Utama Blog Laman 198

Snapseed : Bukan Aplikasi Sunting Gambar Untuk Android Versi Geli-Geli

0
Awalnya saya terfikir, “Apa benda aku nak cerita pasal Snapseed ni..”. Ini adalah dek kerana Snapseed adalah satu aplikasi yang dari luarnya nampak ringkas, tetapi apabila diteliti dan diselidiki ia mempunyai pelbagai jenis suntingan yang boleh menjadikan gambar anda kelihatan lebih profesional.

Terlalu banyak perkara yang boleh ‘diceritakan’ mengenai Snapseed. Dari awal kemunculannya sehinggalah ia dibeli oleh Google, sejak itu pelbagai penambahbaikan dapat dilihat. Walaupun penggunanya masih belum dapat menandingi pengguna Instagram, namun untuk mereka yang lebih gemar dengan ‘serious mobile photography’, maka Instagram boleh diabaikan dan hanya perlu menggabungkan penggunaan Snapseed bersama dengan aplikasi EyeEm (‘Instagram untuk serious mobile photographer’).

Apabila anda membuka Snapseed, anda akan disambut dengan paparan seperti ini:

Setelah itu, apabila anda telah memilih gambar yang hendak disunting, dan tekan pada FAB, anda akan diperlihatkan dengan pelbagai pilihan-pilihan suntingan, filters, yang boleh buat anda rambang mata.

Untuk pemula saya sarankan anda belajar menggunakan ‘Tune Image’ terlebih dahulu. Biasakan diri memahami bagaimana cara menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat padanya kemudian barulah beralih kepada jenis suntingan ataupun filter yang lain.

Apa yang saya biasa gunakan selain Tune Image ialah HDR Scape, Lens Blur, Tonal Contrast, Details, dan Crop. Manakala fungsi yang sekali-sekala disentuh pula adalah ‘Selective’. Fungsi yang lain jarang sekali saya gunakan kerana saya lebih gemar menumpu kepada fungsi HDR, tetapi untuk anda yang lebih sukakan Black & White atau Vintage, fungsi-fungsi ini terdapat dalam Snapseed untuk anda.

Ini adalah contohnya. Gambar di atas ialah gambar asal tanpa suntingan, manakala gambar di bawahnya ialah gambar yang telah dikenakan filter HDR Scape – Nature.

Ahhh.. kalau nak dibuatkan tutorial boleh makan Panadol Actifast dibuatnya. Intro ini anda cubalah jadikan sebagai sandara semangat untuk mengenali dan mengkaji Snapseed dengan lebih lanjut.

Muat turun Snapseed di sini : Snapseed

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Spotify Melancarkan Program Penguji Beta Untuk Android, Tak Lupa Juga Promosi 3 Bulan Premium USD0.99

0
Dalam banyak-banyak perkara, menjadi Penguji Beta (Beta Tester) bagi sesebuah aplikasi atau custom ROM adalah sesuatu yang amat saya minati, kerana meskipun setiap aplikasi versi beta sudah pasti dipenuhi dengan ralat, tetapi menjadi antara orang pertama yang mendapat tahu terlebih dahulu akan apakah ciri-ciri baru yang akan diperkenalkan dalam versi seterusnya.

Kali ini giliran Spotify pula membuka ruang untuk para penggunanya menjadi Penguji Beta dan ini dapat dilakukan melalui pautan berikut ini : AndroidBetaApplication201505

Oh ya, buat anda yang kepingin benar untuk menggunakan Spotify Premium, kali ini ada promosi untuk anda. Daftar sekarang dan dapatkan 3 bulan Spotify Premium hanya dengan membayar sebanyak USD0.99 sahaja! Jangan lepaskan peluang yang jarang datang ini.

Anda boleh daftar menggunakan akaun Google+ ataupun Facebook di pautan ini : Spotify Premium

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Aktifkan Hound Tanpa Kod Jemputan

0
Ada sesiapa yang dah mula mengigau nak menggunakan Hound? Jangan bimbang. Saya faham naluri anda itu. Cuma saya tidaklah sampai mengigau.. kah kah kah.

Hound ni memang menarik. Walaupun masih beta, tetapi setakat ini ianya tidaklah teruk sangat. Adakalanya lain yang ditanya lain yang dijawab. Tetapi pada saya itulah lumrah aplikasi yang berada dalam fasa beta. Masih ber-pepijat di sana sini.

