Utama Blog Laman 183

The Conjuring 2 : The Enfield Poltergeist

0
Saya tidak pasti sejauh mana James Wan mempunyai ‘jiwa Asia’, namun menonton The Conjuring 2 jelas menunjukkan bahawa beliau faham benar akan ‘kaedah’ kejiwaan filem seram orang Asia (Thailand contohnya) yang sememangnya mempunyai unsur-unsur menyeramkan melalui babak-babak suspens.Dalam filem ini juga kita akan dapat melihat sudah kurang penggunaan ‘jump scares‘ yang terlalu cliche, juga sudah terlalu ‘overused‘ oleh ramai pengarah-pengarah filem, ambil contoh dari Malaysia iaitu Syamsul Yusof, yang mana dalam filem beliau banyak penggunaan jump scares berbanding plot-plot menakutkan melalui babak ataupun lakonan.

Perkara ini telah pun saya jelaskan dalam review filem Munafik sebelum ini.

Review Filem Munafik (2016) : Perempuan Mengandung Jangan Mengada Pergi Tengok

[Reviu Tanpa Spoiler – Non Spoilery Review]

Filem ini juga tidak lagi bermain dengan watak skeptikal terhadap ‘hantu’, apabila nasib hampir kesemua orang adalah sama, iaitu apabila mereka mula cuba meyakinkan orang lain bahawa ‘hantu itu tidak wujud’, dengan tidak semena-mena ia muncul atau memanifestasi di hadapan mereka melalui objek-objek di sekeliling.

Kalau dalam The Conjuring, berkisar tentang gangguan makhluk halus dalam rumah/satu keluarga, The Conjuring 2 juga masih berkisar perihal yang sama, cuma mengambil tempat yang berbeza serta sedikit mood yang berlainan di mana watak utama rasukan kali ini ialah seorang kanak-kanak perempuan.

Dikatakan, The Conjuring 2 telah mengambil tema filem berasaskan kisah sebenar yang berlaku kepada sebuah keluarga di Enfield, yang mana bukan sahaja rumah tersebut yang didiami itu dihantui entiti, malah ahli keluarga juga dirasuki hingga memaksa permintaan terhadap bantuan ‘di luar kuasa’ pihak polis.

Watak Ed dan Lorraine Warren masih dikekalkan, manakala watak baru seperti keluarga Margaret Hodgson ditambah ke dalam senarai.

Apa yang abam Hac suka, ialah James Wan ni memang genius dalam mencipta putaran plot apabila sesuatu yang tidak disangka-sangka akan muncul di akhir cerita. Ada watak-watak ‘penyiasat’ kes paranormal, dan ada juga watak ‘penyiasat’ versi skeptik, namun ia tidak menjejaskan keseluruhan filem. Diakui, watak versi skeptik itu agak membosankan, tetapi ianya tidak dapat dibuang dek kerana dalam ‘kisah yang sebenar’ juga beliau ada (sabar aje lah).

Juga abam nak sentuh tentang sesuatu yang amat jarang sekali ditonjolkan dalam filem-filem seram, dan jarang pula diketahui oleh orang zaman sekarang, iaitu cabang ilmu terawangan yang dikuasai oleh Lorraine Warren, juga ilmu ini dikenali sebagai Astral Projection (Meraga Sukma).

Sukar untuk dijelaskan, sukar juga untuk ditulis ke dalam sebuah artikel, tetapi yang berminat untuk tahu boleh cuba baca pada pautan ini : Astral Projection

Kenapa penting untuk faham? Kerana filem ini banyak memainkan babak yang memaparkan situasi di mana Lorraine ‘berjalan-jalan di luar tubuhnya’ dan boleh pula berada di suatu masa lampau (time travel). Ianya agak sulit dan berat untuk difahami oleh orang kebanyakan, dan inilah suatu sisi yang dibawa oleh James Wan.

Pada abam, eloklah anda pergi tempah tiket dan tonton sekarang. Jangan nak layan lanun sangat. Lebih puas menonton di wayang, tambah pula bila hantu tu jerit, ewww.. >.<

Abam Hac boleh bagi meter kepuasan untuk filem ini, pada skala 10 —> 8.5/10 (cemerlang!)

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

KickassTorrents Memasuki Zon Kegelapan, Kini Mempunyai Alamat Dark Web

0
Laman indeks torrent yang popular selepas The Pirate Bay, iaitu KickassTorrents, kini sudah menambah sebuah pautan kepada lamannya melalui URL dark web, untuk mencegah sekatan.

