Utama Blog Laman 205

Pengguna WhatsApp+ Disekat Sehingga Beralih Ke Aplikasi Rasmi

0
Setelah melalui zaman populariti yang tinggi sehingga dibeli oleh Facebook dan menjadi ‘harta intelek’ Facebook itu sendiri, terbaru WhatsApp kini dilihat telah menyekat (banned) para pengguna aplikasi pihak ke-3 iaitu semua jenis WhatsApp+, iaitu versi WhatsApp yang telah diubahsuai.

Kita dapat mengerti perbuatan pengguna-pengguna ini yang beralih ke aplikasi WhatsApp+ dek kerana setelah bertahun-tahun WhatsApp dibangunkan, ia masih lagi ‘begitu’, tidak dapat menukar tema dan lain-lain lagi ciri yang menurut para ‘power user’ adalah sangat menjengkelkan, tambahan pula dengan kehadiran ciri ‘blue ticks’ yang mengganggu privasi.

Sekatan 24 jam dikenakan sehinggalah pengguna WhatsApp+ beralih semula kepada aplikasi rasmi yang boleh dimuat turun di Google Play Store.

Buat masa ini, jika menurut apa yang telah ditulis pada laman FAQ WhatsApp, pengguna akan terus-menerus disekat sehinggalah mereka beralih secara total. Jadi sehingga satu solusi ditemui, aplikasi WhatsApp+ boleh dikatakan R.I.P.

Untuk mereka yang telah pun disekat, apa yang boleh anda lakukan untuk menyelamatkan chat anda ialah dengan membuat salinan sandaran (backup), sama ada melalui Settings – Chat settings – Backup conversations, atau buat pengguna yang telah root peranti masing-masing, anda boleh gunakan aplikasi berkaitan contohnya Titanium Backup.

Untuk pengguna yang belum root, anda perlu menamakan semula (rename) folder WhatsApp (contohnya namakan semula kepada WhatsApp123).

Nyahpasang aplikasi WhatsApp+, pasangkan pula aplikasi rasmi WhatsApp melalui Google Play Store. Namakan semula folder WhatsApp tadi kepada nama asalnya (untuk pengguna yang belum root), cuba log masuk dan restore data-data chat anda. Jika countdown untuk sekatan masih belum berakhir, maka anda perlu tunggu sehingga ianya habis. Untuk pengguna yang sudah root, anda cuba restore data melalui aplikasi Titanium Backup tersebut.

Mungkin para modders aplikasi WhatsApp+ akan mencari ikhtiar untuk menghidupkan semula WhatsApp+, sama ada melalui cara spoof authentication (app signature), atau cara-cara lain, tapi pada saya ianya hanyalah ‘temporary workaround’.

Saranan saya, beralihlah kepada Telegram.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

5 Perisian Untuk Memantau Penggunaan Internet (Kelajuan, Bandwidth)

0
Seringkali diajukan soalan ini kepada saya “Mr. Hac, macam mana nak pantau network komputer kita? Ada perisian atau cara tak?”

Ini adalah jawapan saya. Saya suka menggunakan perisian-perisian di bawah (tanpa menurut turutan). Ianya amat mudah digunakan, sekaligus melancarkan pekerjaan. Cuma suka untuk saya ingatkan ada antaranya merupakan perisian berbayar.

1. PRTG

Apa yang menarik mengenai perisian ini? Ia mempunyai paparan antaramuka berasaskan web dan juga yang boleh dipasang pada komputer anda. Perisian ini mampu menjadi pemantau kepada apa saja yang melalui rangkaian anda. Dari sekecil-kecil data sehinggalah kepada yang menyebabkan ‘kesesakan’.

Perisian ini boleh mengesan perisian lain yang banyak menggunakan data, dan ini termasuklah Torrent. Jadi kepada anda yang merasakan ada orang yang ‘mencuri’ data rangkaian anda dan menikmatinya secara percuma, silakan mencuba.

Klik -> PRTG Network Monitor

2. WFilter

Jika anda mahu menggunakan sesuatu yang dapat memantau e-mel, mesej-mesej melalui aplikasi/perisian, menyekat laman-laman web yang *ehem*, tak lupa juga menyekat peer-2-peer, ini adalah perisian yang paling sesuai. Jika anda tidak mahu membayar harga yang mahal untuk perisian ‘filter’ seperti Websense, ia adalah alternatif yang terbaik.

Klik di sini untuk melihat kesemua protokol yang mampu disekat oleh perisian ini : WFilter supported protocols

Klik -> WFilter

3. NetWorx

Kalau anda jenis pengguna Celcom yang tidak mahu beralih dari Telco itu, dan ingin memantau dengan ketat bandwidth anda, saya sarankan NetWorx. Ini adalah kerana paparan laporan yang diberikan anda sangat jelas, tepat dan teliti.

Apa yang menarik ia boleh memutuskan sambungan dari seseorang pengguna kepada rangkaian jika ianya telah melebihi had tertentu yang telah ditetapkan melalui perisian tersebut. Hmmm.. ganas ni.

Klik -> NetWorx

4. Net Guard

Perisian dari Cucusoft ini adalah sebuah perisian ringkas. Tetapi ia padat dengan info-info penting dalam rangkaian, selain mempunyai pelbagai ciri yang mampu membuatkan anda sehari-suntuk menelaahnya.

Ia boleh menetapkan berapa GB bandwidth yang boleh digunakan dalam tempoh sebulan, selain memantau penggunaan internet secara teliti dari kesemua perisian-perisian yang ada. Paling penting sekali, ianya PERCUMA.

Klik -> Cucusoft Net Guard

5. NetSpeedMonitor

Dalam banyak-banyak perisian, ini adalah yang paling saya suka. Kerana saya lebih minat kepada sesuatu yang lebih ringkas, tetapi lebih infonya. NetSpeedMonitor adalah ibarat Internet Speed Meter pada Android. Selain PERCUMA, ianya memaparkan kelajuan internet rangkaian secara langsung.

Ia juga mempunyai laporan lengkap berkaitan penggunaan internet harian dan bulanan. Walaupun tidak boleh digunakan untuk menyekat penggunaan internet, tetapi bagi mereka yang gemar melihat kelajuan internet seperti saya, ini adalah perisian wajib pasang. Kali terakhir dikemas kini adalah pada tahun 2010, jadi berkemungkinan ini adalah ‘dead project’. Pun begitu, kalau ia boleh digunakan dengan sempurna, kenapa mahu menolak bukan.

Klik -> NetSpeedMonitor

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Top 3 : Permainan Tower Defense Android 2014/2015

0

Tower Defense adalah permainan yang dilabelkan sebagai sub-genre kepada permainan bergenre real-time strategy (RTS). Matlamat permainan ini ialah untuk menghapuskan musuh sebelum mereka sampai ke satu tempat tertentu dengan menggunakan ‘tower’ yang akan menembak, memukul, menghalang, meracun, dan pelbagai lagi kaedah.

Ia merupakan satu genre yang menyebabkan saya menjadi ketagih untuk bermain dek kerana beberapa perkara iaitu ‘gameplay’, grafik, dan gemuk. Maksud saya, err.. gempak..
Dalam pelbagai lambakan permainan Tower Defense yang berada dalam Google Play Store, terdapat 3 yang paling saya minati. Mengapa 3? Kerana saya adalah orang yang ibaratnya seperti Liam Neeson dalam filem Taken. Saya akan memberi sepenuh tumpuan pada apa yang saya lakukan, dan sekiranya permainan itu mempunyai sesuatu yang menyebabkan ia ‘spoil’, ia disingkirkan. Lalu tinggal lah 3 yang menjadi kegemaran saya sendiri.
Mari kita lihat senarainya.
3 Permainan Tower Defense Untuk Android Yang Ohsem
Kingdom Rush Origins adalah sekuel ke 3 dari siri Kingdom Rush. Ironhide Game Studio benar-benar membuat permainan ini dengan teliti kerana selain terdapat tahap-tahap yang perlu anda lepasi, anda juga boleh bermain secara tanpa had (unlimited waves).
Anda juga boleh menaik taraf kemampuan hero-hero anda, selain boleh membeli mana-mana hero yang anda minati. Terdapat In-App Purchase (IAP)  dalam permainan ini, cuma ianya tidak memaksa anda membeli apa-apa gems/coins untuk menang. Hanya hero-hero sahaja.
Dari segi grafik, ianya tampil cemerlang. Rekaan-rekaan lain seperti watak-watak jahat yang akan datang berkembang dari semasa ke semasa adalah bagus dan terasa tidak terlalu cepat seperti sesetengah permainan lain yang memaksa anda menjadi stress kerana musuh lebih pantas kuat daripada anda.
Myth Defense 2 merupakan permainan Tower Defense yang boleh dikatakan agak sukar untuk menghabiskannya. Ini adalah kerana selain terdapat musuh-musuh mekanikal yang agak gagah, ada pula musuh-musuh bersayap yang boleh terbang dengan lajunya.

Tak lupa juga ia tidak mempunyai map khusus, bermakna anda sendiri perlu menentukan letak duduk setiap towers anda bagi menentukan pula laluan musuh-musuh. Fuhhh.. bolehe tahan berpeluh juga nak mainkan ia. ‘Nyawa’ yang diberi adalah sebanyak 20, dan anda perlu ada sekurang-kurangnya 1 untuk menang. Di sepanjang maps yang ada, anda boleh naik taraf setiap towers anda.
Sesuai dengan namanya, Myth Defense 2 : DF Platinum tidak mempunyai IAP.
Menduduki carta nombor satu, ini adalah satu-satunya permainan yang paling saya gemari antara kesemuanya. Kerana apa? Dari segi grafik, reka bentuk kepermainan, kesan bunyi, dan juga elemen-elemen naik taraf tanpa IAP. Cukup lengkap dan menghiburkan. 
Cuma Anomaly Defenders adalah penutup kepada siri Anomaly, yang mana sebelum ini ianya bergenre Tower Offense. Anomaly Defenders, sesuai dengan namanya juga adalah bergenre Tower Defense, yang mana anda selaku makhluk asing, harus mempertahankan tapak anda dari diserang manusia.

Sepanjang anda maju dari satu tahap ke satu tahap, anda akan dapat membuka pembangunan baru untuk tower-tower yang berbeza kemampuan dan peranannya. Tetapi suka untuk saya ingatkan, permainan ini juga adalah sukar. Mohon jangan campakkan telefon ke dinding kalau kalah ya. Sabar dulu dan terus bermain semula.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Flockers : Permainan Terbaru Dari Team 17 Kini Terdapat Di Google Play Store

0
Saya merupakan peminat permainan Worms sejak dari umur belasan tahun lagi. Apabila dunia Android sudah mula menguasai genre permainan, saya tidak teragak-agak untuk mendapatkan kembali Worms ke dalam peranti. Antara watak yang saya minati ialah kambing jadi-jadian yang mampu meletup dengan kuasa super!

Tapi ianya tidak bertahan lama. Setelah sekian tahun kambing menjadi mangsa peperangan antara dua belah pihak cacing, akhirnya ada antara mereka yang menjadi ketua untuk melepaskan diri dari cengkaman.

Begitulah serba-sedikit sinopsis di sebalik permainan terbaru dari Team 17 ini iaitu Flockers.

Dalam permainan ini, anda bertindak mengawal kambing biri-biri yang ingin melepaskan diri dari cacing dan di sepanjang perjalanan keluar itu bakal terdapat pelbagai halangan kejam yang telah dicipta oleh cacing-cacing tersebut.

Dari pisau berpusing (buzz saw), api dan pelbagai bentuk-bentuk binaan yang menyusahkan. Pasti banyak bebiri yang akan meninggal mati disepanjang perjalanan berliku itu, namun anda perlu tabah kerana terdapat 60 level kesemuanya. Akan tetapi jangan bimbang kerana kambing-kambing itu akan mendapat kebolehan-kebolehan baru seperti terbang, melompat ke atas pisau berpusing, dan juga meletupkan diri. Ya, meletupkan diri seperti juga dalam peperangan antara cacing-cacing. Sadis bukan?

Buat masa ini ianya dilancarkan dengan harga promosi iaitu USD1.99 daripada harga asal iaitu USD3.99. Jadi saya sarankan kepada peminat-peminat tegar semua sila dapatkan ia sekarang sementara promosi masih lagi berlangsung.

Muat turun Flockers Google Play Store di sini : Flockers

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Apabila Kod Misteri The Pirate Bay Didekripsi

0
Setelah mendapat beberapa pembayang dari team Pirate Bay, akhirnya kod string AES yang diposkan di laman web mereka telah pun berjaya didekripsi oleh seorang pengguna Reddit iaitu ‘dafky2000‘.

Berikut adalah kod tersebut:

Apakah misteri disebalik kod ini? Dipetik dari laman Torrent Freak, dafky2000 memberitahu bahawa:

“By analyzing the page source code I could see some irrelevant HTML tags that had no effect. In particular, ‘key lowercase’ with the text enclosed ‘WeAreTPB’, which was not in fact lowercase. The encryption technology was the name of the image itself – ‘aes.png’ – AES.”

Setelah meneka beberapa kata laluan yang berbeza, beliau telah dapat menjumpai kata laluan yang betul iaitu SHA256. Beliau menambah:

“I did have some trouble – Initially, I was only decrypting half the URL so I knew I was on the right track. Took a break at 2am, but got some sleep to clear my head and finished it off in the morning. I love a challenge and that hit the spot.”

Misteri disebalik kod tersebut adalah pautan URL kepada laman YouTube, iaitu sebuah video yang memaparkan watak Terminator dengan kata-kata “I’ll be back”.

Secara logiknya, kata-kata “I’ll be back” jelas menunjukkan bahawa team Pirate Bay mempunyai perancangan untuk kembali atas talian. Bersabar semua dan ikat tali pinggang keledar baik-baik. The Pirate Bay akan kembali!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Windows 10 Build 9879 Offline ISO Download

0

Beberapa bulan lalu Microsoft telah melancarkan Windows Insider Program. Mereka yang menyertai Windows Insider Program akan memperoleh kemas kini Windows 10 sebaik saja ia ada untuk dimuat turun. Konsep ini membolehkan Microsoft mengumpul laporan pepijat untuk sistem operasi generasi akan datang ini.

Untuk kemudahan anda, di sini saya kumpulkan pautan-pautan ISO yang diberikan khusus untuk para pengguna yang menyertai Windows Insider Program a.k.a ‘Beta Tester’.

English (United States) (64-bit) (3.86 GB)
SHA-1 hash value: 9E58166123D333A76EED069FCC85A56F7E079BFD

English (United States) (32-bit) (2.98 GB)
SHA-1 hash value: 281F572068C869F4B5162F399C36D9DC32F12FC8

English (United Kingdom) (64-bit) (3.86 GB)
SHA-1 hash value: 46855FEBE2E0166375A66157CD282471056E076D

English (United Kingdom) (32-bit) (2.99 GB)
SHA-1 hash value: 384740ABAE5C0164E4E6D34D4307F3E8BD997AC9

Chinese (Simplified) (64-bit) (4.01 GB)
SHA-1 hash value: 2D635E0F16FC1AC1A3ACBDDBD8F76B96DD2B4676

Chinese (Simplified) (32-bit) (3.10 GB)
SHA-1 hash value: 1EB80DB82B669A687D9FC22974503F16122E06E1

Portuguese (Brazil) (64-bit) (3.84 GB)
SHA-1 hash value: ECC2361B06A4B7E9D6C66EF98F9529B1C1952C9C

Portuguese (Brazil) (32-bit) (2.95 GB)
SHA-1 hash value: E404F0D740FA91E10053424D4358A78D1F4DC61B

ISO ini perlu anda rakam (burn) ke dalam DVD atau USB Pendrive. Saya galakkan USB Pendrive kerana ia lebih mudah dibawa ke mana-mana. Setelah itu, sebaik saja ia siap dipasangkan, Windows 10 ini perlu diaktifkan menggunakan key di bawah:

NKJFK-GPHP7-G8C3J-P6JXR-HQRJR

Perlu diingatkan, ini adalah versi ‘Technical Preview’ a.k.a Beta, maka segala macam jenis pepijat ada di dalamnya. Tak lupa juga disebabkan ia cuma versi ‘pra-tonton’, maka ia mempunyai tarikh luput iaitu pada 15 April 2015. Selamat mencuba para Padawan muda sekalian! Huahaha!

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Recover My Files : Aplikasi Mesti Simpan

0
Assalamualaikum kepada semua pembaca OMG! Hackers?. Ini ialah artikel karangan terakhir dari saudara pr67am™ yang berada dalam simpanan draf bertarikh 11/3/2011. Saya poskan dengan harapan sekiranya beliau terbaca artikel ini, beliau boleh kembali aktif menulis. Terima kasih.

………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Salam…

Komputer ibarat bumi yang anda pijak sekarang. Berapa banyak sisa sarap yang telah anda campak ke dalam tong? Pernahkah anda ambil peduli kemana sarap tersebut dibawa? Dan tiba-tiba anda teringat…rupa-rupanya guni baja sawit yang anda buang ke dalam tong sampah malam tadi sebenarnya mengandungi RM17 juta (simpanan untuk 7 keturunan). Bayangkanlah… betapa mengelabahnya anda tak keruan tanpa sempadan jadinya. Barulah anda sibuk nak tunjuk diri mesra guna dengan pakcik Alam Flora, ambil tahu di mana tempat perlupusan sampah. Hmmm… Jangan bimbang Encik dan Cik! Sampah sarap tak di hantar ke Zuhal pun, masih di bumi lagi…

Setiap unsur yang anda padam (delete) secara lalai (default) akan terkumpul dalam Recycle Bin. Dan setiap kali Recycle Bin di kosongkan kebanyakkan kita beranggapan komputer telah bebas dari sarap. Anda sebenarnya silap… Ini bukan zaman Windows/286 2.1 lagi yang terbatas dengan uji dan pendedahan. Sebenarnya data yang anda padam samada akibat di format atau melalui Recycle Bin sebenarnya masih wujud tersimpan di suatu sudut khas cakera keras (hard disk) yang di wartakan sebagai kawasan simpanan sisa data.

Oh… yeah! Maksudnya sarap anda masih boleh di kembalikan? YA.. Termasuk sekali gambar awek zaman rock kapak anda… Oh yeaaah! Tapi macam mana ya? Hah… zaman sekarang berbagai perisian luar akal yang telah tercipta. Hanya tinggal kita sebagai pengguna bijak memilih dan bijak mengguna. Dari pengalaman budak yang kita ada, setelah mencuba berbagai jenis perisian, cuma Recover My Files yang terkotak dalam arkib sebagai perkakas yang boleh di belai. Lain padang lain lalangnya, lain orang lain sembangnya. Kiranya anda ada sesuatu yang hebat seumpamanya sama-samalah kongsikan di sini.

Gunapakai Recover My Files tersangatlah mudah. Selagi anda celik ABC.. fahamlah dengan kaedahnya. Recover My Files menyokong banyak jenis fail termasuk email, dokumen, video, muzik dan imej. Ianya mampu menerobos dan mencari data bukan setakat ke atas cakera keras komputer sahaja tetapi juga usb, cd/dvd dan simpanan media kamera digital. Menariknya lagi ia sejodoh dengan semua jenis sistem termasuk FAT 12, FAT 16, FAT 32, NTFS, NTFS5, exFAT dan GPT . Tetapi untuk CDFS, Mac dan Linux masih dalam perancangan akan datang (Tuan Arya Putra… sabar nooohhh!).

Sayugia di ingatkan, selagi data anda terpadam secara lalai peluang ambil balik adalah 99%. Tetapi jika anda menggunakan penghapus data tahap tinggi seperti DoD5220 dan Gutmann… tengok nasib lah! Walaupun perisian asal di datangkan secara pemasangan (installer ) tetapi kita lebih suka kongsikan disini dengan anda dan anda semua versi mudahalih (portable). Apabila si mudahalih mampu berkelakuan cemerlang buat apalah nak tambah beban makcik drive C lagi. Tambahan pula aplikasi ini hanyalah di perlukan ketika anda sudah mencapai kecemasan tahap RM17 juta sahaja… wow!… alkisahnya!

Sekian.

p/s: Untuk maklumat tambahan sila klik di sini.

Muat turun: Recover My Files

Pautan asal dari tulisan beliau (dead link):

Recover My Files Pro ©pr67am™ 201111
Kata laluan zip: pr67am

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Babak-Babak ‘Cliche’ Dalam Filem Melayu

0
Mungkin akan ada sesetengah dari anda yang berkata, “Ehhh Mr. Hac, macam takde kena-mengena je dengan niche blog ni? Musykil la..”

Siapa yang cakap dunia perfileman tiada kaitan dengan IT saya rasa patut masuk Tabika KEMAS balik. Tak pun masuk Tadika PASTI. Saya PASTI anda akan kembali normal.

Bukan apa. Dari tahun lepas saya hendak karang entri ini. Tetapi selalu saya tangguhkan dengan alasan ‘malas nak dengar kritikan’. Cuma apabila saya lihat filem Melayu sejak kebelakangan ini lebih ‘teruk’ kualitinya dari biasa, maka jari-jemari halus keyboard warrior ini telah tergugat keimanannya.

Apa Itu Cliche?

Menurut Wikipedia, cliche ialah :

“A cliché or cliche is an expression, idea, or element of an artistic work which has become overused to the point of losing its original meaning or effect, even to the point of being trite or irritating, especially when at some earlier time it was considered meaningful or novel.”

Bahasa Melayunya, untuk mudah faham, cliche/klise adalah karya/idea/elemen yang terlampau kerap digunakan sehingga menyebabkan ia menjadi sesuatu yang memualkan. Sebu perut bila tengok separuh jalan, muntah hijau bila paksa diri untuk tengok sampai habis.

Begitulah serba-sedikit pengertiannya. Senang cerita idea yang asyik diulang-ulang dan kita juga tahu penyudahnya adalah cliche. Jadi, mari kita cuba lihat serba-sedikit babak-babak cliche dalam filem-filem atau drama-drama Melayu.

Dalam Filem Seram:

1. Mesti ada satu watak yang percaya kepada hantu, manakala ada satu lagi watak yang akan pasti berkata “Ahhh, takde apa-apa lah tu, itu semua mainan imaginasi je. Jangan takut, hantu tak wujud”. Makna kata ada satu watak yang percaya dengan hantu, ada satu lagi watak tak percaya, dan sentiasa jadi watak spoilkan babak seram. Ceh..

2. Ada watak bomoh baca mantera semerah padi. Apa yang pasti tak seram langsung babak tu. Tak perlu pun tak mengapa. Filem seram Tamil tak guna watak bomoh pun seram juga. Ehhh seram giler ler senang cerita.

3. Ada watak mak kepada Adlin Aman Ramlie jadi nenek hantu. Dah takde nenek lain ke nak upah berlakon? Respek la sikit dengan Mak Mah, mentang-mentang dia dah tua korang pengarah filem ni bagi dia jadi nenek hantu je. Kejadahnya? Tak seram lagi dah tahu? Watak tu sangat menjemukan dan terlampau.. cliche!

4. Sikit-sikit mimpi. Sikit-sikit mimpi. Tak boleh ke wujudkan satu babak tanpa peranan mimpi untuk suatu keadaan yang logik? Bila terjaga dari mimpi elok pulak hantu tu baring betul-betul dekat sebelah. Mimpi tu apa peranannya pula?

5. Mesti ada babak dekat bilik air. Tengah gosok gigi hantu lalu dekat belakang. Tak pun tiba-tiba paip air terpasang dengan sendiri. Plup, plup, plup, bunyi air jatuh. Atau waktu tengah mandi tiba-tiba bermandikan darah. Arghhh.. bosan!

6. Solekan hantu sama ada tak ‘real’, ataupun terlalu mengikut filem korea ala Ju-on. Pernah tak tengok filem Chandramukhi? Solekan Jyothika tidak terlalu melampau ‘hantunya’, tapi kesan dari lakonan beliau ia jadi seram. Seram betul lah! Heheh..

8. Anda tambah sendiri lah.


Dalam Drama/Filem Komedi/Cinta:

1. Mesti ada watak Datuk, Datin, Tan Sri, Toh Puan, Dan segala macam jenis pangkat besar-besar. Tak sah kalau tiada.

2. Watak lain mesti ada syarikat besar-besar pula, setiap kali keluar kerjanya mesyuarat saja. Bawak beg hitam, pakai kot pakai tie. Tapi bila masuk dalam bilik mesyuarat duduk belakang sikit, laaa, ingatkan bos tadi.

3. Wajib ada watak dua insan bercinta yang akan dihalang oleh perempuan atau lelaki psiko. Get a life la bro, sis. Kumbang bukan sekuntum, bunga bukan sejimbit. Cinta 3 segi lah sangat. Bukan geli lagi dah, tapi dah jadi benci menonton, tahu?

4. Mesti ada babak cubaan merampas syarikat lawan. Kadang-kadang adik cuba rampas syarikat kakak. Abang cuba rampas syarikat adik. Mak nak rampas suami orang. Ehhh..
 Adoi, bosannya.

5. Bawak kereta berjenama, parking di rumah mewah. Ada orang gaji bernama Mak Jah yang tak suka dengan tuannya. Jemu dah tengok.

6. Orang Melayu bercakap dalam Manglish. Melayu + English + Mandarin + 1 Malaysia. Broken English pun tak bunyi macam tu.

7. Ada babak cubaan untuk mengahwinkan antara anak seorang pemilik syarikat dengan seorang pemilik syarikat yang lainnya, sedangkan kedua anak mereka sudah mempunyai pilihan hati masing-masing. Kah kah kah. Senang sangat nak diramal jalan ceritanya.

Dalam Filem Aksi:

1. Watak mesti cakap ala-ala Cina. Lu gua lu gua, lu manyak langsi, wa talak takut. Ceh..

2. Koregrafi perlawanan mesti sama macam filem Ong Bak. Tiada identiti silat Melayu langsung. Malu dengan filem The Raid.

3. Errr.. boleh tambah lagi ke? Sebab macam tak banyak je filem aksi Melayu. Nak fikirkan satu babak pun susah.

Baiklah. Macam mana dengan senarai yang saya tuliskan ini? Cukup? Tak cukup mantap? Apa kata anda tolong ‘tambah nasi’ melalui ruang komen. Manalah tahu ada pengarah filem yang ‘termasuk’ ke blog ini secara tak sengaja. Kalau beliau baca bagus juga. Sekurang-kurangnya beliau tahu orang kita sudah muak dengan filem yang entah apa-apa.

Kualiti entah ke mana, kuantiti jangan tanya.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Photo Watermark Business Edition

0

Another Awesome Giveaway

OMG! Hackers? in collaboration with Watermark-Software.com is giving you a free copy of Photo Watermark Business Edition for free as shown in the above image. Ignore the date “till Dec.31”, it have nothing to do with this giveaway.

For a limited time Watermark-software.com have given the OMG! Hackers? reader and fllower an opportunity to have one of their great and awesome software. You have until 15 Jan 2015 to redeem and download this free software from their event page. This giveaway event are held specially for OMG! Hackers? reader and follower, so grab it while it is free.

In term of usefulness and functionality this software have all the need to be called as one of the greatest water marking software out there. I’m quite surprised that it offer user use QR code as one of it function to do some water marking for their video, well that is something new for me.

 Check out their site to learn more about this software;

WATERMARK-SOFTWARE.COM

To grap free copy of this software just click the link below to go to the giveaway event page that held in collaboration between OMG! Hackers? and Watermark-Sotware.com, as usul all link are safe and no e.coli attached;

OMG GIVEAWAY

Notice that at the top of the giveaway event page there is a OMG! Hackers? logo, if you see that means you are in a correct page and site.
To download the software click the “GET IT FREE” button, or if you are rich you can buy the software with the discount offered and you will get a VIP service and lifetime upgrade.
Giveaway event will be held only until 15 Jan 2015 so please make sure you grab it before its too late.
p/s: Mohon maaf gaya penulisan tak sehebat abang Arya Putra…hehe~

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

HD Video Converter Factory Pro

0

2015 GIVEAWAY

JUNK KOYOE

Get Your Own HD Video Converter Factory Pro For Free

Yep, you did not read it wrongly, Wonderfox is giving you their biggest and awesome software for free to celebrate this new year.
I just grab my self one of this toy too, haven’t play with it yet but I know this thing will be a great addition to my software collection. I have been looking for a software like this before for a very long time and now it is FREE to the public, so what is your reason to not have it in your computer?
This will be very useful for you who have a lot of video collection either it is a movie or anime, convert your old video into a brand new HD video.
From my quick view of this software it really awesome cause it support a lot of output format, there is too many of video format included I can’t list it one by one, there is even a video format for your smartphone and smart TV.
What are you waiting for grab it now before the giveaway event reach it deadline, 1000 copies per day will be provided, event will end at the end of Jan/31/2015.

Link are provided below if you want to grab one for yourself too, as usual link are safe and no e.coli attached;

GET IT HERE

WonderFox DVD Ripper Pro are also included in this giveaway event, you will notice it was just below of the HD Video Converter Factory Pro section on their giveaway event site.
Going to convert my own video now, see you all on my next post, adios amigos.
p/s: Wonderfox have no relation at all in any way with Wonderpet


Views: 3

Iklan Newspaper Inline