Utama Blog Laman 190

Anda Tidaklah ‘Anonymous’ Seperti Yang Anda Sangka

0

‘Anonymity’ ialah suatu keadaan individu yang ‘tidak dikenal pasti’ atau ‘tidak dapat dikesan’ di internet. Orang-orang seperti ini digelar sebagai ‘Anonymous’.

Kebanyakan orang menyangka, dengan menggunakan tools ringkas seperti ‘SSH’ (tunneling), VPN/OpenVPN, proksi, ataupun TOR (juga salah satu proksi) mereka sudah pun menjadi ‘anonymous’.

Tetapi, benarkah begitu?

Satu Pecahan Informasi

Setiap satu servis anonymity yang anda gunakan pastinya mempunyai satu pecahan informasi khusus untuk membezakan setiap satu dari pengguna. Salah satu contoh mudah ialah alamat IP asal anda. Meskipun ia tidak dapat memberi keseluruhan identiti, namun ianya boleh berkait dengan informasi lain hingga akhirnya identiti pemilik boleh terdedah.

Tidak kiralah VPN, TOR, ataupun pembayaran menggunakan Bitcoin, anda tetap tidak anonymous. Apa yang boleh dicapai melalui tools seperti ini hanyalah menjaga hak privasi atau kerahsiaan anda dari orang lain di internet.

Servis Tanpa Log

Servis tanpa log adalah suatu kisah dongeng. Apabila menjalankan sebuah syarikat VPN yang besar, ianya adalah karut jika dikatakan mereka menjalankan servis tanpa satu log sekalipun. Tahu LulzSec? Tahu Hide My Ass? Ya, LulzSec menggunakan servis dari Hide My Ass untuk melakukan kerja-kerja penggodamannya. Apa yang terjadi? Hide My Ass ‘menyerahkan’ mereka kepada pihak berkuasa dan ada antara ahlinya yang dipenjara sehingga 15 tahun lamanya. Mana datangnya maklumat pengguna? Ya, logging.

Apa Kegunaan Log?

Seperti yang dikatakan servis VPN/Proksi tanpa log adalah mustahil untuk dilaksanakan. Secara minimal pasti ada, kerana maklumat yang sedikit inilah yang akan digunakan oleh penyedia servis untuk menawarkan kepada pengguna pelan-pelan yang berbeza, mengehadkan pengguna kepada beberapa sambungan peranti, melakukan penyelesaian masalah kepada sambungan rangkaian VPN, mencegah penyalahgunaan khidmat seperti spammer, DDoS dan lain-lain lagi. Jadi kalau tidak banyak, sedikit logging pasti ada, pasti diperlukan.

Kebanyakan Servis VPN Menyewa Pelayan

Ya benar, kebanyakan servis hanya menyewa pelayan dari sebuah syarikat besar lain, ibarat anda menyewa sebuah rumah ataupun menyewa tanah dari tuan tanah kedaung. Mereka tiada kawalan penuh kepada pelayan-pelayan tersebut. Bagaimana servis-servis ini boleh menjamin hak privasi anda dari dicerobohi oleh tuan tanah itu sendiri? Bagaimana mereka boleh menjamin ‘zero logging’ kalau ia bukan dipunyai oleh mereka sendiri? Tuan tanah kedaung itu boleh melakukan logging ke atas sambungan anda.

Jaga Privasi

Ya, untuk waktu ini apa yang boleh saya katakan matlamat menjadi ‘Anonymous’ secara 100% adalah hampir kepada mustahil (walaupun boleh tetapi amat-amat-amat sukar). Apa yang lebih penting sekarang ialah adalah lebih baik anda langgan mana-mana servis VPN hanya untuk menjaga privasi anda, melindungi sambungan rangkaian anda dari penceroboh luar, dan untuk melepasi sekatan-sekatan kepada laman-laman web. Tumpukan perhatian kepada perkara ini, barulah fikir bagaimana cara terbaik untuk anda menjadi ‘manusia tanpa nama’ di internet. Selamat belajar.

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu Cookies?

0

Apa itu cookies dan jenis-jenisnya:

Cookie ialah satu siri atau rentetan informasi/maklumat teks-sahaja yang dipindahkan oleh laman web melalui pelayar web ke cakera keras komputer anda supaya laman tersebut dapat ‘mengingati’ siapakah anda.

Setiap kali anda membuka laman-laman yang menggunakan cookie, ia akan memeriksa terlebih dahulu sama ada adakah terdapat cookie yang sudah sedia tersimpan pada komputer anda. Jika ada, ia akan menggunakan cookies tersebut untuk mendapatkan serba-sedikit maklumat mengenai diri anda.

