti ini  bergantung sejauh mana anda mengatur untuk mengelak daripada laman tersebut dikunjungi oleh pihak yang bertanggungjawab. Jangan lupa untuk masukkan nameserver OpenDNS iaitu 208.67.222.222 dan 208.67.220.220

Selepas anda berjaya mengatur pada router/modem anda. Pada setiap akhir kaedah pemasangan akan terpancar kalimat: Klik kalimat tersebut untuk memeriksa adakah anda berjaya memasang ataupun tidak

Jika berjaya keluar pula gambar ini. Selepas itu klik OpenDNS Dashboard untuk membuat pengaturan.

Jangan lupa untuk melakukan pengesahan pendaftara pada e-mel anda. Pilih berapa banyak IP yang boleh diselamatkan. Dan klik ADD THIS NETWORK.

Setelah selesai membuat pilihan. Jadi aturlah sejauh mana tahap sekuriti yang anda mahukan.

Anda masih belum mengetahui kelebihan OpenDNS selain daripada menjaga keselamatan belayar di alam maya.

1. Kelajuan mungkin bertambah sedikit.
2. Selebihnya disini.

Sekian,Assalamualaikum.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline