Utama Blog Laman 213

Apa Itu ART dan Dalvik Dalam Sistem Android?

0

Seringkali pengguna Android mendengar istilah ‘Dalvik’ dan juga ‘ART’. Tetapi berapa ramai yang benar-benar memahaminya? Adakah keduanya boleh diimplementasikan kepada sistem?

Saya terpanggil untuk menulis biarpun saya sedar adalah sukar untuk menerangkan mengenai Dalvik dan ART kerana ia agak sedikit teknikal. Errr.. Sebenarnya ia agak benar-benar teknikal. Jadi saya berharap kalau anda masih tidak faham juga, anda kena buat sedikit pembacaan intensif lah ya. Rajin-rajinlah buka artikel di forum-forum IT seperti XDA.

Kalau subjek ini agak sukar, saya cadangkan anda cuma ambil ‘permukaannya’ sahaja, asalkan anda faham bagaimana cara kerjanya sudah cukup.

 Apa Itu Dalvik?

Dalvik adalah proses mesin maya (Virtual Machine) dalam sistem operasi Android. Ia adalah perisian yang menjalankan aplikasi pada peranti Android. Program-program biasanya ditulis dalam Java dan disusun (compile) kepada bytecode. Ia kemudiannya ditukar dari fail Java Virtual Machine-compatible .class kepada fail Dalvik-compatible .dex (Dalvik Executable) sebelum pemasangan pada peranti. Format Dalvik Executable yang padat ini direka untuk sistem yang terhad dari segi memori dan pemproses kelajuan.

Sumber Rujukan : Dedicated Runtime Thread 

Dalvik adalah berasaskan kepada kompilasi JIT (Just In Time). Ini bererti setiap kali anda menjalankan sesuatu aplikasi, sebahagian daripada kod program yang diperlukan untuk menjalankan ia akan diterjemahkan (compiled) kepada kod mesin (machine code) pada waktu itu.

Apabila semakin lama anda menggunakan aplikasi tersebut, kod tambahan akan dikompilasi/disusun (compiled) dan disimpan sebagai cache, jadi sistem akan boleh menggunakan semula kod tersebut semasa aplikasi sedang dijalankan. Disebabkan JIT hanya menyusus sebahagian daripada kod, maka ia hanya meninggalkan jejak memori yang kecil dan juga menggunakan sebahagian kecil sahaja ruang fizikal pada peranti.

Apa Itu ART?

ART ialah Android Runtime yang dikatakan bakal menggantikan Dalvik. Ia telah diusahakan oleh Google selama lebih dari 2 tahun. Tujuan utama ART ialah untuk menghasilkan runtime yang lebih pantas, lebih laju daripada Dalvik, dan juga tidak mempunyai masalah-masalah sama yang dihadapi oleh Dalvik.

Apa yang membezakan Dalvik dan ART?

Beza utama ialah bagaimana cara ia menyusun kod-kod aplikasi. Dalvik beroperasi dengan JIT (sepertimana yang diterangkan di atas), yang mana ia akan menukarkan bytecode kepada machine code, manakala ART pula akan menggunakan keseluruhan kod (bukannya sebahagian seperti Dalvik) dan akan melakukan pra-penyusunan sewaktu pemasangan aplikasi lalu menyimpannya ke dalam ruang penyimpanan telefon (bukan disimpan dalam RAM).

Sasarannya ialah dengan tidak perlu lagi bergantung kepada JIT, kita berharap pelancaran kod aplikasi akan menjadi lebih pantas.

Disebabkan ART menjalankan machine code secara terus, ia tidak menggunakan CPU sekuat kaedah penyusunan kod JIT. Kurang penggunaan CPU, bererti kurang penggunaan bateri, dan ini adalah faedah terbaik dari ART yang boleh diperoleh.

Kenapa ART masih belum sesuai digunakan sebagai runtime harian?

Umum perlu tahu, bahawa ART masih lagi dalam proses eksperimen, dan ia diperkenalkan buat pertama kali dalam Android 4.4 KitKat. Ia masih pesat dibangunkan, jadi boleh terdapat pelbagai kebarangkalian hasil tidak bagus kepada peranti seperti :

1. Machine code akan menggunakan lebih banyak ruang berbanding bytecode. Kod-kod itu juga akan di pra-susun setiap kali pemasangan aplikasi, jadi tempoh pemasangan akan mengambil sedikit lebih masa berbanding Dalvik. Tambahan pula, ia akan meninggalkan jejak memori yang lebih besar sewaktu melancarkan aplikasi, oleh itu boleh jadi lebih sedikit aplikasi boleh berjalan serentak.

2. Terdapat aplikasi-aplikasi yang tidak serasi dengan ART.


Kesimpulan

Secara asasnya saya boleh katakan ART sememangnya banyak meningkatkan prestasi peranti Android secara keseluruhan. Kita boleh berharap Google akan melepaskan Android versi terbaru dengan ART yang telah diimplementasikan secara menyeluruh dan berkesan. Cuma buat waktu ini, ia masih lagi bersifat eksperimental, jadi penggunaannya disarankan dalam keadaan berhati-hati supaya apa yang paling penting peranti anda tidak rosak, dan data-data penting anda tidak pula hilang.

Sekian.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Reviu SHAREit – Penghubung antara Android, Windows dan iOS

0

Assalamualaikum kepada para pembaca yang setia,

Artikel kali ini adalah berkenaan sebuah aplikasi perkongsian fail yang dicipta dari Lenovo. Aplikasi ini dinamakan SHAREit. Untuk permulaan anda boleh membaca quote ayat di bawah dari KC.Lenovo.com

The world’s fastest way to share photos, apps and more across devices… without network charges or Wi-Fi connection.
Lenovo
SHAREit eliminates the need for cables to wirelessly transfer
information rapidly between devices – either with friends, or to take
your personal content on the go.

  • Share everything with other devices – pictures, videos, music files, documents, contacts… even apps(Android only)!
  • Devices with SHAREit can automatically find each other when in range.
  • Transfer HUGE files and videos in seconds… up to 60x faster than Bluetooth®.
  • Share without the need for Bluetooth, phone network or active
    Wi-Fi network… you don’t pay a cent for network charges. Devices
    wirelessly connect directly.
  • Even the app itself can be shared to other devices wirelessly, and rapid sharing can begin immediately.
  • Supports group sharing – up to 5 devices simultaneously.
    Instantly share a party video, music album or photo library to up to
    five friends at once!

Sebelum ini kita selalu berkongsi fail dengan rakan dengan menggunaka koneksi Bluetooth yang boleh dikatakan perlahan di abad ini kerana fail yang kita kongsi bukan lagi bersaiz Kilobyte malahan Megabyte dan ada juga Gigabyte. Saya percaya fail jenis besar anda selalu akan menggunakan platform Cloud Storage atau USB Cable (Transfer via PC/Laptop).

Apa yang menarik saya boleh katakan untuk aplikasi ini ianya menyokong pelbagai platform OS seperti Windows, Android, dan iOS. Dari segi kelajuan penghantaran data adalah sekitar 1Mbps-5Mbps secara purata.

Bagaimanakah ia berfungsi?
Aplikasi ini akan mencipta satu talian wireless (wifi hotspot) secara automatik dan menghubungkan antara satu sama lain di antara komputer dan telefon pintar. Maka jika kita lihat pada sebuah telefon yang tidak mempunyai bluetooth hardware seperti Lenovo A269i tetapi didatangkan dengan Wireless Hardware.

Fungsi-fungsi yang ada di dalam aplikasi ini :-

*Mengikut versi. Saya bercakap berkenaan versi yang saya pakai iaitu SHAREit v 2.7.2 (Download from Official Website)

1) One to One Share
Iaitu perkongsian fail di antara telefon ke telefon atau telefon ke komputer dan sebaliknya. Anda boleh berkongsi pelbagai fail dalam satu masa secara serentak.

2) Group Share
Berkongsi fail kepada 5 peranti yang berhubung dalam satu talian dalam satu masa. Anda boleh chating, kongsi aplikasi, muzik, video, gambar, fail, contact, nota lukisan dan gambar on the spot dari kamera.

3) Cloneit
Aplikasi amat membantu jika anda ingin menyalin semula (backup) kesemua aplikasi, contact, SMS dan Photo dari telefon pintar yang asal kepada telefon pintar yang ingin digunakan sama seperti yang lagi satu. Harus diingatkan ianya bukan menyalin OS tetapi hanya beberapa perkara yang telah disebutkan tadi sahaja.

4) Wireless Share
Fungsi ini nampak seakan sama seperti yang lain tetapi tidak sama sebenarnya kerana ianya akan membuatkan telefon yang mengaktifkan “Share my data” berfungsi sebagai satu server to client. Telefon yang dikongsikan boleh pilih data untuk dikongsikan seperti Apps, App Data, SD Card App Data, Video, Photo dan Music.

Caranya mudah anda hanya perlu tick kepada jenis yang ingin kongsikan kepada sesiapa yang join dalam talian wifi. Anda juga boleh tick pada “Confirmation is needed for other to connect” bagi mengelakkan orang tidak dikenali cuba mengakses data anda secara senyap.

5) Connect PC
Fungsi yang paling saya minati di mana saya boleh pilih dan kawal data komputer saya hanya dengan menggunakan telefon pintar. Tidak seperti dahulu, apabila saya download movie dari komputer, saya perlu sambungkan USB Cable untuk memindahkan data movie yang bersaiz ratus MB.

Kini dengan fungsi ini kita tidak perlu bimbang lagi, kini kita boleh berkongsi segala data dari komputer dengan telefon pintar hanya di dalam satu talian wifi. Selain itu fungsi ini menawarkan :-

  • Play To – Iaitu anda boleh tunjukkan gambar anda secara slideshow di paparan monitor komputer anda. Hanya dengan mengawal telefon pintar dan para penonton boleh melihat gambar yang anda kongsikan di paparan monitor.
  • PPT Control – Boleh mengawal slideshow powerpoint dengan menggunkan telefon pintar. Ianya sungguh interaktif dan nampak anda seolah-olah seorang yang profesional ketika membentangkan sesuautu.
  • Backup Photo – Anda boleh backup photo anda terus sekaligus ke dalam komputer anda dengan kadar yang pantas.

6) Garbage Clean
Fungsi ini adalah sama seperti Aplikasi Cleaner yang menawarkan untuk membuang fail yang tidak diperlukan dari telefon pintar anda. Ianya sekadar fungsi tambahan.

Kesimpulannya dengan wujudnya aplikasi seperti ini kepada semua telefon pintar mampu berkongsi fail sama ada iainya android atau iOS. Setakat ini aplikasi ini masih belum menyokong Blackberry OS. Ianya adalah sebuah teknologi yang sangat berguna dan WAJIB ADA kepada semua telefon pintar zaman sekarang.

Seterunya saya akan tinggalkan anda Reviu secara video untuk anda dapatkan gambaran jelas berkenaan aplikasi ini.

*Sewaktu rakaman saya masih menggunakan versi terdahulu tetapi fungsi nya tidak berubah dengan versi terkini. Hanya dari segi paparan sahaja yang berbeza.

Untuk memuat turun saya cadangkan anda mendapatkan versi Official dari KC.Lenovo bagi mendapatkan keseluruhan fungsi yang telah saya ceritakan tadi. Akan tetapi jika telefon pintar tidak support versi official, anda boleh mencuba versi dari Playstore. Kekurang versi ini adalah dari segi fungsi tambahan di Advance Function.

Akhir kata dari saya. Selamat Mencuba.

Download Here:-


Official SHAREit by KC.Lenovo.com
Not Official by Playstore

Credit : Angelezo Sharing. Dikuatkuasakan dari Rileks Community

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Servis MyTunnel VPN Akan Ditamatkan

0

Terdapat satu berita sedih untuk semua para pengguna/pelanggan servis MyTunnel VPN:

* IMPORTANT NOTICE *
Dear all MyTunnel users…
I am very sorry to post this suddenly. Since 2012, MyTunnel is one of my greatest invention. I do the web, I do the scripting and I do the maintaining. There have been many experience that I got while handling this service. Like all other company, sometimes we will be at the top, and sometimes we got really down below. 

MyTunnel will be close in less than 30 days!! Why? Because the users think that VPN = bypass quota. And it happen because bug in the ISP (YES 4G/Maxis/Wimax/Celcom). And now all of this has been patch. Unluckily, most MyTunnel users expect VPN to do this and they intend to subscribe to MyTunnel because of this bug. Since I didn’t know what is the purpose of MyTunnel user use vpn for, so I thought that they are not using it for illegal reason. But after the latest bug patch from Yes 4G, now I know. 

It is hard to pay for the servers since it costs more than RM1000 per month. But the users is decreasing and I cannot afford it anymore. So, you will understand why it will be close. 

For this status, https://www.facebook.com/mytunnel/posts/479607475482869, MyTunnel will make a comeback later. But now as a student, I still stuck with my Final Year Project and did not have much time to concentrate to my personal project. But I still don’t know when the comeback will begin. 

For those who still have balance, the balance will be keep safe until MyTunnel made a comeback. And for those who still have time until next month, please halalkan the next month payment because I already use it to pay the servers. If I die before the comeback, please halalkan also. 

Today or next day, some of the servers will go down. And this coming monday or tuesday, you can use gaming server without restriction until all the servers go down.
Thanks for supporting MyTunnel… If you have any question, please make a comment in MyTunnel Facebook page.. Thanks..

Saya sebagai seorang sahabat berasa amat sedih dengan berita ini, kerana bagi saya MyTunnel sudah lama bertapak dan telah pun kukuh di dalam bidang perkhidmatan/servis VPN ini. Sukar untuk mencari galang-ganti, disebabkan oleh kesesuaian harganya dengan para pengguna, khususnya pelajar.

Saya berapa amat kesal dengan sikap para pengguna yang cuma mahu ‘bypass quota’, sedangkan saya sudah berkali-kali memberitahu ia hanyalah bugs dari sistem MVNO masing-masing yang lambat-laun akan ditampal (patch) jua.

Apapun saya berharap agar Admin MyTunnel akan kembali ‘menghidupkan’ servis VPN ini, dan jika itu berlaku, blog ini akan menjadi suara rasminya, InsyaAllah.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu Wakelock Dalam Sistem Android?

0

Apa Itu Wakelock?

Wakelock ialah mekanisma dalam sistem Android, yang mana apa-apa jenis aplikasi atau program yang memerlukan kepada sumber-sumber dari sistem akan menggunakan fungsi Wakelock ini untuk memastikan telefon dalam keadaan ‘berjaga’, supaya sesuatu fungsi itu dapat dijalankan, contoh paling mudah seperti penyelarasan (synchronization) e-mel.

Secara asasnya, bukan semua aplikasi yang menggunakan Wakelock ini adalah aplikasi yang ‘tidak baik’ dan menghabiskan kuasa bateri. Akan tetapi, seperti yang kita sedia maklum, bukan semua aplikasi telah di-kod secara baik, ada juga yang di-kod dengan kurang bagus (poorly coded app).

Wakelock bertujuan menyelaraskan semua aplikasi yang memerlukan penyelarasan, khususnya aplikasi seperti e-mel, aplikasi untuk berborak seperti WhatsApp, WeChat, dan juga aplikasi sosial seperti Facebook. Wakelock juga berfungsi menyelaraskan penggunaan kuasa, dan disebabkan itu, jika ia digunakan oleh aplikasi secara tidak ‘betul’, ia pasti akan menghabiskan bateri anda dengan cepat sekali.

Sesetengah aplikasi tidak mempunyai ‘sela masa’ untuk membangunkan telefon anda bagi fungsi penyelarasan. Jadi di sinilah punca Wakelock-Wakelock tertentu membangunkan telefon bimbit anda dengan kerap dan tidak terkawal. Akibatnya kuasa baterilah yang menjadi mangsa.

Wakelock Detector

Kebiasaannya, perkara pertama yang kita perlu lakukan untuk mengesan aplikasi yang paling banyak menghabiskan kuasa bateri secara tidak ‘patut’, adalah dengan memasang aplikasi Wakelock Detector. Namun, bukan semua orang dapat memahami secara jelas kerana anda perlu semak satu demi satu aplikasi yang menggunakan Wakelock ini untuk mengetahui bahagian manakah yang paling banyak menyebabkan bateri anda kehabisan tanpa punca yang pasti, contohnya CPU Wakelock, Screen Wakelock, ataupun Wakeup Triggers.

Penyelesaian:

Terdapat 3 jalan penyelesaian, khususnya buat pengguna yang sudah root.

1. Uninstall/Nyahpasang

2. Greenify

3. Freeze

Apabila anda telah mengenalpasti aplikasi mana yang telah menyebabkan bateri anda turun laju seperti air terjun di Sungai Amazon, saya cadangkan jika ianya penting bagi anda, ada dua pilihan yang jitu iaitu sama ada anda matikan fungsi penyelarasan (synchronization) untuk aplikasi tersebut, atau anda Greenify (meletakkan aplikasi dalam keadaan hibernasi).