Cookie kebiasaannya mengandungi nama dari domain ianya berasal, tempoh jangka hayat, dan juga satu nilai yang kebiasaannya nombor unik yang dijana secara rawak. Terdapat dua jenis cookie yang biasa digunakan iaitu ‘session cookies’, iaitu cookie sementara yang akan berada dalam pelayar web anda hingga anda meninggalkan laman tersebut. Satu lagi iaitu ‘persistent cookies’, yang akan berada dalam pelayar web anda untuk tempoh masa yang lebih lama.

Bilakah ‘session cookies’ dan ‘persistent cookies’ digunakan?

Mana-mana laman web tidak akan menyimpan informasi pengguna-penggunanya di dalam pengkala data kerana ianya hanya akan melambatkan prestasi serta melibatkan bajet yang besar.

Tanpa cookies laman-laman web tiada storan informasi mengenai anda. Tanpa cookies juga, setiap kali anda membuka sesebuah laman, ianya akan melayan anda seperti seorang pelawat yang baru.

Laman-laman web kebiasaannya akan menggunakan session cookies untuk memastikan anda di-cam setiap kali anda beralih dari satu halaman ke halaman yang lainnya. Contoh paling mudah sewaktu anda membeli tiket wayang melalui laman web GSC atau TGV. Tanpa cookies anda tidak dapat membelinya kerana laman web akan hilang pengecaman terhadap anda.

Persistent cookies pula akan membolehkan laman-laman web mengingati anda pada sesi atau lawatan seterusnya, mempercepatkan serta meningkatkan pengalaman anda bagi fungsi atau servis yang ditawarkan.

Contoh untuk cookies dari jenis ini ialah pemilihan bahasa pada sesebuah laman web, pilihan utama menu, plihan utama tema, dan tak lupa juga pengesahan diri.

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

qBittorrent Review : Sebuah Pemuat Turun Torrent Lengkap Tanpa Ciri-Ciri Yang Tidak Diperlukan

0
Dah banyak aplikasi/perisian pemuat turun Torrent yang telah saya cuba. Boleh dikatakan belum ada satu pun yang memuaskan hati. Terbaru, saya menggunakan Bitlord namun paparan antaramuka penggunanya tidak begitu memuaskan hati. Ia tampak terlalu ‘berserabut’ dan ‘penuh’.

Jadi pencarian terus dilakukan sekali lagi.

Sebelum ini saya suka dengan uTorrent kerana paparan antaramuka yang boleh dikatakan ‘bersih’ serta mudah digunakan (jika anda ‘buang’ iklan-iklannya). Kemudian saya sukakan Bitlord dek kerana cirinya yang ‘penuh’ terutamanya enjin carian terbina dalaman.

Tetapi kedua-duanya masih tidak dapat memenuhi kepuasan hati saya hinggalah saya mencuba qBittorrent.

Apa yang menarik?

Paparan antaramuka pengguna qBittorrent adalah yang paling ‘bersih’ antara semua klien yang pernah saya cuba. Tiada iklan, tiada sebarang promosi yang menyakitkan mata.

Ia juga mempunyai enjin carian terbina dalaman, sama seperti Bitlord, cuma anda perlu ‘pasang’ ia sendiri sebelum dapat digunakan. Bagaimana caranya? Tuuu, nampak tak perkataan ‘You can get new search engine plugins here”. Ok, cari melalui pautan tersebut, dan masukkan pautan enjin carian pilihan anda melalui butang “Install a new one”. Siap.

Berikut adalah contoh hasil carian:

Kalau anda pemuat turun Torrent yang tegar, cubalah qBittorrent. Anda tidak akan menyesal. Paparan antaramuka penggunanya seperti Internet Download Manager. Ia adalah paparan yang ‘familiar’, dan tidak terlalu ‘berserabut’. Paparan yang ‘bersih’ dan senang dilihat boleh membuatkan anda terpaut dengan segera.

Muat turun qBittorrent di sini : qBittorrent Download

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

KenaHack Demonstrasi Kaedah Menggodam Laman Innity [Tapi Mereka Tak Buat]

0
Saya telah dihubungi oleh blogger KenaHack.net atas sebab mereka ingin mempromosikan artikel terbaru mereka. Ternyata artikel tersebut telah ditulis dengan penuh kesungguhan dan komitmen jitu.Kita sedia maklum KenaHack adalah laman yang sentiasa mengemaskini berita-berita terbaru mengenai laman-laman yang telah digodam. Tak kiralah siapa penggodamnya sama ada dari dalam atau luar negara, KenaHack komited dan istiqomah (fuhhh ayat! Hehe..) dalam menyampaikan berita.

Terbaru, mereka menulis akan kaedah bagaimana seseorang (bahkan newbie) juga boleh menggodam laman Innity, iaitu sebuah laman web pengiklanan untuk blogger-blogger. Saya belum pernah memohon iklan Innity sebab bagi saya mereka ini agak keterlaluan dalam menentukan kelayakan sesebuah blog (KenaHack pun setuju kan?).

Tetapi kepada Admin-Admin Innity, anda tak perlu bimbang. Mereka tidak menggodam laman web anda, meskipun pada hari ini apabila saya cuba membuka laman anda yang ada hanyalah ‘kekosongan’ sahaja. Hehehe.. tak tahu ya, saya tiada kena mengena.

Apapun buat anda yang berminat, bolehlah lawati laman KenaHack untuk melihat sendiri bagaimana kaedahnya mereka menggodam (demonstrasi) laman Innity:

Pergi ke sini guys -> https://www.innity.com kenahack dengan bugs SQLi

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Akhirnya Terbongkar Agenda ‘Pemilik’ Baru Laman YTS: Kempen Boikot YTS.ag!

0
Hei, siapa yang tak suka tonton filem? Siapa yang benci dengan ‘pirate movies’? Siapa? Oh ya, dah tentulah mereka-mereka yang buat keuntungan darinya. Sabar, baca dengan tenang dahulu paparan e-mel di bawah ini:

Kita semua sedia maklum pemilik asal laman Yify a.k.a YTS.to telahpun diberi amaran supaya tidak lagi meneruskan kegiatan mereka memuat naik filem-filem terbaru ataupun filem lama. Namun baru-baru ini kita sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran semula laman YTS melalui domain baru iaitu YTS.ag, sebuah laman yang mengambil sepenuhnya template laman YTS.to.

Ramai yang tidak menyedari akan hakikat ini, dan ramai yang berbuat seolah tiada apa yang berlaku dan memuat turun kandungan-kandungan di laman YTS.ag seperti biasa. Tetapi saya tidak tegar melihat perkara ini berlaku, maka saya telah cuba memuat turun juga kandungan di laman tersebut tetapi ‘bersembunyi’ di sebalik VyprVPN.

Akhirnya agenda pemilik laman YTS.ag telahpun diketahui. Seperti yang anda telah baca pada paparan skrin e-mel yang saya terima, itu ialah lampiran dari e-mel penggantungan akaun VyprVPN Premier yang saya sedang gunakan. Lihat pada paparan skrin di bawah:

Tak guna betul.. -_-

Nasib baik akaun VyprVPN saya masih boleh dikembalikan semula ke status asal dengan syarat saya menyetujui perjanjian bahawa saya tidak akan muat turun lagi kandungan-kandungan yang mempunyai hak cipta. Lalu saya kembali teringat akan perkara ini, iaitu sepanjang saya menggunakan VyprVPN, saya tidak pernah memuat turun kandungan berupa filem-filem melainkan dari YTS.ag!

Sahlah bahawa mereka yang sedang menguruskan laman baru YTS tersebut menggunakan muslihat ini supaya dapat memburu, menangkap, bahkan menyaman anda, anda, atau anda yang suka memuat turun filem-filem dari laman mereka. Berkemungkinan ‘orang besar’ yang menaja kumpulan tersebut adalah dari industri perfileman juga, tidak mustahil.

Jangan lupa kumpulan yang bertanggungjawab menguruskan laman baru YTS tersebut adalah dari kumpulan yang telah menggodam laman EZTV sehingga menyebabkan laman tersebut ditutup. Mohon anda semua berhati-hati sebelum memuat turun sesuatu dari sesebuah laman! Siasat dahulu!

Mohon juga penulis/Admin TorrentFreak sebarkan perkara ini. Terima kasih. Tak faham bahasa Melayu, guna Google Translate. Keh keh keh.

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Popcorn Time Kembali, Bakal Memeriahkan Dunia Torrent Anda Seperti Dulu

1
Benar, tidak ada perkara yang kekal selamanya. Kalau servis dari syarikat yang sah di sisi undang-undang pun boleh terlungkup dan ‘bungkus’, apatah lagi servis yang tidak. Begitu jualah dengan Popcorn Time. Bulan lepas boleh dikatakan aplikasi ini tidak lagi dapat memberikan khidmatnya kepada pengguna dek kerana para pembangun telah pun ‘ditemui’ oleh pihak berkuasa.

Namun jika kita belajar dari sejarah, mana-mana aplikasi yang berkait dengan Torrent sekiranya telah hampir ‘bungkus’, ia pasti akan bangun semula. Cantaslah satu kepala, maka dua kepala lagi akan tumbuh bak cendawan mekar selepas hujan.

Tidak semua orang dapat menerima sesuatu yang hilang secara tiba-tiba, samalah juga halnya dengan pengguna-pengguna Popcorn Time yang tegar. Beberapa orang dari mereka telah berusaha untuk membangunkan semula aplikasi ini dan ianya telah menemui kejayaan.

Versi terbaru ini telah menggunakan API yang baru untuk mendapatkan semula senarai filem-filem terkini yang boleh terus distrim pada komputer masing-masing. Anda boleh lihat pada paparan skrin di bawah. Filem-filem yang biasa dapat distrim sebelum ini kini dipaparkan kembali.
Ini pula adalah paparan skrin di mana saya sendiri mencuba untuk menonton filem Minions. Memang cool! Kini tak perlu bimbang lagi tentang status terkini Popcorn Time. Ianya telah membuat ‘come back’ yang berjaya dan segala usaha pembangun serta pengguna yang mahukan kepuasan menonton filem-filem terkini melalui aplikasi penstriman telah pun tercapai.

Anda juga mahu aplikasi ini? Boleh, anda cuma perlu cari sahaja versi yang sesuai dengan sistem operasi anda melalui pautan di bawah:

Klik -> Working version of Popcorn Time

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tawaran Istimewa VyprVPN : Dapatkan Akaun Versi Percuma Dan Diskaun Tahunan

0
Beberapa hari lepas saya telah memberikan tawaran istimewa kepada para pembaca OMG! Hackers? dengan pautan untuk mendapatkan akaun percubaan VyprVPN selama 3 hari (pautan biasa hanya sehari).

Kali ini “Tora datang lagi” dengan tawaran yang lebih menarik iaitu anda boleh dapatkan di sini, akaun VyprVPN versi PERCUMA. Ya, PERCUMA yang mana ianya tidak ditawarkan pada laman rasmi. Ianya hanya ada pada laman yang menyertai program tawaran istimewa VyprVPN dari syarikat Golden Frog.

Akaun percuma ini memang terhad, iaitu untuk bulan pertama anda akan diberi 1GB penggunaan data, dan 500MB sahaja untuk bulan-bulan seterusnya. Namun apa yang menarik anda tetap dapat menggunakan mode Chameleon™ yang hanya ada pada VyprVPN, dan juga NAT Firewall.

Selain itu anda juga akan diberikan diskaun sebanyak 25% untuk mana-mana plan tahunan. Tak usah tunggu dan cakap banyak lagi. Klik pada pautan di sebelah ini untuk mendapatkannya : Golden Frog VyprVPN Special Offer

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Google Merendahkan Harga Minima Pembelian Aplikasi di Google Play Store dan In-App-Purchase

0
Dari dahulu lagi saya telah suarakan perkara ini, iaitu terasa seakan tidak adil bagi penduduk kawasan selain US yang mampu membeli aplikasi di Google Play Store berharga serendah USD1 manakala bagi pengguna di Malaysia kita terpaksa berdepan dengan kadar pertukaran mata wang yang tinggi.Kini Google telah pun merendahkan harga minima untuk pembelian aplikasi-aplikasi di Google Play Store dan ini juga melibatkan pembelian melalui In-App-Purchase (IAP).

Para pembangun aplikasi sudah mempunyai pilihan (diulangi, pilihan) untuk merendahkan harga aplikasi mereka, melibatkan 17 negara iaitu :

  • Brazil: R$ 0.99 (sebelum R$2.00)
  • Chile: CLP $200.00 (sebelum CLP $500.00)
  • Colombia: COP$ 800.00 (sebelum COP$ 2000.00)
  • Hungary: Ft 125.00 (sebelum Ft 225.00)
  • Indonesia: Rp 3,000.00 (sebelum Rp 12,000.00)
  • Malaysia: RM 1.00 (sebelum RM 3.50)
  • Mexico: MXN$ 5.00 (sebelum MXN$ 9.90)
  • Peru: S/. 0.99 (sebelum S/. 3.00)
  • Philippines: ₱15.00 (sebelum ₱43.00)
  • Poland: zł1.79 (sebelum zł2.99)
  • Russia: руб 15.00 (sebelum руб 30.00)
  • Saudi Arabia:﷼ 0.99 (sebelum 4.00﷼)
  • South Africa: R3.99 (sebelum R10.00)
  • Thailand: ฿10.00 (sebelum ฿32.00)
  • Turkey: ₺0.59 (sebelum ₺2.00)
  • Ukraine: ₴5.00 (sebelum ₴8.00)
  • Vietnam: ₫6,000 (sebelum ₫21,000.00)

 

Hah, lepas ni kalau dah mula ada aplikasi dengan harga singgit tu, jangan lah mengada pula cari yang ‘lanun’ ya? Sokong pembangun aplikasi dengan membeli aplikasi mereka.

Kalau kita tidak suka hak kita diambil orang, jangan pula kita yang melakukannya. Ok?

Jom shopping aplikasi.

Sumber : Android Developers Blog

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Facebook Bakal Membenarkan Google Melakukan Indeks Carian Pada Aplikasinya

0
Meskipun Google boleh dikatakan bersaing dengan Facebook, khabarnya kini mereka sudahpun membuat satu hubungan atau kerjasama. Ia dikatakan untuk sentiasa memastikan Google kekal relevan kepada pengguna.Persetujuan antara keduanya bermaksud apabila pengguna melakukan carian melalui aplikasi telefon bimbit pintar, hasil carian tersebut akan memaparkan beberapa kandungan dari aplikasi Facebook termasuklah informasi profail awam.

Senarai tersebut akan terpapar sebagai ‘deep links‘, yang akan membawa pengguna kepada bahagian Facebook yang relevan. Google juga bakal mendapatkan akses kepada kandungan seperti senarai bisnes seperti Groups (Kumpulan), Pages (Halaman), dan Events (Acara).

Walabagaimanapun Google masih lagi tidak dapat memaparkan kandungan yang dikongsikan melalui akaun tertutup atau sesi Facebook peribadi, dan untuk itu pengguna masih perlu mencari melalui enjin carian terbina dalaman aplikasi Facebook itu sendiri.

Apapun, sebagai pengguna akhir, tentunya kerjasama ini akan memberikan sedikit sebanyak manfaat. Sekurang-kurangnya mana-mana halaman yang tampil sebagai penting (dari organisasi tertentu contohnya) akan dapat dipaparkan (akhirnya) pada laman Google.

Sumber : WSJ

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

YTS.ag Ialah Laman Palsu YTS

0

Selepas ketiadaan laman Yify/YTS akibat dari beberapa amaran keras dari pihak berkuasa, telahpun muncul beberapa laman palsu yang ‘mengakui’ mereka adalah laman Yify/YTS yang terbaru. YTS.ag adalah salah satu yang paling ‘menyinar’ antara kesemuanya.

Walaubagaimanapun, laman tersebut yang mana berhubung/berkaitan/terlibat dengan kumpulan yang pernah melakukan pencerobohan terhadap laman EZTV hingga menyebabkan ia ditutup cuba untuk meyakinkan peminat-peminat tegar Yify bahawa ia adalah laman YTS yang sebenar.

Mereka telah menyalahgunakan nama salah seorang dari ahli YTS dalam cubaan meyakinkan orang ramai bahawa YTS telahpun kembali. Lihat pada paparan skrin berikut:

Ahli kumpulan YTS.ag juga telah cuba untuk bekerjasama dengan beberapa laman Torrent yang terkenal, meminta mereka memberikan kebenaran untuk memuat naik rilisan video-video mereka ke laman tersebut.

Ahli kumpulan YTS.ag telah mengeluarkan kenyataan melalui e-mel bahawa mereka bukan dari ahli asal YTS, namun mereka ingin menyambung legasi yang telah ditinggalkan.

Antara laman yang telah dihubungi (yang diketahui setakat ini) ialah RARBG, ExtraTorrent, dan KickassTorrents.

Namun menurut TorrentFreak, boleh dikatakan kesemua laman yang dihubungi telah menolak permintaan YTS.ag secara mentah-mentah dengan alasan ianya adalah perbuatan tidak bermoral.

Buat waktu ini beribu-ribu pengguna telah memuat turun rilisan YTS.ag bagaikan tiada apa perkara buruk yang telah berlaku kepada ahli kumpulan lama. Namun untuk sementara waktu ini saya sarankan kita tunggu dan lihat dahulu. Bimbang ianya adalah suatu jenayah terancang, meskipun setakat percubaan saya sendiri melihat tiada apa yang luar dari kebiasaan pun pada fail yang telah dimuat turun.

Dalam folder tetap ada fail video, dan juga fail gambar ‘trademark’ kumpulan YTS.

Sumber : TorrentFreak

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline