Utama Blog Laman 244

Pemain Muzik Ringkas Untuk Linux Mint/Ubuntu

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar? Harap sihat sejahtera lagi bertenaga untuk memulakan hari-hari yang sentiasa inginkan pembaharuan. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Hari ini penulis ingin berkongsi tentang satu pemain muzik/pemain audio yang ringkas sesuai untuk anda yang tidak ingin fikirkan tentang kekusutan dan untuk anda yang sedang berada dalam kesesakan pemikiran. Pemain muzik ini hanya dikhaskan untuk sistem pengeroperasian (sistem operasi) Linux sahaja. Tapi selaku pengguna Linux Mint. Penulis khususkan entri ini untuk Linux Mint tapi dalam masa yang sama penulis kongsikan juga untuk pengguna Ubuntu dan pelbagai lagi distro linux. Ini kerana fail muat turun yang terdapat pada laman rasmi pemain muzik ini adalah bersifat pelbagai seperti .deb,.tar.gz,.rpm dan macam-macam format pemasangan.

DeaDBeeF dengan kata pasarannya,Ultimate Music Player For GNU/Linux merupakan pemain muzik yang ringkas dan tidak memerlukan sebarang tetapan untuk menggunakannya. Jika sebelum ini anda menggunakan pemain audio Rhythmbox yang agak bersepah,kini tidak lagi. DeaDBeeF menyokong beberapa format audio seperti mp3,ogg vorbis,flac,ape,wv,wav dan berbagai lagi format audio. Dalam beberapa format audio ini,hanya format mp3 je yang mesra dengan penulis. Pada bulan 10 baru-baru ini DeaDBeeF telah merilis versi 0.5.6. Pada versi ini anda akan dapati ada berpuluh perkara telah dibaiki untuk mencapai tahap kestabilan.

DeaDBeeF juga ada menyediakan pemain muzik untuk platform android. Anda boleh mendapatkannya [disini]. Penulis tidak mencuba pada platform Android kerana penulis bukanlah pengguna Android. Tetapi penulis akan sertakan beberapa keping gambar yang penulis dapat daripada Google Play [disini]. Untuk versi Android,pemain muzik ini tidaklah semeriah seperti di sistem operasi Linux. Mereka hanya mengekalkan tampilan yang ringkas dah mudah sahaja. Tapi,itu sudah cukup bagus untuk anda yang gemar dengan tampilan yang ringkas tapi kemas. Sementara itu,untuk pengetahuan anda pemain muzik ini dibina oleh warga Rusia iaitu Alexey Yakovenko. Kredit sepenuhnya kepada beliau kerana mencipta pemain muzik ini yang secara tidak langsung berjaya menambat hati penulis untuk menggunakan pemain muzik ini secara lalai pada distro Linux Mint ini. Apabila beliau mengatakan bahawa “There are no Windows, OSX or iOS versions though, sorry for that” pada ruangan About pada laman rasmi DeaDBeeF. Harap beliau akan berubah fikiran pada masa akan datang. Jika di sistem operasi Windows,kita ada Winamp yang begitu popular di kalangan pengguna Windows kerana sistem bunyinya yang hebat. Tidak kurang hebat juga pemain muzik DeaDBeef ini. Sudahlah memiliki tampilan yang ringkas dan juga memiliki ciri-ciri pemain muzik yang lengkap. Rugi tidak mencubanya. Kerana apa? Selain kita boleh menggunakannya secara percuma mungkin juga kita mempunyai pengalaman yang baru sewaktu menggunakan pemain muzik ini. Cukup sampai disini ulasan penulis tentang pemain muzik DeaDBeeF ini. Terpulang kepada anda untuk memilihnya atau meninggalkannya. Di samping itu,penulis sertakan beberapa keping gambar untuk dijadikan tatapan dan meletakkan pautan muat turun pada akhir penulisan.

Untuk lebih sedap didengari oleh halwa telinga. Naikkan sedikit equalizer pada bahagian kiri ke atas sedikit dengan cara. Klik View,Equalizer dan naikkan sedikit. Tapi jangan sampai pecah suara dibuatnya.

Klik [disini] untuk memuat turun pemain/pemutar muzik DeaDBeeF untuk sistem operasi Linux. Pilihlah format fail yang sesuai bagi sistem operasi Linux anda.

