Ahh , Susah jugak aku nak melepasi speed si setan hijau ni , apa yang patut aku lakukan , masa-masa macam ni pulak buat hal , Masuk banyak kali sampai nak kong bateri NEXUS 4 aku ni . kata Aman bersendirian
Nampaknya semua berjalan lancar , akhirnya dapat juga aku anonymous suft guna android tanpa vpn
Speed juga mantap , ah , lega rasanya ..
Apakah akan dilakukan oleh Aman dalam edisi seterusnya ? Sama-Sama kita Nantikan…
Jangan Godam Sistem , tapi biarkan sistem itu godam sistem itu sendiri.-Ichson-
P/s:Jam kat SS tu abaikan , sebab berterabur buat watermark takut kena rembat dengan orang nak menjual skill .. sekian..
Penulisan agak kurang sikit , harap maklum . sekian terima kasih , syukran
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Disebabkan saya pertama kali menulis di blog ini, izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Akif Rabbani, umur 16 tahun, kepakaran dalam PHP dan MySQL.
Hari ini saya akan menulis tentang seorang pakar dalam bidang penggodaman, yang kehebatannya sudah tentu akan mengejutkan pembaca semua.
Mungkin ada antara anda yang mengenali Haboque Ferus, yang dahulunya terkenal dengan kepakarannya melepasi sistem sekatan Touch ‘n Go dan seterusnya menggunakan telefon bimbit beliau sebagai modul Touch ‘n Go.
Kini setelah lebih setahun mendiamkan diri, Haboque Ferus telah kembali dengan mengubahsuai modul yang dibangunkannya dahulu dengan menggunakan telefon pintar Nexus 4. Menurut temubual ringkas yang kami adakan dengan beliau, sistem NFC telefon bimbitnya telah diubahsuai dengan mengubah cip yang digunakan NFC dengan cip RFID supaya boleh berhubung dengan sistem Touch ‘n Go.
Kami berbangga penggodam Malaysia sudah mencapai tahap yang sama seperti penggodam lain di negara luar, walaupun kami diberitahu ini adalah eksperimen untuk tujuan pembelajaran, membuktikan konsep ‘wave’ dalam fizik. Kami berharap Haboque Ferus boleh meneruskan pencapaian yang hebat ini di masa yang akan datang.
Apa khabar anda semua, harap anda sihat sejahtera? Semalam (13-Disember-2013), kedengaran bisikan-bisikan daripada pengguna platform blog terkemuka dunia WordPress tentang perubahan ketara yang ditonjolkan dalam versi terbaru mereka iaitu WordPress 3.8 “Parker”.
Sahabat blogger kita daripada JomPHP ada membuat sedikit ulasan tentang WordPress edisi yang terbaru ini. Anda boleh membaca hasil karangan beliau melalui pautan WordPress 3.8 ‘Parker’ Dilancarkan Kepada Umum.
Oleh sebab ramai blogger dalam dan luar negara sudah membincangkan tentang WordPress 3.8 ini, maka saya tidak akan membuat ulasan tentang WordPress yang terbaharu ini. Tetapi, artikel saya pada kali ini ada sangkut paut dengan platform blog WordPress.
Seperti yang tertera pada tajuk penulisan, saya akan membuat sedikit ulasan tentang sebuah laman yang dibina bertujuan untuk memudahkan kita mencari serba sedikit maklumat tentang sesebuah blog mahupun laman web yang dibangunkan melalui platform WordPress.
Mengambil nama laman web tersebut sebagai tajuk artikel sudah cukup menjelaskan tujuan asas laman web ini dicipta. Kadangkala kita berasakan bahawa tema yang digunakan oleh blog/laman web itu sungguh menarik, dan mampu menarik perhatian kita untuk menggunakannya.
Meskipun kebanyakan tema yang menarik itu merupakan versi yang diubah suai, namun mengetahui sedikit ciri-ciri tema itu sudah cukup untuk memberikan kita inspirasi untuk mereka cipta tema seakan-akan tema yang kita minati. Maka dengan itu, terbinalah aneka laman web seperti What WordPress Theme Is That? (WWTIT)
Ciri-ciri laman web What WordPress Theme Is That? 1. Laman WWTIT bukan sekadar memberikan nama bagi sesuatu tema malah WWTIT berfungsi lebih daripada itu. WWTIT menyenaraikan imbuhan-imbuhan penting seperti:
Theme Homepage: Melalui ruangan ini, anda boleh mendapatkan terus pautan tema yang digunakan oleh blog/laman web tersebut.
Description: Anda dibekalkan dengan huraian yang ringkas tentang tema tersebut.
Version: Versi tema yang sedang digunakan oleh sesuatu blog/laman web tersebut.
Author: Lebih menjurus kepada pembina dan pembangun tema tersebut.
Theme Screenshot: Anda juga dibekalkan sebuah gambar asli bagi tema tersebut.
2. Melalui WWTIT juga, anda juga dibekalkan sedikit maklumat tentang pemalam (plug-in) yang sedang digunakan oleh sesuatu blog/laman web itu. Hal ini juga memudahkan anda untuk menambahkan sedikit ilmu tentang sesuatu pemalam itu dan mengapakah pemalam itu digunakan oleh mereka. Jadi, anda boleh melakukan carian di enjin carian seperti Google, Yahoo dan DuckDuckGo untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan sesuatu pemalam itu.
Melalui perkhidmatan seperti ini, anda akan dapat beribu kelebihan, namun begitu kemudahan seperti ini pasti akan disalah guna oleh pengguna atau pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, setiap pembangun laman web perlu sentiasa berwaspada akan sebarang keadaan yang mencurigakan yang menjengah masuk ke dalam blog/laman web anda.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Kembali bersua tentang makalah seterusnya perihal anak muda berjiwa tinggi bagi mengharumkan nama negara. Menurut beberapa sumber yang terpercaya, pembangun laman dan aplikasi Pikapika berumur lebih kurang 16 tahun yang mana pada angka ini saya masih merangkak mencari erti dan nilai kehidupan yang sebenar. Namun, tidak bagi mereka, hanya dianggotai oleh empat pelajar berwajah manis yang bersekolah di SMK Bandar Rinching mereka mampu menghasilkan sebuah aplikasi yang mampu menjadi alternatif pembelajaran sepanjang hayat di rumah. Sudah menjadi resmi Melayu, “segan menggerak lingkar”, namun hal ini tidak terjadi pada mereka. Mereka sekumpulan menggunakan kemahiran dan kesempatan yang diberikan untuk membina sebuah “hiburan alternatif kepada pelajar” bagi membasmi hiburan-hiburan negatif yang kian meratah pemikiran dan jasad anak muda bangsa sekarang.
Apakah itu Pikapika? Pikapika merupakan sebuah aplikasi berasaskan maya yang dibina oleh sekumpulan pelajar yang mahukan sesuatu yang kelihatan istimewa pada mereka dan pada pandangan manusia sejagat. Pikapika merupakan aplikasi kecerdasan buatan (artificial intelligence) – AI. Dalam pada itu, berbicara tentang AI, jadi apakah AI? AI — bidang ilmu yang berkaitan dengan kajian yang memberi mesin kemampuan untuk berfikir seperti manusia atau kepandaian untuk membaiki dirinya.
Mengapakah dipilih nama Pikapika? Mampukah Pikapika bersaing dengan aplikasi AI sedia ada yang lebih berdaya maju?