Seperti yang kita tahu, buat masa ini laman The Pirate Bay sedang ‘down’. Tak habis-habis dengan isu serbuan oleh pihak berkuasa. Jadi setakat ini, laman KickassTorrents ini atau dikenali sebagai KAT, menjadi antara laman indeks torrent yang paling banyak dikunjungi pelawat.

Sebelum ini pun laman tersebut ibarat ‘stesen bas’, memang sentiasa dipenuhi pengunjung. Jadi, terdapat banyak pemegang hak cipta yang mensasarkan laman tersebut untuk ‘urusan’ take down, sekatan, dan sebagainya lagi.

Atas sebab itu, KickassTorrents telah melakukan pelbagai cara untuk melepasi setiap halangan, contohnya dengan mengoperasikan beberapa laman proksi. Terbaru, mereka telah membuat satu pautan URL dark web, khusus untuk pengguna mahir.

Laman dark web, seperti yang kita tahu, hanya boleh diakses melalui rangkaian The Onion Router atau TOR.

Abam dah cuba mengakses laman ini dipejabat melalui TOR dan semestinya ia boleh dimasuki meskipun agak perlahan (akibat firewall). Abam gabungkan dengan OpenVPN + AntiDPI, ia menjadi sedikit laju. Heh..

Anda bolehlah mencuba akses kepada laman torrent ini di sini : lsuzvpko6w6hzpnn.onion

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

DelanVPN Bakal Dijenamakan Semula Kepada TheLanVPN

0
Syarikat baru bertapak yang menawarkan servis VPN iaitu DelanVPN, bakal menjemakan semula (rebranding) VPN mereka itu kepada TheLanVPN.

“Dah tiba masanya untuk kami mengorak langkah lebih ke depan lagi dan kini lebih serius dalam bisnes, oleh itu penjemaan semula ini adalah perlu”, kata Mohamad Zulfahmy, lelaki muda dan tampan yang bertindak selaku pengasas/penubuh/pembubuh TheLanVPN.

Bersumberkan daripada beliau sendiri, katanya TheLanVPN bakal merealisasikan pelbagai ciri baru beserta pakej premium berbeza yang menawarkan faedah-faedah tertentu kepada penggunanya.

Tarikh bagi pelancaran (tidak rasmi) TheLanVPN ialah 30/06/2016.

We’re calling to inform our existing and new customer for our rebranding from DelanVPN to TheLanVPN. And we would like to make a giveaway and special promotion to new users, existing and special access to BETA testers. 

We also need new BETA Tester! Fill out the form at https://delanvpn.net/betatester

Berikut adalah antara ciri-ciri baru yang akan diimplementasikan dalam TheLanVPN:

TheLanVPN v1.0 

1. New package
2. All in one VPN for windows apps
3. Raatile Anti-DPI Technology with Windows apps
4. Android application
5. OpenVPN, L2TP and SSTP supported protocol
6. New Website and Client VPN Panel
7. Reseller system
8. New server with Torrent supported server
9. Zbigz premium account
10. TheLanDNS introduced
11. Simplified payments method
12. And coming more soon 

==== PACKAGE ==== 

TheLanVPN Core
RM 15/MONTH
-Unlimited bandwidth
-Unlimited speed
-All type VPN protocol (L2TP, SSTP, OpenVPN, Raatile AntiDPI)
-Access to all premium server
-No port forwarding
-No Premium TheLANDNS
-No Premium Zbigz account
TheLanVPN Pro
RM 20/MONTH
-Unlimited bandwidth
-Unlimited speed
-All type VPN protocol (L2TP, SSTP, OpenVPN, Raatile AntiDPI)
-Access to all premium server
-Port forwarding
-Premium TheLanDNS
-Premium Zbigz account

Jadi, bak kata orang putih, stay tuned guysss..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Alternatif Kepada DFX Sound Enhancer Untuk Ubuntu Linux : PulseAudio Equalizer?

0
Serius, saya dah cuba cari alternatif kepada DFX Sound Enhancer untuk Linux terutamanya Ubuntu, tetapi menemui jalan buntu (no pun intended). Dah bertahun rasanya saya bertanya di sana-sini, namun nampaknya tidak ketemu akan ia.Bukan apa, kalau kita mainkan lagu dengan tetapan ‘kosong’ atau ‘stock’ dari Ubuntu, untuk seorang audiophile seperti saya, bunyinya akan kedengaran seperti ‘dull’, tak sedap di halwa telinga, dan kedengaran seperti tak cukup ‘rempah’.

Jadi hendak tak hendak, terpaksa cuba juga PulseAudio Equalizer walaupun saya tahu ianya cuma sebuah, oh well, equalizer.