Apapun untuk anda yang kepingin hendak menggunakan ia tanpa menunggu kod jemputan, anda bolehlah menonton video di bawah ini untuk tutorialnya:

Jadi apa yang anda perlukan?

1. Aplikasi Hound. Muat turun di sini : Hound Beta

2. Fail HoundPreferences.xml

3. Root Explorer. Saya sarankan ES File Explorer kerana saya dah cuba guna file manager yang lain. Entah kenapa tutorial ini serasi dengan ES File Explorer sahaja. Cis..

Bagaimana Kaedahnya?

1. Pasang dan buka aplikasi Hound, tetapi cukup sampai kepada paparan seperti di bawah ini, kemudian tutupkan ia:

2. Gunakan Root Explorer iaitu ES File Explorer itu tadi untuk ekstrak fail com.hound.android.app_preferences.xml.zip. Setelah itu, salin fail .xml tersebut ke direktori /data/data/com.hound.android.app/shared_prefs/

3. Buka aplikasi Hound dan tanyalah apa-apa soalan yang anda mahu.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

UCam Ultra Camera Review [2015]

0
Baru sahaja kita bicara mengenai Komposisi Dalam Fotografi. Tetapi apalah gunanya kepandaian memanipulasi ilmu komposisi andai aplikasi kamera yang digunakan pada peranti telefon pintar anda itu adalah tidak memuaskan hati (kita kecualikan DSLR dalam artikel ini okeh).

Kalau anda sememangnya fanatik dengan kamera dan mempunyai hobi menangkap gambar menggunakan telefon pintar (Mobile Photography bro!), anda wajib dan memang patut mencuba aplikasi yang dinamakan sebagai UCam Ultra Camera ini.

Apa yang menarik?

Apa yang menarik ialah UCam Ultra Camera mempunyai segala-galanya yang anda perlukan pada sebuah aplikasi kamera. Ia mempunyai beberapa tetapan ‘di hujung jari’ ala-ala Camera FV-5, yang pada saya lebih daripada cukup untuk seseorang yang lebih gemar bermain dengan mode auto. Hehe..

Tak lupa juga ia mempunyai ciri-ciri lain yang lebih mengujakan seperti Smart Scene, Monster, Beauty (kaki selfie mesti suka punya lah!), Scenery, perakam video, kolaj dan juga mode Panorama.

Selain itu ada juga penyunting gambar terbina dalaman yang agak terkedepan juga, walaupun tidak semaju Snapseed, tetapi cukup untuk suntingan pantas dan segera dimuat naik ke Instagram atau Facebook.

Cuba lihat dahulu paparan-paparan skrin di bawah:

Ok.. lihat gambar ini, ia diambil dengan aspect ratio 16:9, dan menggunakan mode auto tanpa ‘Smart Scene’:

Ini pula adalah gambar dengan kedudukan yang sama, tetapan yang sama, tetapi ‘Smart Scene’ dihidupkan:

Apabila dilihat dengan teliti, ia seperti mode ‘HDR’ pada sesetengah aplikasi lain, namun ianya lebih pantas dan tampak lebih natural. Cuma gambar di atas ini saya ambil tanpa menggunakan tripod jadi sebarang cela itu haraplah dimaafkan ya.

Apa lagi yang lebih bagus? Oh ya, aplikasi ini tidak mempunyai In-App Purchase, dan ia juga adalah 100% percuma untuk dimuat turun dan digunakan. Apa lagi yang anda mahu?

Kalau ada yang boleh saya inginkan pada aplikasi ini ialah kebolehan untuk menukar resolusi (walaupun kebiasaannya saya akan biarkan ia pada ‘max’).

Cukuplah sembang kencang bikin bimbang di sini. Muat turun dan serlahkan bakat anda dalam seni fotografi sekarang : UCam Ultra Camera

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Muslihat Google (Bahagian 1)

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Enjin gelintar Googgle telah sedia maklum menjadi sahabat akrab pengguna alam maya. Kelebihannya membantu dalam setiap tugas semasa belayar di alam maya tidak boleh tidak dinafikan dengan omongan kosong melainkan dengan fakta saintifik semata. Hehehe. Meskipun diulit dengan kontroversi (kebenaran) intervensi suatu pihak berkepentingan. Bolehlah saya katakan, kita tiada boleh lari daripada menggunakan fungsi-fungsi menarik yang ditawarkan oleh enjin gelintar Google.

Judul artikel bukanlah untuk membincang tentang muslihat yang telah dilakukan oleh pihak Google secara tersirat. Namun, makalah ini akan menjadi panduan kepada kita untuk menggunakan ciri-ciri tersembunyi dan berguna bagi memastikan kewujudan enjin gelintar Google diaplikasikan secara efisien dan efektif.

