Utama Blog Laman 188

Lindungi Mata Anda Pada Malam Hari Dengan f.lux

0
Kebiasaannya, fungsi auto brightness pada telefon bimbit pintar masing-masing sudah dilengkapi dengan sensor pengesan cahaya yang akan menyelaraskan keterangan skrin. Dengan adanya fungsi ini, sedikit sebanyak membantu mata kita ketika melihat skrin pada waktu malam atau di dalam bilik yang gelap. Cuma masih ada satu kekurangannya iaitu cahayanya masih dapat menyakitkan mata.Samalah juga konsepnya dengan skrin pada PC/Laptop anda. Keterangan yang paling minima sekalipun masih mampu membuatkan mata anda sakit seterusnya menyebabkan gangguan pada retina mata.

Jadi apa penyelesaiannya?

Gunakanlah f.lux.

(Untuk telefon bimbit juga ada aplikasi khas, itu nanti saya kongsikan kemudian).

Apa Itu f.lux?

f.lux ialah applet desktop untuk Windows, Linux, Mac, iPhone, iPad dan iPod touch yang akan mengehadkan sinaran pada skrin anda, dan menggantikan ia dengan tona warna yang ‘hangat’, yang lebih ‘mesra’ kepada mata anda. Anda boleh cuba bezakannya melalui paparan skrin di bawah:

f.lux off

 

f.lux on

Hmmm.. Maaf, tak tahulah kenapa tak dapat ambil screenshot untuk keadaan ketika f.lux sedang berfungsi. Nampak sama pula. Anda pura-pura nampak je lah ye.. -_-

Apa yang menarik ialah f.lux melakukan segalanya untuk anda secara automatik. Ia akan mula meredupkan skrin anda pada waktu malam, dan menerangkan ia kembali pada siang hari. Terdapat tetapan-tetapan ringkas yang boleh anda ubah dan terokai sendiri:

Untuk Ubuntu, sila gunakan baris perintah di bawah bagi memasang f.lux:

sudo add-apt-repository ppa:kilian/f.lux

sudo apt-get update

sudo apt-get install fluxgui

Bagi Windows, Mac, dan lain-lain, anda bolehlah memuat turun f.lux di sini : f.lux: software to make your life better

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kali Linux Cookbook Berharga $24 Kini Percuma Untuk Tempoh Sementara Waktu

0
Bagi yang dah biasa dengan Backtrack, Pastinya kini sudah beralih kepada Kali Linux, iaitu sebuah sistem operasi yang dicipta khusus untuk melakukan ujian-ujian penembusan/sekuriti.

Bagi yang berminat, kini anda boleh memuat turun sebuah e-book yang bernilai USD24 dengan percuma, ihsan dari Packt Publishing.

Dalam e-book ini anda akan diajar cara-cara untuk:

1. Memasang Kali Linux pada pelbagai platform
2. Mengubahsuai Kali Linux mengikut kepada citarasa anda.
3. Mengesan kerentenan dengan menggunakan Nessus dan OpenVAS.
4. Mengeksploitasi kerentenan yang anda temui dengan menggunakan Metasploit.
5. Mempelajari kaedah meningkatkan apa yang dapat anda lakukan pada peranti yang telah anda tembusi.
6. Kaedah menggunakan Kali Linux dalam semua fasa ujian penembusan.
7. Memecahkan enkripsi WEP/WPA/WPA2.
8. Melakukan simulasi ujian penembusan yang sebenar menggunakan Kali Linux.
9. Menjadi hejes.
10. Hejes yang kacak. (Untung laaa).

Baiklah. Anda boleh muat turun ia melaui pautan berikut:

 Muat Turun
Sumber : NoobsLab

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Flashmob Silat 2016 @ KL Sogo!

0
Salam semua.Sorry lah, saya tak tahu nak update di mana. Blog peribadi tu rasa macam tak menarik pula URL-nya. Hehe.. jadi saya ‘bungkuskan’ artikel ini di sini. Saja nak tulis santai-santai sementelah esok hari mula bekerja semula, aduhai beratnya mata. Hahah.

Saya sebenarnya dari Melaka pagi tadi, terus menuju ke Kuala Lumpur untuk sebuah event yang telah diadakan sebagai sebuah medium promosi bagi rancangan realiti televisyen iaitu Akademi Silat Pendekar Muda.