Selamat mencuba.
Sekian,Assalamualaikum.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway]SysRestore Pro with Activation Code

0

Backup your system with Sysrestore Pro that can help you recover your damaged Operating System if anything unexpected took place. It is able to backup disk plus deleted file recovery. Sysrestore can restore your crashed operating system when it fails to start, has boot error, encounters blue screen, attacked by virus… Restore your system and make your PC work in just a few seconds…

With Sysrestore Pro, you are free from potential threats like virus, spywere, etc. since Sysrestore Pro would restore your old good system in just a few seconds after damage…

FEATURES:

-Restore your Windows system..
-Say No to Virus.
-Restore deleted files..
-Multiple Snapshot Schedule..
-It works with all levels of hardware RAID..

SYSTEM REQUIREMENTS:

-Windows 8, 7, Vista, XP, Server 2000/2003/2008 (Both 32-64 Bit Supported)..
-Processor: 300MHZ or higher..
-Hard Space: 100M or higher..
-RAM: 256M or higher..

GIVEAWAY

Get a free code of Sysrestore Pro Full Version valid until 1st Dec 2012… and you can get Activation code Here ..

Activation Code:

XIA6SQCG6MGK6XAE

Download Here

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Add-On] Youtube To MP3 Converter

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini penulis ingin membekalkan/menyampaikan/mengeluarkan/memberi kepada anda satu add-on atau extension yang bagus untuk anda memuat turun lagu daripada laman penstriman (streaming) video terkemuka dunia iaitu Youtube.com. Apa yang membuatkan penulis ingin berkongsi tentang add-on yang satu ini ialah kecepatan menukar (convert) sebarang format video dari laman Youtube kepada MP3. Seterusnya,anda dapat memasukkan ke dalam ruang penyimpanan muzik anda sama ada dalam komputer,ipod,telefon dan berbagai-bagai gadjet yang mengikuti arus pemodenan.

Untuk penulisan kali ini penulis tidak ingin menulis panjang. Sebab hanya berdasarkan satu add-on untuk dikupas. Sukar bagi penulis untuk mentafsirkannya. Add-on ini juga menyokong beberapa pelayar yang terkemuka seperti Google Chrome,Firefox dan Opera. Anda dapat menggunakannya tanpa was-was. Penulisan kali ini ringkas sahaja. Segalanya, anda perlu cuba untuk ketahui/mengenalpasti sejauh mana kebenarannya dan kelebihan serta kekurangan add-on ini. Ada berbagai-bagai bitrate,bukan sekadar 128,192KB sahaja. Kesimpulannya:-

1. Add-on ini digunakan untuk mengubah sebarang video pada laman Youtube kepada mp3 untuk anda mainkan/jalankan pada berbagai gadjet luar.
2. Kecepatan menukar format video ke pada format audio (MP3) sungguh menakjubkan. Sukar untuk ditafsir kelajuannya (bukan mainan mulut).
3. Selain itu,kelebihannya anda tidak memerlukan sebarang perisian yang akan memenuhi ruang cakera keras anda.
4. Bitrate lagu yang agak tinggi. Bukan sekadar 128,192KB sahaja. Malah 320 KB. Memang sedap didengari oleh halwa telinga. Jelas dan padat.
5. Menyokong terhadap tiga pelayar terkemuka dunia iaitu Google Chrome,Mozilla Firefox dan Opera.

Kaedah pemasangan.
Langkah 1: Klik YoutubeMP3pro.com.

Langkah 2: Skrol ke bawah,cari dan klik DOWNLOAD NOW. Secara automatik anda diminta untuk memasang plugin/add-on/extension. Benarkan sahaja.

Langkah 3: Kunjungi laman Youtube dan pilih sebarang video. Klik Download mp3.

Langkah 4: Tunggu sebentar sehingga proses menukar format selesai.

Langkah 5: Klik Download. Jika anda menggunakan Android,Blackberry dan pelbagai lagi gadjet yang menyokong kod QR. Anda boleh terus gunakan.

Suka cita penulis ingin maklumkan kerana ini barang percuma jadi akan ada iklan (ads) pada laman rasmi mereka. Jadi setiap kali anda selesai menukar format. Jangan lupa untuk kunjungi laman mereka dan klik pada iklan yang terdapat pada laman mereka. Ini sebagai balasan kepada mereka kerana menyediakan alternatif yang hebat seperti ini. Juga jangan lupa untuk klik iklan pada laman OMG! Hackers? Setiap klik akan memberi kami semangat untuk menulis.

Selamat mencuba
Sekian,Assalamualaikum

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Review Tablet [Android] Allwinner A13

1

Adakah anda sudah selesaikan pembacaan anda pada artikel mengenai panduan membeli tablet bajet yang lalu? Jika belum, silakan, kerana hari ini saya ingin menulis sedikit berkenaan dengan salah satu dari tablet bajet yang sedang ‘menakluki’ booth-booth telefon bimbit serta kedai-kedai IT di serata negara, iaitu tablet-tanpa-jenama, yang ada hanyalah nama, itupun terlalu umum iaitu ‘Android’. Lol..

Saya terpanggil untuk menulis mengenainya kerana selain saya sendiri sudah memilikinya, saya lihat sangat kurang blog-blog (berbahasa Melayu) yang mereviu tablet ini meskipun dalam laman Youtube terdapat begitu banyak video review yang dirakam. Tablet ‘bernama’ Android ini adalah antara yang paling murah di pasaran pada waktu artikel ini ditulis. Satu unit secara umum berharga dalam lingkungan RM199 sehingga RM350 mengikut ‘pakej’ yang ditawarkan. Pandai anda mencari booth yang menjual ia dengan harga yang murah, maka selamatlah duit belanja anda pada hari itu. Ada la duit lebih sikit dari baki bajet tu! Haha..

Sedikit gambar yang diambil untuk tatapan bersama:

Untuk pengetahuan anda, adalah tidak pasti dari mana ‘origin’ atau asal tablet ini kerana terdapat banyak jenama dengan rupa yang sama di luar sana, contohnya IPRO, Smart Tab, Nautica 1, Kimo Q8, dan mungkin terdapat beberapa lagi nama yang saya sendiri sudah lupa. Namun apa yang pasti, kesemuanya berasal dari satu tablet tanpa jenama, yang kemudiannya dijenamakan serta dikomersialkan oleh syarikat-syarikat yang berminat dengannya. IPRO ialah salah satu jenama contoh (syarikat dari Malaysia) yang telah mendapat faedah dari penjenamaan semula ini dengan model IPRO i3S.

Allwinner ialah sebuah syarikat pengeluar SoC dari China. Pada bulan April 2012 yang lalu, Allwinner telah merilis pemproses A13 Cortex A8, versi ‘strip down’ dari A10, dengan target pasaran tablet.

Paparan app drawer:

Quadrant Benchmark:

Baiklah, terus kepada tablet ini, secara umumnya jika anda mahukan sebuah tablet yang murah, digunakan untuk permainan berprestasi tinggi, maka tablet ini bukan untuk anda. Ini adalah kerana pemproses Allwinner A13 ini bukan selayaknya digunakan untuk itu. Antara permainan yang pernah saya uji pada tablet ini ialah:

1. Dead Trigger
2. Gears & Guts
3. Shadowgun
5. Nova 3
6. Dead Space
7. Angry Birds Star Wars
8. Bad Piggies HD
9. Beach Buggy Blitz
10. Death Dome
11. Expendable Rearm
12. Juggernaut : Revenge of Sovering
13. Paper Monsters
14. Samurai II : Vengeance
15. 3D Rollercoaster Rush New York
16. Predators
17. Turbofly 3D
18. Where’s My Perry?
19. Where’s My Water?
20. Blood & Glory : Legend

Eh, senang cerita banyak lagi la! Kalau nak disenaraikan semua saya anggarkan lebih dari 30 buah permainan. Selaku pengguna akhir, saya tidak dapat pastikan semua orang akan berpuas hati dengan prestasinya. Tetapi saya sendiri suka dengan apa yang ditawarkan pada tablet bajet ini.

Apa yang menarik, saya telah cuba root ia pada hari pertama saya bawa ia pulang ke rumah dan hasilnya, ia telah pun di-root sejak dari mula lagi. Jadi saya tidak perlu memikirkan tentang waranti, kerana seperti yang anda tahu, mengubah tetapan dari kilang seperti root ini akan menjejaskan (void) waranti peranti.
Selain itu, kernel yang telah dipasangkan menyokong overclocking sehingga 1.2GHz (kelajuan asal ialah 1GHz).

Untuk memudahkan cara, saya senaraikan beberapa pro dan kontra yang sempat saya fikirkan. Senang cerita kita tiba di bahagian kesimpulan, ringkas dan menyenangkan akal fikiran anda.