Mungkin buat Linuxer yang dah biasa guna, akan kata “Ek eleh, PulseAudio ni dah lama la bro orang guna”. Ya, memang dah lama, cuma masalahnya dulu saya tidak yakin dengannya. Maklum sajalah, well, equalizer je bro, bukan ala-ala ‘full system‘ audio enhancer seperti DFX Sound Enhancer itu.

Cuma, itulah. Selepas saya tweak sikit, seperti gambar yang anda boleh lihat di atas, keputusannya agak ‘wow’. Jauh lebih sedap bunyi yang dilontarkan oleh pembesar suara berbanding dengan semasa tidak menggunakannya.

Ubuntu 16.04 LTS + Dark Rhythmbox
Ada sesiapa berminat nak buat juga Rhythmbox anda seperti ini?
Untuk memasang ia pada Ubuntu 16.04 LTS, cuma perlu gunakan PPA dari WebUpd8 dan baris perintah seperti berikut:

sudo add-apt-repository ppa:nilarimogard/webupd8

sudo apt-get update

sudo apt-get install pulseaudio-equalizer

Tweak ikut halwa telinga anda, dan enjoy..

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Siri The Flash Musim Ke 2 Kini Ada Di iflix!

0
Kepada semua kipas-susah-mati The Flash yang ingin menonton semula siri drama tv ini musim ke 2 yang baru sahaja tamat minggu lepas, maka anda kini boleh berbuat demikian melalui iflix.Kenapa iflix? Sebab murah. Mana ada orang nak bayar mahal-mahal lagi untuk langganan televisyen. Ini pun abam Hac rasa kalau boleh murah lagi, mesti kau orang mintak mereka letakkan harga langganan sebanyak RM2-5 sebulan kan, kan?

Jadi untuk anda yang belum boleh move on lagi tu, eloklah langgan iflix sekarang. Gotham musim ke 2 pun ada dah. Siri yang abam tak nampak lagi adalah Daredevil musim ke 2. Entah kenapa masih belum masuk lagi. Eksklusif untuk Netflix sahaja barangkali.

Whooossshhhhh!
Dah siap sarikata.
Bunyi helikopter pun bergema..

Ok lah, abam nak pergi sambung tonton ni. Kamu-kamu dan kamu yang masih belum mendaftar akaun iflix tu, cepat-cepat lah berbuat demikian ya. Boleh menonton juga filem-filem lama dari pelbagai genre seperti komedi, thriller dan seram.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Magic Actions for YouTube

1
Dari tahun lepas lagi saya nak tulis tentang extension/addon yang menarik ini, namun malangnya senantiasa terhalang akibat kekangan masa dan kerja. Lalu ia terperap dengan rapi di dalam ruangan draf hinggalah hari ini saya ambil cuti semata-mata hendak tumpu kepada blog.Betul, saya tulis blog tiada profit, tiada keuntungan, tiada pendapatan, tapi ‘syahdu’ di sebalik penulisan itu membuatkan saya terus menulis. (Hangpa ingat ada duit ka iklan tepi-tepi tu? Takda bro, takda, tu aku buat hiasan ja.. Hahaha.. Syahduuu).

Kembali pada tajuk, buat anda yang memang suka dengan tema kegelapan, kini ia boleh diaplikasikan kepada laman YouTube dengan menggunakan satu extension/addon bernama Magic Actions for YouTube.

Apa yang menariknya dengan extension ini hingga layak dituliskan artikel untuknya? Hah, tengok dulu paparan skrin di bawah:

Wooo, YouTube sudah dijajahi dengan kegelapan!

Ehh? Itu je ke? Sabar, ada lagi..

Selain dari kegelapan yang menyelubungi YouTube, yang membantu mata anda ketika malam hari untuk menonton video-video seksi yang menarik, terdapat juga ciri-ciri berikut:

– Ad block, tiada lagi iklan-iklan yang menyakitkan jiwa.

– Cinema Mode, yang ni korang kena test sendiri. Saya tak minat, tapi sesetengah orang suka tengok dengan resolusi/aspect ratio begitu.

Volume control menggunakan mouse wheel. Scroll je bro, senang nak ‘ejas’ volume. Boleh ditetapkan pula tu berapa jumlah volume apabila di-skrol.

– Auto HD. Senang, tetapkan resolusi yang ingin anda tonton setiap kali klik pada satu-satu video. Saya terus tetapkan kepada 1080p. full HD. Puas hati.

– Speed booster. Ciri untuk melancarkan main semula video. Anda kena cuba ciri ini.

– Stop Autoplay – yeah bro, ciri ini paling saya suka sekali sebab tak akan buat kita terperanjat dengan volume yang tiba-tiba menerjah ke telinga.

– Dan lain-lain. Anda cuba sendiri lah extension ini. Ianya amat-amat membantu dalam meluaskan lagi user experience dengan laman YouTube. Nampak macam biasa-biasa je, tapi apabila sekali anda dah cuba dan terokai cirinya, saya yakin dan pasti anda tidak akan boleh lagi tonton YouTube tanpa menggunakannya.

Contoh Cinema Mode
Contoh Cinema Mode

Pasang Magic Actions for YouTube pada Chrome melalui pautan di bawah:

Magic Actions for YouTube – Chrome Web Store

Untuk Firefox pula boleh gunakan pautan ini:

Magic Actions for YouTube – Google+

Hahah.. serius saya tak tahu apa yang telah terjadi kepada addon untuk Firefox dan laman web rasminya. Tak boleh buka pula. Cuba anda buka, boleh tak? —–>>> Chrome Actions  -_-

Ok, gerak dulu guys, pape hal roger.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Melihat Kembali Kandungan Laman Web Yang Sudah Tiada

0
Selalu tak kita ada jumpa laman-laman blog yang dulunya ada, kini tiba-tiba ‘tiada’. Berkemungkinan admin/penulis/founder sudah padam blog beliau, atau malas nak perbaharui domain (gaji belum masuk katanya), atau boleh jadi juga lupa nak redirect pembaca kepada domain baharu.Apapun sebabnya, tahukah anda, masih ada cara untuk kita mendapatkan/melihat kembali kandungan dari laman web/blog/forum tersebut? Cuma apa yang tidak mungkin dapat dilakukan ialah memuat turun. Selain dari itu (muat turun), navigasi ke seluruh laman adalah mungkin sekali asalkan ianya tersimpan dalam ‘cache’. Apa tu?

Memperkenalkan, Wayback Machine.

Apa Itu Wayback Machine?

Wayback Machine ialah sebuah laman seumpama dengan Google Web Cache. Tau kan Google Web Cache tu apa? Kalau tak tahu kejap lagi saya cerita. Senang faham, laman ini menyimpan pelbagai isi kandungan sesebuah laman web sebagai ‘cache’ dan ianya boleh diakses melalui laman ini dengan menggunakan pautan URL dari laman yang anda inginkan.

Berikut abam Hac cuba tunjukkan caranya. Buat yang dah expert macam hejes dalam TV tu, tak payah la baca. Heheh..

Ni contohnya:

Apa yang perlu kita buat? Senang saja. Buka laman Wayback Machine, salin dan tampal URL laman yang ‘down’ tersebut pada kotak carian.
And then pofff! Jadilah Coco Crunch! >.<
Masukkan URL dalam kotak carian
Klik pada mana-mana simpanan cache
Pooofffff! Jadilah Coco Crunch! >:)
Hmmm, apa dia? Nak tahu pasal Google Web Cache pula? Aih.. Tiba-tiba tangan ni malas nak sambung menaip. Haha.. >.<
Pendek kata kaedahnya lebih kurang, cuma Wayback Machine ni jauh lebih mudah dan sedikit lebih advance.
Esok-esok la kita sambung artikel pasal benda lain pula. Tunggu korang belanja abam Hac Cendoi Bakaq dulu. Tapi entah bila laaa.. Haha.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Muat Turun Al-Quran Digital Dan Terjemahan Percuma Untuk Semua Platform

0
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan ini, ada baiknya jika saya mengepos sesuatu yang bermanfaat untuk para umat Islam di segenap pelusuk nusantara ini.Bulan Ramadhan dapat menggalakkan lagi untuk kita melakukan lebih banyak amal disamping lain-lain kebaikan yang menjanjikan ganjaran pahala (wow, ada macam Pencetus Ummah sikit ni).

Perisian di dalam komputer kita sepatutnya salah satu dari senarainya ada ‘benda’ ini, iaitu perisian Al-Quran Digital. Al-Quran Digital yang ingin saya perkenalkan di sini ialah perisian yang dinamakan sebagai ‘Ayat’.

Usah tanya saya sejauh mana ‘benarnya’ kandungan ia, tetapi tanyalah diri sendiri sejauh mana betulnya bacaan kita, semaklah diri sendiri dahulu ya sebelum menyuruh orang lain menyemak betul salah tanda dalam Al-Quran.

Saya ‘terpaksa’ sebut perkara ini kerana ia menjadi salah satu soalan paling banyak diajukan kalau ada Al-Quran versi digital dihasilkan.

Kalau nak disebutkan setiap cirinya di sini memang sangatlah banyak. Antaranya ia tersedia untuk multi platform termasuklah Linux, Android, iOS, Windows Mobile dan Mac (versi Windows tak payah tanya, komfom ada laa).

Selain itu terdapat juga terjemahan dalam bahasa Melayu dan lain-lain bahasa yang saya cuma hanya faham bahasa Inggeris dan Indonesia. Tak lupa juga ada bacaan dari Qari-Qari yang terkenal, serta pelbagai ciri yang memudahkan seseorang untuk belajar membaca Al-Quran (untuk pemula).

Apapun, anda bolehlah muat turun Al-Quran Digital yang bernama ‘Ayat’ ini pada pautan yang saya sediakan di bawah:

Sini bro —> Koran-mail Project

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

[Solusi Masalah Dual Boot] Error Mounting /dev/sda

0
Apabila buat dual boot antara Windows 7/8/8.1/10 dengan Linux umumnya dan Ubuntu khususnya, kebiasaannya tiada apa-apa masalah sangat pun. Namun terkadang keluar juga satu-dua isu kecil yang mana ianya boleh diselesaikan jika tahu puncanya.
Dalam kes ‘error mounting dev/sda’ ini, biasanya yang menjadi culprit ialah Windows. Terdapat banyak puncanya, namun dalam tips kali ini saya cuma utarakan satu sahaja.
Apa yang anda perlu lakukan ialah tukarkan tetapan pada Control Panel.
Navigasi ke Power Options – Choose what the power buttons do.
Seterusnya klik pada ‘Change settings that are currently unavailable‘.

Kemudian nyah-tanda atau buang centang pada kotak ‘Turn on fast startup (recommended)‘.

Ini sahaja yang menyebabkan error tersebut terjadi apabila anda cuba mengakses bahagian cakera keras yang menempatkan sistem Windows serta lain-lain fail yang anda simpan. Banyak lagi cara lain, atau punca lain, anda boleh cari sendiri.

Kalau cara ini membantu anda, rajin-rajinlah komen ya.

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cara Mengaktifkan Viper4Android Pada Zenfone 2 [Firmware Terkini]

0
Menggunakan Android tanpa menggunakan Viper4Android atau V4A, terasa seakan kosong. Bagaikan makan nasi goreng tanpa belacan (untuk orang Melayu). Pendek kata tanpa kata-kata nan berbunga-bunga, tak sedap. Tak boleh nak ‘cukup’ layan.
Buat masa ni saya masih menggunakan Zenfone 2. Tetapi ‘sound’ Zenfone 2 apabila menggunakan headphone tidak beberapa mantap sehinggalah V4A dipasang. Namun ada caranya, kerana jika hanya sekadar root sudah boleh terus mendapatkan bunyi yang dikehendaki, tak gunalah saya bebel panjang dalam entri ini. Mungkin cara ataupun tips ini boleh jua diaplikasikan kepada peranti yang lain. Atas sebab itu jika ada masalah, anda boleh cuba-cuba workaround yang ada di sini. Rosak tanggung sendiri.
Apapun anda root terlebih dahulu peranti anda. Kalau nak senang, untuk pengguna Zenfone 2 ada pre-rooted firmware. Boleh Google cari versi terbaru. Kemudian buka aplikasi SuperSU (dalam tutorial ini saya memang gunakan SuperSU. Kalau anda menggunakan aplikasi root yang lain mungkin tiada masalah).
Setelah itu sila nyah-tanda/buang centang pada kotak yang tertera Mount namespace separation. Setelah itu, reboot.

Sesudah itu. Pasangkan aplikasi V4A dan Busybox (Stericson).
Pasangkan pemacu (driver) V4A. Jangan reboot terlebih dahulu. Ada langkah tambahan yang perlu dibuat.

Buka direktori /system/etc dan buka fail audio_policy.conf dengan menggunakan mana-mana aplikasi text editor (root). Saya cuma gunakan yang built in sahaja dalam aplikasi Solid Explorer.

Sila sunting fail tersebut dan buangkan baris sepertimana yang tertera dalam gambar di bawah (klik la kalau tak nampak):

Ia akan jadi seperti ini. Simpan (save) fail tersebut dan reboot.

Buka mana-mana aplikasi pemain muzik dan kemudian buka pula aplikasi V4A. Periksa status pemacu. Ia sepatutnya akan tertera seperti di bawah:

Test this and if you do succeed, enjoy bros!

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline