Utama Blog Laman 201

Aktifkan Facebook Built-In Chat/Messenger [Rooted Device]

0
Mereka yang kerap menggunakan Facebook, pasti sekali-sekala akan menggunakan juga Facebook Messenger. Untuk mereka yang kerap pula menggunakan aplikasi tersebut, ada sesetengah suara yang mengatakan mereka tidak sukakan Facebook Messenger disebabkan ia juga salah satu penyumbang kepada penurunan kuasa bateri, selain bersaiz besar, mewakili satu aplikasi lain untuk satu fungsi asal yang mana ianya sememangnya siap terbina dalam Facebook itu sendiri.

Buat mereka yang tidak senang dengan keadaan ini, terdapat dua pilihan untuk anda iaitu:

a) Untuk mereka yang perantinya tidak root, gunakan saja aplikasi Facebook versi 27 (ke bawah) bersama-sama dengan Facebook Chat Re-Enabler, yang mana kedua-dua aplikasi itu boleh dmuat turun di sini : [APP][2.3+] Facebook Chat Re-Enabler

Aplikasi ini sebenarnya adalah aplikasi ‘kosong’, sepertimana kata-kata pembangunnya:

“It is an empty App with the same package name as FB messenger, FB just checks if the package exists to activate the hidden tab.”

Ceh. Boleh tahan bijak kau ye.

Atau,

b) Untuk mereka yang enggan terkena ‘amaran lembut’ dari Facebook seperti paparan skrin di bawah:

Anda perlu:

1. Root terlebih dahulu peranti anda.

2. Muat turun aplikasi Facebook Messenger versi 1.0.011. Jangan bimbang, aplikasi ini hanya bersaiz kecil sekitar 2.2MB sahaja. Muat turun ia di sini : Facebook Messenger 1.0.011

Kenapa kena pasang versi ini? Sebab ianya bersaiz kecil lah! Kalau pasang versi paling baru di Google Play Store, rasanya nak dekat 20MB juga kan? Hmmm.. logik kan..

3. Naik taraf aplikasi Facebook anda kepada versi terakhir melalui Google Play Store.

4. Pasang dan buka aplikasi Titanium Backup.

5. FREEZE aplikasi Facebook Messenger 1.0.011 itu tadi. Selesai. (Ada juga yang cakap tak perlu freeze, tapi pada saya, freeze je lah kalau dah root!)

Sekarang anda sudah boleh menggunakan Facebook Chat terbina dalam yang sudah diaktifkan.

Suka? Gembira? Bila lagi nak belanja saya makan Cendol Bakar? Ok 1,2,3, JOM..
Apa yang penting, selagi Facebook Chat (Built In) ini masih lagi boleh digunakan, kita gunakan ia sampailah ia ‘ditutup’ oleh pihak Facebook sendiri. Saya tak tau macam mana mereka yang paksa kita gunakan Facebook Messenger yang ‘berat’ dan ‘nanang’ itu (berat nanang!) tapi yang saya tau, saya tak ingin bateri saya dijamah dengan lazat oleh aplikasi yang saya tidak sukai, tetapi dipaksai, untuk digunai (aih, ada ke ayat cam gini?).

Ada satu lagi cara, cuma caranya agak sedikit teknikal bak kata Drippler. Itu anda boleh lihat sendiri di sini : #541

Baiklah. Sebarkan tutorial ini kepada semua. Terima kasih. All credit goes to XDA Developers.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

WhatsMapp : Pengganti WhatsApp+

0
Sejak WhatsApp melakukan sekatan terhadap para penggunanya yang ‘setia’ dengan aplikasi pihak ketiga seperti WhatsApp+, WhatsApp Reborn dan lain-lain, ramai yang saya lihat telah beralih semula kepada aplikasi rasmi meskipun tidak berminat dengannya.

Apapun baru-baru ini, satu aplikasi yang dikenali sebagai WhatsMapp mula mendapat perhatian di kalangan peminat WhatsApp+. Walaupun tidak mempunyai emoji ‘troll’ atau ‘meme’, ia mempunyai beberapa ciri WhatsApp+ seperti:

– Last seen hide
– Blue tick hide
– Double tick hide
– Hide typing..
– Change Icon
– ActionBar color changing
– Navigationbar color changing (Lollipop Only)
– StatusBar color changing (Lollipop only)
– Fastest Moded whatsapp
– AntiBan code added

Berikut saya muat naik beberapa paparan skrin aplikasi ini. BESAR punya. Hahah..

Amacam? Anda rasa ingin menggunakannya dan sedia dengan risiko sekatan dari pihak WhatsApp? Jika anda mahu, klik pada pautan berikut untuk muat turun WhatsMapp :

—> WhatsMapp 1.0.1

Kalau dah cuba jangan lupa lontarkan komen anda!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Memasang Custom Codec Pada MX Player

0
Buat mereka yang masih tak tahu, MX Player ialah sebuah pemain video untuk Android yang telah lama menjadi antara salah satu pemain video terbaik untuk sistem operasi ini. Antara kelebihan MX Player yang menyerlah berbanding pemain video yang lain, pada saya ialah kekemasan antaramuka penggunanya yang jika ingin dibezakan sebelah-menyebelah antara pemain video yang lain, nampak ketara tahap mudah faham dan mudah gunanya.

Selain itu, ia juga menyokong fungsi Multi-Core Decoding, yang mana ia banyak membantu dalam meningkatkan prestasi pemain video ini. Kalau nak ditulis mengenai kelebihan dan lain-lain tips, saya rasa ia perlukan satu artikel berasingan kerana ianya ‘cerita yang panjang’. Namun apa yang lebih membezakan antara MX Player dan lain-lain pemain video ialah kebolehan untuk ia memainkan apa jua jenis video yang anda lontarkan kepadanya, sehinggalah baru-baru ini sokongan untuk audio codec DTS & DOLBY dibuang/dikeluarkan dari MX Player.

Ini telah menyebabkan mana-mana video yang mempunyai audio dts/dtshd/ac3/eac3/mlp telah menjadi ‘senyap’ dan hanya video sahaja yang dimainkan. Oleh itu, satu langkah ‘workaround’ perlu dibuat untuk memastikan MX Player kekal cemerlang. Apa yang perlu anda buat?

Anda perlukan custom codec yang memuatkan codec untuk audio-audio ini. Ia boleh anda dapati di pautan berikut : MX Player Custom Codec

Sila muat turun codec yang bersesuaian dengan peranti anda atau gunakan sahaja custom codec versi AIO (jika anda tidak tahu mana yang sesuai atau malas nak fikir panjang).

1. Langkah pertama, jika anda meletakkan codec tersebut dalam mana-mana folder, sila buka menu Settings > Decoder > Custom Codec. Lakukan navigasi ke folder di mana anda letakkan codec tersebut dan klik padanya. Jika tiada masalah, MX Player anda mula semula dan terus memuatkan codec tersebut.

2. Langkah alternatif, letakkan codec tersebut pada root internal memory/sdcard anda. Jika ianya dapat dikesan oleh MX Player (rujuk gambar di bawah), klik OK. MX Player akan mula semula dan memuatkan codec tersebut.

Selesai. Sekarang anda sudah boleh nyahpasang pemain video yang lain kerana MX Player boleh lakukan tugas tersebut tanpa perlu bantuan sandaran dari pemain video yang lain.

Views: 17

Iklan Newspaper Inline

Xtreme Download Manager: Perisian Pengurus Muat Turun Menyerupai Internet Download Manager

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah terlalu banyak ulasan tentang perisian pengurus muat turun yang dikarang pada blog ini. Namun begitu, perisian Internet Download Manager (IDM) masih agung pada pandangan sekalian manusia dan mendominasi carta pengurus muat turun semenjak berkurun lamanya. Sehinggakan terbit artikel perisian alternatif kepada IDM seperti artikel ini. Sudah menjadi kewajipan pengguna-pengguna sistem pengoperasian Linux mencari pilihan lain bagi perisian IDM kerana perisian ini tidak dapat dijalankan secara mutlaknya pada sistem pengoperasian Linux.