Event tersebut ialah Flashmob Silat yang telah dipimpin dan dikendalikan oleh Guru Ruzaidi Abdul Rahman dan juga Jazwan Kahar. Untuk pengetahuan anda, Akademi Silat Pendekar Muda ini akan mula ditayangkan di TV AlHijrah pada awal bulan Mac dan proses uji bakat sudahpun mula dijalankan.

Anda boleh mengikuti perkembangan Akademi Silat Pendekar Muda melalui page Facebook mereka di sini : Akademi Silat Pendekar Muda

Baiklah, jangan lengahkan masa lagi. Sila tonton rakaman Flashmob yang telah saya buat pada paparan di bawah. Maaf, rakaman memang agak ‘shaky’ dek kerana rakam menggunakan tangan sahaja tanpa tripod, tambahan pula hanya merakam dengan telefon pintar saya (tanpa OIS, isk.. iskkk..). Paling penting saya ingin mohon maaf kepada seorang abang yang saya telah tersiku dahi beliau sewaktu membuat rakaman ini. Huhu.. harapnya dahi beliau sembuh dengan cepat. -_-

Pautan Terus ke Video

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Netflix Akan Menyekat Proksi dan VPN

0
Netflix kini sudah pun menawarkan servis mereka kepada 190 buah negara termasuk Malaysia. Namun, kandungan katalog drama dan filem bagi setiap negara adalah tidak sama. Ini adalah kerana faktor perlesenan di setiap negara tersebut.

Kebanyakan pengguna Netflix akan menggunakan proksi atau VPN untuk tujuan mendapatkan kandungan yang tiada dalam katalog bagi negara masing-masing. Sebagai contoh, Malaysia tidak dapat menonton filem The Raid dan The Raid 2, manakala negara lain mungkin ada. Jadi dengan menggunakan proksi/VPN, pengguna akan dapat menonton filem tersebut tanpa perlu berpindah-randah ke negara orang. Heheh..

Namun, menurut David Fullagar, Naib Presiden Content Delivery Architecture di Netflix, mereka akan mengimplementasikan sebuah sistem yang akan menyekat pada pengguna ini dari mendapat akses kepada kandungan yang mereka tidak sepatutnya dapat. Mereka tetap akan dapat menggunakan proksi/VPN, cuma kandungan bagi akaun Netflix akan kekal mengikut negara masing-masing.

Selamat tinggal akaun Netflix-ku. Belum sempat nak cecah sebulan dah nak batalkan. 🙁

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

OpenShot 2.0 Beta Akhirnya Dilepaskan!

0
Setelah 3 tahun pembangunan dijalankan, akhirnya OpenShot versi 2.0 Beta dilepaskan!Buat sementara waktu ini, pemasang hanya akan diberikan kepada mereka yang mempunyai akses awal (beta tester) manakala untuk pengguna biasa pula boleh mencuba melalui kod sumber.

Terdapat begitu banyak penambahbaikan terutaman dari segi paparan antaramuka pengguna dan juga fungsi-fungsi. Salah satu darinya ialah Context Menu:

 

Context Menu yang terdiri dari Copy/Paste, Volume (fade in/out), Time, Fade (fast/slow), Animate, Layout, Rotate dan Slice. Selain itu, terdapat satu fungsi baru yang menarik iaitu Split Clip:
Tetingkap tersebut akan membenarkan anda untuk mengambil satu video dan kemudian memisahkan bahagian-bahagian yang menarik untuk anda gunakan dalam klip video anda. Seterusnya ada fungsi ‘Add to Timeline’:
Kalau anda ingin memasukkan apa-apa media dan menambah kesan visual ke atasnya, kini lebih mudah dengan fungsi ini. Ia boleh dimasukkan di mana-mana posisi video, siap dengan efek transisi.
Banyak lagi perubahan (changelog) yang anda boleh baca dari sumber di sini : OpenShot 2.0 – Beta Released!
Apapun saya amat gembira dengan rilisan kali ini. Saya dah tunggu punya lah lama, boleh kata kerap buka blog OpenShot untuk tahu perkembangan terkini versi 2.0 ini namun hampa kerana pembangun mengambil pendekatan untuk ‘senyap’ berbanding ‘menyapa hello’ kepada para peminat perisian ini.
Namun dengan keluarnya artikel ini, saya berharap semoga kita akan dapat menggunakan versi 20 dapat masa yang terdekat!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Netflix and… Thrill : Jom Cuba Netflix!