Pada bahagian pertama ini, saya akan berkongsi fungsi tersirat yang dimiliki enjin gelintar Google iaitu fungsi “related:“. Fungsi ini akan memudahkan anda untuk mencari sejumlah lelaman web yang hampir sama latar belakangnya kewujudan laman web itu. Misalannya, Facebook – sebuah tapak web sosial atau media interaksi. Untuk memanfaatkan fungsi related: ini, anda hanya perlu letakkan pautan laman web interaksi Facebook selepas kata related: ini. Contohnya, related:facebook.com. Namun, hasil carian yang diberikan oleh enjin gelintar Google kadangkala tidak banyak dan adakalanya tidak tepat sepertimana yang diharapkan.

Bagi anda yang gemar membaca makalah seperti artikel-artikel berbentuk perkongsian teknologi, fungsi ini dengan cekap. Anda akan dapatkan hasil seperti The Verge, DigitalTrends, Gizmodo, LifeHacker, Ubergizmo, Mashable, Android Authority, Engadget, Alphr, ExtremeTech, Stuff dan sebagainya. Selain itu, anda tidak boleh hanya bergantung harap pada pautan sahaja kerana hasil carian bagi setiap pautan ada masanya bertambah dan berubah. Umpamanya, related:theverge.com sahaja, anda boleh menggunakan hasil yang diperoleh untuk mempelbagailkan lagi carian anda seperti related:digitaltrends.com. Di sebalik kelebihan fungsi ini, sudah tentu ada kelemahannya, kekurangan yang paling ketara ialah, enjin gelintar Google gagal mengecam dengan baik blog teknologi berbahasa Melayu terkait seperti OMG! Hackers? ini (TheSkop, Amanz). Malah, enjin gelintar juga menyeraikan pautan bagi blog yang sudah lama tidak dikemas kini. Mungkinkah kalimat “orang Melayu malas membaca, apatah lagi menulis,” menghantui enjin gelintar Google? Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Hahaha.

Izinkan saya mengundur diri, Assalamualaikum.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Adakah Hound Harapan Baru Kepada Pembantu Maya?

0

Ini bukan cerita tentang penyanyi bernama Maya tu. Ini tentang cerita dan hikayat manusia Generasi Y yang mencari Pembantu Maya terbaik abad ini. Ia sentiasa berkait rapat dengan Kepintaran Tiruan (Artificial Intelligence) yang ditambah baik dari semasa ke semasa.

Walaupun buat masa ini yang dipertontonkan kepada kita hanyalah sekadar pembantu maya versi penerimaan arahan-arahan melalui suara, tetapi saya optimis yang kita akan dapat melihat Kepintaran Tiruan dalam versi yang lebih menyerupai manusia.

Pelik? Gerun? Tak mahu?

Saya mahu, tetapi kalau boleh jangan lah jenis membantah kata-kata saya. Huh..

Kita baru saja ‘diusik’ oleh Google dengan fungsi baru bagi Google Now iaitu Google Now on Tap. Tetapi ada satu pesaing baru bagi pembantu maya tidak kiralah ianya Google Now, Siri mahupun Cortana. Ianya datang dari SoundHound iaitu… Hound.

Apa-apa hal anda cuba tonton dahulu video demo Hound di bawah:

Yeahhh.. menarik bukan?

Matlamat Hound bukan sekadar menjadi pembantu maya yang diarah-arah melalui arahan suara atau apa-apa cara, tetapi penekanan yang paling penting sekali ialah ia telah cuba untuk mendekatkan jarak antara Kepintaran Tiruan dan juga manusia melalui kaedah yang seakan perbualan atau kebanyakan dari kita menggelarnya sebagai ‘Contextual Search’.

Anda boleh lihat serba-sedikit paparan skrin Hound di bawah ini:

Buat masa ini ia hanya dapat diperoleh melalui kod jemputan sahaja, dan jelasnya ia hanya boleh dimuat turun di Google Play Store untuk pengguna dari Amerika Syarikat sahaja.

Tetapi, seperti biasa kita akan juga sentiasa ada kaedah ‘workaround’. Jika anda mahukan kod jemputan, anda boleh mintanya di sini : SoundHound – Hound App

Manakala untuk fail apk pula anda boleh muat turun di sini : Hound

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu Komposisi Dalam Fotografi? (Composition In Photography)

0

Salam semua OMG! Hejes? Fans..

Hey, nanti dulu.. jangan cepat label saya ‘masta of da universe’. Saya bukan ‘He-Man’. Bukan juga tahu semua perkara, tetapi apa yang sempat saya kongsikan, dalam ruang lingkup serba-sedikit yang saya tahu, maka saya tuliskan di sini.

Ramai yang minat mengambil gambar. tambahan pula sekarang telefon bimbit pintar masing-masing sudah dilengkapi dengan perkakas kamera yang sangat canggih. Meskipun belum mampu menggantikan kamera DSLR, tetapi kelebihan yang ada pada telefon bimbit iaitu ia mudah dibawa ke mana-mana menjadikan ia pilihan ‘cepat sambar’.

Tetapi seringkali setelah mengambil gambar, apabila dilihat semula pada Galeri, ia tetap kelihatan biasa-biasa. Ia masih nampak agak ‘kaku’, membosankan (mungkin), atau boleh juga nampak ‘tiada makna’ mahupun ‘impak’ kepada perasaan orang yang melihatnya.

Kenapa jadi begitu? Ini adalah kerana melalui  pandangan mata orang kebanyakan, apabila mengambil gambar, mereka mengambilnya tanpa tahu apa itu komposisi. Mereka cenderung untuk meletakkan subjek di tengah-tengah, seiring dengan perbuatan kebanyakan orang yang lain, terutama apabila mengambil gambar secara beramai-ramai yang biasanya memang tidak mengikut komposisi (contohnya gambar murid kelas, gambar peserta kursus, dsb.)

Ketahuilah tidak semua subjek itu boleh diletakkan di tengah-tengah, kerana mengikut kepada komposisi fotografi, ‘tengah itu membosankan’.

Jadi gambar yang diambil tanpa ilmu pengetahuan serba-sedikit mengenai komposisi telah menyebabkan hasilnya menjadi begitu, meskipun ia bukan disengajakan. Jadi, apa itu komposisi?

Komposisi

Komposisi kalau diterjemahkan kepada maksud yang lain ialah seni visual, iaitu bagaimana cara kita memandang sesuatu itu sebagai nilai seni, lalu disusun, digubah dan diadaptasi semua elemen-elemen yang dilihat ke dalam gambar menjadi suatu hasil yang menyampaikan maksud asal pandangan.

Sukar untuk difahami?

Begini. Komposisi ialah kaedah untuk mengalihkan atau mengarahkan pandangan mata yang melihat gambar anda kepada subjek penting dengan lebih berkesan dan juga seluruh gambar lebih mempunyai ‘jiwa’, lebih menarik, nampak cantik, bukan ‘hasil kosong’ semata. Sebagai contoh saya pernah menulis mengenai Rule of Thirds, salah satu kaedah atau istilah komposisi yang sering digunapakai oleh mana-mana penangkap gambar hatta mereka yang merakam video atau pengarah filem sekalipun.

Gambar Pinjam Dari Sini —> Bird photography tips

Ianya merupakan antara ilmu komposisi asas dalam fotografi sebelum beralih kepada komposisi lain yang lebih terkedepan. Cuba anda baca dan fahamkan ia terlebih dahulu. Apabila sudah fahamkan asas, saya yakin anda akan lebih mudah untuk faham komposisi-komposisi yang lainnya. Apa yang penting apabila anda fahamkan matlamat sebenar ilmu komposisi untuk mengambil gambar, maka setiap gambar yang akan anda ambil selepas ini tampak lebih profesional.

Untuk para pemula, saya sarankan anda cuba cari dan baca beberapa komposisi yang berikut untuk lebih kefahaman:

1. Depth
2. Rule of Odds
3. Rule of Space
4. Leading Lines
5. Symmetry
6. Framing
7. The Golden Ratio
8. Golden Triangles and Spirals
9. Balance
10. Fill The Frame

Untuk lebih banyak lagi jenis-jenis komposisi, anda boleh buat carian Google dengan kata kunci ‘compositions in photography’.

Saya berharap agar dengan sedikit pendedahan ini, anda dapat memahami dengan lebih baik apa itu komposisi dalam fotografi dan boleh mengaplikasikan ia dalam kehidupan seharian. Biarpun cuma mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintar, tetapi kalau kita mengikut kaedah-kaedah komposisi, gambar yang kita ambil akan lebih menyerlah dan lebih baik lagi berbanding orang lain.

Selamat membaca, dan selamat mencuba kalian semua!