Pro:

1. Sangat murah, skrin besar bersaiz 7 inci, boleh memainkan format video definisi tinggi (HD) sehingga 1080p dan mungkin juga 2160p (belum habis uji lagi ni), menyokong pelbagai permainan berdefinisi tinggi, menyokong fungsi USB On-The-GO (OTG) sesuai digunakan oleh anda sendiri atau diberi sebagai hadiah. Pendek kata, kalau anda mahu tablet yang boleh menghiburkan anda dengan permainan-permainan seperti yang telah saya senaraikan di atas, sila dapatkan ia. Kalau bosan semasa kursus, boleh juga hilangkan kebosanan, kan?

Kon:

2. Tidak sesuai untuk permainan yang memerlukan pemproses berprestasi tinggi, kadangkala tidak beberapa responsif, tidak terdapat fungsi sokongan selepas pembelian seperti forum-forum atas talian, dan ini bererti agak sukar mendapatkan custom ROM atau custom kernel untuknya (untuk power user). Kalau ada sekalipun, risiko untuk anda bricking tablet anda adalah sangat tinggi, tambah lagi untuk model dengan ‘nama umum’ seperti ini, kerana custom ROM yang dibuat biasanya juga ‘umum’. Contohnya custom ROM tersebut dibuat untuk peranti yang menggunakan pemproses Allwinner.

Tips dari saya, sebaiknya kalau anda mahu membeli tablet dengan reka bentuk ini, sila periksa terlebih dahulu baterinya. Bukan apa, kadang-kadang pekedai tidak mahu membuka bahagian casing belakangnya itu, kerana bateri yang disediakan bersaiz kecil. Jika mereka enggan menunjuk, maka lebih baik anda beralih ke booth/kedai yang lain. Jangan lupa juga untuk uji model demo sepuasnya sebelum membeli.

Mr.Hac @ Dr.Freddy : Lepas ni nak tunggu model lain masuk Malaysia pula. Kata pembaca OMG! Hackers?, ‘mu ying ming’, tahun depan akan lebih ‘meriah’ lagi dan model-model yang menggunakan pemproses quad core bakal menguasai pasaran. Sediakan aje la duitnya ya!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Linux Mint 14 : Sekilas Pandang

0

Dahulu saya pernah menjadi kipas-susah-mati untuk sistem operasi Linux Mint, dan saya juga pernah menulis mengenainya ketika mula-mula menggunakan ia. Dari Linux Mint Katya, kepada Lisa, Maya, dan terkini Nadia pula menyusul menyusun langkah. Macam berganti kekasih pula!

Kalau hendak katakan ‘tiada yang baru’ pada Nadia, eh, itu mustahil! Tapi dari paparan skrin berikut, User Interface atau paparan antaramuka penggunanya kelihatan saling tak tumpah dengan versi Katya, kerana ia menggunakan persekitaran desktop MATE 1.4 secara lalai:

Selain itu, beberapa pembaharuan lain yang boleh dikatakan menarik ialah seperti Software Manager, yang dijalankan secara root dari mula, oleh itu anda tidak perlu lagi menaip nama pengguna dan kata laluan anda setiap kali anda klik pada ‘Install’ untuk memasang sesuatu perisian/aplikasi.

 Di bawah ini ialah paparan skrin ketika saya cuba memasang BleachBit ketika sedang boot dalam Linux Mint Nadia melalui USB:

Ya, BleachBit versi 0.9.3 berjaya dipasang:

Tak lupa juga, Linux Mint meneruskan kesinambungan mudah gunanya apabila telah sedia memasang codec, perisian-perisian berguna seperti GIMP 2.8, pemain video Totem, klien e-mel Thunderbird, pemain flash untuk laman-laman seperti Youtube, dan bermacam-macam lagi. Anda tinggal pasang dan guna sahaja.

Suka juga untuk saya nyatakan yang Linux Mint Nadia telah menyediakan beberapa set wallpaper baru yang sangat menarik perhatian mata memandang.

Tak payah cerita banyaklah ya? Kalau anda hendak tahu dengan lebih lanjut, sila ke blog rasmi Linux Mint : Linux Mint 14 “Nadia” released!

Kalau dah cuba tu jangan lupa berikan komentar anda. Komen saya? Nadia ni memang cantik. Hmmm.. macam lain je bunyinya tu..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Menaik Taraf MATE 1.2 Kepada 1.4

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anda pengguna Linux Mint? Anda berminat untuk menggunakan Linux Mint? Walaupun Linux Mint 14 dengan kod nama seorang gadis/wanita Melayu iaitu Nadia baru dilepaskan/dirilis. Tapi,sokongan terhadap sistem operasi Linux Mint 14 Nadia ini tidaklah terlalu lama kerana hanya sokongan selama 6 bulan sahaja.

Jadi,mengapa perlu menaik taraf (upgrade) persekitaran meja (desktop enviroment) MATE dari versi 1.2 kepada 1.4? Ini yang penulis alami. Tak tahulah sama ada anda juga mengalaminya atau hanya penulis sahaja yang mengalaminya. Perkaranya berbunyi begini. Selepas sahaja penulis memasang Linux Mint sudah pasti perkara yang ada dalam fikiran penulis ialah mengemaskini (update) segala yang terpasang atas Linux Mint untuk versi yang terbaru dan juga mengemaskini sekuriti. Jadi,sewaktu proses mengemaskini berlangsung/berlaku terasa lambat walaupun penulis sudah ubah dari Main Server kepada beberapa server yang dipilih oleh Linux Mint sendiri. Jadi,kemusykilan berlaku disitu. Cuba tanya Google penyelesaian masih tidak dapat. Mungkin salah kata kunci kot. Jadi,penulis cuba untuk menaik taraf MATE 1.2 kepada 1.4 kerana mungkin ada kelebihan pada versi terbaru ini. Selain itu,versi 1.2 juga memiliki beberapa masalah dan bug yang sudah diperbaiki pada MATE 1.4. Jadi, jika andaian penulis betul,mungkin selepas sahaja menaik taraf ke versi 1.4 kelajuan bertambah daripada versi 1.2 sebelum ini. Jadi,memang betul. Kelujuan mengemaskini bertambah sedikit.

Jadi,untuk tutorial/pembelajaran kali ini dikhaskan/dikhususkan untuk pengguna Linux Mint 13 Maya + MATE yang mengalami masalah seperti penulis. Untuk menaik taraf memerlukan masa yang lama. Jadi,carilah sebarang peluang untuk menaik taraf MATE 1.2 kepada 1.4.

Langkah-langkah menaik taraf MATE 1.2 kepada 1.4.


Langkah 1: Buka Terminal pada Menu + System + Terminal atau menggunakan kekunci Ctrl + Alt + T pada papan kekunci.

Langkah 2: Taip skrip bash ini pada Terminal yang anda buka tadi.

sudo add-apt-repository “deb http://packages.mate-desktop.org/repo/ubuntu precise main”

Langkah 3:  Taip yang ini pula.

printf “nPackage: *nPin: origin packages.mate-desktop.orgnPin-Priority: 700n” | sudo tee -a /etc/apt/preferences

Langkah 4: Taip yang ini pula.

sudo apt-get update && sudo apt-get install –yes –force-yes mate-archive-keyring

Langkah 5: Taip yang ini pula.

sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade

Langkah 6: Dan yang terakhir,taip ini pula.

sudo apt-get install mate-desktop-environment

Masa yang diambil oleh penulis untuk siap pasang ke versi 1.4 lebih kurang 4-5 jam. Mungkin anda berbeza.

Langkah 7: Setelah siap memasang klik kanan taskbar MATE. Pilih  About Panels dan lihat disitu sama ada versi anda 1.4 atau masih 1.2.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Nak Memaparkan STAR Rating Dalam Enjin Carian

0
Install Star Rating

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Basmallah, Alhamdulillah. Kita selalu lihat di enjin carian ada star rating. Kita juga suka pada star rating itu sebab lain daripada yang lain. Betul kan?

Uuntuk memasang star rating ini dia ada 4 keadah.

Yang Pertama: Menggunakan Microdata

Yang Kedua: Menggunakan Microformats

Yang Ketiga: Menggunakan RDFa

Yang Keempat: Schema.org

Jadi yang mana satu kita nak pilih? Mestilah yang pertama kerana yang pertama kodnya ringkas ^_^

Apakah Manfaat Jika Anda Memasang Star Rating ini?

Sepertimana yang anda tahu kita suka pada star rating ini kerana ianya lain daripada yang di dalam SERP.

Selain itu, apakah kelebihannya?

  1. Dapat menarik dan tarik perhatian pencari
  2. Berkemungkinan orang akan klik pada link anda dalam carian lebih tinggi
  3. Dan semestinya dapat meningkatkan trafik blog

Memasang Star Rating Pada Blog.

Untuk pemasangan ini amat mudah kerana saya telah membuat cara pemasangan yang paling ringkas.

1. Seperti biasa, pergi ke Blogger Dashboard > Template > Klik Edit HTML > Klik Proceed

2. Klik Expand Widget Templates

3. Cari kod di bawah

<div class=’post-footer‘>

Nota: Kalau anda terjumpa 2 kali <div class=’post-footer’> . Pilih yang mula-mula/Pertama

Nota: Dalam kes saya, saya terjumpa kod <b:if cond=’ di atas kod <div class=’post-footer’> . Jadi untuk memastikan kod star rating berfungsi dengan baik, anda perlu letak kod #4 selepas kod <b:if cond=’

4. Copy kod di bawah dan letakkan ia DI ATAS kod tadi(#3)


<b:if cond=’data:blog.pageType == &quot;item&quot;’>
<div itemscope=” itemtype=’http://data-vocabulary.org/Review’>
<div style=’display:none !important;’>
<span itemprop=’itemreviewed‘><span itemprop=’description‘><data:post.title/></span></span>
<span itemprop=’reviewer‘><data:post.author/></span>
Rating: <span itemprop=’rating‘>5</span>
<span itemprop=”dtreviewed“><data:post.dateHeader/></span>
</div>
</div>
</b:if>

Nota: Kod telah dikemaskini. Sila buang kod yang lama dan update yang baru

5. Preview dahulu. Kalau tiada apa-apa error, SAVE N DONE!!!

5 langkah paling mudah. Mudahkan?

Penerangan

itemreviewed = Item yang review.

description = Badan(body) yang review.

reviewer = Author yang review.

rating = Inilah dia yang penting. Anda lihat tak yang nombor 5 itu? Lihatkan? Jadi anda boleh ubah #5 itu kepada nombor berapa yang anda mahukan. Tetapi #5 adalah maksimum. Tidak boleh melebihi 5 tetapi boleh kurang.

CONTOH: 4.9, 4.8, 4.7, dan seterusnya ke bawah.

dtreviewed = Tarikh

Menyemak Star Rating Pada Blog Anda

Ok, anda dah pasang tapi bagaimana nak pastikan ianya jadi ke tak?

1) Mula-mula, anda pergi ke laman ini > Google rich snippets tools

2) Letak link post anda di dalam kotak tersebut (Yang ada www.example.com tu)

3) Klik PREVIEW

4) Dan keputusannya akan keluar. Di bawah nanti adalah gambaran contoh dari blog rakan saya

CONTOH:

Klik pada gambar  untuk gambaran lebih besar

Jadi ke tak? Kalau jadi power la. Boleh buat tutorial lagi 😀

Saranan

Dah pasang, berfungsi dengan baik tapi…. Saya perlu bagi saranan kerana star rating ini adakalanya orang salah faham tentangnya.

Star rating rating ini sebenarnya ialah REVIEW. Maksudnya kalau blog anda jenis peribadi dan post tentang peribadi. Tak kan la anda sedang review post peribadi anda?

Pelik la.

Jadi, star rating ini sesuai untuk blog yang menjual produk atau review gadget dan seumpamanya. Kalau blog OMG! Hackers? Sesuai.

Faham ke? 😛

Dari Penulis

Alhamdulillah, kesyukuran tidak terhingga kerana saya berjaya mempelajari ilmu ini. Jadi, kalau anda merasakan post ini amat bermanfaat kepada anda, tolong kongsikan bersama rakan anda. Kerana tiada seorang pun yang telah kongsikan rahsia ini. Tidak ada dalam blog mana-manapun(Setakat ini tak jumpa lagi) yang serupa.

Kalau anda mengalami masalah nak memasang kod ini, jangan sengan-sengan nak bertanyakan soalan. Saya sentiasa membantu anda 😀

Kenali Danial lebih dalam di blog Danialde4

.post blockquote{background:whitesmoke}
body{font: 13px Arial;}
.post-body{font: 14px/1.6 verdana;}

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tukar (Swap) Internal ‘sdcard’ Kepada External Memory Card

2

Buat mereka yang mempunyai ‘masalah’ yang sama, artikel ini saya tujukan untuk anda.

Situasinya anda memang jenis yang suka ‘explore’ peranti Android anda. Jadi anda galak memasang pelbagai aplikasi dan perisian sehingga muncul popup yang mengatakan peranti anda sudah kehabisan memori. Anda bergegas pergi ke kedai IT berdekatan untuk membeli memory card yang terbaik di pasaran. Sesudah anda memasukkannya ke dalam slot, ia masih belum dikesan oleh sistem sebagai ‘sdcard’.

Bagaimana caranya untuk menjadikan memory card anda sebagai ‘sdcard’?

Baiklah. Begini, jika anda juga turut terselit dalam senario yang sama, maka jalan penyelesaiannya ada untuk anda, dan kita semua. Jangan bimbang. Saya dapati Samsung Galaxy S3 juga mempunyai masalah situasi yang sama, jadi tak usah segan. :p

Selepas anda siap melakukan apa yang tertulis di bawah, ruang storan anda akan berkembang seperti paparan ini:

Caranya:

Nota – Peranti anda perlu root terlebih dahulu.

1. Buka file manager yang boleh menggunakan kelebihan root seperti ES File Explorer, Root Explorer, atau file manager kegemaran saya – Solid Explorer.

2. Halakan ke direktori /etc


3. Salin fail vold.fstab di luar direktori /etc untuk membolehkan anda menyalinnya pada PC (root directory).

4. Setelah anda menyalin ia pada PC, bukan vold.fstab menggunakan Notepad. lalu tukar dua barisan yang ditebalkan (bold) seperti berikut (mungkin berbeza dengan anda):

dev_mount sdcard /mnt/sdcard auto /devices/virtual/block/nandh
dev_mount extern_sd /mnt/extern_sd auto /devices/platform/awsmc.1/mmc_host /devices/platform/awsmc.0/mmc_host


KEPADA

dev_mount sdcard /mnt/sdcard auto /devices/platform/awsmc.1/mmc_host /devices/platform/awsmc.0/mmc_host
dev_mount extern_sd /mnt/extern_sd auto /devices/virtual/block/nandh

5. Simpankan fail tersebut (Save)

6. Salin ia kembali ke dalam direktori /etc

7. Reboot peranti anda. Selesai.

Tips : Kalau takut terjadi apa-apa yang tidak baik pada peranti anda, sila buat salinan sandaran (backup) fail asli vold.fstab tersebut.

Kaedah ‘Universal’:

Cara ini lebih mudah, dan berkemungkinan boleh diaplikasikan kepada semua peranti (mungkin). Sergey_F1 dari forum SlateDroid.com telahpun membuat satu skrip untuk memudahkan pengguna.

1. Muat turun skrip switch SDvUe.zip dan ekstrakkan ia.

2. Sambungkan peranti anda pada PC dalam USB Debugging mode menggunakan kabel USB, dan pastikan memory card anda tidak di-mount.

3. Jalankan skrip tersebut, dan pilih ‘Y’ anda ‘N’ sebagai jawapan mengikut kesesuaianya lalu tekan Enter (Saya tidak tahu apa yang terpapar pada PC anda nanti, tapi saya hanya pilih ‘Y’ sahaja).

4. Peranti anda akan reboot dengan sendirinya. Tanggalkan kabel USB anda dari peranti.

5. Selesai.

Penafian : Seperti biasa, peranti anda adalah atas tanggungjawab anda. Saya tidak akan bertanggungjawab jika terjadi apa-apa yang ‘kurang menyenangkan’ pada peranti anda. Anda berhak untuk tidak memilih untuk mengikuti tutorial ini sekiranya anda tidak mahu menanggung risiko.

Rujukan:

1. [Script] Change sdcard and TF-card

2. EXPERIMENTAL Novo 7 Advanced firmware with bluetooth support

3. [MOD][ICS/JB/CM10]ExtSd2InternalSd v4|Increase your data storage|100% Working|

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Rileks Community in Action

0

Salam kepada semua warga OMG! Hackers?,

Kehadiran saya kali ini ingin menjemput dan mengundang anda semua ke Forum Rileks Community yang baru sahaja dibaikpulih dari kecederaan parah iaitu kerosakan database. Kepada yang telah register pada forum rc yang lama hendaklah register semula kerana database yang lama telah pun pupus ditelan zaman.

Kepada yang masih tidak tahu apakah itu forum rc?

Rileks
Community adalah satu forum komuniti yang telah dibawakan oleh Rileks
Network (002090305-U). Forum ini membawa pelbagai kelainan yang anda tidak akan alami
di komuniti yang lain. Selain itu kami juga menyediakan RcFM Radio, Sedut Software Sampai Lebam SSSL (Software), RC Mafia (Game), dan RC Arcade (Game) dan pelbagai kemudahan lain
yang akan dibawa untuk anda. Tujuan kami adalah untuk menyediakan satu
komuniti untuk rakyat Malaysia berkumpul dan bersantai bersama
rakan-rakan yang lain disamping meningkatkan pengetahuan melalui sistem
yang kami sediakan dan yang terbaru forum ini telah bekerjasama
dengan Team Hanna.org untuk mendapatkan movie-movie terkini dari blog mereka.

Untuk pengetahuan anda semua forum ini bukan tertumpu kepada IT semata-mata malahan anda juga boleh belajar memasak, mendapat berita terkini dengan pantas, sukan, agama, gambar atau video menarik dan lawak.

Dan yang paling terbaru forum RC yang baru ini mempunyai sistem memudahkan pengguna untuk register/login iaitu hanya dengan menggunakan facebook sahaja anda dapat login ke forum. Jika anda pengguna Android atau Windows 8 anda juga boleh layari Forum RC menggunakan Tapatalk. Inilah antara pembaharuan dari RC yang lama ke RC yang baru.

Ok di sini saya nak sertakan sedikit screenshot untuk anda semua. Sebagai pembuka tirai…….


Using Tapatalk

PRODUK-PRODUK DARI RILEKS COMMUNITY

MOVIE SPONSOR BY TEAMHANNA


Untuk Register sila ke >> Forum Rileks Community dan Tekan Register atau Register Using Facebook

Radio Rasmi RC >> RcFM
Software >> Sedut Software Sampai Lebam
Movie >> Teamhanna

Jumpa kami di Facebook:-

Group RC
Group SSSL (Request Software)
Group Teamhanna (Request Movie)

Sekian sahaja dari saya. Saya berharap artikel kali ini berguna kepada semua orang.


Jika anda juga pembaca setia OMG! Hackers? Kami juga telah meletakkan RSS Feed Artikel di OMG! Hackers? di Page SSSL. Sila disable pop-up jika anda menggunakan Google Chrome. 🙂
 
Sumbangan melalui SMS

Para dermawan juga boleh memberikan sumbangan melalui SMS. Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:

1. Taip PALESTIN <10 / 5 / 3> (10 / 5/ 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)
2. Hantar ke 39111

Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111

Mulakan sekarang. Terima kasih atas sumbangan anda semua.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Bahaya Carpal Tunnel Syndrome

0

Sindrom ni dah ramai yang tahu rasanya. Cuma sekadar hendak memperingati diri sendiri, dan juga orang lain yang mempunyai kegemaran/tabiat sama, eloklah saya tulis sikit mengenainya.

Carpal Tunnel ni bukan penyakit baru. Sejak terciptanya tetikus dan keyboard, ia dah mula berleluasa apabila kedua-duanya digunakan dengan cara penggunaan yang kurang tepat atau bahasa kasarnya cara yang bangang berlebihan. Silap hari dan bulan, tangan anda boleh dibedah seperti gambar di bawah:

Buat mereka yang hendak tahu lebih lanjut mengenai Carpal Tunnel Syndrome, eloklah baca di laman ini : A Patient’s Guide to Carpal Tunnel Syndrome
Saya nak terangkan dalam Bahasa Melayu takut tak beberapa tepat tafsirannya kerana ia mempunyai istilah-istilah medik. Jadi kalau lihat pada gambar di bawah pula, ia adalah cara yang betul dalam mengendalikan tetikus dan keyboard:

Saya faham dan mengerti sangat akan sesetengah dari kita (termasuk diri saya) yang begitu asyik dengan dunia siber/maya sehingga tidak endahkan dunia sebenar. Kawan di sebelah pun kadang-kadang tidak dihiraukan apabila terlalu khusyuk mata menghadap skrin komputer. Tetapi jangan kita lupa, tangan yang memegang mouse dan menaip di keyboard itu perlu direhatkan juga. Jangan kerana hobi kita di alam maya, fizikal kita di alam sebenar menderita.

Sekadar mengingatkan rakan-rakan sekalian, cegahlah sebelum parah. Ada insurans pun tak guna kalau tangan anda sudah tidak bermaya. Waktu tu menangis pun tiada berlagu, bercakap tiada irama, dan hobi anda juga terpaksa anda tinggalkan selamanya.

Dr. Freddy : Sakit wei tengok gambar tu!

Views: 7

Iklan Newspaper Inline