0
Siapa di sini yang kerap memuat turun filem (ehem, illegally, of course) tetapi kerap juga bila dah muat turun terasa tiada ‘hati’ untuk tonton? Rasa macam hobi muat turun itu menyeronokkan, tetapi apabila tiba pada saat untuk menontonnya, kita rasa seolah “Mehhh, ni movie apa la yang aku download ni. Macam tak best je”, dan begitulah seterusnya, dan seterusnya, banyak filem yang tidak ditonton hingga menyebabkan storan cakera keras penuh dengannya.

Begitulah yang terjadi pada diri saya sendiri. Nak dipadam, sayang pula. Tak dipadam, aih, nak kena beli cakera keras luaran baru. Kalau tidak, tiada lagi storan ekstra untuk apa-apa perisian atau kandungan lain yang akan saya muat turun.

Jadi apabila Netflix mula memasuki Malaysia, saya tidak teragak-agak untuk mencuba. Ya lah, diberi tempoh masa sebulan untuk mencubanya. Kalau tak suka, 3 hari sebelum tamat tempoh percubaan anda akan di-emel peringatan sama ada hendak teruskan (bayar) atau tamatkan. Bukankah itu amat menyelesakan?

Jadi, salah satu cara terbaik untuk menangani masalah kekurangan ruang storan akibat dipenuhi dengan filem-filem yang tidak ditonton ialah dengan melanggan servis penstriman filem/drama, dan Netflix adalah jawapan terbaik. Pada mulanya, saya kurang yakin, apakah kandungan Netflix akan berjaya memuaskan hati saya. Tetapi, setelah mencubanya selama beberapa hari, ternyata ia tidak mengecewakan. Paling best, semua kandungan boleh distrim dengan kualiti definisi tinggi (HD). Puas hati!

Berikut adalah sedikit tips dari saya:

1. Jika anda berminat untuk mencuba akaun Netflix selama sebulan, sila aktifkan terlebih dahulu ‘internet purchase’. Senang cerita buat panggilan ke bank anda, dan katakan kepada mereka anda ingin melanggan Netflix. Tahulah mereka uruskan.

2. Saya sarankan kalau anda ada akaun CIMB, buat kad/akaun KWIK. Ia lebih mudah diterima oleh Netflix dan tidak perlu lagi diaktifkan.

3. Jangan sekali-kali mendaftar menggunakan Google Chrome, kerana ketika artikel ini ditulis, pihak (staf) Netflix ada memberitahu saya bahawa sistem pembayaran Netflix mempunyai masalah dengan pelayar web tersebut. Saya mendaftar menggunakan pelayar web Microsoft Edge, tiada masalah!

4. Anda mahu ‘unlock’ kandungan ‘universal’? Sila gunakan alamat IP USA. Gunakan VPN untuk tujuan ini. Anda akan dapat lihat katalog anda berubah menjadi sangat banyak sekali. (Terima kasih kepada rakan saya Taufiq Aizuddin untuk tips ini)

5. Untuk mendapat kandungan berdefinisi tinggi, pilih pelan kedua (RM42). Kemudian tukar tetapan ‘playback’ dari ‘Auto’ kepada ‘High’.

Sekian dahulu buat masa ini. Saya nak tonton Ong Bak 3 ni. Tata!

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Review Produk : SonicGear Pandora Neo 500 Cream

0
Kalau semalam, puas sudah saya menguji SonicGear Pandora Neo 200 (Cool), hari ni saya bertukar ‘selera’ kepada SonicGear Pandora Neo 500 (Cream) pula. Maka semua playlist kembali disiapkan seperti semalam, dan telinga awal-awal lagi dah diservis supaya pendengaran lebih jelas, al-maklum sahajalah semalam ter-pekak sebelah. -_-

Dengan pantas saya unbox set pembesar suara yang super duper cool ini. Nampak macam biasa-biasa, tapi apabila sudah mencuba, rasa tak mahu cari yang lain pula.

Apa yang ada dalam kotak ni?

– 1 unit pembesar suara mudah alih SonicGear Pandora Neo 500
– 1 alat kawalan jauh
– 1 kabel pengecas USB
– 1 kabel audio 3.5mm
– 1 manual pengguna


Apakah spesifikasi pembesar suara mudah alih SonicGear Pandora Neo 500?

– Pembesar suara mudah alih stereo
– Bluetooth CSR 4.0
– Microphone terbina dalaman dengan ciri menjawab panggilan
– 5 ciri main semula muzik iaitu Bluetooth, Aux-in, FM Radio, SD Card dan Pemacu USB
– Radio FM terbina dalaman
– Paparan digital LED
– Rekabentuk butang yang mesra pengguna
– 6 jenis equalizer mod akustik
– 1800 mAh bateri lithium ion terbina dalaman
– Main semula muzik hingga 6 jam
– Tempoh berbual hingga 5 jam
– Kemasan kulit



Review saya:

Di hadapan, terdapat satu skrin LED yang memaparkan setiap mode pilihan, tombol penukar kelantangan audio, beberapa butang yang terdiri dari Play/Pause, Fast Backward, Fast Forward, dan Input.

Di belakangnya pula terdapat butang On/Off, ruang untuk kabel kuasa, ruang untuk kabel audio, ruang khas untuk SD Card dan juga pemacu USB. Pembesar suara ini boleh juga disambung kepada peranti anda melalui Bluetooth.

Pada saya tiadalah lain yang paling penting selain kejelasan (clarity) untuk setiap instrumen, hentakan padu pada setiap beats, ketepatan bunyi mengikut kualiti audio asal, dan juga kualiti maksimum pada tahap audio paling lantang.

Saya pasangkan album penuh Cromok – Forever In Time. Wow, dari mula lagu bergema, pengalaman mendengar melalui pembesar suara SonicGear Pandora Neo 500 ini saling tak tumpah apabila mendengar melalui headphone JBL (nama model dah lupa, hehe..). Setiap instrumen kedengaran begitu jelas sekali, seakan terpisah tanpa tindih-menindih. Tak lupa juga suara uncle Sam yang sangat ‘raw’, tidak terganggu dengan instrumen muzik, dan apabila double paddle uncle Miji mula dihentak, terasa gegarannya sampai ke hujung telinga.

Kemudian saya dengarkan pula lagu Cromok – Journey. Aduh, jatuh cinta terus dengannya. Pembesar suara ini berjaya ‘mengeluarkan’ bunyi bass yang selalunya tidak kedengaran melalui headphone atau in-ear headphone yang biasa saya gunakan. Tak tahulah kalau-kalau ada kena-mengena dengan DFX Audio Enhancer.

Tak lupa juga lagu Cromok – Misty, kdengaran jelas entah apa instrumennya saya pun tidak pasti. Agak teruja juga dibuatnya. Apabila tiba bahagian korus, maka satu demi satu instrumen memunculkan diri dari gitar, rhythm, bass, drum, dan juga vokal uncle Sam yang menyusul selepas habis solo gitar.

Kemudian saya sambung pula dengan playlist The Best of Stone Sour, playlist yang saya susun sendiri. Barulah saya tahu ada vokal harmoni di belakang vokal utama Corey Taylor (suara dia juga) yang selalunya tidak beberapa jelas apabila didengari melalui headphone. Ok, satu penemuan yang ‘baik’. Jadi selepas ini kalau saya dengar melalui headphone, saya akan cuba ‘cari’ pula vokal harmoni itu kalau-kalau dapat dengar.

Begitu juga dengan beberapa playlist lain seperti The Best of Slipknot, From the Twisted Mind of Arya Putra, Metal Militant, dan lain-lain lagi. Lagu-lagu ‘biasa’ pun ada juga seperti Everlasting Love Songs dan juga Feveret Mr. Hac!. Semua playlist ini saya susun untuk didengari pada hari-hari bekerja yang stress. Heheh..

Tak salah kalau saya katakan ini ialah sebuah pembesar suara mudah alih paling baik untuk bajet kecil. Kemasan kulit padanya membuatkan ia terasa begitu ‘premium dan mewah’. Kualiti pemacu yang terdapat di dalamnya beserta Subwoofer melengkapkan lagi ciri 5 bintang yang biasanya hanya terdapat pada pembesar suara berharga lebih dari RM500.

Apa yang pasti, SonicGear Pandora Neo 500 ini tidak langsung mengecewakan. Meskipun datang dalam pakej yang ringkas, namun ianya padat dengan ciri-ciri yang memuaskan hati seorang Audiophile yang pastinya. Kalau pasang lagu dalam rumah tingkat 15, orang di tingkat paling bawah masih boleh mendengarnya. Boleh bayang tak betapa hebatnya kuasa pemacu pembesar suara mudah alih ini?

Kesimpulan

SonicGear Pandora Neo 500 boleh didapati di pasaran dengan harga RM199. Harga ini amatlah berpatutan, sepadan dengan kuasa yang diberikan. Ianya berpakej lengkap, dari kualiti pemacu, hinggalah kepada aksesori tambahan seperti alat kawalan jauh, dan mode-mode seperti penggera (alarm) yang sememangnya berguna kepada kehidupan kita setiap hari.

Saya amat berbesar hati diberi peluang menguji cuba pembesar suara ini oleh syarikat Leapfroglobal, dan terima kasih sekali lagi buat Samuel Fo yang telah berusaha menjayakan ia.

Pada masa yang akan datang saya akan mencuba pula headphone SonicGear. Pada penggemar audio di luar sana, nantikan review seterusnya!

 

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Review Produk : SonicGear Pandora Neo 200 Cool

0
Hari ini ketika pekerja GDEX sampai di depan pintu rumah saya, saya jadi terpempan sebentar. Langsung tidak ingat yang saya pernah menempah apa-apa barang kerana apa yang ada dalam ingatan saya, memang saya tidak ada melakukan apa-apa transaksi untuk sebarang pembelian di internet.
Jadi apabila nama saya disebut dengan betul, saya terus ambil barang yang dihantar tanpa ragu-ragu walaupun dalam kepala masih cuba mengingati kalau-kalau ada apa-apa yang saya terlupa. Apabila dibuka sahaja bungkusan, tahulah saya bahawa ianya adalah ‘review unit’ dari syarikat Leapfroglobal, iaitu dua unit pembesar suara mudah alih dari siri Pandora Neo.

Untuk artikel ini saya akan mereviu satu dahulu unit iaitu SonicGear Pandora Neo 200 Cool. Hmmm.. boleh tahan panjang nama dia. Tetapi apakah kualitinya sehebat namanya?

Untuk pengetahuan anda, bagi tujuan ujian ini saya menggunakan aplikasi/perisian jetAudio 8.1.4 Plus beserta DFX Audio Enhancer, tak lupa juga Spotify untuk senarai lagu-lagu kegemaran saya. Saya memang telah ‘setting baik punya’ untuk pengujian yang akan saya selesaikan.

Bukan apa, kalau setakat mendengar, semua orang boleh mendengar (kecuali OKU). Tetapi pendengaran audiophile adalah sangat teliti dan ‘cerewet’, semuanya perlu disiapkan mengikut kepada justifikasi yang telah ‘ditetapkan oleh telinga’.

Spesifikasi SonicGear Pandora Neo 200 Cool :

– Pembesar suara mudah alih stereo (really bro? stereo? Wew.. Cool..)
– Bluetooth CSR 4.0
– Microphone terbina dalaman dengan ciri menjawab panggilan
– 3 ciri main semula muzik iaitu Bluetooth, Aux-in dan SD Card
– Radio FM terbina dalaman
– Paparan digital LED
– Rekabentuk butang yang mesra pengguna
– 6 jenis equalizer mod akustik
– 1800 mAh bateri lithium ion terbina dalaman

Apa yang terkandung dalam kotak?

– 1 unit pembesar suara mudah alih SonicGear Pandora Neo 200
– 2 pemegang ekstra
– 1 alat kawalan jauh
– 1 kabel pengecas USB
– 1 kabel audio 3.5mm
– 1 manual pengguna

Bagaimanakah kualiti bunyinya?

Pertama sekali saya belum mahu sebutkan kualiti bunyi. Saya hendak sentuh sedikit tentang rekabentuk pembesar suara ini. Seperti yang anda dapat lihat, SonicGear memang pandai memanipulasi bab warna dan juga rekabentuk comel yang memikat hati. Saya yang lelaki ni pun rasa nak peluk-peluk pembesar suara ini. Hehe..

Saiznya? Kecil sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan pembesar suara SonicGear saya yang lama ni, ianya cuma besar sedikit sahaja darinya.

Di atasnya terdapat beberapa butang dan satu tombol kecil boleh laras untuk menguat atau mengurangkan kadar kelantangan bunyi. Butang-butang itu terdiri dari EQ, Mode, Play, Fast Forward dan juga Fast Backward. Manakala di belakangnya pula terdapat butang On/Off, slot SD Card, ruang USB untuk pengecasan kuasa dan juga ruang untuk kabel audio 3.5.

Di depannya kita dapat lihat dengan jelas skrin LED yang memaparkan mode pilihan, serta lubang-lubang kecil bagi pemacu pembesar suara mengeluarkan bunyinya.

Saya telah menguji cuba pembesar suara comel ini dengan senarai beberapa lagu yang saya kira sebagai lengkap dari genre Techno, Metal, Jazz, Rock, Dangdut, Hip-Hop dan juga Instrumental.

Untuk lagu-lagu yang memerlukan bunyi treble lebih dari biasa contohnya Metal, ia telah berjaya menghasilkan audio ‘terasing’ yang mana setiap instrumen gitar utama dan rhythm boleh didengari dengan sangat baik. Tak lupa juga bunyi vokal kedengaran tidak tenggelam di sebalik intrumen-instrumen lain. Ianya ‘keluar’ dengan jelas sekali.

Bagi muzik-muzik yang lebih banyak bunyi drum/digital drum atau senang cerita muzik seperti Techno dan Hip-Hop, tak salah kalau saya katakan pemacu ini berfungsi dengan cemerlang, meskipun masih perlu memasang suara pada tahap yang ‘selamat’, iaitu tidak terlalu kuat. Kalau dipasang kuat sekalipun audio dihasilkan tidaklah ‘memecahkan’ pemacu, cuma kuasa hentakan drum tidak begitu ketara. Mungkin ada tetapan lain yang perlu saya lakukan untuk menonjolkan ia. Mungkin hasil akhir tidaklah seperti pembesar suara beserta sub-woofer, ada kuasa hentakan yang sangat padu, namun cukup untuk menggegarkan telinga anda.

Saya sarankan jangan sekali-kali mendengar pada kadar kelantangan tinggi. Kononnya, saya nak uji ia, adakah pemacu akan berbunyi seakan ‘pecah-pecah’ apabila dimainkan pada kadar paling tinggi (vol : 32). Tetapi apa yang terjadi sebelah telinga saya dah tak beberapa nak dengar ni. Tak sangka pula, kecil-kecil pun ia ‘berbisa’. Siapa sangka yang kecil itu menyakitkan. -_-

Kesimpulan

SonicGear Pandora Neo 200 Cool adalah sebuah pembesar suara mudah alih yang kecil namun lebih berkuasa dari penampilannya yang sederhana. Jangan pandang ia sebelah mata, kerana dengan pandangan sebelah mata itu mungkin nanti sebelah telinga anda akan ‘sakit’ seperti saya. Hahaha..

Pandora Neo boleh dibeli di pasaran pada harga RM149. Berbaloi-baloi bukan?

Terima kasih kepada Samuel Fo kerana telah menghantar review unit ini kepada saya. Saya amat menghargainya. Selepas ini saya akan menguji cuba Pandora Neo 500 Cream pula. Nantikan review seterusnya dari saya!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

3 Alif Lam Mim : Gambaran Sebuah Negara Liberal

0
SPOILER ALERT : Untuk anda yang masih belum menonton filem ini, saya sarankan anda tontonlah terlebih dahulu, kerana dalam review ini akan mendedahkan kesemua plot-plot cerita dalam filem 3 Alif Lam Mim ini. Terima kasih.Sebelum ini, saya tidak pernah menonton walaupun satu hasil karya saudara Anggy Umbara. Inilah filem pertama garapan beliau yang saya tonton dengan penuh semangat meskipun ideanya agak sedikit ‘berat’. Anda boleh tonton dahulu trailer filem ini di bawah.

Filem 3 berlatar belakangkan sebuah negara (Indonesia) tahun 2036, yang mana ianya telah menjadi sebuah negara liberal sepenuhnya. Hak asasi manusia diperjuangkan melebihi apa jua pun. Golongan agamawan telah dianggap sebagai virus dan dilayan bagaikan suatu keberadaan yang menjijikkan pandangan mata, bagaikan parasit pada tubuh badan.

Mereka tidak boleh langsung berada di restoran-restoran sambil membincangkan perkara-perkara yang berkaitan agama, malah apa jua pakaian yang melambangkan ‘agama’ sekalipun tidak boleh dipakai. Hak asasi manusia yang dilaungkan menyebabkan pihak berkuasa iaitu polis tidak sama sekali dibenar untuk menggunakan ‘peluru tajam’ yang mematikan.

Sebuah kejadian pengeboman di restoran telah mempertemukan kembali 3 orang sahabat yang lama terpisah iaitu Alif (Cornelio Sunny) yang memegang watak sebagai seorang anggota polis, Lam (Abimana Aryasatya) yang menjadi jurnalis, dan Mim (Agus Kuncoro) yang kekal di pondok dengan harapan dapat mengembangkan ajaran agama serta mati dalam husnul khatimah.

Akibat dari hal itu pondok pesantren yang diuruskan oleh Mim menjadi sasaran utama untuk siasatan dek kerana sebelum pengeboman itu berlaku, beberapa orang dari pondok tersebut kelihatan berada di restoran namun diarahkan untuk keluar oleh Alif. Agamawan digambarkan sebagai terrorist.

Lam yang berkerjaya sebagai jurnalis/wartawan memilih untuk menyiasat kejadian tersebut. Namun akibat dari itulah Alif telah diarahkan oleh Kolonel Mason untuk ke pondok Mim dek kerana tulisan beliau mengenai kejadian itu yang ‘ter-spam’ keluar menjadikan pondok Mim sebagai sasaran.

Namun tanpa disedari 3 sahabat ini, mereka sebenarnya hanyalah ‘catur’ di sebalik suatu perancangan organisasi yang lebih ‘besar’.

Hmmm, hanya dapat tonton ‘TVRip’ sahaja buat masa ni.

Dari segi koreografi pertarungan, Cecep Arif Rahman nampaknya telah berjaya memperlihatkan ‘permainan’ Silat Panglipur yang dipimpin olehnya. Cuma saya tidak beberapa gemarkan pergerakan-pergerakan slow-motion yang terlalu kerap digunakan. Saya rasa ianya tidak perlu dan sedikit telah mencacatkan koreografi yang cantik.

Saya hendak menonton filem ‘laga’ atau ‘tarung’ yang ‘berbisa’ seperti The Raid dan The Raid 2 di mana setiap babak-babak pertarungannya adalah pantas dan tiada ruang ‘berhenti’. Bukan slow-motion itu tidak bagus, tetapi apabila terlalu kerap digunakan untuk babak-babak tertentu ianya sedikit mematikan ‘feel’ dalam pertarungan tersebut.

Berkenaan dengan plot cerita, awalnya ia agak perlahan meskipun dimulai dengan babak pertarungan antara Alif dan penjenayah. Mungkin akan ada penonton yang tertanya-tanya apakah filem ini cuba untuk mendapatkan ‘boost’ tontonan yang tinggi melalui genre aksi (pertarungan) seakan The Raid? Pada saya, tidak, kerana filem ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri, khususnya dari segi jalan cerita serta pelakon-pelakonnya.

Dari segi jalan ceritanya itu, nyatanya garapan Anggy Umbara telah berjaya. Skrip yang ditulis adalah padat dengan drama-drama saspens yang memaksa penonton untuk berfikir apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Idea beliau segar dan saya amat-amat berharap semoga filem ini akan ada sekuel nanti!

‘Rating’ saya untuk filem ini adalah seperti berikut:

Jalan Cerita : 8.5/10
Koreografi : 8.5/10
Cinematography : 7/10
CGI : 7/10
Keseluruhan : 8/10

Ini cuma pendapat peribadi saya, dan tidak ada kena mengena dengan tahap ‘profesionalism’ saya. Apapun tahniah buat Anggy Umbara dan semua barisan pelakon 3 Alif Lam Mim. Semoga sukses di masa hadapan!

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

PowerAmp Melepaskan Versi Alpha Bagi Pengujian Versi 3.0

0
Sejak sekian lama saya menggunakan Neutron Music Player, sebab pada saya masih belum ada pemain muzik untuk Android yang benar-benar dapat menandinginya dari segi kualiti bunyi. Para audiophile pasti akan setuju apabila mereka mencubanya. Meskipun harganya sedikit mahal, tetapi apabila telah mengujinya melalui versi percuma, mereka tidak akan teragak lagi untuk membelinya. Cuma kalau ada satu ciri yang saya tidak beberapa suka pada Neutron ialah paparan antaramukanya.
Ada sesetengah orang berkata zaman mp3 sudah ‘habis’, kini tiba zaman penstriman muzik melalui Spotify. Namun pada saya, saya lebih gemar mendengar muzik secara offline, tambah pula dengan format FLAC, ianya memberikan lebih kepuasan yang tidak akan didapati melalui Spotify. Pemain muzik seperti PowerAmp akan memberikan lebih pilihan kuasa kepada penggunanya untuk mengubahsuai audio yang dihasilkan melalui equalizer terbina dalaman dan beberapa tetapan lain.
Kali ini PowerAmp sedang giat membangunkan versi 3.0, iaitu sebuah versi yang akan menggunakan enjin audio serta paparan antaramuka pengguna versi baru. Oleh itu mereka telah melepaskan versi alpha (build 700) untuk para penggunanya menguji cuba aplikasi tersebut bagi tujuan laporan bugs untuk penambahbaikan. Berikut saya senaraikan antara beberapa perubahan dalam versi alpha (ujian awal) ini:

– new audio engine
– Poweramp now uses 32-bit float sample representation
– Poweramp core DSP now uses 64-bit float internal math, helps a lot for accurate high amplification of basses
– Reverb with presets, improved StereoX effects
– Tempo control
– mp3, aac, ogg vorbis, opus and other lossy formats now decoded directly to 32-bit float representaion (no intermediate conversions)
– opus, tak, mka, dsf, dff formats support
– Poweramp now always properly fades in/out and ramps volume changes to avoid clicks and pops during any transitions (resume/pause/seek/etc.)
– Poweramp now applies gapless smoothing between gapless tracks
– Poweramp now always uses own resampler
– optional SoX very high quality resampler
– output Dithering options
– OpenSL optimized output
– support for 3rd party plugins (DSP/Decoder/Output)
– visualizations
– full support for milkdrop presets
– v1 and v2 (with shaders) presets supported. Support for v2 presets is best on OpenGL ES 3.0 enabled devices
– milkdrop presets can be loaded from sdcard and downloaded as APKs from Play
– support for 3rd party preset APKs
– spectrum visualizations
– main player right drawer for fast Equ/DSP/Visualizations access
– many other changes, more changes are planned

Dapat dilihat pada versi alpha ini, para pembangun sibuk memperbaiki paparan antaramuka, visualizer, dan paling penting sekali enjin audionya yang diperbaharui. Saya agak sedikit terperanjat kerana kali ini PowerAmp tidak lagi serasi (compatible) dengan Viper4Android (V4A). Pemacu (driver) V4A itu tidak berfungsi apabila lagu-lagu dimainkan pada PowerAmp, barangkali mungkin kerana enjin audio yang baru diimplementasikan tersebut. Namun, saya berani jamin, kualiti bunyi yang dihasilkan adalah amat baik sekali! Malah boleh dikatakan setanding dengan Neutron atau jetAudio meskipun tanpa bantuan peningkatan (enhancement) kualiti bunyi dari V4A.
Berikut saya pamerkan beberapa paparan skrin aplikasi PowerAmp versi alpha ini:

 

Muat turun : Poweramp alpha-build-700

Views: 1

Iklan Newspaper Inline