Disingkapkan semua soalan yang diajukan menjadi sebuah perenggan ringkas. Nama Pikapika dipilih menjadi nama bagi projek mereka atas dasar comel. Tapi dalam bahasa mudah, memiliki riak wajah yang manis, menggunakan kemudahan teknologi dengan manis, beerti baik, mereka mampu menghasilkan suatu yang manis. Dalam erti kata lain, di awal usia remaja, mereka mampu menghasilkan sesuatu baik untuk masyarakat Malaysia dan penutur Bahasa Melayu serata dunia. Soalan kedua yang berbunyi berkenaan persaingan. Tidak dapat disangkal lagi bahawa kewujudan aplikasi AI lain seperti SimSimi dan Cleverbotyang sudah lama bertapak dalam arena ini sedikit menutup 1001 harapan Pikapika untuk menjadi yang baik dalam kalangan yang terbaik, namun tidak mustahil suatu hari nanti nama Pikapika bakal menjadi buah mulut penghuni bumi. Memandangkan mereka masih muda dan aplikasi Pikapika baru sahaja dilepaskan kepada pengguna terakhir, saya menganggap bahawa mereka berada dalam fasa pertama. Jika dalam bidang Pengajian Perniagaan, peringkat ini dikenali sebagai Peringkat Pengenalan. Kita memperkenalkan produk hasil pengeluaran kita kepada umum, kemudian medium-medium seperti blog, laman interaksi, media cetak dan elektronik akan memainkan peranan masing-masing dalam menggembar-gemburkan kewujudan produk kita di mata dunia.
Apakah pula kelebihan yang menjadikan Pikapika mampu berdaya saing dengan nama-nama besar yang lain?
Berbalik kepada tajuk artikel di mana membincangkan soal hiburan alternatif kepada pelajar. Rata-rata pelajar di Malaysia memilih hiburan yang pelbagai. Dalam pemilihan hiburan tersebut, kadangkala wujud unsur-unsur buruk yang tidak patut didedahkan kepada pelajar. Hal ini akan mengakibatkan kelemahan dalam pertumbuhan IQ dan EQ setiap pelajar, adakah ibu bapa harus menghidangkan minuman Anmum Essential kepada anak-anak mereka setiap pagi meskipun anak-anak mereka sudah menjangkau umur 17 tahun? Sudah tentu tidak, maka kewujudan laman Pikapika membantu anak-anak mahupun golongan dewasa dan warga emas mengetahui makna disebalik sesuatu perkara dengan lebih mudah, ringkas dan tepat. Hal yang dibincangkan ini merupakan kelebihan utama yang tidak dimiliki oleh aplikasi lain seperti aplikasi SimSimi dipenuhi dengan kata-kata kesat dan memesongkan hasil daripada tangan-tangan yang busuk dan tak bertamadun.
Bagaimana pula dengan kaedah penggunaan aplikasi Pikapika? Sungguh mudah dan ringkas. Sehingga kini, terdapat dua pilihan yang disediakan oleh kumpulan pemuda yang ingin dikenali sebagai Kumpulan Cakoi (ada peristiwa di sebalik pemilihan nama kumpulan ini) iaitu:
1. Sembang kosong bersama Pikapika.
2. Mencari takrif/definisi/perihal insan bagi sesuatu perkataan dan tokoh.
Tidak perlu dihuraikan dengan panjang lebar bagi nombor 1. Cukuplah sekadar anda mengenali dan memahami kaedah penggunaan SimSimi, maka halnya sama dengan penggunaan aplikasi Pikapika bagi nombor 1.
Nombor 2 pula terdiri daripada dua kemudahan iaitu:
1. Kemudahan mengenali tokoh – Anda dapat mengenali secara ringkas tentang seseorang tokoh misalannya Dato’ A. Samad Said (Siapa Dato’ A. Samad Said). Cukup dengan kata Siapa diikuti dengan Nama Tokoh yang anda mahu kenali sudah mencukupi untuk mendapatkan maklumat ringkas tentang seseorang tokoh itu.
2. Kemudahan untuk mengetahui tentang suatu takrifan,peristiwa ataupun perihal sesuatu perkara – Anda dapat mengetahui secara ringkas tentang definisi bagi sesuatu perkara contohnya, semut (Terangkan tentang semut). Cukup dengan kalimat Terangkan tentang diikuti dengan kata/peristiwa yang ingin anda ketahui makna dan sejarahnya sudah memadai. Tidak perlu anda menyusun kata yang menjadikan ayat anda bombastik lagak pengarang buku falsafah kebangsaan. Bahasa yang mudah juga sudah memadai.
Sekian sahaja penulisan saya tentang aplikasi Pikapika: Hiburan Alternatif Bagi Pelajar. Manfaatkan kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya. Akhirul kalam, hiburan bagi pelajar ialah ilmu, jika menerima ilmu daripada guru dan sumber ilmiah lain tidak mengembirakan anda sebagai pelajar, berhenti daripada belajar teruskan dengan impian anda ke lembah hina iaitu hiburan remaja songsang tanpa matlamat kehidupan.
Salam alaik, dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat menjadi penulis di blog OMG! Hackers?. Dan ya, ini kali pertama saya ingin menulis entri di blog OMG! Hackers? untuk berkongsi ilmu dan berkongsi tips tentang dunia IT.
Permulaan entri saya ini berkenaan dengan tutorial cara-cara pemasangan seedbox di dalam platform LINUX. Apakah itu seedbox? Kegunaan seedbox? Apakah manfaat jika kita menggunakan seedbox?
Seedbox adalah sebuah server yang boleh transload daripada torrent menjadi direct link. Ianya digunakan untuk memuat turun dan memuat naik fail-fail digital. Secara umumnya, seedbox menggunakan protokol BitTorrent untuk memuat naik dan memuat turun. Seedbox selalunya menggunakan sambungan internet yang berkelajuan tinggi dengan daya pemprosesan sebanyak 100Mbit/saat atau 1Gbit/saat.
Bismillah, mari kita mulakan tutorial: Cara-cara memasang seedbox bersama “autodl-irssi” dan ruTorrent dalam satu script di dalam Linux anda.
Keperluan untuk pemasangan seedbox ini:
*Mahir dalam menggunakan terminal/command line. (Kalau pandai SSH, lagi bagus.)
*Installer ini hanya boleh dipasang didalam sistem operasi LINUX.
*SSH putty diperlukan (Hanya diperlukan sekiranya anda ingin memasang di server anda).
Berikut senarai sistem operasi yang pernah saya cuba sebelum ini:
Ubuntu Server 6.06.2 LTS
Ubuntu Server 8.04.4 LTS
Ubuntu Server 10.04.1 LTS
Ubuntu Server 11.04
Ubuntu Server 12.04
Ubuntu Desktop 12.04
Ubuntu 10.10
Arch Linux 2010.05
ArchBang 2010.10
CentOS 4.8
CentOS 5.5
ClearOS 5.2
Debian 4.0r7
Debian 5.0.3
Debian 5.0.7
Debian 6.0.0
Fedora 13
Fedora 14
Fedora 15
Pemasangan yang akan dibuat?
*Memasang web server.
*Memasang ruTorrent dengan sokongan multi-user. (http dan https)
*Memasang parti pertama Plugin ruTorrent
*Memasang FTP server (vsftpd)
*Memasang rtorrent dengan sokongan xmlrpc-c.
*Memasang Plugin IRC auto-downloader (autodl-irssi)
*Memasang Webmin.
*Memasang Skrip untuk permulaan untuk rtorrent dan irssi.
“Anda boleh abaikan pemasangan di atas jika anda mempunyai salah satu webserver dengan jawapan “no” apabila pemasangan bermula.
*Apache, nginx, dan lighttpd.
Sekarang, mari mulakan.
Ubuntu dan Ubuntu Clones:
cd sudo apt-get install irssi -y wget http://404.epyv.net/autodl-setup sudo sh autodl-setup
Untuk sistem operasi yang lain “ex: CentOS/OpenSUSE/Fedora”:
yum update
Akses “root” juga diperlukan untuk kemaskini sistem anda. Guna command:
su –
Kemudian, pasangkan “wget” dalam CentOS/OpenSUSE/Fedora dengan cara:
yum install wget
wget http://404.epyv.net/autodl-setup
sudo sh autodl-setup
Dan paparan pemasangan untuk pilihan bermula. Sila pilih mengikut kesesuaian pilihan anda:
Dalam gambar ini, saya menggunakan Ubuntu 10.04 64bit Debian, dan saya akan memasang Apache web server. Taip “y” untuk pilihan yang anda mahukan seperti gambar di atas.
Step seterusnya masukkan username yang anda inginkan. Kata laluan juga diperlukan untuk memasuki laman web seedbox yang anda ingin pasangkan.
Dan seterusnya, tekan enter untuk mulakan pemasangan. Kebiasaanya pemasangan ini mengambil masa dalam lingkungan 15minit hingga 30minit. Bergantung kepada kelajuan internet anda.
Jika anda ingin gunakan Webmin, sila ikuti seperti gambar di atas. Jika tidak, abaikan.
Dan akhir sekali, selesai. Gambar di atas adalah butiran untuk seedbox anda. Pastikan anda menyimpan butiran-butiran ini sekiranya anda memerlukannya.
Antara paparan Seedbox yang telah berjaya dipasang:
Untuk membuat symlink fail yang telah di muat turun di webserver anda, sila gunakan arahan ini:
Antara paparan symlink fail muat turun yang telah dibuat:
Siap sepenuhnya.
p/s: Video akan dipos tidak lama lagi. Jika anda tidak faham tentang tutorial yang saya berikan, sila bertanya atau berhubung dengan saya sendiri. InsyaAllah, akan ada lagi tutorial pada masa yang akan datang. Saya sedia membantu anda.
Saya ingin memohon maaf sekiranya tutorial saya sukar untuk difahami. Tapi saya telah mencuba dengan sebaik mungkin. Tutorial dengan cara video akan saya muat naik tidak lama lagi.
Salam ikhlas dari saya, EpyV.
Kemas kini: Pautan link sudah pun ditukarkan dari domain s4.my ke epyv.net.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Ada yang menghadapi sedikit masalah selepas mendaftar dengan 360 Cloud untuk menggunakan Desktop Client mereka disebabkan tiada tetapan untuk menggunakan bahasa selain dari bahasa Cina. Jikalau anda menggunakan pelayar sesawang seperti Google Chrome, dan membuka storan awan anda di sesawang maka anda dengan mudah boleh menukar bahasa dari Cina ke Inggeris atau bahasa yang anda kehendaki.
Cuma klik kanan dan pilih “Translate to English“
Tetapi desktop client tidak mempunyai ciri yang membolehkan kita terjemah bahasa di dalam client tersebut. Di sini saya menyediakan sedikit tip untuk pengguna semua, harap dapat membantu. Maklumlah, saya jugak tidak berapa faham, tapi disebabkan ingin tahu fungsi setiap butang maka saya klik satu per satu.
1. Untuk upload fail, klik butang tersebut
2. Cipta Folder dan fail yang diingini
3. Untuk download semula fail dari storan awan, klik pada fail tersebut, maka butang muat turun akan timbul
4. Klik butang share untuk kongsi fail dengan orang lain, atau klik butang buka untuk buka fail terus
5. Untuk buka dan tutup tetingkap tepi dan susun fail
6. Tuka view untuk fail dan folder anda
Yang lain itu anda terokalah sendiri ya.. Selamat mencuba.
Salam semua. Susulan permintaan yang ‘hangat’ dari para pembaca dan sahabat-sahabat sekalian, berikut saya tuliskan kaedah untuk menggunakan OpenVPN pada peranti Android masing-masing.
Apa yang anda perlukan untuk menggunakan OpenVPN ialah:
1. Kemudian, buka OpenVPN Installer, dan klik pada ‘Install’.
2. Seterusnya, pasangkan binary OpenVPN pada direktori /system/xbin seperti gambar di bawah:
3. Pilih /system/xbin/busybox ifconfig
4. Setelah itu, sila berikan akses root pada aplikasi OpenVPN Installer, dan tunggu sehingga selesai pemasangan binary.
5. Salin config servis OpenVPN pilihan anda pada folder ‘openvpn’ yang terletak pada root sdcard. Jika folder tersebut tiada, sila buat folder baru dan rename ia kepada ‘openvpn’. Rujuk pada gambar di bawah:
6. Ini ialah contoh fail-fail config yang telah saya salin ke dalam folder openvpn tersebut.
7. Kemudian, buka aplikasi OpenVPN Settings, berikan akses root kepadanya, dan tick (centang/tanda/klik) pada ‘OpenVPN’ untuk menghidupkan OpenVPN. Setelah itu, tick pada mana-mana pelayan (server) pilihan anda dan tunggu sehingga ia selesai disambungkan kepada pelayan tersebut.
Nota kaki: Untuk sesetengah servis contohnya MyTunnel VPN, anda perlu sunting (edit) terlebih dahulu fail ‘credential.txt’ yang berada dalam config untuk mengubah nama pengguna (username) dan kata laluan (password). Sila tuliskan nama pengguna dan kata laluan yang sama dengan log masuk servis tersebut.
Untuk sesetengah servis yang lainnya seperti FinchVPN, anda hanya perlu salin config sahaja kerana maklumat nama pengguna dan kata laluan sudah dimasukkan dalam config ovpn.
Assalammualaikum dan salam sejahtera warga OMG Hackers semua.
Sebelum ini kita didedahkan dengan storan awan antarabangsa seperti Dropbox, Box, Shared, SurDoc, Pogoplug, MEGA, Hostr dan banyak lagi storan awan yang tidak kita ketahui dan terokai lagi. Akan tetapi amat jarang di antara kita didedahkan dengan storan awan dari negara China. Mungkin masalah bahasa menjadikan kita tidak berminat untuk menerokai storan awan mereka.
Tahukah anda di China, storan awan percuma tidak lagi di paras GB(gigabytes). Di sana paling kurang kapasiti yang diberikan adalah 1TB(terabytes) bersamaan dengan 1024GB. Antara syarikat yang menawarkan storan percuma bersaiz TB ini adalah Qihoo 360, Tencent iaitu syarikat pengeluar WeChat, Baidu, dan Yunio. Tencent telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengeluarkan storan awan versi bahasa Inggeris untuk pengguna antarabangsa pada awal tahun 2014. Di sini saya ingin kongsi dengan anda semua 360 Cloud dari Qihoo.
Qihoo sebenarnya adalah sebuah syarikat gergasi dari China yang mengeluarkan produk antivirus seperti 360 Internet Security, 360 Mobile Security untuk peranti Android dan iPhone, serta 360 Browser berasakan enjin chromium. Anda boleh dapatkan informasi tentang syarikat ini di sini [Pautan] beserta produk antivirus mereka di sini [Pautan].
Tanpa membuang masa lagi, kita teruskan sahaja kepada cara-cara untuk daftar storan awan ini dan seterusnya mendapatkan 36TeraBytes itu.
1. Anda perlu membuat akaun klik pada pautan tersebut: [Pautan]
2. Akan keluar paparan seperti berikut, ikut seperti gambar dibawah:
Klik untuk paparan lebih jelas
3. Akan keluar seperti gambar di bawah ini. Anda akan dapati saiz permulaan yang anda dapat adalah 5GB. Jangan risau, muat turun pula 360 Desktop Client dengan klik pada kotak biru tersebut. Pasangkan pada PC anda sehingga selesai. Kemudian klik pula pada butang berwarna oren untuk mendapatkan 10TB anda.
Klik untuk paparan lebih jelas
4. Kemudian akan keluar paparan seperti di bawah. Cuba log masuk username dan password anda. Jika tidak boleh klik pada tulisan berwarna oren di sebelah kanan bawah. Saya hadapi masalah untuk log masuk pada laman tersebut tetapi berjaya setelah klik pada tulisan oren tersebut untuk log masuk.
5. Anda sudah berjaya mendapatkan storan bersaiz 10TB (^_^). Sekarang untuk mendapatkan baki 26TB tersebut, anda perlu memasang aplikasi pada telefon bimbit anda pula. Download QR Reader pada peranti anda dan lakukan imbasan pada kod di bawah untuk muat turun aplikasi.
Klik untuk paparan lebih jelas
6. Selesai sahaja memasang aplikasi tersebut pada peranti anda, log masuk ke akaun anda di peranti tersebut dan klik pada pautan ini untuk mendapatkan baki storan awan anda dan seterusnya klik pada butang bewarna oren: [Pautan]
7. Selesai.. anda boleh menggunakan desktop client untuk muat naik maksimum 5GB per fail ke storan awan anda. Jikalau anda tidak mahu menggunakan dekstop client itu, anda boleh guna laman sesawang sahaja akan tetapi had limit untuk muat naik di laman sesawang hanyalah 360MB per fail sahaja. Sekian.. ada apa-apa pertanyaan boleh la diajukan pada ruangan disqus di bawah..
Kelajuan muat turun fail dari storan awan ini juga memuaskan, anda boleh muat turun fail tersebut untuk cuba kelajuan muat turun:
Windows.old adalah sejenis fail yang mengandungi data-data penting (user data, Program Files, Windows files, etc.) sistem operasi anda yang lama. Fail ini akan wujud sekiranya anda memasang sistem operasi Windows tanpa melakukan `fresh install´. Fail yang bersaiz lebih sepuluh gigabait ini akan mengurangkan ruang penyimpanan bagi partisi tersebut, jadi dengan menghapus fail ini, sedikit sebanyak dapat menambah ruang pada partisi tersebut.
Kaedah untuk hapus Windows.old
Windows.old boleh dipadam dengan cara menekan butang ‘Shift + Del‘. Namun begitu, kaedah ini mungkin akan memberi anda beberapa ralat. Kaedah yang betul dan lebih selamat ialah dengan menggunakan perisian yang siap terbina di dalam sistem operasi anda iaitu, Disk Cleanup.
Anda boleh gunakan butang Cari pada Start Menu untuk membuka Disk Cleanup.
Atau klik kanan pada partisi yang mana Windows terpasang di dalamnya dan pilih Properties.
Satu tetingkap baru akan terbuka.
Dalam tab General, klik pada Disk Clean-up.
Lepas tekan, anda akan dibawa ke Disk Clean-up for (C:). Kemudian klik pada Clean up system files.
Selepas selesai menganalisa, tetingkap lain akan terbuka. Dalam tetingkap ini, tanda mana yang anda rasa nak padam. Untuk memadam Windows.old, tanda pada Previous Windows Installation(s) kemudian klik OK.
Selamat mencuba!
Sebarang pertanyaan boleh ajukan pada penulis di laman sosial Twitter atau Facebook.
Penggunaan storan awan memang tidak asing lagi dalam dunia maya ini. Storan awan atau lebih mudah dikenali sebagai `cloud storage´ kini lebih diperluas memandangkan kepengunaannya yang mudah dan senang untuk diuruskan. Antara servis penyimpanan awan terkenal termasuklah, DropBox, Google Drive dan ADrive.
Selain itu, jika anda adalah pengguna Ubuntu, anda pasti tidak asing lagi dengan servis penyimpanan awan seperti ini kerana Ubuntu turut menyediakan storan awan percuma untuk setiap penggunanya iaitu Ubuntu One. Jika anda masih belum mendaftar, silakan mendaftar sekarang. Ruangan 5GB masih disediakan untuk anda.
SurDoc Corporation adalah syarikat yang menawarkan servis storan awan percuma selama setahun yang bersaiz seratus gigabait. Cukup dua belas bulan, anda akan dikenakan bayaran untuk menyambung servis ini untuk tahun seterusnya.
Dari segi keselematan serta privasi pengguna, SurDoc’s TruPrivacy Technology memberi kawalan eksklusif kepada setiap pengguna. Setiap fail akan dilindungi dengan cara tertentu bagi memastikan data-data yang tersimpan di dalam fail tidak dapat dicuri mahupun diakses oleh orang lain.
Selain keselamatan yang cukup baik, SurDoc menyokong ratusan komputer untuk melakukan `backup´ pada sesebuah akaun tanpa mengenakan bayaran tambahan (kecuali melebihi had storan percuma kih kih kih..)
SurDoc’s VisiDoc Technology berupaya menyokong kesemua peranti untuk mengakses fail yang tersimpan tanpa masalah.
Cukuplah dengan penerangan ini. Tak guna juga kalau cakap tapi tak mencuba.
Tunggu apa lagi, 100GB storan percuma sedang menunggu anda. Apa..? Masih tak cukup dengan saiz yang ni? Takpa, boleh dapat banyak lagi. Tengok gambar dibawah untuk lebih info.
Akhir kata, selamat mencuba dan menyimpan.
Asalammualaikum 🙂
Sebarang pertanyaan boleh ajukan pada penulis di laman sosial Twitter atau Facebook.