Perisian pengurus muat turun Xtreme Download Manager (XDM atau XDMAN) dibangunkan oleh saudara Subhra Das Gupta. Perisian ini direka khusus untuk platform Linux dan Microsoft Windows. Perisian ini juga dikuasakan oleh Java. Jadi, sekiranya anda ingin menggunakan perisian ini, pastikan anda telah memasang aplikasi Java pada komputer anda terlebih dahulu. Perisian ini juga memiliki antara muka yang hampir menyerupai perisian IDM, hal ini sekali gus tidak memudahkan anda untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran perisian ini. Pada hemat saya, perisian ini bekerja setaraf dengan apa yang dikatakan oleh pembangun pada laman web rasmi perisian ini. Mari kita lihat ciri-ciri perisian ini. 

  • Extreme download acceleration. (up to 32 segments per download, connection re-use, data compression)  
  • Integration with almost every browser available, including Google
    Chrome,Firefox, Internet explorer, Opera, Safari, SeaMonkey or any other
    browser/application using advanced browser integration.  
  • Capture flv,webm(html5),mp4,avi and many other video formats from
    numerous sites like YouTube, Metacafe, Dailymotion, Vimeo etc with XDM
    media grabber.  Ability to refresh dead/broken/invalid download links (caused by session-expiration) using refresh link option.  
  • Scheduling, virus scanning, auto shutdown, batch download, clipboard monitoring,drag and drop etc.   
  • Ability to run within corporate firewall as XDM supports automatic proxy
    configuration scripts, proxy authentication
    (NTLM,Digest,Kerberos,Spengo), installation without admin rights.
    Currently only one commercial download manager supports these features.
  • Supports HTTP, HTTPS, FTP, redirection, cookies, authentication (including Windows ISA ), password management etc. 

Selain mendakwa perisian ini mampu menawarkan kelajuan muat turun yang meningkat sehingga 5-6 kali daripada kelajuan biasa. Perisian ini juga menyediakan pemalam atau sambungan bagi pelayar web Firefox, Google Chrome dan pelayar web yang lainnya. Ketersediaan pemalam ini bagi pelayar web yang popular mampu memudahkan urusan memuat turun sesuatu dokumen ataupun fail-fail tertentu. Namun pada penggunaan saya, pemalam ini kadangkala gagal berfungsi dengan baik pada beberapa laman web. Jadi, langkah pencegahan dan penambahbaikan telah saya jalankan dengan memasang pemalam FlashGot pada pelayar web Firefox.

Dimuat turun dengan menggunakan kelajuan sambungan internet 5Mb/s (Unifi)

Kaedah Pemasangan Perisian XDMAN.
Masukkan baris perintah di bawah satu per satu.

1. Memuat turun XDMAN.

mkdir xdman 

cd xdman

wget -c http://sourceforge.net/projects/xdman/files/xdman.zip/download

Anda juga boleh memuat turun fail xdman.zip secara manual terus daripada laman web rasmi XDMAM [di sini] dan simpan di dalam direktori xdman.

2. Sari (Extract) XDMAN.

unzip download.zip

Anda juga boleh menyari secara manual. Anda hanya perlu mengakses direktori XDMAN dan klik kanan, pilih Extract, seperti mana yang biasa anda lakukan.

3. Memasang XDMAN.

chmod +x xdman.sh atau chmod +x xdman

./xdman.sh atau ./xdman

4. Memasang pemalam XDMAN pada pelayar web Firefox.

Terlebih dahulu, jalankan perisian pengurus muat turun XDMAN dan jalankan pelayar web Firefox. Masukkan pautan di bawah pada ruangan pelayaran.

http://localhost:9614/xdmff.xpi

Selesai sudah artikel tentang pengurus muat turun XDMAN ini.