Views: 57

Iklan Newspaper Inline

F-Secure Freedome VPN Giveaway – Percuma Untuk 3 Bulan

0

Selalunya bila ada giveaway di sini, ianya adalah perisian-perisian yang agak ‘old school’. Tetapi kali ini perisian yang bakal diberikan adalah dari ‘new school untuk new school’. Ingin mengetahui lebih lanjut? Jom lihat dulu beberapa paparan skrin untuk aplikasi Android F-Secure Freedome VPN:

Ini bukan giveaway untuk mereka yang gemarkan freebies. Oh tidak, servis VPN ini merupakan servis berbayar, cuma kali ini F-Secure memberikan 3 bulan langganan secara percuma untuk mereka yang inginkan sambungan dengan lebih privasi tetapi mahukan tempoh percubaan untuk menilai.

F-Secure sudah terkenal dengan perisian antivirus. Jadi dengan adanya servis VPN ini mereka dapat mengukuhkan kedudukan mereka didalam industri. Kita lihat serba-sedikit pro dan kontra bagi aplikasi versi Android ini:

Pro

1. Mudah digunakan. Hanya perlu pasang, tekan ‘ON’ dan terus sambung aktiviti anda seperti biasa.
2. Aplikasi mempunyai navigasi mudah.
3. Sesuai untuk mereka yang baru menceburkan minat dalam sambungan internet beserta enkripsi VPN.

Kontra

1. Tidak sesuai untuk power users, dek kerana tetapan yang terlalu ringkas. Untuk mereka yang gemar menukar port, bereksperimentasi dengan pelbagai tetapan, maka aplikasi dari VPN ini tidak sesuai untuk anda melainkan anda tidak kisah.
2. Tiada dokumentasi jelas untuk pelayan mana yang boleh digunakan untuk Torrent/P2P, atau mungkin kesemuanya ‘boleh saja’.

Bagaimana Caranya Untuk Mendapatkan Kod Lesen?

Nah, pergi ke pautan ini dan isikan maklumat yang diminta: F-Secure Freedome

Setelah itu, apabila anda memperoleh kod lesen, akan ada juga pautan untuk anda memuat turun perisian/aplikasi VPN F-Secure ini. Setelah selesai pemasangan pada peranti anda, masukkan kod tersebut.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Hola Menjual Bandwidth Pengguna : Aku Kata Dah Jangan Guna Benda Free..

1
Apabila sesuatu Itu Percuma, Anda Adalah Produknya!

Biasa la. Bila saya nasihat, ramai yang cakap itu dan ini. Dari mereka kecil sampai mereka besar saya selalu pesan, kalau nak guna VPN, gunakanlah yang berbayar, dari syarikat atau penyedia yang telah diyakini servis mereka, yang telah kukuh tapaknya dalam bidang ini.

Tapi ironinya bila tiba kepada hal ehem*nak-unlimited-kuota*ehem para pengguna ini sanggup pula langgan servis SSH, padahal kalau nak diikutkan ralat atau bugs ini sama saja versinya dengan penggunaan VPN, tinggal masa dan ketika saja untuk ditampal oleh pihak ISP.

Hola Dan Servis VPN Percuma

Bila dikatakan mengenai servis percuma ini, kita perlu tahu bahawa Hola telah pun menjadi sebuah rangkaian yang super-duper besar. Telah lama saya sangsi mengenai penggunaan perkataan ‘PEERS‘ dalam terma dan syarat servis ini. Lama saya berfikir mengenainya lalu saya kaji semula kenapa mereka menggelarkan para pengguna sebagai ‘Peers’, dan telahan saya mengenai perkara ini iaitu para pengguna dijadikan sebagai produk untung atas angin mereka ialah tepat. Hola menggunakan bandwidth para pengguna mereka yang sedang melahu sebagai SUMBER kepada sebuah servis VPN BERBAYAR mereka sendiri iaitu Luminati.

Anda boleh baca tulisan mengenai perkara ini (Bahasa Inggeris) pada blog Ben Bristow di sini : http://www.benbristow.co.uk/#/blog/post/3

Tidak lupa juga laporan melalui laman Torrent Freak :

https://torrentfreak.com/hola-vpn-sells-users-bandwidth-150528/

Apa yang malangnya mengenai perkara ini ialah nasib kepada pengguna yang tersekat dengan pelan internet beserta jumlah kuota yang kecil, maka Hola akan menggunakan bandwidth pengguna mereka ketika ianya sedang tidak digunakan, pada ketika klien Hola masih bersambung dengan rangkaian.

Selain itu adalah amat tidak bermoral apabila bandwidth dan IP pengguna-pengguna servis ‘percuma’ ini telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang menggunakan ia untuk menyerang (DDoS) laman-laman web tertentu, dan juga menggunakan ia dalam aktiviti-aktiviti penggodaman.

Jadi kepada anda yang masih menggunakan Hola, sila berhenti dari sekarang. Saya sarankan FinchVPN yang sangat ohsem ini kepada anda : FinchVPN

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Semakin Besar Nombor, Semakin Hebat Spesifikasi Telefon Pintar: Sampai Bila?

0
Seiring perkembangan teknologi yang kian pesat, pengguna ‘dididik’ mindanya dengan lebih besar sesuatu nombor itu, maka lebih hebatlah spesifikasinya, dan dengan itu juga lebih hebat lagilah prestasinya dalam penggunaan harian.

Tetapi benarkah begitu?

Dalam perbincangan ini kita akan mengambil skop kecil iaitu telefon pintar. Setiap tahun telefon pintar dimuatkan dengan spesifikasi yang semakin ‘besar nombornya’, iaitu baik dari Megapixel kamera, hinggalah kepada kelajuan pemproses. Daripada 32-bit ditingkatkan kepada 64-bit, daripada kelajuan rendah seperti 1.8GHz ditingkatkan kepada 2.7GHz, dan juga sekecil-kecil bateri berkapasiti 1800mAh ditingkatkan lagi hingga 4000mAh.

Namun begitu, kita ambil pula contoh pemproses Snapdragon. Baru-baru ini digembar-gemburkan dengan isu kepanasan melampau pada pemproses terbaru mereka iaitu Snapdragon 810. Pelbagai ujian dan teori telah dikeluarkan. Salah-menyalah antara satu pihak dengan pihak yang lain berlaku, dari pengeluar telefon pintar yang dikatakan mengeluarkan produk ‘tidak siap’, hinggalah kepada pengeluar pemproses Snapdragon sendiri.

Rujukan : End of Denial: Yet Another SD810 Phone with Issues?

Isunya di sini adakah pengeluar-pengeluar produk ini terlalu cepat melepaskan produk mereka seolah-olah tanpa ujian yang benar-benar jitu, akibat daripada permintaan tinggi dari pengguna yang saban masa dahagakan spesifikasi lebih tinggi? Apakah selepas ini kita bakal dapat melihat telefon pintar dengan RAM melebihi 4GB, pemproses grafik yang dapat memaparkan permainan menyamai kualiti konsol, dan skrin super duper resolusi? Benar, kualiti permainan pada Android sekarang sudah hampir menyamai kualiti konsol, tetapi kita berbalik kepada akar perkataannya iaitu ‘sudah hampir’, yang bermakna ia masih lagi belum benar-benar menyamai kualiti konsol itu sendiri.

Megapixel kamera juga sudah menunjukkan perlumbaan yang semakin laju, dengan kamera telefon pintar Nokia sebagai penanda arasnya pada 41 Megapixel. Oppo dikatakan mampu menghasilkan kualiti gambar dengan penghasilan seakan 50 Megapixel, jadi kita akan lihat perkembangan ini sama ada pada masa akan datang apakah mereka benar-benar bakal menghasilkan kamera 50 Megapixel dan bukan pasca-pemprosesan semata.

Ruang storan juga adalah antara spesifikasi telefon pintar yang seringkali menjadi ‘anak tiri’ kepada semua spesifikasi. Dengan perlumbaan Megapixel kamera, maka semakin tinggi jumlah Megapixel, semakin besar saiz gambar. Tak lupa juga pada mereka yang gemar menyimpan video-video berdefinisi tinggi, ataupun audio-audio berkualiti. Benar, kita ada storan awan, namun kita perlu ingat tidak semua rakyat di Malaysia mempunyai data internet tanpa had seperti Streamix, Unifi, dan lain-lain lagi. Jadi ruang storan juga adalah satu ciri kritikal yang lebih perlu mendapat ‘nombor yang lebih besar’.

Kalaupun ada ‘nombor lebih besar’ yang saya rasakan patut dibangunkan, ialah kapasiti bateri, dek kerana pengeluar berlumba-lumba membangunkan telefon pintar yang sangat berkuasa namun terlupa untuk membangunkan ‘penjana’ kepada kuasanya. Apalah guna ada telefon pintar dengan kuasa Super Saiyan Son Goku tetapi tak sampai sehari rambut terpacaknya sudahpun layu.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline