Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Seperti sebelum ini penulis pernah kongsikan permainan Max Payne: Permainan Video Menarik (PC). Penulis mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anda semua selaku pengunjung OMG! Hackers?. Jadi,hari ini penulis akan kongsikan sebuah lagi permainan lama yang masih seronok untuk dimainkan. Untuk anda yang memiliki komputer lama ini mungkin bernilai untuk anda menghilangkan kebosanan.
Seperti yang semua sedia tahu bahawa permainan Grand Theft Auto keluaran pihak Rockstar Games sering mendapat perhatian bagi pengguna ‘pc’ dan sebagainya. Malah,permainan ini sering menjadi pujaan bagi penggemar permainan bergenre ‘third-person-shooter’. Sukacita juga penulis kongsikan bahawa permainan Max Payne sebelum ini juga dibina oleh Rockstar Games. Jadi,ini satu kejayaan untuk Rockstar Games kerana permainan ciptaan mereka telah dicetak rompak oleh segenap lapisan masyarakat. Hahaha. Dalam permainan Grand Theft Auto 3 terdapat 3 bandar dan mempunyai 50 storyline mission,17 phone mission dan 4 remote controlled mission [disini]. Hero di dalam permainan ini ialah Claude.
Tiada apa yang penulis ingin katakan lagi kerana rasanya anda memang cukup mengenali dengan permainan ini. Tapi,penulis ingin katakan permainan yang akan penulis kongsikan ini ialah permainan yang telah diubahsuai kandungannya atau sering dikenali sebagai pengguna permainan cetak rompak sebagai ‘RIP version’. Jadi,semua fail masih lagi berjalan dengan lancar,audio dan video dapat didengari dan dilihat cuma ‘radio station’ sahaja yang dibuang. Memang keasyikan akan hilang apabila anda pernah memainkan permainan ini pada zaman dahulu. Tapi,apakan daya ini sahaja yang dapat penulis lakukan untuk anda.
Berikut adalah senarai Pemenang Giveaway Aomei Partition Assistant:
Luqman Man
ArEFiEyZiEy
Normaliza *LRR*
Don Corleone
Rakyat Siber
rocky
Al Stari
mr unknown
Akin Junior
adam999
Buat para pemenang yang tidak sertakan e-mel, anda diminta untuk menghubungi saya melalui ruangan Hubungi Admin. Mereka yang ada sertakan e-mel, saya akan hantar lesen secara terus kepada anda. Tahniah untuk semua pemenang! Untuk yang tak menang, cuba lagi lain kali!
P/S: Benda ni macam cabutan bertuah la. Anda ambil satu tiket, tunggu je la nombor anda kena panggil atau tidak! Heheh!
Beberapa bulan perjalanan saya dalam menggunakan sistem operasi Linux, pelbagai distro telah dicuba. Usah dikata, usah ditanya, dari sekecil-kecil saiz distro, seperti Damn Small Linux, sehinggalah kepada bersaiz ‘kapal layar’ seperti Ultimate Edition. ‘Distro Hopping’ sudah jadi macam hobi. Lepas satu, satu distro dicuba sehingga naik ‘muak’. Semua nampak ‘serupa’ walau ada sedikit beza.
Suatu hari, setelah lama bergelumang dengan elementary OS Luna, tergerak hati saya untuk mencuba kembali distro yang pernah suatu ketika saya cuba pasang dahulu tetapi tidak berjaya (heheh..), iaitu Arch Linux. Berpandukan video tutorial dari Youtube yang disimpan dalam telefon, saya mula memasang dari sistem minimal sehinggalah kepada persekitaran desktop. Akhirnya sempurna..
Sejak dari hari itu saya tidak pernah ada gerak hati untuk mencuba distro lain lagi.
Soalnya, kenapa?
Berikut saya cuba huraikan kenapa saya sudah ‘terpaku’ dengan Arch Linux.
Apa Itu Arch Linux?
Arch Linux ialah sebuah sistem operasi Linux yang fleksibel, ‘ringan’ dan berpegang kepada prinsip KISS (Keep It Simple, Stupid!).
Prestasi
Perkara pertama yang menjadi sebab kukuh kenapa saya tidak mahu berganjak dan akan kekalkan Arch Linux dalam setiap PC/netbook saya adalah kerana prestasinya. Saya bukan pakar atau ‘ahli dalam babnya’ untuk hal ini, tetapi cukuplah saya dapat nyatakan bahawa Arch Linux sememangnya dicipta untuk prestasi, dari sebuah sistem yang minimalistik. Terpulang kepada pengguna untuk menjadikan ia sistem yang pantas atau ‘berat’, ikutlah ‘selera’ masing-masing.
Quote dari Judd Vinet, founder Arch Linux : “[Arch Linux] is what you make it.”
Rolling-release
YEAH.. Ini juga merupakan salah satu sebab utama Arch Linux tidak akan digantikan dengan distro lain. Tidak seperti sesetengah distro yang mempunyai tempoh masa tertentu sebelum ia menjadi ‘usang’ dan perlu dinaik taraf, Arch Linux tidak perlu kepada pemasangan semula untuk menaik taraf sistemnya. Cukup sekadar satu baris perintah, Arch Linux siap menjadi distro ‘terbaru’, hasil jasa ‘rolling-release’.
Rolling-release bermaksud ia tidak mempunyai waktu rilisan untuk versi terbaru. Sebagai contoh Ubuntu, yang mempunyai tempoh waktu naik taraf kepada versi baru dalam 6 bulan. Ertinya setiap 6 bulan, satu versi baru akan dilancarkan, dan jika anda hendak menggunakannya, anda perlu memasang ia semula (sebaik-baiknya, walaupun boleh naik taraf secara terus dari versi lama).
Rolling-release juga bermaksud Arch Linux ‘akan mempunyai versi baru, ‘apabila ia mempunyai versi baru’. Kalau tiada ‘versi baru’ dilancarkan, bererti apa yang sedang anda gunakan adalah ‘yang terbaru’.
‘The cutting edge, bleeding edge sofwares’
Pengguna akan sentiasa mendapat pakej perisian terbaru, dikenali dengan istilah ‘bleeding edge’. Bleeding edge tidaklah bererti pakej tidak stabil, tetapi saya lebih gemar menamakannya sebagai ‘pure awesomeness’, kerana disebabkan ia ‘paling baru’, maka ia ‘paling hebat’. Heheh..
Pengguna tidak perlu berasa bimbang untuk menaik taraf sistem kerana pakej yang dimuat naik adalah stabil, dan jika terdapat ralat sekalipun, pasti akan ada pembaikan/tampalan dalam tempoh yang singkat.
ArchWiki
Belum pernah ada dokumentasi yang saya lihat lebih lengkap dari ArchWiki. Segala maklumat yang anda mahukan anda disitu, dari maklumat umum mengenai sistem Linux dan Arch Linux, sehinggalah kepada maklumat khusus yang merangkumi fail-fail sistem, yang perlu diketahui oleh para pengguna.
Apa yang lucu, pernah saya menyelesaikan masalah dalam sistem Ubuntu dengan merujuk kepada ArchWiki.
Arch User Repository (AUR)
Disinilah segala-gala perkara terbaik berada dalamnya untuk Arch Linux. Arch User Repository (AUR) ialah sebuah repositori yang disokong oleh komuniti khusus untuk para pengguna Arch. Melalui AUR pakej-pakej yang popular lebih pantas memasuki repositori komuniti. Ia dikelolakan oleh komuniti pengguna, untuk pengguna. Anda boleh cari pelbagai perisian, tema dan ikon di sini.
Bina Sendiri Sampai Puas Hati
Ya, pemasangan Arch Linux bermula dengan baris perintah, ia berakhir dengan baris perintah juga! Anda boleh bina Arch Linux dari sebuah sistem yang sangat minimal, satu demi satu, sehingga cukup sifat dan rupanya. Anda perlu pilih sendiri perisian apa yang anda mahu, codec, pemacu, persekitaran desktop, tema, ikon, dan lain-lain lagi. Anda boleh jadikan ia hanya dipacu oleh Window Manager seperti Openbox, atau boleh jadikan ia sistem ‘raksasa super berat’ dengan memasang KDE desktop.
Dengan pemasangan sendiri, setiap perubahan dalam tangan anda. Cantik atau hodoh, buruk atau baik anda yang tentukan. Disebabkan ia bukan sistem operasi ‘out-of-the-box’ seperti Ubuntu, maka kemungkinan ia menjadi ‘hodoh’ selepas selesai pemasangan persekitaran desktop adalah ‘cerah’, oleh itu jangan lupa pasangkan tema, sebagai contoh tema Mac OS X.
Dalam Arch Linux, anda bukan diberitahu ‘apa yang harus anda lakukan’, tetapi anda akan diberitahu ‘bagaimana cara hendak lakukan’.
Kesimpulan
Arch Linux perlukan kesabaran yang jitu, dan kesungguhan yang mendalam untuk menyiapkan ia menjadi sebuah sistem operasi yang diingini oleh pengguna. Mungkin pendekatan Arch Linux tidak begitu sesuai untuk pemula, tetapi seperti yang dikatakan jika anda ada kesungguhan, disitu ada highwayThe Arch Way.
Pertama kali terjumpa dengan Torch Browser adalah melalui laman The Pirate Bay. Disebabkan saya ‘kaki torrent’, perisian-perisian seperti ini memang jarang saya lepaskan. Jadi apa lagi, mencuba adalah perkara wajib. Apapun tonton dulu video ini:
Apa Itu Torch Browser:
Torch Browser ialah pelayar web berasaskan Chromium yang dicipta untuk memudahkan pengguna dari segi prestasi, keselamatan, integrasi dengan kandungan multimedia serta laman sosial.
Kelebihan Torch Browser:
1. Dibina berasaskan kod sumber Chromium. Oleh itu ia adalah pelayar web yang pantas dan selamat.
2. Mengintegrasi pelbagai fungsi multimedia seperti pemuat turun fail (download accelerator), media grabber, dan pemuat turun torrent.
3. Integrasi dengan laman sosial seperti Facebook.
Kekurangan Torch Browser:
1. Pemuat turun torrent terbina dalaman berkemungkinan akan menjadikan prestasinya sedikit perlahan.
2. Kemungkinan untuk crash lebih tinggi.
Mungkin anda lebih sukakan cara tradisional untuk memuat turun fail dan torrent, tetapi jika anda hendak mencuba, tiadalah pula salahnya. Pengalaman diri sendiri lebih berharga dari pendapat orang lain.
Anda boleh muat turun Torch Browser di laman web rasminya di sini : Torch Browser
Dunia teknologi berkembang dengan sangat pantas. Tak terkejar rasanya dengan masa dan kudrat yang ada. Dek kerana itu kadangkala begitu banyak yang tertinggal, hanya mampu lihat dari jauh sahaja. Perisian mudah alih (portable software) adalah satu cabang teknologi pintar yang memudahkan pengguna untuk membawah perisian-perisian yang diperlukan ke mana saja.
Saya pernah membuat beberapa perisian dalam versi ini seperti PRoXPN VPN dan Firefox 8.0 alpha 1 Nightly. Terdapat berbagai cara untuk menjadikan perisian kepada versi mudah alih. Beberapa contoh boleh dilihat seperti di sini dan di sini.Kali ini saya cuba berkongsi cara yang pernah saya lakukan dahulu, cara paling mudah untuk membuat perisian menjadi versi mudah alih.
Tonton video berikut untuk memahami cara yang saya gunakan:
Perisian yang diperlukan:
1. VMWare ThinApp (Versi 4.7.3 Build 891762 pada waktu entri ini ditulis)
2. Perisian yang anda mahu jadikan sebagai versi mudah alih. Dalam kes ini saya pilih Firefox (17.0.1) sebagai bahan eksperimen.
3. Sistem Operasi? – Windows XP, 7, Vista, 8.
Kaedahnya:
1. Pasang VMWare ThinApp dan jalankan ‘ThinApp Setup Capture’
2. Klik Next – Prescan (Pastikan direktori yang diiimbas adalah betul di cakera ‘C’ pada ‘Advance Scan Locations’)
3. Setelah siap proses ‘Prescan’, pasangkan pula perisian yang anda mahukan.
4. Kemudian, setelah selesai pemasangan perisian tersebut, klik pada ‘Postscan’.
5. Pilih Entry Points, iaitu pelancar untuk perisian (fail .exe).
6. Klik Next – Next (Ikut seperti gambar-gambar di atas) kecuali apabila sampai kepada ‘Sandbox Location’, pilih seperti gambar di bawah:
7. Akhir sekali, pilih ‘No – Do not send any information to VMWare’.
8. Klik Next – Next dan, Save. Jangan lupa tandakan pada ‘Compress virtual package’.
9. Akhir sekali, klik Build.
10. Tunggu sehingga proses Build selesai.
Hoh! Mudah sekali! Tak keluar peluh pun. Siap sudah akhrinya perisian mudah alih kita. Anda mahu contoh yang telah saya siapkan? Muat turun perisian Firefox 17.0.1 Portable melalui pautan di bawah:
Amacam? Anda rasa pembelajaran hari ini menarik? Sebarkan kepada rakan-rakan mengenai blog ini. Sampai kita berjumpa lagi di lain waktu. Chalooooo betaaa!
Assalammualaikum dan selamat sejahtera pembaca OMG! Hackers?.. Tahun 2012 telah meninggalkan kita semua. Selamat tahun baru penulis ucapkan kepada Admin, penulis-penulis yang lain dan semua warga pembaca sekalian. Hari ini penulis ingin kongsikan VPN percuma terbaik yang pernah penulis guna.
Apa itu VPN? tidak perlu la penulis terangkan lagi. Sebab dalam blog ini telah banyak membincangkan perihal tentang VPN. Cuma saudara semua kena rajin menggunakan KOTAK CARIAN. Secara ringkasnya VPN ialah:
1. Digunakan untuk melindungi data dan privasi kita dari diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.
2. Melayari internet dengan selamat dengan cara menyembunyikan IP.
3. Melepasi sekatan ke atas internet kita serta firewall.
OK.. Kita pergi pada VPN yang pertama:
SecurityKiss
1. Untuk pengguna percuma anda diberikan 300MB sehari (ok lerr tu, sebulan dah berapa).
2. Sehingga 5-10 server walaupun percuma.
3. Menyokong OpenVPN, PPTP dan L2TP tunneling protokol.
4. Perlu mendaftar untuk gunakan servis. Klik INI untuk daftar.
5. OpenVPN terbina dalam installer yang disediakan.
VPN yang kedua:
VPNBook
1. VPN ini memang 100% percuma, tidak perlu mendaftar dan tiada had limit diberikan.
2. Menyokong OpenVPN dan PPTP tunneling sahaja.
3. Untuk OpenVPN anda kena muat turun fail konfigurasi terlebih dahulu dan masukkan kedalam folder: data>config.
4. Atau download sahaja OpenVPN portable berserta config yang dah dimodifikasi oleh saya, klik link INI (untuk pengguna vista,7 dan 8 perlu run as administrator)
Dan yang ketiga:
FinchVPN
1. Perlu mendaftar untuk menggunakan servis. Klik SINI untuk mendaftar.
2. Had limit sebanyak 3GB sebulan diberikan untuk pengguna percuma.
3. Hanya menyokong OpenVPN, PPTP akan menyusul kemudian.
4. Rasanya macam produk tempatan sebab ada Malaysia currency, walaupun saya guna VPN server Germany untuk masuk website mereka.
5. Sama seperti VPNBook, selepas sahaja mendaftar anda boleh muat turun config file dan masukkan dalam OpenVPN portable anda.
Itu sahaja yang boleh saya kongsikan bersama anda. Jika ada VPN percuma lain yang lagi baik boleh la dikongsikan diruangan komen dibawah.
Apabila beralih kepada Arch Linux, semua tema ‘kenangan’ saya bersama Ubuntu ingin ‘dialihkan’ sama. Ini termasuklah tema Mac OS X yang menjadi kegemaran saya. Anda menggunakan Arch Linux? Mari kita cuba tema ini, manalah tahu, sedap mata memandang?
P/S: Tutorial ini dibuat dalam persekitaran desktop Mate, dan saya menganggap anda telah pun memasang packer. Jika anda menggunakan persekitaran desktop yang lain, sila gunakan kaedah masing-masing untuk menukar tema. Ok, desktop saya memang berserabut.
Pasang Tema Mac OS X Pada Arch Linux:
1. Terlebih dahulu, pasangkan tema:
sudo packer -S mac-os-lion-theme
2. Kemudian, pasangkan pula ikon tema serta ikon cursor:
sudo packer -S mac-os-lion-icons
sudo packer -S mac-os-lion-cursors
3. Tema ini memerlukan gtk-engine-murrine, jadi pasangkan ia:
sudo pacman -S gtk-engine-murrine
sudo packer -S gtk-engine-murrine-git
4. Ok, siap sudah semua keperluan. Sekarang, klik kanan pada desktop, pilih ‘Change Desktop Background’.
5. Pergi kepada Theme – Customize… – Controls – Pilih ‘mac-os-lion-theme’.
6. Pergi pula kepada tab Window Border dan pilih ‘mac-os-lion-theme’.
7. Pergi kepada tab Icons, pilih ‘Lion By MB0SS’.
8. Diakhiri dengan tab Pointer, pilih ‘mac-os-lion-cursors’.
Siap sudah. Eh? Senang je? Yeahhh.. siapa pula yang kata susah?
Buat mereka yang teringin hendak mencuba Arch Linux, apa kata anda lihat kembali kaedah pemasangannya. Jika anda rasa pemasangan Arch Linux memeningkan kepala anda, apa kata cuba Arch Linux yang sudah ‘separa siap’ iaitu berserta dengan persekitaran dekstop seperti Manjaro Linux (XFCE), ArchBang (Openbox WM), Cinnarch (Cinnamon), Bridge Linux (XFCE, Gnome, KDE, LXDE) ataupun Chakra Linux (KDE – Plasma Desktop).
– Ok Mungkin Chakra Linux sudah mula mengorak langkah sendiri, tetapi ‘bapanya’ tetap Arch Linux.
Oh ya, masih terlalu sedikit mereka yang menyertai Giveaway dari Aomei. Silakan komen beserta dengan e-mel kalau nak menang! Tarikh tutup dah nak dekat ni!
Salam rakan-rakan sekalian. Kali ini saya datang untuk share satu software best. Iaitu yang diberi nama E- KAMUS….Jika anda lihat di pasaran… software ini mendapat tempat di pasaran di luar sana pada harga RM 40 – 223 saya dapati. Tapi di OMG! Hackers anda semua boleh dapatkannya secara percuma… Ianya amat sesuai kepada semua peringkat umur sama ada kecil hinggalah dewasa.
Ok nak tau dengan lebih terperinci tentang e-kamus nie?
E-KAMUS PRO 5.02 merupakan perisian perkamusan digital yang amat berguna bagi membantu individu menguasai pelbagai ilmu yang kini berkembang pesat dalam era teknologi maklumat. Penjelasan makna sesuatu perkataan boleh didapati kurang dari sesaat melalui fungsi ‘Text Capture’ yang menggunakan tetikus sepenuhnya di samping kepelbagaian fungsi yang direka khas bagi menjadikan e-kamus sebagai perisian yang amat penting dalam era teknologi maklumat masa kini. Berikut adalah beberapa kelebihan e-kamus apabila digunakan dengan cara yang betul boleh memberi impak yang besar.
Kelebihan E-KAMUS PRO 5.02.09
Teknologi carian yang mudah, cepat dan tepat berserta keterangan berformat.
Text Capture dan xView – Carian tanpa perlu menaip pada kotak carian (Auto word translate). Tetingkap xView berkebolehan membaca keseluruhan ayat dalam bahasa Inggeris.
Kamus editor – Alatan bagi membina pelbagai kamus tambahan. Terdapat 17 jenis kamus tambahan yang telah siap dibina menggunakan kamus editor yang boleh dimuatkan ke dalam sistem carian e-kamus.
Sistem pengesan kesalahan ejaan bahasa Melayu pada Microsoft Word 2003, 2007 dan 2010. Sistem pengesan kesalahan ejaan bahasa Melayu berfungsi serentak dengan sistem pengesan kesalahan ejaan bahasa Inggeris dalam satu-satu masa.
Desktop Translator – Perisian terjemahan penuh English-Melayu dan Melayu-English.
Sebutan English – Berfungsi pada semua kamus bahasa Inggeris.
Begitulah serba sedikit penerangan untuk e-kamus. Nak tahu lagi dan lagi dan lagi…sila lah dowload nya di sini.
JIKA ANDA SUKA DENGAN SOFTWARE INI. SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK TERUS MENYOKONG PERKONGSIAN SOFTWARE DARI SAYA DI SINI.
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Maaf lama tak update penulisan sebab sibuk sikit dengan kerja. Kali ini penulis ingin berkongsi “Premium Link Generator” yang penulis terjumpa di satu laman web. Ada beberapa laman premium generator yang boleh dianggap terbaik buat masa ini untuk pengguna percuma (Free User).
1. Perlu mendaftar dulu sebelum menggunakan servis.
2. Boleh dianggap yang terbaik buat masa ini, dan menyokong banyak host untuk pengguna percuma.
3. Menyokong pause dan resume download tanpa banyak masalah.
4. Pengguna yang berdaftar boleh menghidupkan SSL untuk keselamatan.
1. Menyokong laman 1fichier, Bitshare (100 MB), Crocko, Extabit (300 MB), Filefactory,
Filemates, Filepost (100 MB), Freakshare (200 MB), Hotfile (200 MB),
Lumfile, Mediafire, Netload (100 MB), Putlocker, Rapidgator (75 MB),
Rapidshare (100 MB), Sendspace, Share-Online (100 MB), Slingfile,
Speedyshare, Uploaded (125 MB), Uploading, Uptobox, Youtube untuk pengguna percuma.
2. Kekurangan laman ini adalah terlalu banyak pop-up dan iklan yang akan keluar semasa menggunakan laman ini.
1. Perlu mendaftar untuk menggunakan servis.
2. Menyokong host Extabit, Filebox, Megashares, Putlocker, Turbobit, Uploaded untuk pengguna percuma.
3. Perlu disable Ad-Blocker untuk menggunakan servis, dan setiap link kena masukkan CAPTCHA.
4. Tidak menyokong muat turun berterusan, hanya satu fail sekali muat turun.
Aomei Partition Assistant ialah sebuah perisian serbaguna yang dapat mengendalikan apa jua hal-hal berkaitan partisi seperti mengubah saiz dan mengalihkan, menyatukan, serta menyalin partisi sedia ada tanpa risiko kehilangan data.
Secara asasnya ia mempunyai 5 fungsi pengurusan cakera iaitu:
Partition Manager
Disk & Partition Copy
Extend Partition Wizard
Migrate OS to SSD or HDD
Partition Recovery Wizard
Make Bootable CD Wizard
Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh seorang staf marketing dari Syarikat Aomei berkenaan dengan perisian ini. Berikut adalah e-mel dari beliau:
Oleh itu, dengan saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa saya akan memberikan 10 lesen asli AOMEI Partition Assistant Pro kepada pembaca yang bertuah!
Produk : Lesen Partition Assistant Pro bernilai $36USD
Jumlah lesen : 10
Tarikh tutup : 4hb 01 2013
Pemenang dipilih berdasarkan : Random.org
Cara untuk memenangi perisian ini adalah mudah iaitu:
3. Komen melalui ruangan komen di bawah dengan menyatakan kenapa anda mahukan perisian ini, atau kenapa anda patut menang.
Ingat, tiada apa yang akan merugikan anda dengan menyertai Giveaway ini. Pemenang yang bertuah akan mendapat lesen asli dari Syarikat Aomei.
Kalau anda sudah sedia melanggan Feedburner blog ini, apa yang perlu anda lakukan ialah tuliskan komen anda di bawah. Peserta yang menulis komen pertama akan diberi keutamaan dalam peraduan ini.
Selamat berkomentar dan selamat berjaya!
Oh ya, sebelum terlupa, anda boleh muat turun versi demo perisian ini melalui pautan di bawah: