Utama Blog Laman 222

Kii Keyboard : Raja Keyboard Android?

0

Ada satu komponen pada peranti digital yang boleh dikatakan ‘wajib’ digunakan namun hanya sesetengah orang saja yang ‘mengambil berat’ akan kewujudannya, iaitu papan kekunci (keyboard).

Disebabkan tidak ramai yang ambil peduli (kecuali dalam keadaan terpaksa), maka biasanya pengguna akhir yang tak ambil kisah akan kekal menggunakan stock keyboard. Terdapat panduan dari Lifehacker tentang bagaimana cara untuk memilih papan kekunci. Pelbagai jenis, pelbagai rupa yang boleh dipilih mengikut cara guna dan citarasa.

Walaubagaimanapun untuk entri ini, saya ingin menghalakan anda kepada sebuah papan kekunci yang pada diri saya sendiri, merupakan pilihan akhir setelah beberapa ujian intensif dijalankan pada peranti yang sedang digunakan. Lihat saja pada paparan skrin dibawah:

Papan kekunci yang saya maksudkan itu ialah Kii Keyboard. Berikut adalah ciri-ciri Kii Keyboard:

★Best all-in one keyboard optimized for both phone and tablets
★Accurate and smart keyboard predictions
★User defined text shortcuts
★Extra number key row
★Extra arrow key row
★Swiftkey like next word prediction
★Gesture keyboard control
★Swype like gesture input
★Thumb Keyboard like split keyboard layouts
★Support many keyboard layouts: PC, Compact qwerty, T9, Dvorak, Azerty, Colemak
★Support iOS6 emoji input
★8 build-in HD themes
★Support a variety of themes: Go Keyboard, Better Keyboard, Themeshop Keyboard, CM10 themes
★Font and color customization
★Use any pictures as keyboard background
★True Multi-touch keyboard
★Jelly Bean 4.2 keyboard

Apa yang membezakan antara Kii Keyboard dengan pesaing-pesaingnya yang lain ialah ciri pengubahsuaian yang sangat banyak sekali, meliputi kaedah guna, tema, warna, sehinggalah kepada ciri-ciri kecil seperti fonts, emoji dan sebagainya lagi.

Selain itu, apa yang membuatkan ia menjadi yang terbaik antara pesaingnya, ialah ia menampilkan pelbagai ciri, dari para pesaingnya sendiri! Contohnya ciri papan kekunci pisah (split) seperti Thumb Keyboard, lajur tambahan untuk nombor (ciri premium), dan yang paling menonjol sekali ialah ciri luncur/gelongsor/seret (swipe) sepertimana yang terdapat pada papan kekunci Swype, Swiftkey, Touchpal, SlideIT dan juga Google Keyboard.

Namun, seperti yang saya katakan tadi, ciri papan kekunci ini yang paling menyerlah sekali ialah pengubahsuaian maksima yang mana ciri ini paling disukai oleh ramai power user. Bayangkan saja selain tema papan kekunci terbina dalam yang tersedia untuk ditukar pada bila-bila masa, anda juga boleh memuat turun tema dari Google Play Store, yang mana ia menyokong tema dari papan kekunci lain seperti Go Keyboard, Better Keyboard, Themeshop Keyboard, dan lain-lain.

Jika anda sukakan ciri-ciri premium pada papan kekunci ini (bagi saya ia amat berbaloi!), anda bolehlah membeli papan kekunci Kii versi premium melalui aplikasi ini sendiri, dengan perantaraan Google Play Store, pada harga USD4.31 (MYR13.66).

Kii vs Swype = Kii mengatasi dari segi ciri pengubahsuaian yang lebih hebat. Namun Swype boleh dikatakan mempunyai kelebihan dari segi ramalan perkataan yang lebih tepat dan semulajadi. Anda juga dapat rasakan seretan yang lebih ‘smooth’ pada Swype. Tak lupa juga Swype lebih murah! Haha! Saya ‘tersangkut’ pada dua papan kekunci ini dan sering bertukar-tukar input setiap kali hendak menaip!

Kii vs Swiftkey = Swiftkey masih lagi belum memasukkan fungsi untuk mematikan auto-spacing, satu ciri yang sekian lama diminta oleh para pengguna, sedangkan pesaing lain sudah memasukkan ciri ini sejak dari mula lagi! Maaf Swiftkey, selagi ciri ini masih belum ada, selagi itu kamu bukan papan kekunci pilihan.

Kii vs lain-lain papan kekunci = Silalah uji sendiri. Saya sudah puas membeli dan mencuba kesemua papan kekunci terbaik di Play Store, lalu akhirnya saya berhenti pada Kii dan juga Swype Keyboard. Saya ingin sekali mengulas mengenai Fleksy Keyboard, Touchpal dan juga Google Keyboard yang telah saya pandu uji bersama-sama dengan Kii serta Swype. Namun saya rasa ulasan itu akan menemui anda dalam entri yang lain. Sekian untuk waktu ini.

Gambar cuci mata sebelum sahur:

Bila Malaysia nak maju?!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Android Multitasking Is The King

0

Telefon bimbit moden yang dikuasakan dengan sistem operasi Android pastinya tidak lari dari fungsi-fungsi multi-tugas (multitasking). Zaman sekarang semua orang cuba menjadi lebih produktif dengan kaedah multitasking, tak kira dimana saja atau apa jua yang sedang dilakukan.

Sebagai contoh saya sendiri, sambil mendengar lagu, sambil itu jugalah membaca buku-buku, menaip entri blog, dan lain-lain lagi dalam satu waktu yang sama. Kerana itulah saya cuba variasikan lagi multitasking pada Android dengan menggunakan beberapa aplikasi yang bakal saya perkenalkan sebentar lagi.

Berikut adalah beberapa aplikasi yang benar-benar membantu para pengguna Android untuk memaksimakan potensi sebenar multitasking yang ada pada telefon bimbit masing-masing.

1. Pie Control

Pie Control ialah sebuah menu tambahan, boleh dikatakan sebuah Launcher pintas yang membantu pengguna untuk mudah mencapai apa saja aplikasi yang kerap kali digunakan. Untuk membuka app drawer dan kemudian scroll satu demi satu page bagi mencari aplikasi adalah tidak produktif dan lambat, sedangkan aplikasi yang kita cari itu sememangnya selalu diguna. Memang boleh letakkan shortcut pada desktop telefon, tetapi kalau tidak mahu ia tampak serabut dengan pintasan aplikasi, lebih baik gunakan Pie Control.

Hanya perlu siapkan tetapan untuk lajur satu dan lajur dua, letakkan kesemua aplikasi yang anda suka. Tak lupa juga terdapat pilihan untuk tindakan long press, yang mana anda boleh tambah lagi satu aplikasi atau perintah disebalik aplikasi sedia ada pada Pie tersebut.

2. LMT Launcher

LMT Launcher juga adalah sama seperti Pie Control diatas, cuma bagi saya, ia boleh dikatakan ‘origin’ kepada Pie Menus diluar sana. Ia mempunyai pelbagai ciri menarik seperti ISAS (invisible swipe areas) yang menyokong gerak isyarat jari (gestures) untuk melancarkan aplikasi.

Tampilan tetapan mungkin sedikit ‘menakutkan’ bagi pengguna baru, tetapi terdapat banyak reviu dan tutorial dalam laman Youtube, jadi tak perlu rasa ragu untuk mencuba. Saya yakin anda pasti akan teruja.

3. Ninja SMS

Aplikasi ini bukan percuma, tetapi hanya dengan RM4.78, ia sangat berbaloi untuk dibeli. Ninja SMS mempunyai rekabentuk yang intuitif dan produktif. Ia mempunyai sokongan widget yang boleh diletakkan di home screen untuk kemudahan SMS yang pantas.

Floating SMS app, itulah nama terbaik dalam kepala saya yang boleh saya namakan untuk aplikasi ini. Apa yang menarik, ia tidak mengganggu anda ketika sedang menonton Youtube ataupun video-video pada telefon bimbit. Apabila masuk SMS baru, seperti namanya, ia akan ‘float’ diatas aplikasi yang sedang anda gunakan. Anda boleh terus membalas SMS sambil menonton Youtube atau mendengar lagu. Bagus bukan?

4. UltimateFavesPRO

Aplikasi ini juga bukan percuma. Dengan harga RM6.35, anda boleh memiliki sebuah ‘Floating Application Chooser App’. Hahah! Memandai je aku bagi nama!

Itulah gambaran serba sedikit mengenai aplikasi bersaiz kecil ini. Apa yang menarik, ia boleh diintegrasikan dengan Launcher default anda. Jadi tiada isu pertindihan anda satu dengan lain. Cubalah ia hari ini, anda pasti tidak akan menyesal.

5. Toucher

Mengambil inspirasi dari iPhone AssistiveTouch, para pembangun dari Go Launcher EX membangunkan Toucher khas untuk Android. Ia mengumpulkan kesemua yang diperlukan oleh pengguna pada satu butang kecil. Tetapi disebalik rupanya yang ‘standard’, anda juga boleh mengubah temanya supaya bersesuaian dengan kehendak anda. Lihat saja gambar dibawah, ia tampil lebih cantik dan seronok untuk dilihat setiap kali diklik.

6. Swype Keyboard

Apalah maknanya kesemua aplikasi yang membantu tanpa papan kekunci (keyboard) yang hebat? Saya pernah menggunakan Swiftkey Keyboard, yang mana ia tampil sebagai keyboard paling ohsemmm yang pernah saya gunakan. Namun disebalik kehebatannya, pembangun terlupa, atau juga mungkin ENGGAN untuk menambah fungsi bagi mematikan Auto Spacing!

Atas sebab inilah saya mencuba lalu terus beralih kepada Swype Keyboard. Kerana selain fungsi Auto Spacing yang boleh dimatikan (disable), ia juga jauh lebih murah dan boleh dikatakan pintar seperti Swiftkey juga! Jadi tiada penyelasan dalam peralihan, kerana yang pasti, apa yang terbaik itu lebih baik dari yang baik! Ehhh..

7. Auto SMS Sender

Tak cukup lagi dengan kelebihan Ninja SMS yang boleh ‘terapung’ diatas mana-mana aplikasi atau home screen, Android juga punyai aplikasi yang dapat menghantar mesej secara auto, mengikut kepada apa yang telah anda jadualkan.

Apa lagi yang anda mahu? Ohhh.. Mahukan lebih lagi aplikasi berguna? Hahaha.. stay tuned.. to be concluded! Heh.. macam The Matrix!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Bitdefender Internet Security dan Mobile Security 365 Hari

0

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

   Apa khabar anda semua? Harap-harap sihat belaka. Tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan. Sudahkah anda bersedia? Jikalau belum, buat-buat sedia sudahlah. Hehe..

   Sebelum ini saya ada buat artikel tentang produk Kaspersky bukan. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua trik untuk Bitdefender pula. Trik ini memerlukan anda semua untuk menggunakan proxy ataupun VPN dari negara Australia. Saya cadangkan guna VPN dari VPNGate untuk openvpn dan Softether VPN untuk Windows client.

Ok kita mulakan dengan tugasan kita:
1. Sambungkan PC anda ke koneksi VPN dari Australia.
2. Setelah sambungan berjaya dibuat, pergi ke laman tersebut:

3. Masukkan nama anda serta pilih produk yang dikehendaki. Saya memilih Bitdefender Internet Security 2013 dan Bitdefender Mobile Security.

4. Jangan tukar negara tersebut, masukkan e-mel beserta CAPTCHA. Klik submit.
5. Periksa e-mel anda.

6. Download Bitdefender Internet Security dari sini : [32bit]   [64bit]
7. Pasang installer tadi dan masukkan nombor siri 365 hari yang dapat di dalam e-mel.
8. Untuk Mobile Security pula, muat turun Bitdefender dari Play Store, pasang dan masukkan nombor siri untuk Mobile Security.

p/s: Sila gunakan e-mel sebenar atau yang kekal. Jangan gunakan e-mel pakai buang, atau anda tidak akan menerima serial tersebut..

Update: Kaspersky Trial Reset v2.1 beserta lesen Kaspersky Internet Security selama 1 tahun: [Link]

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

4K Download: Penyedia Pelbagai Perisian Menarik

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan kepada anda artikel tentang sebuah laman web yang menyediakan pelbagai perisian menarik dan serbaguna.

4K Download merupakan sebuah laman web yang perlu anda kunjungi bagi mendapatkan pelbagai perisian yang menarik untuk digunakan dalam kehidupan seharian. 4K Download membina pelbagai jenis perisian berjenama 4K yang dapat digunakan secara percuma tanpa sebarang pembayaran yang tersembunyi. Tujuan 4K Download dibina ialah untuk memudahkan anda memuat turun sesuatu daripada laman web yang mempunyai sekatan seperti laman penstriman video YouTube,Instagram dan pelbagai lagi laman yang menetapkan sekatan supaya segala fail berhakcipta tidak disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sehingga artikel ini ditulis,saya hanya menggunakan menggunakan 4K Video Downloader dan 4K Youtube To MP3. Jika anda seorang pengguna Instagram maka anda boleh memuat turun 4K Stogram dan jika anda ingin membuat persembahan slaid,anda boleh gunakan perisian 4K Slideshow Maker

4K Video Downloader menyediakan fungsi penukar (converter) yang dapat memudahkan anda untuk mengubah format fail video kepada audio (mp3). Jadi,anda tidak perlu memasang perisian 4K Youtube to MP3 untuk memuat turun video daripada Youtube dan menukar format kepada audio. Meskipun laman web 4K Download menyatakan bahawa mereka menyokong laman-laman web seperti Facebook dan beberapa laman lain tapi saya masih gagal untuk memuat turun daripada laman interaksi Facebook. Sebab utama ialah saya tidak mengetahui kaedah untuk memuat turun daripada laman yang dimaksudkan. 4K Video Downloader menyediakan fungsi tambahan melalui fungsi “Activate” dan anda boleh mendapatkan kunci pengaktifan melalui pautan yang disediakan sekali gus menaiktaraf ciri-ciri yang istimewa seperti memuat turun semua video pada sesuatu saluran dan pelbagai ciri menarik yang tidak dapat dirasa oleh pengguna percuma.

Panduan ringkas penggunaan perisian 4K Video Downloader.


Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Silent Hackers Kini Datang Lagi Dengan Nafas Baru

0

Asalamualaikum para pembaca yang dihormati. Masih ingatkah anda lagi pada Forum Silent Hackers atau lebih dikenali sebagai SH.
Kucing hitam kau berjalan di depanku
Ku tak hirau hanya mainan duniaku
Hati luka kau berada di depanku
Ku tak risau tak ke mana tujuanmu

Ya betul ku tak risau ke mana tujuanmu kerana ku tau SH walau di manapun pasti mereka akan maju ke hadapan selangkah demi selangkah walaupun jatuh dan bangun kembali untuk meneruskan perjuangan.

Saya tertarik untuk membuat artikel ini kerana saya melihat tuan Arya kita sangat rajin mengemaskini status terkini untuk Forum SH. Cuba anda lihat beberapa artikel dari Tuan Arya. Banyakkan?

Kita telah sedia maklum bahawa SH yang dahulunya terbina dengan sebuah forum yang agak masyhur di Malaysia. Masa kian berdetik saat demi saat, banyak liku-liku yang diharungi oleh SH dan akhirnya Forum SH berkubur. Kini SH tampil kembali dengan konsep Laman Web Informasi, Perkongsian Ilmu Rangkaian dan Sekuriti, Ebook dan akan datang mungkin video tutorial. 
Laman ini telah mula beroperasi pada akhir bulan Jun 2013
Ini adalah paparan utama Silent Hackers yang terkini.
Akhir kata dari saya selamat melawat >> Silent Hackers 2013

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Menggunakan Conky Manager

0

Bagi mereka yang menggunakan sistem operasi Linux, salah satu ‘eye candy’ yang menjadi kegemaran ialah Conky. Anda boleh lihat contoh konfigurasi Conky yang telah saya siapkan pada desktop Linux Deepin 12.12 yang sedang saya gunakan sekarang:

Beza dengan gambar di atas ialah Conky ‘Two’ digantikan dengan Conky ‘Google Now’

Kini terdapat cara mudah untuk memasang dan menguruskan Conky, iaitu dengan menggunakan Conky Manager, terima kasih kepada Tony George.

Conky Manager versi 1.1 ini telah dilengkapi dengan beberapa tema pilihan tersedia seperti CPUPanel, Cowon Conky, Gold&Grey, Gotham, MaxConky, NvidiaPanel, dan Torn Paper Clone.

Aplikasi ini menyokong tema-tema lain, seperti yang dapat anda lihat pada paparan skrin di atas, saya telah memasang tema Two, Infinity dan juga Google Now.

Kaedah penggunaannya amat mudah. Anda cuma perlu pasangkan Conky Manager, muat turun fail Conky yang anda sukai dan ekstrak ia ke dalam direktori ~/conky-manager/themes. Semudah A, B, dan Chendol Bakar! Hahaha!

Untuk pasangkan ia pada distro anda, buka Terminal, salin dan tampal baris perintah di bawah:

sudo apt-add-repository -y ppa:teejee2008/ppa 

sudo apt-get update 

sudo apt-get install conky-manager

Anda mahu tema-tema yang saya gunakan? Boleh. Muat turun sahaja melalui pautan-pautan ini:

1. Conky Two

2. Conky Infinity

3. Conky Google Now

Untuk folder yang dinamakan dengan titik noktah dihadapan seperti ‘.conky’ atau ‘.fonts’, anda perlu rename dan buang titik noktah tersebut, manakala untuk fail tetapan seperti .conkyrc pula adalah tidak perlu.

Ada lagi yang tidak faham? Tak mengapa. Cuba dulu, dan kalau tidak berjaya, errr… godek lah sampai berjaya ya! Malas pulak nak lecture. Pegi mandi lagi baik. Hahaha.. Chow sin chiii aaaaa… tata for now!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

DropInOne: Uruskan Pelbagai Storan Awan Dalam Satu Platform

0

Zaman kita ini, storan awan menjadi satu keperluan sejagat. Cuba bayangkan jika dunia tanpa kemudahan yang satu ini, laratkah diri untuk mengusung External Hard Drive ke mana saja kita pergi? Kalau yang tersimpan itu fail seperti ISO sistem operasi, masih munasabah juga. Tapi kalau sekadar gambar, mp3, dan fail-fail ‘kecil’ yang lain, mungkin kita perlukan alternatif seperti ini.

Kerana itu juga saya pernah ‘bising’ dengan isu plan internet fiber optik/plan data mobil di Malaysia yang masih terlalu mahal serta agak ‘mengelirukan’ berbanding negara-negara lain. Bukan hendak kritik membuta-tuli, tetapi ambil contoh satu operator di Malaysia ini yang mengenakan cas berlainan untuk setiap plan. Plan panggilan + SMS = lain bayaran, plan data mobil = lain juga. Gabungan antara keduanya boleh bikin Pak Ngah di kampung pengsan dek terlalu cekik darah jumlahnya.

Perkara ini saling bersangkut-paut antara satu sama lain. Apabila kita perlukan kepada storan bergerak, iaitu storan awan, bererti kita perlukan kepada internet. Oleh kerana itu saya menyeru kepada para penyedia servis internet dan juga operator telefon di Malaysia, silalah buat plan baharu yang lebih mesra poket pengguna. Ingat, kuasa di tangan pengguna dan bukan semua pengguna kaya-raya seperti anda!

Berbalik kepada storan awan, kebanyakan dari kita menggunakan lebih dari satu akaun. Selain menjimatkan kos, kita juga dapat menikmati pelbagai faedah dari pelbagai servis storan awan di luar internet sana.

Oleh itu apa yang lebih bermakna dari kemudahan untuk menguruskan kesemua storan awan ini dalam satu akaun sahaja, tidak begitu? DropInOne merupakan satu perkhidmatan percuma yang menawarkan kemudahan menyelia akaun-akaun storan awan dalam satu platform. Antara storan awan yang disokong ialah Box.com, Dropbox, Google Drive, Skydrive, Sugarsync dan juga AmazonS3.

Servis ini sama seperti CloudKafe. Meskipun senarai sokongannya tidak sebanyak CloudKafe, namun untuk servis yang baru saja memulakan langkahnya, saya kira ia agak bagus dan boleh diperbaiki lagi.

Apa yang saya harapkan ialah ia bakal mempunyai aplikasi untuk sistem Android, iOS dan juga Windows Phone supaya lebih mudah untuk pengguna menguruskan segalanya dihujung jari saja!

Jadi kudos untuk DropInOne! Semoga lebih berjaya di masa hadapan!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Windows 8.1 Preview Download Link (Official)

0

Dahulu kita dihebahkan dengan berita kehadiran sistem operasi Windows 8, yang dicipta dengan rekabentuk tiles + Windows 7 = dengan harapan dapat menguasai kedua-dua dunia ‘touch & type’.

Tak kisahlah apapun, kerana saya memang sukakan Windows 8, jadi biar apa juga cakap-cakap orang saya tak ambil peduli, kerana ia sememangnya lebih pantas dari Windows 7, dan boleh juga dikatakan lebih produktif serta cantik juga.

Kini versi Windows 8.1 Preview telah pun dilancarkan. Saya baru sahaja berkesempatan untuk memuat turun dan mencubanya pada VirtualBox. Thumbs up sekali lagi untuk Microsoft!

Saya nak bercerita panjang, tangan dan kaki masih lagi sakit-sakit akibat kemalangan tempoh hari. Jadi apa kata anda tonton ulasan Windows 8.1 Preview dari video berikut:



Anda boleh muat turun fail ISO Windows 8.1 Preview dari laman rasminya disini: Windows 8.1 Preview

Untuk kaedah pemasangan yang lengkap, anda boleh baca artikel di laman JomPHP.com.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Muat Turun Video Youtube Pada Android

0

Anda peminat tegar Youtube dan juga pengguna Android? Umum mengetahui sejak Google mengemaskini terma Youtube dengan tidak membenarkan para penggunanya untuk memuat turun sebarang video, maka setiap aplikasi yang terdapat dalam Google Play Store terpaksa mengikuti terma ini untuk mengelakkan dari ‘dibuang’ oleh Google tanpa sebarang notis.

Jadi tinggallah para pengguna Android terkial-kial mencari alternatif kerana setiap aplikasi yang terdapat dalam Youtube pasti akan ada ayat-ayat seperti ini:

“It does NOT work for streaming videos like YouTube because of Google policy”

“YOUTUBE NOT SUPPORTED DUE TO THEIR TERMS OF SERVICE!”

Huh! Susah betul lah melayan kerenah Google. Tetapi jangan bimbang, kerana masih terdapat beberapa aplikasi yang menyokong fungsi muat turun video dari laman Youtube. Ya. saya sebutkan ‘beberapa’ kerana ianya lebih dari satu!

Mari kita lihat aplikasi-aplikasi tersebut:

1. YouTubeDownloader for Android

Merupakan aplikasi paling mudah digunakan. Dengan menggunakan aplikasi rasmi Youtube, anda cuma perlu pilih untuk ‘Share’, kemudian pilih ‘Youtube Downloader’ dari senarai pilihan.

Dari situ akan terdapat beberapa senarai kualiti dan kodek yang boleh diklik untuk terus dimuat turun ke dalam SD Card anda. Tak lupa juga ia menyokong fungsi ‘pengekstrakan’ audio mp3 dari video-video tersebut.

Muat turun YouTubeDownloader dari pautan berikut: YouTubeDownloader for Android

2. jetVD

Aplikasi ini adalah yang paling ‘ringan’ antara keti ga-tiga aplikasi yang sedang kita bincangkan pada hari ini. Tetapi jangan pandang rendah pada kebolehannya. Kerana ia juga menawarkan fungsi-fungsi yang sama seperti YouTubeDownloader for Android seperti pilihan kualiti, pilihan untuk memainkan video atau terus memuat turun dan juga waktu ‘load’ yang lebih laju.

Muat turun jetVD pada pautan ini: jetVD

3. TubeMate

Bagi saya, TubeMate adalah aplikasi kegemaran saya untuk memuat turun video dari Youtube. Ini adalah kerana kita boleh terus memainkan video dari Youtube melalui aplikasi TubeMate, tidak perlu kepada aplikasi pemain video luaran atau aplikasi Youtube rasmi itu sendiri. Tak lupa juga rekabentuknya yang menarik dan agak ‘kena’ dengan tema Youtube.

Muat turun TubeMate di sini: TubeMate (1.05.53)

Anda ada cara lain? Mari kongsikan di sini. Moga kita semua beroleh manfaat.

P/S: Minta kawan-kawan tolong doakan saya. Saya kemalangan buat kali kedua di sini. Aduhai..

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Sedikit Tips Untuk Pengguna Linux Deepin 12.12

0

Wow. Sejak dua menjak ni, OMG! Hackers? dah jadi macam blog rasmi untuk Linux Deepin pula. Heheh..
Tapi ada beberapa perkara yang teringin hendak saya kongsikan buat para pembaca khususnya yang sudah menggunakan Linux Deepin.

Beberapa hari ini saya kerap berbicara dengan para pembangun Linux Deepin berkenaan rilisan 12.12. Ternyata sememangnya terdapat beberapa bugs, namun statusnya adalah dalam pembaikan yang pastinya. Antara bugs tersebut ialah:

1. Tetapan DNS tidak dapat disimpan. Jika anda cuba klik pada ‘Save’ dan mulai semula (restart) sekalipun, ia akan kekal dengan tetapan asal.

2. Jika anda pasangkan tema atau ikon, tidak terdapat cara mudah untuk menukarnya melainkan anda pasang Gnome Tweak Tool, kerana aplikasi Ubuntu Tweak tidak dapat berfungsi pada Linux Deepin 12.12. Kemudian, jika ditukarkan sekalipun, hanya ikon pada Files (File Manager) sahaja yang berubah. Ikon-ikon lain kekal dengan rekabentuk asal.

3. Sarikata pada pemain video DPlayer tidak dapat diubah saiznya.

Seperti yang saya katakan tadi, bugs-bugs ini berada dalam status pembaikan. Jadi para pengguna hanya perlu tunggu kemaskini rasmi yang boleh diperiksa melalui Software Center. Gambar di bawah ialah paparan desktop Linux Deepin 12.12 yang sedang saya gunakan:

Jadi mari kita teruskan dengan tips kita pada hari ini. Untuk tips yang pertama, ia adalah berkenaan dengan:

1. Mirrorlist

Jika anda periksa Linux Deepin 12.12, tiada cara yang lebih ‘mudah’ untuk menukar kepada mirrorlist terpantas untuk kawasan/negara anda melainkan melalui suntingan fail /etc/apt/sources.list. Kenapa? Kerana senarai mirrorlist yang terdapat pada Software Center kesemuanya adalah dari China/mirrorlist rasmi Linux Deepin.

Jadi bagaimana cara paling mudah mengubahnya untuk mendapatkan kelajuan terbaik semasa mengemaskini dan menaiktaraf sistem anda? Ya.. dengan menggunakan mirrorlist dari Malaysia, sama seperti yang terdapat pada Ubuntu/Linux Mint. Anda boleh dapatkan senarainya di sini, atau janakan dari sini.

Sunting fail /etc/apt/sources.list menggunakan nano atau gedit:

sudo gedit /etc/apt/sources.list

Beginilah bagaimana fail dari sistem saya kelihatan setelah diubahsuai:

Setelah itu, kemaskini sistem anda untuk selaraskan ia dengan mirrorlist baru:

sudo apt-get update

2. Kecilkan Saiz Dock

Seperti yang anda boleh lihat pada paparan skrin pertama yang menampilkan desktop pada laptop saya, ternyata saiz dock sudah pun dikecilkan. Bagaimana caranya? Semudah anda buka Terminal, lalu salin dan tampal baris perintah dibawah:

gsettings set com.deepin.dde.dock active-mini-mode true

3. System Settings – Segalanya Ada Di Sini!

Jangan lekas mudah tertipu dengan penampilannya yang ringkas!

Pada mulanya saya juga agak terkeliru dengan tampilannya yang ‘begini’, iaitu ringkas dan tampak tidak ‘meyakinkan’. Jika anda seorang heavy tweaker, jenuh juga memikirkan mengenainya, dan saya pasti anda akan berkata “Ini je ke setting yang ada?”. Hahah.. sabar..

Lihat contoh di bawah, setelah saya puas godek baru saya tahu ada rupanya tetapan untuk Startup Applications, namun telah dinamakan semula kepada ‘Autostart’. Itupun perlu klik pada Default Applications, kemudian – Autostart.

Tetapan wallpaper juga perlukan sedikit ‘kesabaran’. Tetapi ia berbaloi kerana terdapat bahagian untuk anda muat turun wallpaper yang anda sukai – secara dalaman (built in) melalui System Settings:

4. Tukar Tema

Anda boleh pasangkan tema atau pek ikon yang anda sukai, berapa banyak pun yang anda mahu. Namun, untuk menukarnya, anda perlukan Gnome Tweak Tool. Pasang ia terlebih dahulu:

sudo apt-get install gnome-tweak-tool

Anda akan dapati ia tiada didalam senarai menu. Errr.. tak mengapa, anda boleh jalankan ia melalui Terminal:

gnome-tweak-tool

Berikut adalah contoh tetapan dari sistem yang saya sedang gunakan:

Baiklah. Saya rasa cukup dahulu buat sementara waktu ini. Saya akan tulis lagi tips-tips yang berkaitan jika punya peluang dan ruang.
Bagaimana? Ada rasa tertarik untuk mencuba? Yaaa… silakan! Mari kita mulakan aktiviti godek dan godam Linux Deepin 12.12! Hulala~

Views: 1

Iklan Newspaper Inline