Utama Blog Laman 241

Rakam Desktop Dengan Bytescout Screen Capturing

0
 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
 
   Apa khabar? Hari ini penulis ingin kongsikan kepada anda sebuah alat atau perisian yang perlu digunakan oleh anda untuk merakam setiap aksi yang dilakukan pada desktop anda atau lebih dikenali sebagai ‘screencast’. Perisian ini sungguh ringkas tapi memiliki fungsi yang lengkap untuk anda lakukan ‘screencast’. Jika anda seorang blogger,perisian ini mungkin penting bagi anda untuk melakukan tutorial kerana kajian menunjukkan otak manusia lebih mudah untuk mengingati sesuatu perkara sekiranya perkara itu dalam keadaaan tidak pegun. Jika anda bekerja di syarikat jualan,perisian ini juga penting bagi anda untuk melakukan tugasan promosi. Seiring dengan kemajuan teknologi perisian-perisian begini amat penting untuk anda miliki. Lebih-lebih lagi jika anda seorang penuntut di universiti ataupun anda merupakan pelajar yang produktif dan inovatif. Jika orang lain menggunakan Microsoft Office Powepoint,anda bawakan perubahan yang baharu sekaligus mencatatkan nama anda selaku mereka yang celik IT dan berfikiran ke hadapan.
 
   Sebelum memulakan tugasan penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bro Angelezo kerana menjadi sumber inspirasi untuk penulis menulis atikel tentang perkara ini. Tetapi,untuk sebarang artikel yang melibatkan penggunaan sistem operasi Windows. Pengguna tidak akan berkongsi penulisan yang melibatkan penggunaan video (screencast). Ada pelbagai aspek yang mengganggu penulis untuk berbuat sedemikian.
 
   Kita ketahui serba sedikit tentang perisian ini dalam erti kata lain “sesi pengenalan”. Program Bytescout Screen Capturing ini dibina oleh kumpulan Bytescout yang dianggotai oleh tiga orang hebat. CEO dia ialah Eugne Mironichev  dan selebihnya anda boleh baca [disini]. Seperti yang telah penulis katakan  tadi perisian ini cukup ringkas dari segi antaramukanya,kaedah tetapannya dan cara penggunaaannya. Anda diberi pilihan untuk merakam pada suatu keadaan iaitu Rectangular region,Region around the Mouse dan Full Screen. Selain itu,anda bukan sahaja dapat rekod segala aksi yang dilakukan di atas desktop anda. Malah anda dapat menggunakan fungsi Record with webcam dengan situasi yang sama seperti merakam aksi pada desktop anda. Lupa untuk diberitahu. Jika anda seorang blogger yang membuat tutorial menggunakan perantaraan video,fungsi Record Region around the Mouse amatlah sesuai untuk anda. Di samping itu,anda dapat merekod dalam dua format video iaitu .wmv dan .avi. Setiap pergerakan ‘mouse’ (cursor) akan disertai dengan bulatan berwarna kuning dan jika anda klik sesuatu akan keluar gelombang berwarna biru. Ini akan memudahkan mereka yang menonton video anda fokus pada sesuatu tempat itu. Dalam memiliki kelebihan mesti ada kekurangannya. Kekurangannya ialah tiada fungsi ‘pause’.
Itu sahajalah penerangan dari penulis tentang perisian ini. Akhir kata selamat mencuba.


Beberapa gambar dari desktop penulis.
 2012-12-19 12_20_46-Program Manager  2012-12-19 12_21_05-Program Manager
2012-12-19 12_22_08-Bytescout Screen Capturing
 Klik [disini] untuk memuat turun.

Sekian,Assalamualaikum.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Memasang WordPress Pada XAMPP

0

Kita sedia maklum, perisian XAMPP adalah satu perisan yang membolehkan untuk pembangun-pembangun laman web untuk menguji laman web nya atau sekadar menguji keselamatan atau untuk membuat web server dirumah. Dengan perisian XAMPP ini juga kita mampu untuk mempelajari asas asas pembangunan tanpa perlu membeli web hosting yang mahal, cukup sekadar kita melakukan nya di rumah dan tentu sekali lah, ianya percuma, kerana xampp dilengkapi Panel yang tidak asing lagi seperti cPanel, membolehkan kerja kita dilakukan tanpa atas talian. Rujuk Sini untuk pemasangan.
25-01_xampp_leading_images
Kita boleh memasang sistem pengurusan kandungan (CMS) seperti WordPress, Joomla, Drupal, pada XAMPP kita, tetapi pada kali ini, kita hanya mempelajari tentang WordPress sahaja kerana WordPress mudah digunakan, dan tidak rumit seperti Joomla!,Drupal. Sekiranya komputer anda masih lagi tidak dipasang xampp, anda boleh dapatkannya disini. Pastikan anda jangan lupa untuk menanda ‘tick’ sebelum pemasangan xampp
xampp
Bagi pengguna Ubuntu, anda perlu dapatkan LAMPP, sila rujuk disini bagi bagi pemasangan pada sistem operasi Ubuntu Pastikan setelah xampp dipasang, anda perlu menguji telebih dahulu servis port nya dengan memasuki alamat localhosting pada browser anda
http://localhost/xampp
image

image
Buka phpMyAdmin dan buat satu database yang bernama ‘wordpress’
xampp2
wordpress  jaye
Dapatkan file yang berkaitan WordPress disini. Setelah memuat turun ,extract kan file tersebut kedalam folder ‘htdocs’
Contoh sekiranya partition windows anda adalah C

C:/xampp/htdocs

Buka file wp-config-sample.php pada folder WordPress dengan menggukan Notepad atau apa text editor yang anda suka dan cari perkataan seperti dibawah

/** The name of the database for WordPress */
define(‘DB_NAME’, ‘database_name_here’);
/** MySQL database username */
define(‘DB_USER’, ‘username_here’);
/** MySQL database password */
define(‘DB_PASSWORD’, ‘password_here’);

Ubah perkataan tersebut kepada

define(‘DB_NAME’, ‘wordpress’);
/** MySQL database username */
define(‘DB_USER’, ‘root’);
/** MySQL database password */
define(‘DB_PASSWORD’, ”);

Setelah perkataan diatas telah diedit, save kan namanya seperti dibawah pada folder wordpress tersebut

wp-config.php

Setelah selesai perkara-perkara diatas, taipkan http://localhost/wordpress/wp-admin/install.php pada browser anda. Masukkan segala info –info tentang, usernarname , password dan klik Install WordPress
qq
image
image
Sekiranya gambar seperti diatas keluar, makanya anda telah berjaya memasang wordpress pada xampp. Pemasangan seperti diatas memakan masa sedikit, jadi tarik nafas panjang-panjang, buat dengan tenang. Semoga berjaya….heheheheh

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Menulis Blog Secara Offline (Windows Live Writter)

0

Menulis blog secara offline mungkin sedikit rumit sekiranya berada diluar  talian kerana tetapan tulisan tidak seperti yang kita inginkan atau tidak sejajar apa yang kita kehendaki.
Perisan dari pengeluar Sistem Operasi yang tidak asing lagi, Window mengeluarkan satu perisian yang memudahkan kerja kita dengan fungsi menulis artikel secara offline iaitu Windows Live Writter. Boleh dapatkan nya disini
writersplash_2
Fungsi dan inteface yang sangat mesra SEO dan percuma  membuatkan ianya digemari oleh penulis-penulis blog. Bayangkan semua fungsi seperti memuat naik gambar, video, mengedit gambar semuanya berada di dalam satu perisian sahaja. Kali pertama menggunakan boleh dikatakan superb, mana kan tidak paparmuka tidak ubah seperti Microsoft Office.
image
Kepada blogger yang malas untuk menambah watermark,anda boleh menambah watermark secara mudah pada gambar anda, sekaligus mengelakkan artikel-artikel anda “dicuri” .
Windows Live Writter juga terdapat fungsi preview bagi melihat post sebelum ianya di publishkan. Ianya memudahkan penulis blogger untuk melihat hasilnya
275px-Live_Writer_2011 WindowsLiveWriterScreenshot   
Fungsi-fungsi lain yang tidak terdapat di dalam blog seperti menambah peta ,jadual. Anda juga boleh menambah lagi plugin sedia ada, Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan sekarang.

P/S : Artikel ini ditulis menggunakan Windows Live Writter, kali pertama menulis review software.he3

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Max Payne: Permainan Video Menarik (PC)

1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum memulakan atau terus melanjutkan penulisan,penulis ingin ucapkan terima kasih kepada blogger Muhammad Khairul dari laman Sembang Komputer kerana menjadi sumber inspirasi kepada penulis untuk menulis artikel tentang Max Payne ini. Anda boleh baca artikel yang dikarang oleh beliau pada Max Payne: Tembak dan lompat bagaikan wayang The Matrix. Ya! Tentang inilah yang membuatkan penulis tergerak hati untuk mencuba permainan video ini,selain daripada beberapa faktor lain. 

Anda mesti pernah menonton filem The Maxtix (1999) dan Koleksi The Matrix yang diarahkan oleh adik beradik Wachowski agaknya kerana nama mereka ialah Andy Wachowski dan Lana Wachowski. Filem ini dilakonkan dengan jayanya oleh Keanu Reeves yang memegang watak sebagai pelakon utama dalam filem ini. Kembali kepada tujuan kita iaitu membincangkan tentang Max Payne. Tapi,sebelum itu,apa kena mengena filem The Matrix dengan Max Payne ini. Seperti yang anda ketahui dalam filem The Matrix terdapat babak yang dipanggil sebagai babak Bullet Time iaitu semuanya berlaku secara gerak perlahan. Dalam permainan video Max Payne juga anda akan menggunakan fungsi ini untuk memainkan permainan dalam gerak perlahan. Jika,anda perhatikan sambil anda menembak,anda dapat melihat peluru daripada senjata anda dilencongkan. Bagi penulis ini memang menarik walapun grafik pada permainan ini tidaklah bersifat moden seperti kebanyakkan permainan yang dibina pada zaman kemajuan teknologi ini. Meskipun anda dapat lakukan dalam gerak perlahan,tetapi anda masih ‘crosshair/aim’ dalam keadaan biasa. Ini akan memudahkan anda membidik dan menembak dengan tepat ke kepala (headshot).

Sedikit pengenalan tentang permainan video Max Payne ini. Daripada apa yang telah penulis mainkan dan dapati daripada permainan ini. Max Payne merupakan hero dalam permainan ini. Dia ingin menuntut balas terhadap apa yang telah berlaku pada anak dan isterinya yang dibunuh secara kejam. Dan selebihnya anda kajilah sendiri. Permainan ini memang seronok untuk anda mainkan kerana dalam permainan ini ada babak-babak yang seram,kelakar,serius dan macam-macam lagi.

Klik [disini] untuk muat turun Max Payne (torrent).
Klik [disini] untuk memuat turun Max Payne (direct link) [password: omghackers.com] 

Tips bermain: Selepas mengalahkan sekumpulan musuh sila ‘save’ supaya anda tidak ulang benda yang sama berkali-kali.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Root Tablet WM8850-Mid

0

Salam..

Oh yeah. Kita kembali lagi dengan perihal tablet WM8850-Mid. Untuk pengetahuan anda, di luar sana terdapat begitu banyak sekali klon sehinggakan saya menjadi tidak pasti yang mana satukah produk asli, serta syarikat asal yang mengeluarkan tablet ini. Eken juga bukan syarikat pengeluar kerana mereka juga adalah re-seller yang melakukan re-branding terhadap produk asal.

Oleh kerana itu, sila ambil perhatian, kerana mungkin kaedah untuk root peranti ini adalah berbeza-beza untuk setiap satunya. Apa yang pasti, kena sabar dan cuba semuanya sehingga berhasil.

Mari kita teruskan kepada agenda.

Cara Root Tablet : WM8850-Mid


1. RootBurner

Kali terakhir saya mengunjungi laman rasmi untuk RootBurner, saya lihat versinya telah dikemaskini kepada  versi 0.2. Untuk versi terbaru ini, ia adalah dalam bentuk tool mudah alih, yang boleh digunakan pada sistem operasi Windows.

Pun begitu, saya lebih gemarkan versi sebelumnya, dalam bentuk file yang perlu di-flash melalui SD Card.

Untuk versi 0.2, anda hanya perlu sambungkan tablet anda dalam mode USB Debugging, klik pada ‘Identify Devices’, dan kemudian ‘Root Device’. Untuk versi ‘H’, anda perlu:

a) Ekstrak fail ke dalam SD Card yang kosong
b) Padamkam/matikan/tutupkan (turn off: nak terjemah sebagai apa?) tablet anda
c) Masukkan SD Card tadi ke dalam slotnya, kemudian hidupkan tablet semula.
d) Tunggu proses rooting berjalan sehingga selesai, keluarkan SD Card, dan tunggu tablet anda untuk boot kembali.
e) Selesai.

2. Root_with_Restore_by_Bin4ry

Kaedah ini telah dicipta oleh seorang forumer dari XDA iaitu Bin4ry. Untuk tool ini, sila tonton video berikut untuk tutorial cara penggunaannya:



3. Uberizer

Uberizer ialah sebuah tool pelbagai fungsi yang telah dibuat oleh seorang admin dari forum Tech Know iaitu HardcoreHacker atau nama singkatan beliau, HcH.

Kaedah penggunaan tool ini boleh dilihat melalui video di bawah:



4. Universal Roottwjordo‘s method

Terdapat dua kaedah yang saya gabungkan menjadi satu di sini. Pertamanya Universal Root, dan kedua kaedah twjordo, iaitu seorang lagi admin dari forum Tech Know. Saya mengaplikasikan kaedah beliau dengan menggunakan fail-fail dari Universal Root iaitu:

a) Superuser.apk
b) su & busybox

Mengikut cara Universal Root, anda hanya perlu salin fail tersebut ke dalam SD Card, boot ke dalam recovery, pilih ‘apply update from external storage’, dan klik pada fail tersebut. Dengan kaedah twjordo pula, anda perlu:

1. Cari firmware untuk tablet anda. Sila pastikan ia SERASI dengan tablet anda, lihat pada Model number, build.prop, atau apa sahaja maklumat yang membolehkan anda PASTI ia serasi. Di mana hendak cari firmware? Google sahaja jawapannya.

2. Fail-fail dari Universal Root. Saya ambil contoh, Root_Superuser_3.1.3. Di dalam arkib ini terdapat fail-fail yang saya nyatakan di atas.

Di dalam firmware yang telah anda muat turun, terdapat satu fail dengan nama ‘android4.0.tgz’. Anda perlu buka ia dengan menggunakan perisian 7-Zip.

Seterusnya, salin (copy) dan tampal (paste) fail:

superuser.apk ke dalam .system/app

su ke dalam .system/xbin

busybox ke dalam .system/xbin

Kemudian, simpan (save) dan flash firmware tersebut sepertimana cara flash RootBurner (lihat untuk versi ‘H’). Selesai!

5. Habis!

Nak apa lagi ni? Hahah.. silakan mencuba. Seperti biasa, penafian : Sebarang perubahan yang anda lakukan pada tablet/peranti anda adalah di bawah tanggungjawab ANDA sendiri. Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa (yang kurang baik a.k.a buruk). Terima kasih.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Review Tablet [Winds] WM8850-Mid

0

Bulan lepas, saya ada membuat reviu berkenaan sebuah tablet bajet, iaitu [Android] Allwinner A13. Ianya sebuah tablet yang bagus untuk bajet sekitar RM300, dan hanya digunakan untuk fungsi-fungsi asas selain panggilan telefon (Nota: boleh gunakan Groove IP untuk lakukan panggilan telefon melalui WiFi).

Kali ini saya kembali bersama sebuah lagi tablet bajet yang boleh dikatakan sangat menarik, iaitu [Winds] WM8850-Mid. Apa yang menarik? Ia didatangkan bersama pemproses Wondermedia 8850 ARM Cortex-A9 Dual-Core dengan kelajuan 1.2GHz, digandingkan dengan pemproses grafik Mali-400.

Selain itu, tak lupa juga ia mempunyai sokongan untuk GPS, dan juga dual-camera (kamera depan dan belakang beserta flash). Tablet ini saya dapatkan di The Mines (ya, tempat biasa), dengan harga promosi RM299 sahaja. Dengar ceritanya tablet ini laris sehingga tiada stok, dan batch baru masuk sudah dinaikkan harganya (ahhh…). Tablet Allwinner saya yang dulu? Itu tolong jangan tanya lah. Dah pecah pun skrin LCD-nya. Ya, memang boleh diganti, tetapi saya rasa beli yang baru adalah pilihan yang terbaik. Hahah..

Tablet ini, seperti [Android] Allwinner A13 itu merupakan tablet klon dari jenama yang telah terlebih dahulu berada dipasaran iaitu Eken W70, cuma model tersebut tidak mempunyai kamera dibelakangnya. Apa yang saya suka mengenai tablet ini ialah prestasi pemprosesnya yang melangkaui prestasi pemproses Allwinner A13.

Tiada lagi framerate rendah, tiada lagi ‘sangkut’ di sana-sini. Semuanya dirasakan sangat lancar, walaupun RAM cuma 512MB sahaja. Selain itu, ia mempunyai paparan antaramuka seperti Windows 8, yang bukan hanya berfungsi sebagai launcher, tetapi juga boleh dikatakan benar-benar ‘meniru’ perilaku dan animasi Windows 8 itu sendiri. Selain port HDMI yang siap terbina, terdapat juga port host USB, yang membolehkan anda menggunakan mana-mana pendrive tanpa perlu kepada kabel USB On-The-Go.

Tak perlu cerita panjang, anda tonton sendiri bagaimana rupanya dalam video berikut:



Ya, tablet ini menyokong fungsi paparan berdefinisi tinggi penuh (Full HD) sehingga 1080p, dengan kecerahan yang memuaskan walaupun di-set sekitar 45%. Kualiti speaker adalah sangat memuaskan hati kerana selain agak kuat untuk tablet sepertinya (tablet bajet), ia juga berkualiti stereo, dengan kedudukannya yang terletak kemas di belakang. Tak lupa juga kekuatan peranti ini menerima sambungan WiFi boleh dikatakan agak bagus, dan lebih baik berbanding tablet Allwinner A13. Berbaloi-baloi bukan?

Permainan yang pernah saya uji pada tablet ini adalah sama seperti senarai di sini. Tak perlu ragu lagi, kalau tablet ini dalam bajet anda, sila dapatkan ia segera. Kalau harga Nexus 7 buat anda garu kepala, harga tablet ini mampu buat anda tersenyum.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

One Telco – Rangkaian Telekomunikasi Terendah di Malaysia

0

Salam warga OMG! Hackers?

Kehadiran di sini bukan saya nak jual barang atau nak promote something. Saya
hanya ingin berkongsi dengan anda semua satu rangkaian telekomunikasi yang
terbaru di Malaysia iaitu One Telco. Di mana saya tahu tentang ini? Saya tahu
semasa saya sedang berMukaBuku dan ternampak One Telco ni. Saya ni jenis
pantang nampak benda murah ini terus serbu je. Saya tanpa melengahkan masa
terus serang website dia.

Nak tahu apa saya dapat?

Saya dapat tahu bahawa syarikat ini dibangunkan oleh orang kita sendiri iaitu
Bumiputera iaitu DYCOM SND BHD yang mengendalikannya (MVNO) rangkaian telefon
terbaru di negara ini. ONE merupakan sebuah jenama telco TERBARU kini memasuki pasaran
industri telekomunikasi Malaysia. Hasil perkongsian secara pintar
bersama
Baraka Telecom serta Salamfone yang akan membawa lebih banyak manfaat kepada pengguna prepaid dari segi penjimatan juga peluang perniagaan yang sangat pasif. Syarikat ini telah rasminya dibuka pada 31 Ogos 2012.
Syarikat ini bertapak di Dycom
Sdn Bhd (965002-D) Level 7 Ikhlas Point Tower 11, Avenue 5, Bangsar South, No 8
Jalan Kerinchi, 59200, KL
<< boleh la klik kalau nak tengok maps.

Bla la bla haha itu la serba sedikit tentang One Telco ni. Ok sekarang saya nak
cerita sedikit info dari survey
penggunaan talian pra bayar . Kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan Talian Pra
bayar mereka utk membuat panggilan pendek . Kebanyakan hanya membuat panggilan
dibawah 30 saat . Kebanyakan Telco mempunyai charging block masing masing .
Cuba check balance kredit anda , selepas itu buat panggilan pendek atau dibawah
30 saat . Selepas habis panggilan periksa baki kredit anda . Berapakah yg di
charge oleh telco masing masing ? 15 sen, 18sen, 22sen , 35 sen dan mungkin ada
yg lebih lagi . Cuba bandingkan rate One Telco iaitu 8 sen , berapa banyak anda
akan berjimat. Haa banyakkan?

Ok tadi kita da sembang
tentang kadar panggilan. Sekarang saya nak sentuh dari segi internet pula.
Sebab saya ni kalau tak ada internet fuhhh…. Mesti tak tau nak buat apa  mcm ayam berak kapur. Saya dah tengok plan
internet dia dan ianya agak memberangsangkan dan amat sesuai pada zaman
Smartphone nie dimana hampir majority rakyat Malaysia menggunakan smartphone.
Tanpa internet smartphone akan jadi useless. Dari segi COVERAGE macam mana? Saya dah tanya kepada dealer dia coverage dia adalah sama seperti Maxis. Di mana ada Maxis di situ ada One Telco. Kelajuan internet pun boleh mencecah 3.5 G.

Ini antara plan-plan yang ditawarkan:-

Amacam best tak? Siap ada tips lagi tu. Dah puas dengan internet kita beralih arah ke panggilan luar negara. Ok untuk bab ini memang saya kurang arif sebab maklumla tak pernah ada suadara mara di luar negara. So saya akan bagi link untuk anda lihat kadar panggilan IDD >> Lihat di sini
Seterusnya kita akan tengok dari top up dia plak..Maklumla benda baru ini mesti la ramai orang belum jual top up dia. Tapi jangkaan saya silap. Sebenarnya kita boleh top up di  mana sahaja yang terdapat gambar logo ONE & Salamfone, melalui
Internet ataupun menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kita juga boleh
tambah nilai melalui terminal di mana-mana pusat beli-belah, 7-Eleven,
bank, stesen minyak dan ejen-ejen terlantik.


Seterusnya jika anda ingin pakai One Telco ini tapi anda bimbang sebab nak kena beli sim kad baru then mesti pakai no baru bukan? Tak perlu risau sebab saya dah tanya dengan dealer dia bahawa no anda yang lama akan dikekalkan cuma sim kad je berbeza. Dan tak silap saya juga apabila kita menggunakan One Telco nie kita akan dapat jana pendapatan.

Tengok kat sini :- 


Nie antara review testimoni yang saya jumpa kat fanpage One Telco:-


Jika anda berminat dengan One Telco ini sila hubungi :-

Phone : Jen (01113398515 / 010-8485150)

Email : jen@onetelco.my

Jangan lupa LIKE Facebook One Telco

Untuk lebih maklumat sila kunjungi Website One Telco dan tengok senarai dealer di seluruh Malaysia (Akan diupdate)

P/S Lepas nie saya akan pakai One Telco insyallah… anda semua macam mana?

Salah dan typo harap diampun..

Sekian terima kasih.

Jika ada masalah ketika klik link sila lihat sini

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Belajar WordPress] 5 Tip Mudah Sekuriti WordPress [Bah. 1]

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seringkali terdengar di buah mulut blogger yang menggunakan WordPress sebagai medan mencurah ilmu khususnya WordPress.org atau dikenali sebagai WordPress Self Hosted berkenaan dengan masalah laman mereka digodam oleh pakar dalam bidang penggodaman. Ini terjadi kerana sekuriti WordPress Self Hosted dijaga oleh tuan empunya laman itu sendiri. Sekiranya tuan empunya laman kurang peka terhadap masalah sekuriti,maka mudahlah lamannya untuk digodam. Sebab itu penulis selalu ingatkan bahawa untuk membuat sesuatu perkara amatlah mudah,tapi untuk menjaganya terlalu sukar. Begitu juga apabila anda berblogging menggunakan sebarang platform termasuk Blogspot. Jadi,sebagai langkah berhati-hati lebih molek jika anda memeriksa kembali sekuriti WordPress anda sama ada anda sudah menutup celah-celah keselamatan yang masih terbuka ataupun anda masih belum menutupi celah keselamatan itu. Buat pengetahuan anda,ini merupakan perkara asas yang perlu anda lakukan setelah selesai memasang WordPress. Sebenarnya,masih terlalu banyak celah kemanan yang perlu anda tutup dan kebanyakkannya perlu dilakukan secara manual.  Sebab itu pentingnya untuk anda belajar skrip php,css,javascript dan pelbagai lagi skrip yang bersangkut paut dengan arena blogging. Tapi,jika anda kurang mahir,maka penggunaan plugin lah yang akan membantu anda dan memudahkan urusan anda.

1.  Readme.html
Fail ini akan sentiasa wujud/muncul sekiranya anda memasang WordPress melalui Fantastico,Softaculous malah turut wujud apabila anda memasang WordPress secara manual seperti menggunakan FTP Client mahupun File Manager (Browsers FTP). Melalui fail Readme.html ini seseorang boleh melihat versi WordPress yang digunakan oleh anda. Meskipun WordPress sentiasa dan menutup celah-celah atau memperbaiki ‘bug’ pada versi terbaru keluaran mereka. Tapi,masih ada beberapa celah keselamatan yang perlu anda tutup sendiri.
Saranan: Buang
(Fail terdapat pada folder root/public_html ).

2. WordPress Version (View Source)
Perkara yang sama seperti fail Readme.html iaitu berkenaan dengan versi WordPress yang anda gunakan. Versi WordPress amat penting untuk ditutup kerana seseorang penggodam dapat menggodam apabila mengetahui versi WordPress yang anda gunakan. Seperti yang penulis katakan tadi. Setiap keluaran WordPress ada bug yang masih tidak diperbaiki oleh mereka. Ini yang dinamakan sebagai demokrasi terpimpin ciptaan manusia. Sukar untuk mencari yang betul-betul sempurna. 

Log masuk ke Dashboard laman anda,Appearane,Editor,Header (header.php),Ctrl + F, masukkan kata kunci <meta name=”generator” dan hapuskan segala baris yang terdapat seperti gambar diatas mengikut versi WordPress anda.

3. Install.php.
Kebiasaannya selepas anda selesai memasang WordPress fail ini akan hilang. Tetapi,sebarang kemungkinan boleh berlaku. Jadi,semak kembali sekiranya terdapat fail ini,maka buanglah. 
Saranan: Buang
(Fail terletak di dalam root/public_html/wp-admin (folder)/install.php)

4. Install-helper.php.
Fail ini sama seperti fail Install.php. Juga berada pada tempat (directory) yang sama dengan fail Install.php.
Saranan: Buang.

5. Setup-confing.php.
Fail ini tidak diperlukan jadi anda boleh membuangnya dengan hati yang tenang. Tidak perlu kusut. Fail ini terletak pada directory yang sama seperti fail Install.php dan Install-helper.php.
Saranan: Buang.


Selesai sudah tip mudah untuk menjaga sekuriti WordPress anda. Memandangkan ini bahagian pertama. Maka,akan ada sambungannya pada masa akan datang.Sebarang kemusykilan atau pandangan jangan disimpan di dalam hati. Anda perlu lontarkannya (bak kata Ogy).

Sekian,Assalamualaikum.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[GiveAway] Ashampoo Software

0

Salam kepada warga OMG! Hackers? Baru-baru kita digemparkan dengan giveaway dari THQ dan Razer. Kini giveaway seterusnya adalah dari Ashampoo sempena Christmas….

Saya nak share la apa dia software yang di giveaway kan kepada pengguna? Antaranya ialah:-

 Screenshot Get Key Full Version for Ashampoo Snap 5

Dapatkan Ashampoo Giveaway

Views: 1

Iklan Newspaper Inline