Pautan Rujukan.
1. http://xdman.sourceforge.net/
2. http://linuxg.net/xtreme-download-manager-how-to-install-xdman-on-ubuntu-13-04-12-10-12-04-linux-mint-15-14-13/
3. http://www.noobslab.com/2014/02/xtreme-download-manager-updated-and.html

Sekian, Assalamualaikum.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Muat Turun Torrent Tanpa Klien

0
Seringkali pengguna internet yang tegar memuat turun fail menggunakan klien torrent tidak kiralah sama ada fail tersebut ‘legal’ ataupun tidak.

Namun tidak kurang juga pengguna tersebut menggaru kepala dek spesifikasi PC/Lappy yang crappy. Err, maaf, saya tak dapat mencari perkataan yang sesuai digunakan dalam minda ketika ini. Heheh..

Disebabkan itu, mereka sering tertanya adakah cara untuk muat turun fail dari torrent tanpa melibatkan klien yang sememangnya sedikit-sebanyak menggunakan sumber kuasa seperti RAM dan CPU dari PC.

Secara jujurnya saya tak punya banyak kaedah yang dapat membantu melainkan satu sahaja iaitu menggunakan Addon untuk Firefox dan Extension untuk Chrome. Yeah..

Cuma agak sedikit ‘malang’ buat pengguna Chrome kerana buat masa ini tiada lagi extension berupa ‘torrent downloader’ yang benar-benar berkesan, mudah digunakan, dan percuma. Saya sudah mencuba OneClick, namun nampaknya ia tidak berhasil. Terdapat extension yang dinamakan sebagai JSTorrent, tetapi ianya berbayar pula.

Jadi pilihan yang ada, mencuba Firefox bersama Addon yang bernama Torrent Tornado.

Kalau anda inginkan sebuah klien torrent yang bertindak di belakang tabir, di sebalik Firefox, ya, inilah jawapannya. Meskipun bukan kaya dengan kepelbagaian bio ciri-ciri seperti sebuah klien sebenar, tetapi apa yang penting ialah kebolehan addon ini untuk menyiapkan tugasan muat turun yang dilontarkan kepadanya.

Anda boleh lihat pada paparan skrin di bawah, ia juga menyokong pautan magnet, dan seterusnya mempunyai antaramuka pengguna ringkas yang cukup dalam menyampaikan semua info berkenaan fail yang diperlukan.

Setelah anda menetapkan letak duduk fail, ia akan segera dimuat turun apabila info-info fail torrent tersebut selesai dikumpulkan melalui pautan magnet itu tadi. Apa yang penting, ia berjalan di belakang tabir, dan sesuai digunakan oleh mereka yang tidak mempunyai akses Administrator pada PC untuk memasang mana-mana perisian (uTorrent, Vuze, dll..) tetapi mempunyai pelayar web Firefox (dan semestinya boleh memasang addon).

Apapun jika anda ada ‘terjumpa’ mana-mana extension untuk Google Chrome yang serupa dengan Torrent Tornado, mohon kongsikan di ruang komen, terima kasih.

Pasang pada Firefox anda : Torrent Tornado

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Menggunakan Viper4Android Pada Lollipop

0
Entri kali ini ialah untuk mereka yang sama dengan saya, iaitu Audiophiles. Sejak Android 5.0+ Lollipop mula dilepaskan kepada pelbagai peranti, ia menjadi tanda aras kepada semua aplikasi untuk dikod bagi menjadi serasi dengan sistem operasi tersebut.

Namun kita tahu bahawa sesetengah pembangun mungkin tidak punya masa yang mencukupi untuk mengemaskini aplikasi mereka, atau mungkin juga sudah berputus asa untuk mereka yang tidak cukup kuat.

Apapun hidup perlu diteruskan. Jadi buat mereka yang gilakan audio gempak, dan mahu menggunakan Viper4Android (v4A) pada peranti masing-masing yang sudahpun dinaik taraf kepada Lollipop, ini adalah caranya.

1. Muat turun fail V4A di sini : Viper4Android

2. Flash fail ini melalui custom recovery. Kemudian buka V4A dan pasangkan pemacu (driver) lalu reboot.

 3. Pasang aplikasi SELinux Mode Changer : SELinux Mode Changer

4. Tukarkan kepada mode PERMISSIVE dan reboot.

5. Cuba buka aplikasi Spotify dan periksa status pemacu.

Tutorial ini telah dicuba pada OnePlus One, ROM CyanogenMod Nightly. Jika anda menggunakan peranti dan ROM lain, anda masih boleh mencuba kaedah ini dan komen hasilnya di sini. Untuk pengguna Nexus 5 (atau lain-lain peranti) jika terdapat ralat atau ia tidak berfungsi, anda boleh cuba untuk nyahaktif ‘Use NUPlayer‘ melalui Developer options.

Tak lupa juga sila nyahaktif semua ‘audio effects’ lain seperti AudioFX dan DSP Manager untuk mengelakkan pertembungan antara aplikasi-aplikasi tersebut.

Rujukan :

1. XDA (1)

2. XDA (2)

3. XDA (3)

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

WhatsApp Mula Menyekat Secara Kekal Pengguna Aplikasi Pihak Ketiga

0
Sebelum ini kita dapat melihat WhatsApp telah menyekat para pengguna yang menggunakan aplikasi tidak rasmi WhatsApp disekat dengan tempoh waktu tertentu.

Kita semua sedia maklum pengguna telah memasang aplikasi-aplikasi tidak rasmi ini atas ciri-ciri tertentu seperti penggunaan tema, melihat ‘last seen’ pengguna lain sedang status ‘last seen’ sendiri kekal disembunyikan, dan juga ciri menyembunyikan double ticks serta blue ticks.

Akan tetapi kini WhatsApp telah bertindak lebih agresif lagi. Mereka yang menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti WhatsApp+, OGWhatsapp, WhatsAppMD, dan WhatsApp Reborn berdepan dengan risiko sekatan kekal. Berita mengenai perkara ini telah disampaikan sendiri oleh OsmDroid.

Tindakan ini dikenakan atas alasan ‘penyalahgunaan rangkaian’ rasmi WhatsApp. Setakat ini gelombang sekatan baru bermula dan beberapa pengguna telah melaporkan bahawa nombor yang mereka gunakan tidak lagi boleh didaftar untuk aplikasi WhatsApp rasmi sekalipun.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Review Filem Sunti @Facebook

0
Sewaktu kaki saya menjejak langkah masuk ke dewan panggung wayang itu, saya sangkakan saya tersalah masuk, kerana boleh dikatakan tiada penonton pun di situ. Pada saya trailer filem ini bolehlah dikatakan agak baik dan seakan menjanjikan ‘sesuatu’. Tidak mengapalah, mungkin inilah hakikatnya, orang kita dah hilang keyakinan untuk menonton filem Melayu (walau pada hakikatnya pengarah filem ini adalah James Lee).

Antara sebab saya menguatkan kaki untuk menonton Sunti @Facebook ini adalah kerana saya pernah menonton sebuah filem yang lebih kurang sama judulnya iaitu Setan Facebook, sebuah filem dari Indonesia. Filem tersebut benar-benar berjaya menonjolkan ciri-ciri ‘hantu’ yang ‘wujud’ dalam dunia siber. Dek kerana itu saya beranggapan filem Sunti @Facebook mungkin cuba untuk tonjolkan dalam versi Malaysia pula.

Cerita bermula dengan watak Ashiq serta rakan-rakan baiknya iaitu PY, Adan dan Gel, yang membawakan watak remaja-remaja nakal tipikal. Mereka mempunyai akaun Facebook yang bertujuan untuk mempertontonkan kerja-kerja nakal mereka mengusik gadis-gadis di kolej, sehinggalah seorang dari mangsa usikan bertindak cuba untuk membunuh diri. Dari situ berlaku pula kes pembunuhan yang melibatkan rakan-rakan Ashiq.

Watak dikembangkan dengan baik, dari satu konflik beralih ke satu konflik. Namun… di sinilah kritikan saya bermula.

1. Muzik atau bunyi yang digunakan dalam filem ini untuk menaikkan saspen atau seram adalah gagal. Filem dirasakan perlahan serta (maaf cakap) membosankan.

2. Watak yang berjaya ditonjolkan dengan baik hanyalah watak Gel yang dibawakan oleh Anas Mentor. Hanya watak beliau sahaja yang dirasakan sangat baik dan menjadikan filem tersebut ‘ceria’ dengan penampilannya yang menjanjikan bahan untuk ketawa.

3. Watak ‘hantu’ atau wanita misteri bernama Sunti Lara adalah mengelirukan. Tak pasti sama ada beliau adalah hantu atau manusia. Sampai sekarang tidur saya tak lena memikirkannya.

4. James Lee sememangnya bukan berbangsa Melayu. Tetapi itu tidak bermaksud beliau boleh merapu dengan ilmu-ilmu perbomohan. Saya sendiri pun tak faham ilmu apa yang digunakan oleh Sunti dan untuk apa. Kalau ada yang faham tolonglah sampaikan.

5. Filem ini ingin menunjukkan bahawa kes buli adalah satu kesalahan jenayah, dan juga ingin menunjukkan taraf pemikiran anak muda kita pada zaman sekarang. Itu adalah bagus. Tetapi saya sarankan kepada beliau tolong tonton filem Table No. 21. Filem ini adalah lebih bagus dari filem hantu yang merapu.

Saya mungkin silap kerana meletakkan harapan yang tinggi kepada filem ini dek kerana 2 filem yang telah saya sebutkan di atas iaitu Setan Facebook dan Table No. 21. Tetapi pada saya kalau James Lee memberikan sedikit lebih tumpuan beliau kepada butiran-butiran watak, muzik yang digunakan serta jalan cerita yang lebih teliti (contohnya ilmu perbomohan yang digunakan), saya pasti keputusan untuk jalan cerita filem ini dan hasil yang dikutip adalah lebih memberansangkan. Itu belum lagi disebut tentang promosi. Macam nampak tak nampak gitu.

Saya hanya mampu berikan 3 bintang dari 10 untuk filem ini.

 

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Impresi Ubuntu MATE 15.04 Beta 1

0

MATE : Sebuah Cerita

Secara jujurnya emosi saya bercampur-baur sewaktu membaca berita ini. Ubuntu MATE 15.04 Beta 1 telah menjadi salah satu dari keluarga besar Ubuntu. Pada orang lain ia mungkin berita yang tiada apa-apa makna, tetapi bagi saya ianya berbeza. Saya mula mengenali Ubuntu dari Gnome 2 digunakan secara default, dan apabila Unity diperkenalkan dalam versi 11.04 (seingat saya) sedikit demi sedikit saya mula ‘menjauhkan’ diri dari Ubuntu.

Pada anggapan saya Ubuntu dah mula ‘terpesong’ dari tujuan asal yang mana tujuan asalnya jika ianya benar pun mungkin hanyalah dalam mainan akal saya sahaja. Tetapi mereka yang menggunakan Ubuntu versi lama sebelum kemunculan Unity pasti tahu betapa mereka menghargai Ubuntu dek kerana ianya benar-benar mewakili ‘genre Linux’ dari segi bebas virus, prestasi yang unggul, serta kepelbagaian ciri yang boleh diterokai baik dari segi antaramuka pengguna mahupun perisian-perisian.

Apabila Unity mulai mencari tempat dalam Ubuntu, selepas hilangnya Gnome 2, saya seperti hilang arah. Tak tahu apa yang patut dilakukan dan saya beralih kepada Arch Linux, serta MATE. Ia seperti cubaan untuk menghidupkan semula Ubuntu. Kenapa? Kerana cukuplah bagi saya Unity itu sememangnya cantik dari segi antaramuka tetapi untuk membuat ia tampil sepertimana yang dikehendaki oleh pengguna seakan tidak lagi dapat dilakukan. Bukti? Ambil contoh Unity dock sudah cukup. Kalau dahulu ada fungsi untuk ‘intellihide’ tetapi ia hanya dapat digantikan dengan ‘auto-hide’ dengan alasan ‘intellihide’ itu ‘buggy’. Itu belum lagi saya bangkitkan mengenai PRESTASI Unity yang sememangnya amat mengecewakan.

Ubuntu MATE 15.04 Beta 1 : Ubuntu Yang ‘Dihidupkan’ Semula

Ya, pada saya Ubuntu itu sudah mati sebaik sahaja ianya berpaling arah. Ini bukan soal Desktop Environment semata-mata. Ini juga merupakan soal Ubuntu yang kononnya ingin dilancarkan kepada market masyarakat tetapi dilaksanakan dalam bentuk membunuh diri. Dulu saya dapat meyakinkan beberapa orang kawan untuk mencuba Linux melalui Ubuntu 11.04 kerana waktu itu Gnome 2 masih dapat digunakan lagi. Itu belum cerita tentang Compiz Fusion Effects yang amat membantu.

Tetapi apabila Gnome 2 dibuang secara total, dibunuh kejam dengan alasan tidak relevan, tidak cantik, tidak sesuai untuk pasaran besar, sejak dari itu Unity mula menyusahkan kerja saya untuk meyakinkan pengguna biasa agar beralih kepada Linux.

Masakan tidak, jika mereka melihat Ubuntu ‘hanged’, sangkut-sangkut, lembab, dan berbagai masalah lagi apabila saya tunjukkan mereka melalui live USB. Siapa orang tidak gila yang mahukan sistem operasi yang begitu? Siapa yang suka dock yang tidak boleh diubah-ubah? Saya tentunya tidak.

Jadi apabila Ubuntu MATE diterima dalam keluarga Ubuntu secara rasmi, saya tidak tahu sama ada mereka ini ‘baik ada maknanya’ ataupun hanyalah disebabkan mereka orang yang hilang akal dan hilang arah. Apapun tujuannya saya tidak peduli lagi, apapun kata mereka tentang Gnome 2 merupakan desktop versi ‘klasik’ juga saya tidak mahu ambil tahu dan dengar. Apa yang saya tahu saya ingin lebih ramai pengguna Linux yang baru pada tahun 2015 ini dengan bantuan Ubuntu MATE.

Fakta Ubuntu 15.04 akan menjadi versi LTS adalah satu tanda baik dan permulaan yang bagus kepada distro Linux. Saya juga boleh ‘hidupkan’ semula PC-PC lama yang inginkan nyawa baru. Oh, maaf kalau saya menulis dengan agak panjang. Ini adalah cerita tentang ‘dendam’ saya terhadap Ubuntu yang telah dipendam selama bertahun-tahun.

Apapun anda boleh cuci mata melalui paparan skrin di bawah:

Ubuntu MATE Desktop

Kenapa saya katakan Ubuntu MATE adalah Ubuntu yang dikod dengan betul? Kerana segala tentang Ubuntu MATE adalah mengenai pengubahsuaian, prestasi, dan apa yang kita suka dengan Linux sejak dari mula lagi. Kalau ada yang kurang sekalipun, anda hanya cuma perlu pasangkan ubuntu-restricted-extras, kerana perkara-perkara baik tentang Ubuntu yang kita pernah ingat suatu ketika dulu semuanya sudah ada dan siap sedia dalam Ubuntu MATE ini. Itu saya tinggalkan kepada anda untuk mencarinya sendiri.

Control Center

MATE Tweak

CompizConfig Settings Manager

Desktop Cube Effect

Muat Turun : Ubuntu MATE 15.04 Beta 1

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Tempahan Baju T Ubuntu

0
Real Man Don’t Use Antivirus!

Itulah dia slogan yang akan tertulis di belakang baju T Ubuntu, dan ia hanya akan dicetak dalam kuantiti yang terhad, iaitu sebanyak 100 helai sahaja. Saya dah lama mengidamkan baju ini dan kini peluang sudah terbuka.

Sesiapa yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi Encik Ubuntu di Facebook beliau dan isi borang tempahan melalui pautan ini : Tempahan Baju T Ubuntu

Harga adalah RM40 untuk Semenanjung dan RM45 untuk Sabah dan Sarawak. Reka bentuk baju boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sumber : Seorang Pengguna Linux

Views: 11

Iklan Newspaper Inline