Jika ia jarang anda gunakan, terdapat dua juga pilihan jitu iaitu sama ada anda nyahpasang ia, atau anda Freeze (bekukan?) menggunakan mana-mana aplikasi root seperti ROM Toolbox, Titanium Backup dan lain-lain.

Saya harap sedikit penjelasan ini dapat meleraikan kekusutan anda dalam mencari punca kepada kehabisan kuasa bateri telefon bimbit pintar anda yang tidak terkawal. Semoga artikel singkat ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Himpunan Soalan-Soalan Lazim/Frequently Asked Questions (F.A.Q) Tentang Lenovo Smartphone

0

Himpunan Soalan-Soalan Lazim/Frequently Asked Questions (F.A.Q)

Berikut saya himpunkan seberapa banyak soalan-soalan lazim yang saya terlalu kerap terima dalam inbox Facebook mahupun e-mel saya. Saya harapkan agar dengan adanya F.A.Q ini, dapat sama-sama kita berkongsi ilmu dan maklumat agar semua pengguna mendapat manfaat bersama.

1. Apa itu Root dan apa pula faedahnya?

Anda boleh rujuk : Faedah Root

2. Apa senarai aplikasi yang menarik selepas kita root?

Rujuk:

Senarai Aplikasi Android Pilihan

3. Apa senarai aplikasi-aplikasi yang menarik untuk saya gunakan?

Rujuk:

a. Senarai Aplikasi (Siri 1)

b. Senarai Aplikasi (Siri 2)

c. Senarai Aplikasi (Siri 3)

d. Senarai Aplikasi (Siri 4)

e. Senarai Aplikasi (Siri 5)

3. Bagus atau tidak kalau kita gunakan aplikasi Task Killer/Task Manager?

Rujuk : Pemecah Mitos : Android Task Manager

4. Bagus atau tidak aplikasi Battery Calibration?

Rujuk : Pemecah Mitos : Android Battery Calibration

Dalam aplikasi Lenovo Power Manager, terdapat satu pilihan untuk melakukan ‘Battery Calibration’. Saya tidak pasti bagaimana ia berfungsi, tetapi yang pasti caranya tidak sama seperti aplikasi-aplikasi yang terdapat di Google Play store iaitu dengan hanya memadam fail batterystats.bin.

5. Macam mana nak root model sekian-sekian-sekian?

Semua jawapan ada pada Google. Tapi untuk mudah cara, antara senarai aplikasi yang biasanya digunakan untuk root telefon bimbit pintar Lenovo adalah Framaroot, VRoot, dan Kingroot. Cara-cara lain sebagai contoh flash melalui custom recovery anda boleh Google sendiri.

6. Macam mana nak upgrade/update Lenovo S930 kepada versi KitKat dan macam mana pula nak root lepas tu?

Rujuk :

Cara Upgrade/Update Lenovo S930 Kepada Android 4.4.2 KitKat

Cara Root Lenovo S930 Yang Telah Menggunakan KitKat

7. Apakah beza antara AP SET dan ORIGINAL SET Lenovo?

Terdapat dua perbezaan yang jelas ketara antara keduanya, iaitu:

1. Warranty

2. Senarai aplikasi yang telah tersedia dari kilang

Bab warranty, seperti biasa kalau set original Lenovo, akan ditanggung oleh Lenovo Malaysia. Lebih tepat lagi Lenovo 1 Malaysia. Atau, SeMalaysia. Errr..

Kalau set AP pula, warranty hanya kan ditanggung oleh kedai di mana anda membeli telefon tersebut. Kalau anda duduk di Kuala Lumpur, beli juga di kedai di Kuala Lumpur, tiba-tiba kena pindah ke Ipoh pula, anda tetap kena hantar telefon anda ke kedai tersebut walaupun anda sudah tinggal jauh dari Kuala Lumpur. Begitulah kisahnya.

Untuk senarai aplikasi pula, kebiasaannya lebih kurang sama, cuma set AP lebih menjurus kepada paparan dan juga tulisan dalam bahasa Cina. Bab bloatware sama banyak sahaja, tiada beza. Hurm..

Kalau nak tahu bab beza melalui sticker belakang bateri, itu boleh cari melalui group-group Lenovo di Facebook.

Persoalan adakah prestasi (performance) AP set sama dengan ‘original’ set, saya jawab SAMA, kerana AP set juga adalah merupakan set ORIGINAL dari Lenovo, cuma ia pada asalnya adalah terhad untuk pasaran di negeri China (region based market).

8. Boleh buang tak aplikasi-aplikasi berbahasa Cina ni?

Boleh, tapi bukan semua. Lepas anda sudah root, apa yang tidak boleh dibuang atau Freeze ialah SECUREit dan juga Notification Center. Aplikasi yang lain boleh dibuang atau freeze (DWYOR), tetapi saya tak galakkan buang. Cukup sekadar freeze sahaja.

9. Dari mana saya nak download theme?

Biasanya dalam VIBE ROM, akan terdapat Theme Center. Manakala untuk ROM lain seperti ROW pula, kebiasaannya ada dalam tetapan launcher. Jika tiada, anda boleh muat turun launcher versi terbaru melalui pautan ini : Lenovo Launcher


10. Macam mana saya nak tukar font?

Soalan paling popular dalam inbox saya. Untuk menukar font, tiada cara lain melainkan menggunakan Theme Center, dan jika ROM anda tiada Theme Center, cara paling jitu ialah anda perlu root, dan gunakan aplikasi-aplikasi seperti ROM Toolbox, iFont, Font Installer (derivative dari ROM Toolbox), HiFont, dan lain-lain aplikasi lagi.

11. Macam mana nak pastikan WiFi sentiasa on tak tak hibernated, sebab kadang-kadang WhatsApp atau WeChat punya mesej tak masuk?

Dalam Setting WiFi ada pilihan untuk ‘Keep WLAN on during sleep’. Tandakan pada ‘Always’.

Ok. Cukup setakat ini dahulu. Jika ada lagi soalan-soalan lain, saya akan tambah dari semasa ke semasa. Sekian, Wassalam.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Cara Root Lenovo S930 Yang Telah Menggunakan Android 4.4.2 KitKat

0

Anda pengguna Lenovo S930 yang sudah pun berjaya menaiktaraf sistem Android anda kepada versi 4.4.2 KitKat? Sudah? Bagus. Saya pasti anda tidak sabar lagi hendak root telefon bimbit pintar anda itu.

Buat yang masih belum dan ingin menaiktaraf, anda boleh rujuk entri tutorial pada pautan di bawah:

Cara Upgrade/Update Lenovo S930 Kepada KitKat 4.4.2

Tutorial kali ini mudah sahaja. Kita akan menggunakan aplikasi superuser yang dinamakan sebagai Kinguser.

Apa yang diperlukan kali ini?

Muat turun terlebih dahulu fail Kinguser 3.2.0 46.

Salin fail ini ke dalam sdcard anda.

Kemudian, sila flash custom recovery, contohnya TWRP atau ClockworkMod Recovery.

Fail-fail recovery dan juga tutorial bagaimana caranya untuk flash, anda boleh dapatkan melalui pautan yang sama : Cara Upgrade/Update Lenovo S930 Kepada KitKat 4.4.2

Setelah anda berjaya flash custom recovery yang anda suka, anda hanya perlu reboot masuk ke dalam recovery. Cara yang mudah, matikan dulu telefon bimbit anda, kemudian hidupkan semula dengan butang Volume Up + Volume Down + Power Button.

Jangan lepaskan Power Button sehingga logo Lenovo keluar, dan hanya lepaskan Volume Up + Volume Down apabila custom recovery terpapar. Setelah itu, pilih:

– install zip from sdcard

– choose zip from sdcard

– Navigasi ke direktori anda letakkan fail Kinguser tersebut dan pilih ia menggunakan Power Button.

– Akan keluar paparan ‘Confirm install?’

– Navigasi kepada – Yes – Install 4.4Root.zip

Tunggu sehingga proses selesai dan telefon anda akan reboot sendiri.

SELESAI!

Yeahhh.. Telefon bimbit Lenovo S930 anda sudahpun berjaya root akhirnya. Mudah kan?

Apa lagi tunggu tu? Tak reti-reti lagi nak tweak lepas root?

Ok, macam biasa, InsyaAllah akan ketemu lagi kita di tutorial seterusnya!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Review Lenovo A850+

0
Review Lenovo A850+
Assalamualaikum
w.b.t dan Salam Sejahtera..
Terasa
cepat masa berlalu dengan perkembangan teknologi yang ada sekarang ni. Diharap
anda yang membaca entri saya pada kali ini sihat-sihat belaka..
Entri
pada kali ini saya nak ceritakan mengenai A850+ yang dijual harga pasaran pada
RM569.00. Mungkin harganya anda boleh dapatkan lebih murah dari saya dan kena
rajin buat survey. Sebenarnya entri ni dah lama saya nak kongsikan..tetapi
kekangan masa membuatkan saya menangguhkan untuk seketika.
Saya
adalah pengguna tegar Lenovo buat masa ini dan saya akan cuba kongsikan
pengalaman saya menggunakan A850+.
Dibawah
ini saya sertakan spesifikasi untuk anda:

Sumber:
Gaming:
Pelbagai
games telah saya muat turun dari Playstore dan ianya sangat mengagumkan dengan
kerana tiada istilah ‘Lag’. Contoh games tersebut adalah Respawnables, Robocop,
Clash of Clans, Dead Trigger, The Walking Dead dan lain-lain. Sesuai dengan
penggunaan pemproses MediaTek MT6592M, ARM Cortex-A7, Cpu Core 8 (Octacore),
GPU ARM Mali-450 MP4, RAM 1024 mb memang sangat-sangat berbaloi untuk anda.
Jangka Hayat Bateri
Bateri
Lenovo A850+ dikuasakan dengan 2500 mAh yang boleh bertahan dari pagi hingga ke
malam (7 pagi – 11 malam) walaupun anda kaki games yang tegar atau selalu
menggunakan whatsapp/ telegram/ wechat dan lain-lain aplikasi sosial.

Storan

Bagi Storan pula disediakan sebanyak 4gb storan dalaman dan ada slot bagi memory card. Bagi mereka yang memerlukan storan yang besar perlulah mencari Sd Card ya.

Kualiti Audio
Bab kualiti audio ni, jika anda menggunakan ROM standard tanpa sebarang modifikasi, kualitinya boleh kata ok-ok atau biasa-biasa saja. Kalau anda hendakkan kualiti audio yang lebih bagus lagi, seperti biasa perlu root dahulu dan pasang Viper4Android untuk peningkatan kualiti audio kepada tahap yang lebih memuaskan. Speaker belakang yang disediakan berbunyi dengan agak kuat, jadi anda tak perlu bimbang mengenainya.
Kualiti Kamera
5MP kamera yang terletak di belakang bukanlah kamera terbaik pada telefon bimbit yang saya pernah gunakan sebelum ini. Namun, ia juga tidaklah begitu teruk sehingga menjadikan setiap gambar penuh dengan noise mahupun pixelated. Gambar di bawah ini adalah contoh yang saya ambil dengan hanya menggunakan resolusi 4MP sahaja:
Aspek Keseluruhan
Dari segi reka bentuk, A850+ tak terkalah dengan telefon bimbit pintar yang lainnya. Ia mempunya rekaan yang terasa seperti ‘getah’ di bahagian belakangnya, dan ini memberi ciri pegangan yang premium. Dari segi spesifikasi hardware pula, pemproses Octacore memberi kelebihan kepada para gamers yang sememangnya menantikan kehadiran peranti berprestasi tinggi tetapi diletakkan dengan harga yang mampu milik.
Jadi jika anda rasa A850+ merupakan telefon bimbit pintar yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda, maka anda boleh dapatkan di mana-mana booth atau kedai telefon terdekat kerana ia telah dijual dengan begitu cepat sekali pada waktu ini.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Upgrade/Update Lenovo S930 Kepada KitKat 4.4.2

0

Bertemu lagi kita hari ini. Buat para pengguna Lenovo S930 yang berhati waja, keras seperti batu, tidak kisahkan warranty, dan yang paling penting sekali mempunyai IQ yang agak tinggi seperti Hajime Kindaichi, maka tutorial pada kali ini didekasikan untuk anda.

Saya yakin dan pasti ramai pengguna S930 yang teruja sebenarnya dengan ‘kehadiran’ ROM rasmi dari Lenovo untuk naik taraf sistem masing-masing kepada versi terbaru Android 4.4.2. Namun buat pengguna yang tidak biasa dengan ‘kaedah’ telefon bimbit pintar dari negara China ini pastinya termanggu-manggu, dan tertunggu-tunggu akan tutorial yang mudah faham untuk mereka.

Saya kembali hadir untuk ‘menyelamatkan’ otak anda dari kebakaran akibat fius yang berfungsi secara intensif apabila berfikir dengan mendalam akan bagaimana caranya untuk menaik taraf sistem telefon anda. Heheheh..

Jadi apa yang anda perlukan?

Muat turun Custom ROM S930_S129[Custom ROM] S930_S129_131030 mod by keylock88

Muat turun fail Stock Recovery S930 : Shared.com

Muat turun fail TWRP Recovery 2.6.3 Lenovo S930 : Shared.com

Tak suka TWRP? Tak mengapa. Muat turun ClockworkMod Recovery : Shared.com

Muat turun fail kemas kini OTA: VIBEUI_V1.5_1416_2_ST_S930

Jika stock ROM anda berasaskan ROW (Rest Of The World), maka anda perlu kepada satu langkah tambahan iaitu flash ROM CN (China based firmware). Ini adalah kerana ROM 4.4.2 KitKat ini berasaskan kepada firmware China, dan jika anda terus cuba menaik taraf dari ROW, apa yang akan berlaku hanyalah booloop yang tiada penghujungnya.

Jadi, buat yang baru dalam ‘bidang’ ini, anda tahu bagaimana caranya untuk ‘flash’? Tidak? Baiklah. Caranya adalah mudah sebenarnya. Jika anda tekun belajar sendiri, tak perlu anda inginkan kepada ‘perkhidmatan’ orang lain sehingga di-cas dengan bayaran yang mahal. Saya tidak kisah tentang orang yang ingin ‘berbisnes’ dengan khidmat flash ini, cuma yang saya hairankan benda yang senang mengapa anda tidak mahu belajar sendiri?

Apa yang anda perlu untuk flash?

Muat turun SP Flash Tool : Shared.com

Paparan SP Flash Tool adalah sepeti di bawah:

Buat mereka yang sudah pun menggunakan firmware CN, anda boleh terus flash stock recovery untuk membolehkan anda mengemaskini OTA menggunakan stock recovery tersebut. Sila pastikan anda telah menanda pada pilihan ‘USB Debugging’ melalui Developer Options.

Salin fail VIBEUI_V1.5_1416_2_ST_S930 ke dalam sdcard anda, lalu rename ia kepada ‘update.zip‘. Nak rename sebelum itu melalui PC pun tidak mengapa, asalkan anda tidak lupa untuk menyalinnya ke dalam sdcard.

Setelah itu, matikan telefon bimbit anda, cabut baterinya, dan sambungkan ia kepada kabel USB yang telah terhubung kepada PC anda.

Buka SP Flash Tool, klik pada ‘DA DL ALL With Check Sum‘, dan kemudian klik pada ‘Scatter-loading‘:

Seterusnya, cari fail scatter iaitu ‘MT6582_Android_scatter‘ yang berada dalam direktori ‘stock recovery’ yang telah anda ekstrak, lalu klik padanya:

Klik ‘Open’:

Akhir sekali klik ‘Download’:

Klik pada ‘Yes’:

Selepas itu, masukkan kembali bateri telefon anda dan tunggu sehingga proses selesai. Apabila selesai sahaja proses flash stock recovery, anda perlu masuk ke dalam stock recovery tersebut menggunakan kombinasi butang volume up, volume down yang ditekan serentak, dan kemudian tekan butang power sehingga telefon dihidupkan, tetapi jangan lepaskan butang volume up dan down.

Apabila muncul sahaja paparan stock recovery, anda sudah boleh lepaskan kedua-dua butang tersebut. Pilih bahasa – ‘English’, lalu pilih ‘Update’. Ia akan mencari fail ‘update.zip’ yang telah anda salin tadi dan akan melakukan proses kemaskini. Tunggu sehingga proses selesai, dan apabila telah selesai sahaja proses update, reboot telefon anda.

Kini anda telah pun menggunakan VIBEUI V1.5 Android 4.4.2 KitKat.

Akan tetapi bagaimana pula dengan nasib mereka yang menggunakan ROM ROW? Bagaimana pula kaedahnya? Seperti yang saya katakan di atas, anda perlu flash ROM berasaskan CN. Anda sudah muat turun fail ROM [Custom ROM] S930_S129_131030 mod by keylock88? Sudah? Bagus.

Seperti biasa, sila pastikan telefon bimbit anda telah ditandakan ‘USB Debugging’ melalui Developer Options. Matikan telefon anda, dan cabut baterinya. Sambungkan telefon anda dengan kabel USB ke PC.

Ekstrak fail ROM, letakkan ia dalam mana-mana direktori yang anda suka pada PC anda. Kemudian buka SP Flash Tool, tandakan pada ‘DA DL ALL With Check Sum‘, lalu klik pada ‘Scatter-loading‘:

Setelah itu, masuk kepada folder S930_S129_131030_RUFULL RU – klik pada fail ‘MT6582_Android_scatter’. Sudahkan kerja anda dengan menekan butang ‘Firmware -> Upgrade‘:

Sesudah itu, masukkan kembali bateri telefon anda, lalu tunggu sehingga proses ini selesai. Apabila ia telah pun tamat, cabut kabel USB, lalu reboot telefon bimbit anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah apabila anda telah pun selesai menyiapkan tetapan pada telefon bimbit anda, ini bererti anda telah menyiapkan proses flash ROM CN.

Seperti yang saya katakan tadi, jika anda telah menggunakan ROM CN, apa yang anda perlu lakukan hanyalah salin fail update.zip, flash stock recovery, dan kemudian kemaskini OTA melalui stock recovery tersebut. Dalam bahasa mudahnya, anda cuma perlu ikut sahaja tutorial ini dari mula.

SELESAI!

Tutorial ini merupakan tutorial yang telah diubahsuai sesuai dengan selera bahasa saya, ihsan (kredit kepada) dari forum Lepakspot.

Saya harap tutorial ini sedikit-sebanyak dapat membuka mata anda terhadap cara flash ROM dan recovery untuk model-model telefon bimbit pintar Lenovo.

Sampai kita berjumpa lagi pada tutorial seterusnya!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Aplikasi Reviu : Lenovo SuperCamera & Gallery Ver. 3.6.6 (SnapIt)

0

Asslamualaikum para pembaca yang disayangi,

Adakah anda seorang pengguna yang sangat suka menggunakan kamera pada telefon pintar (smartphone)? Jika ya, maka ini adalah salah satu aplikasi yang didatangkan khususnya kepada pengguna smartphone Lenovo yang menjalankan operating system Android 4.1 dan ke atas.

Seperti versi yang terdahulu Lenovo SuperCamera hadir bersama SuperGallery untuk penggunanya. Ianya sebuah aplikasi yang boleh dikatakan lengkap dengan pelbagai pilihan mode, setting, lens, extension dan color.

Apa yang menarik saya boleh katakan untuk versi 3.6.6 adalah hasil kualiti gambar yang lebih sharp dan cantik jika dibandingkan dengan versi terdahulu. Kenapa saya cakap begitu? Kerana untuk mendapatkan sesuatu gambar yang cantik sudah semestinya memerlukan kamera sekurang-kurangnya 5MPx dan teknik mengambil gambar dengan betul.

Aplikasi ini membantu anda untuk mendapatkan hasil yang sungguh menarik dengan kamera dan teknik yang anda miliki.

Apa yang telah dikemaskini?

SuperCamera telah menambah pada bahagian tetapan iaitu di bahagian Advance Setting mempunyai Touch Control Shot dan Point-linked metering.  Untuk other setting telah ditambah dengan fungsi Volume Key dimana anda boleh lakukan 3 perkara untuk dengan menggunakan Volume button anda iaitu Capture, Zoom dan Sound. Selain itu fungsi zoom kini mengunakan 2 jari anda untuk zoom kepada objek.

Di bahagian Extension, versi ini ditambah dengan PIP, Speech Photo, Beutify dan Macro. Pada bahagian Video adan satu fungi terbaru iaitu Enhance stability  of the screen (EIS).

SuperGallery telah menawarkan aplikasi tambahan dari segi Cloud Storage yang mempunyai storan 2gb. Ianya juga menambah aplikasi QRCode dan MagicGIF untuk menghasilkan gambar animasi dan boleh mengedit pada waktu yang sama. Selain itu ianya didatangkan dengan fungsi Draftbox iaitu gambar yang anda ingin send/share boleh draft dulu dan disimpan di sini.

Saya pasti anda mesti tertanya-tanya apa benda fungsi-fungsi terbaru ini? Apa kata anda muat turun aplikasi ini dan cuba pada smartphone anda. Saya juga menyediakan video dan beberapa image untuk menghayati aplikasi ini.

Download Lenovo SuperCamera & Gallery Ver. 3.6.6
Lenovo Super Camera v3.5.6
Lenovo Super Camera v3.5.6 Permissions Removed
Lenovo Super Camera v3.5.5.0128.130812.19126.apk
Lenovo Super Camera v3.1.3.0313.130712.17796.apk
Lenovo Super Camera v3.1.2.apk

Kredit XDA-Developer forum, Lenovo Photogroup Malaysia, dan Rileks Community

problems solved
-app might use some battery/lags the phone :install greenify
-app has call/sms permisions with says can cost money(nothing will happen!!!) still suspicious?install xprivacy
with this app you can block all the permissions with all the apps you have and will install
-still suspicious install v 3.5.6.0085.140102.24456 this is the apk with the Phone Calling permissions removed

bugs
-recording with front camera works great but when played it gives a purple/greenish reflection
-photoburst isnt working
-verion 140404 has popup when used...just tick ok and everything works just fine


*Sebarang masalah yang dihadapi adalah tanggungjawab anda.

Image from Camera Lenovo P780 (8MPx)

Selamat mencuba.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tutorial Cara Memasang Ubuntu 14.04 Dual Boot Dengan Windows 7/8/8.1

0

Assalamualaikum semua. Setelah rilisnya Ubuntu 14.04 Trusty Tahr, si Rusa ini (Rusa ke?) tampaknya telah memberi saya kembali suatu pandangan yang baik buat Ubuntu. Kini ia lebih pantas (seperti yang anda boleh tonton melalui video reviu OMG! Ubuntu! dan juga WebUp8), dan juga lebih efisien berbanding versi LTS sebelumnya.

Pada saya meskipun Ubuntu 14.04 bukanlah sebuah Distro Linux yang ‘beast’ seperti Kubuntu, atau mempunyai ‘massively overwhelming superb installation tutorial Wiki’ seperti Arch Linux, atau juga mempunyai ‘turbo charging speed’ seperti elementary OS Luna, tetapi saya rasa dah tiba masanya kita kembali memartabatkan Distro Linux yang satu ini.

Ini adalah kerana dari komen-komen yang saya dapat lihat, Ubuntu 14.04, selain dari tempoh sokongan selama 5 tahun, termasuk pembaikan pepijat kritikal, apa yang para pengguna baru suka adalah kerana ianya ‘shining’ (seperti yang selalu saya sebutkan dalam Facebook). Ramai pengguna baru Linux yang berjaya saya ‘tarik’ dek kerana paparan antaramuka pengguna desktopnya yang tampak kemas walaupun tidak begitu elegan (Unity banyak mendapat kritikan kerana bar launcher yang tidak dapat diubah kedudukannya).

Kalau ada perkara yang saya teramat inginkan dari Ubuntu ialah kebolehan untuk Intel-hide atau bahasa lainnya Intelligently Hide. Fungsi Auto Hide agak menjengkelkan bagi saya. Jika fungsi Intel-Hide dapat dibawa masuk semula ke dalam Ubuntu, ia akan jadi lebih sempurna. Kerana saya sudah pun terbiasa dan boleh menerima kedudukan bar launcher Unity di sebelah kiri, tetapi tidak boleh terima ia tanpa Intel-Hide.

Baiklah. Cukup dengan review ringkas saya. Mari kita ke proses pemasangan pula!

Ubuntu 14.04 boleh dirakamkan (burn) ke dalam USB untuk mudah cara. Jadi selepas anda membuat live USB Ubuntu, cucukkan pada mana-mana USB port lalu bersiap-sedialah untuk boot ke dalam Ubuntu 14.04. Apabila nampak sahaja tampilan desktop seperti di bawah, anda boleh terus klik pada ‘Install Ubuntu 14.04 LTS’:

Klik sahaja pada ‘Continue’.

Pada bahagian ini pula, jika anda ingin memudahkan lagi kerja anda, sila tandakan pada ‘Download updates while installing’ dan juga ‘Install this third party software’ lalu klik Continue:

Bagi anda yang tidak mahu berfikir panjang, di sini anda boleh terus klik pada ‘Install Ubuntu alongside Windows 7’. Tetapi buat mereka yang mahu menentukan/mengubah partisi boleh klik pada ‘Something else’:

Di sini anda dapat lihat bagaimana saya telah menentukan saiz partisi sebelum pemasangan. Dengan cara ini kerja akan jadi lebih-lebih-lebih mudah lagi. Direktori /dev/sda3 adalah partition D yang akan kita gunakan untuk pemasangan Ubuntu dalam tutorial kali ini.

Klik dua kali pada partisi tersebut, dan tentukan saiznya. Sebagai contoh saya ingin membuat baki 1GB untuk swap area, jadi daripada 250GB bahagian partisi D itu, saya tolak sahaja dengan jumlah 1024MB. Maka jadilah keseluruhan partisi untuk Ubuntu berjumlah 249029 (250053 – 1024).

Setelah itu klik pada ‘Use as’ – Ext4 journaling file system.

Mount point – /

Klik juga pada ‘Format the partition’. Seterusnya klik ‘OK’.

Nampak tak baki 1025MB tersebut? Partisi itulah yang saya gunakan untuk ‘swap area’. Anda hanya perlu klik dua kali seperti proses di atas, dan ubah pilihan pada ‘swap area’.

Siap!

Jadi bahagian yang paling susah iaitu ‘partitioning’ sudah pun berjaya kita lepasi!

Apa lagi langkah seterusnya? Ya. Seterusnya macam proses format Windows, anda perlu tentukan nama pengguna dan juga nama komputer. Tak susah bukan?

Pilih keyboard. Susah ke? Senang sahaja kan.

Klik ‘Continue’.

Errr.. Sabar menunggu..

Selesai sudah pemasangan Ubuntu 14.04! Kini anda hanya cuma perlu restart dan boot ke dalam desktop Ubuntu.

Sedikit tips dari saya, jika anda inginkan pemasangan jadi lebih laju/pantas, sila tukar Software Sources. Buka Ubuntu Software Center, klik pada menunya iaitu Edit – Software Sources:

Langkah seterusnya klik pada ‘Download from’ dan kemudian ‘Other’, ‘Select Best Server’. Ubuntu akan melakukan ping kepada semua mirrors dan memilih lokasi muat turun yang lebih laju untuk anda.

Amacam? Senang bukan kaedah pemasangan Ubuntu? Sebenarnya kaedah pemasangan memang tak susah. Anda hanya cuma perlu tekun mendalami bahagian partitioning sahaja. Bahagian-bahagian lain secara amnya telah dipermudahkan untuk anda.

Selamat menggunakan Ubuntu 14.04 dan berjumpa lagi kita dalam tutorial seterusnya InsyaAllah!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline