Utama Blog Laman 173

TorrZan : Bot Yang Membantu Anda Muat Turun Torrent Melalui Telegram

0

Kali pertama saya mencuba TorrZan adalah pada bulan 5 yang lepas. Namun atas sebab saya amat jarang menggunakan Telegram, maka servis ini dilupakan hinggalah saya ‘terbuka’ kembali Telegram dan ‘ternampak’ pula conversation lama antara kami berdua, lalu saya pun terus menulis satu artikel untuknya (keh keh keh).

Secara mudah faham, TorrZan ialah bot yang berfungsi seakan laman ZbigZ. Ia ada akaun percubaan secara percuma, ada juga akaun premium berbayar. Akaun percuma akan memberikan kepada pengguna ruang storan sebanyak 1GB. Hmmm, memang tak cukup, memang kecil, dan sebab itulah percuma. Heheh.

Menyokong ciri pautan magnet yang lebih memudahkan, TorrZan juga akan memuat turun terus ke pelayan mereka sendiri terlebih dahulu, sekaligus mengurangkan risiko alamat IP pengguna daripada terdedah kepada ‘pihak yang mencari’.

Menambah torrent adalah semudah ABC. Ia menyokong pautan magnet, jadi anda cuma perlu salin dan tampal sahaja URL magnet dari torrent yang anda mahu ke dalam ruang bual.

Lihat pada paparan skrin berikut.

Saya tak pasti apa sebab kukuh yang akan buat seseorang itu akan memuat turun sesuatu fail yang besar terutamanya torrent melalui Telegram. Tetapi kalau direnungkan kembali betapa teruknya sekatan internet di China, mungkin ia boleh jadi antara salah satu sebab. Mungkin muat turun melalui Telegram sahaja yang ‘lepas’. Hmmm.. mungkin…

Seperti yang telah saya sebutkan di atas, Torrzan bukanlah servis ‘cache’ torrent secara percuma sahaja. Ianya servis berbayar, dan akaun bermula dengan pelan percubaan percuma sebanyak 3 fail torrent, dan seterusnya akaun 1 bulan, berjumlah $9.9 atau lebih kurang RM40+.

Saya yakin ramai antara pembaca yang hebat-hebat belaka. Mungkin dari akaun percuma itu anda boleh ehem*hejes*ehem bagi jadi ‘muat turun tanpa had’ pula, siapa tahu? Heheh.

Jika anda berminat, sila ke > Torrzan

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Pemacu USB Mampu Mencuri Nama Pengguna Dan Kata Laluan Meskipun Komputer Anda Dikunci

0

Semalam kita berkenalan dengan USB Killer, hari ini kita cuba kenal-kenal pula dengan ‘USB Stealer’. Seorang jurutera sekuriti, Rob Fuller, telah mencipta dengan caranya yang tersendiri untuk menjadikan sesebuah pemacu USB itu mampu mencuri maklumat sulit dari sesebuah PC walaupun ianya dikunci.

Kata nama pengguna dan kata laluan PC yang dapat dicuri dalam bentuk hash, boleh dinyahsulit kemudiannya. Dengan menggunakan USB Armory, Rob menukarkan pemacu tersebut kepada penyesuai USB Ethernet, dan seterusnya menggunakan ia sebagai ‘penyedut’ maklumat pengguna kepada sesebuah peranti yang diingini.

Menurut teorinya (yang telah berjaya dibuktikan berkesan), mana-mana PC sekiranya telah dilog masuk, walaupun dikunci, akan tetap memasang fail pemacu kepada sesebuah pemacu USB apabila ia dipalamkan pada mana-mana port.


Bagaimana Cara Ia Melakukannya?

1. Menurut Rob lagi, USB dicipta sebagai peranti Plug-and-Play. Bererti dalam keadaan PC berkunci sekalipun, ia tetap akan dapat dipasang. Semestinya terdapat senarai peranti yang disekat dari dipasang terus ke komputer, tetapi Ethernet/LAN sudah pastinya disenarai putih.

2. Komputer tetap mewujudkan trafik internet walaupun tidak memuat turun apa-apa atau tidak melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan pelayar web.

3. Keutamaan rangkaian apabila terdapat lebih daripada satu pintu masuk atau sambungan rangkaian adalah berdasarkan kepada ‘metrik’ pada Windows, dan gabungan antara ‘metrik serta pilihan’ pada OSX, akan tetapi secara lalai ‘wired’ dan ‘newer/faster’ akan sentiasa menjadi yang lebih utama.

Berikut adalah video demo ‘USB Stealer’ dari beliau.

Anda boleh cipta ‘USB Stealer’ anda sendiri dengan mengikuti arahan dalam post Rob Fuller di sini: > Snagging creds from locked machines

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

USB Killer 2.0: Musnahkan Mana-Mana PC, Laptop, Televisyen Dengan Pemacu USB Ini!

0

Selama ini, pemacu yang mampu memusnahkan apa jua peranti yang dipasang padanya pemacu tersebut masih dalam bentuk prototaip. Pada tahun 2015, seorang pengkaji dari Rusia, dengan nama dari akaun YouTube – Dark Purple telah mencipta sebuah pemacu USB yang dapat memusnahkan hosnya dan memuat naik sebuah video demonstrasinya, meskipun ia tidak dipasarkan. Anda boleh tonton dahulu video tersebut di bawah.

Pun begitu, terbaru, pemacu seperti ini telahpun dikomersialkan oleh sebuah laman iaitu USBKill.com, dan pemacu itu dinamakan sebagai USB Killer 2.0.

Menurut pembangun USB Killer 2.0, sebanyak 95% peranti yang telah diuji, telahpun musnah akibat dari lonjakan kuasa setelah dimasukkan pemacu. Apabila ia dipasang, USB Killer dengan cepat akan mengecaj kapasitor menerusi bekalan kuasa yang masuk melalui pemacu USB, dan dengan cepat pula melepaskan kesemuanya dalam tempoh beberapa saat.

Ini menyebabkan hos musnah, terbakar. Kemungkinan untuk dapat mengembalikan data-data dari HDD/SDD adalah amat tipis selepas kerosakan berlaku. Berikut pula, adalah demonstrasi USB Killer 2.0.

USB Killer ini dijual pada harga 49.95USD dan dengan tambahan sebanyak 15.70USB, anda boleh membeli USB Protection Shield – Test Shield yang bertindak melindungi mesin hos ketika anda mencuba pemacu pemusnah itu kepadanya.

> USB Killer 2.0

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Vivaldi 1.4 Dilepaskan, Hadir Dengan Tema Berjadual

0
Pada bulan 1 tahun lepas, lahir sebuah pelayar web yang dicipta ke arah ‘power users’. Vivaldi nama yang diberi, diasaskan oleh bekas CEO Opera, setelah melihat pelayar web yang dibina sekian lama tidak lagi mengikut kepada kemahuan pengguna.
Secara jujurnya saya menggunakan pelayar web ini ‘on and off’, sekejap guna, sekejap tidak. Saya seringkali beralih kepada Chrome dek kerana entah kenapa Chrome berprestasi dengan lebih baik pada PC berspesifikasi lama di pejabat (yeah, it’s true bro). Tetapi dengan lepasnya versi terbaru Vivaldi ini, dirasakan prestasinya lebih baik dari sebelum.
Vivaldi versi 1.4 ini membawakan beberapa ciri baru, dan ciri paling menyerlah sekali ialah tema berjadual. Tema boleh ditetapkan mengikut masa yang anda mahu. Ia akan bertukar pada masa yang anda telah tetapkan.

Selain itu, anda juga boleh membuka semula tab yang secara tidak sengaja ditutup hanya dengan ‘middle click’ pada ikon tong sampah yang ada di atas tab sebelah kanan.

Jika anda sudah pun ‘jemu’ dengan Chrome dan ingin mencuba sesuatu yang baharu, maka saya cadangkan Vivaldi sebagai pengganti kerana ia juga boleh menggunakan Chrome Extensions tanpa ada sebarang masalah. Bukan apa, ada sesetengah kawan saya yang ‘menyumpah’ Chrome kerana ia agak ‘ram hogger’. Jika itu yang anda juga rasakan, Vivaldi perlu dicuba. Serius puas hati.

 


Download Vivaldi 1.4

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Penggodam Boleh Mengambil Alih Telefon Pintar Anda Hanya Dengan Satu Gambar

0

Ancaman terhadap peranti Android bukan perkara baru. Sebelum ini Android diancam dengan serangan terhadap kerentanan yang dinamakan sebagai Stagefright. Kerentanan atau kelemahan dalam sistem ini ditandakan sebagai ‘kritikal’. Pada 1 September yang lepas Google memperbaiki kerentanan tersebut melalui tampalan dan kemudian disusuli pada 6 September, satu lagi pembaikan akan dilepaskan untuk menampal kerentanan lain termasuk ‘Quadrooter’.

Dalam serangan Stagefright, seseorang penggodam boleh boleh mengambil alih peranti anda hanya dengan satu pesanan ringkas sahaja. Pengguna tidak perlu ‘menyedari’ kemasukan pesanan tersebut untuk ia dapat dijalankan. Untuk meneruskan serangan, penggodam hanya perlu menghantar sekeping gambar kepada mangsa. Ia juga tidak perlu diklik oleh pengguna tersebut, kerana apabila telefon mula menganalisis data pada gambar, penggodam akan mendapatkan kawalan terhadapa peranti secara senyap.

Serangan ini boleh berlaku hanya semudah menggunakan aplikasi pesanan ataupun klien e-mel. Apabila aplikasi-aplikasi tersebut menerima gambar yang dihantar dan mula menganalisanya, peranti akan terus dijangkiti.

Ianya tidak memerlukan banyak interaksi antara pengguna untuk mencetuskan eksploit. Aplikasi yang digunakan hanya perlu memuat gambar dengan cara tertentu, dan setelah ia cuba menghuraikan gambar yang dilakukannya secara automatik, eksploit tersebut telah pun dijalankan. Semudah A-B-C, semudah menyuntik gambar dengan eksploit ringkas.

Kerentanan ini boleh dijangkiti pada peranti yang menggunakan sistem operasi Android dari 4.4.4 (KitKat) hinggalah kepada 6.0.1 (Marshmallow). Pengguna Android diminta untuk mengemaskini sistem operasi masing-masing sekiranya terdapat notifikasi kemaskini.
Jika tiada? Belilah Nexus. Heheheh (berpeluh kening sebab abam pun tak guna Nexus. Huh.).

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Sadabana Entertainment Indonesia Mengakui Memiliki Hak Cipta BoboiBoy, Terkini Disaman 15 Juta

0

Bukan pertama kali sesuatu dari Malaysia dituntut oleh jiran sebelah. Cuma kali ini terasa ianya agak keterlaluan apabila hak cipta animasi asli ‘dari Malaysian untuk Malaysia’ iaitu BoboiBoy, telah dituntut oleh sebuah syarikat dari Indonesia iaitu Sadabana Entertainment.

Syarikat tersebut telah cuba menyaman Animonsta Studios dan DNA Production (distributor bagi BoboiBoy di Indonesia) sebanyak 3 (& 15) juta rupiah bagi kerugian ‘immaterial’ pada 3 Ogos yang lalu. Pun begitu keputusan darinya adalah Animonsta Studios bersama DNA Production memenangi kes tersebut kerana jelas mereka telah pun mendaftarkan paten sejak dari tahun 2012 lagi, sedang Sadabana Entertainment pula telah ‘cuba’ mendaftarkan hak cipta BoboiBoy pada 2013.

Menurut CEO Animonsta Studios Nizam Razak, terkini mereka sedang memfailkan saman sebanyak RM15 juta terhadap syarikat tersebut (lebih kurang 50 juta Rupiah).

omg photo OMG_zpsfd54e805.gif

Views: 40

Iklan Newspaper Inline

OnePlus 3 : Ulasan Dari Perspektif Pengguna Tegar Android, Berbaloikah Dibeli?

0
Gambar diambil dengan kamera OnePlus 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Anda sudahpun membaca artikel [ Tinjauan ] OnePlus 2, Berbaloikah Beli? Flagship Killer?, kini ada sambungan product OnePlus, iaitu OnePlus 3 dengan slogan, “A day’s power in half an hour”
OnePlus 3 merupakan model pertama OnePlus yang tidak dijual melalui sistem Invite seperti mana tiga peranti terakhir (OnePlus One, 2 dan X) menggunakan sistem Invite.
Tujuan OnePlus menggunakan sistem Invite untuk mengawal aliran pembuatan produk.

Seperti biasa, saya akan ceritakan spec OnePlus 3 ini :
Info Secara Am

  • Warna : Graphite dan Soft Gold
  • Ukuran : 152.7 x 74.7 x 7.35 mm
  • Berat : 158g
  • Material : Anodized aluminum
  • Operating System : Oxygen OS (v3.5.1) if Global and China Hydrogen OS (v2.0.0)
  • CPU : Qualcomm® Snapdragon™ 820, Quad Core, Kryo™: 2x 2.2 GHz, 2x 1.6 GHz
  • GPU : Adreno™ 530
  • RAM : 6GB LPDDR4
  • Storage : 64GB UFS 2.0
  • Sensor : Fingerprint sensor, Hall sensor, Accelerometor, Gyroscope, Proximity sensor, Ambient light sensor dan Electronic Compass.
  • Ports : USB 2.0, Type-C (support OTG), Dual nano-SIM slot, 3.5 mm audio jack
  • Battery : 3,000 mAh (non-removable), Dash Charge (5V 4A)
  • Buttons : Hardware keys and on-screen navigation support
  • Lain-lain : Alert Slider, Custom icon packs, Gesture Control (Display On + Display Off), OnePlus Shelf, Vibration motor, dan RGB LED notification light.
Info Perhubungan
  • Rangkaian : GSM: 850, 900, 1800, 1900 MHz, (Ini China model kerana saya pakai China Set) WCDMA: Bands 1/2/5/8, FDD-LTE : Bands 1/3/7, TDD-LTE: Bands 38/39/40/41, TD-SCDMA : Bands 34/39, dan CDMA EVDO: BC0
  • Wireless Standard : 4G LTE (Cat. 6)
  • Wi-Fi : Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac
  • Bluetooth : Bluetooth® 4.2
  • NFC : NFC Enabled
  • Positioning : GPS, GLONASS, BeiDou
Info Audio
  • Speaker : Bottom-facing speaker
  • Microphones : Dual-microphone with noise cancellation
  • Features : OnePlus Music
  • Technology : Dirac Power Sound® technology for speaker optimization
Info Paparan
  • Saiz : 5.5 inci
  • Resolution : 1080p Full HD (1920 x 1080 pixels), 401 ppi
  • Bezel : 0.755 m
  • Cover Glass : Corning® Gorilla® Glass 4
  • Jenis : Optic AMOLED
  • Aspect Ratio : 16:9
  • Features : Night Mode Display, Dark Theme, dan System Accent Colors
Info Kamera Belakang
  • Sensor : Sony IMX 298 Sensor, 16 MP, 1.12 µm pixel, dan f/2.0 aperture
  • OIS (Optical Images Stabilization) : Yes
  • EIS (Electronic Image Stabilization) : Yes
  • Autofocus : PDAF (Phase Detection Autofocus)
  • Video : 720p, 1080p, dan 4k resolution pada 30fps (frames-per-second)
  • Slow Motion : 720p video pada 120fps
  • RAW Images support : Yes
  • Features : Auto-HDR, Dynamic Denoise, Manual Control, dan Clear Image.
Info Kamera Depan
  • Sensor : Sony IMX179, 8 MP, 1.4 µm dan f/2.0 aperture
  • EIS (Electronic Images Stabilization) : Yes
  • Autofocus : Fixed Focus
  • Video : 720p, 1080p video pada 30fps (frames-per-second)
  • Auto selfie : Smile Capture
Itu sahaja spesifikasi OnePlus 3. Anda boleh rujuk laman web OnePlus atau sumber2 lain seperti GSM Arena dan lain2 🙂
Bagaimana nak dapatkan OnePlus 3? (eh macam kenal ja ayat tu kan? hahaha)
Boleh di dapat di gedung2 Online seperti Satu Gadget Dot Com (saya selalu beli kat sini, tapi contact dulu takut stock habis) ataupun Direct-D atau Seven Mobile serta kedai2 yang jual product OnePlus
Sedih kerana Maxis tidak bawak masuk OnePlus 3 (tak seperti OnePlus 2).
Saya suka OnePlus ni kerana spec power, tapi harga bawah RM2K (Premium and cheap hihi). OnePlus 3 juga terdapat 3 set seperti OnePlus 2 iaitu A3000, A3003 dan A3005.
Spec sama cuma baseband yang berbeza 🙂
Dalam review ini, saya akan menyentuh bahagian2 tertentu saja seperti Bateri, Dash Charge, Design, Camera, Technology dan Operating System (Oxygen dan Hydrogen OS)
Bateri OnePlus 3
Credit to PhoneArena
Percayalah, ini bateri OnePlus 3. Agak mengecewakan kerana ia tidak berwarna merah.
Dah la warna hitam, lepas tu capacity dia kurang daripada OnePlus 2, 3,000 mAh manakala OnePlus 2, 3,300 mAh.
Terima kasih kepada Dash Charge kerana cas dengan lajunya dalam 1/2 jam boleh dapat 70% bateri (bergantung juga pada ROM apa yang anda guna). Itu kita kupas mengupas dalam bab Dash Charge.
Terima kasih sekali lagi pada Optic AMOLED, kerana menjimatkan kuasa apabila semua paparan hitam-hitam belaka.Dash Charge

Credit to PhoneArena

Dash Charge merupakan teknologi baru dalam OnePlus. Ia merupakan custom version daripada VOOC (Voltage Open Loop Multi-step Constant-Current Charging). Tambahan pula processor Qualcomm® Snapdragon™ 820 mempunya Quick Charging 3.0, jadi teknologi ini dapat dimanfaatkan dengan baik.
Tidak seperti Quick Charging 3.0, Dash Charge cas semakin menaik meskipun screen on dan ia cas terus kepada bateri, bukan kepada phone itu sendiri, dapat mengurangkan haba kerana pengalihan haba dengan pengurusan kuasa dan unsur-unsur penyebaran haba membuatkan OnePlus 3 kurang panas ketika cas.

Sekiranya anda guna (contoh main game) sambil cas, ia tidak akan melambatkan cas, malah ia akan terus naik dan naik sampai ia penuh. Tetapi tidak baik cas sambil main phone kan, kan?

Design OnePlus 3

Gambar diambil dengan kamera OnePlus 2, Manual Focus

Saya beli warna Soft Gold (warna emas klasik yang terdapat dalam seni tradisional Jepun, untuk lihat lebih canggih), kerana nampak lebih exclusive berbanding dengan warna Graphite (warna kelabu dikalibrasi untuk menawan sifat semulajadi berhablur titanium mineral ore). Tapi rasa macam iPhone pulak sebab depan putih. Hahaha

Bukan itu sahaja, paparan depan hampir serupa dengan Oppo F1 Plus (beza sensor dengan kamera depan. haha) dan belakang macam HTC. Ya HTC and kamera belakang tu macam Samsung Galaxy S4, huhuhu.
OnePlus 3 ni nipis dan semuanya logam jadi jangan cas sambil main, letak dekat perut. Jika tidak akan rasa kelajuan Dash Charge hahaha (iPhone 5S, iPad 4 saya dulu selalu kena, terkejut la sekejap). Alert Slider dari OnePlus 2 dan X, ada pada OnePlus 3. Fungsinya sama macam model lama.
Kamera OnePlus 3
Gambar yang diambil dengan kamera OnePlus 2, Manual Focus
Kamera belakang OnePlus 3 merupakan MP paling besar dalam keluarga OnePlus, iaitu 16MP dengan teknologi Smart-Capture serta disokong oleh OIS (Optical Images Stabilization) dan EIS (Electronic Images Stabilization) untuk menghasilkan gambar dan video yang terbaik. Macam biasa ada Manual Mode, Timelapse, SlowMotion dan Panorama.So far saya guna kamera OnePlus 3, saya suka kualiti dia, tetapi not bad la low light punya gambar. I think OnePlus 2 better low light than OnePlus 3, but quite nice low light OP3. hehehe. Saya sertakan sample gambar dan video dari kamera OnePlus 3.

Kamera Belakang

Gambar diambil dengan kamera OnePlus 3

Gambar di atas diambil mode Normal, HQ, HDR dan Manual. Lokasi di Taman Tasik Shah Alam. ROM pula Oxygen OS 3.5.1, quite fast snap, and nice kan gambar?

Tetapi, ada OnePlus 2 dan 3 mempunyai masalah yang sama, iaitu Focus. Focus dia gila hahaha, untuk mengatasi masalah tersebut, lock focus setelah dapat focus yang cantik 🙂
Kamera depan

klik untuk lebih jelas
 

Kamera depan OnePluas 3 quite nice than OnePlus 2. Mintak kawan jadi model. (Actually mereka ini suka sangat tangkap gambar :3)

Gambar Panorama
klik untuk lebih jelas
Ini pula gambar Panorama. Smooth ja masa ambil gambar, tapi tak cukup panjang pulak Panorama -_-. Apa pendapat ampa?Video Timelapse

 

klik untuk mainkan video

Ini pula video Timelapse dari OnePlus 3, duration hanyalah 8 saat. Actually lenguh pegang lama-lama sebab tak bawak tripod.

Video SlowMotion

klik untuk mainkan video

Ini pula video SlowMotion dari OnePlus 3. (Ada beza ke dengan OnePlus 2?)

Rakaman video kamera belakang, 720p, 1080p, dan 4K.

klik untuk mainkan video

klik untuk mainkan video


klik untuk mainkan video

Rakaman kamera depan, 720p, dan 1080p


klik untuk mainkan video

klik untuk mainkan video

Ini sample rakaman video menggunakan kamera depan OnePlus 3. Actually saya hanya rakam sahaja, tidak adjust focus. saya lupa nak adjust focus 🙁

Technology

OnePlus 3 dikuatkan dengan processor baru Qualcomm® Snapdragon™ 820, 64GB stor penyimpanan dan stor penyimpanan UFS 2.0 merupakan lebih laju pemindahan data 3x daripada eMMC 5.1 serta kelajuan yang sangat laju, 6GB RAM dan recording 4K video.

Ada khabar angin mengatakan OnePlus 3 ini merupakan device future update. Betul ke?
Jika lihat dari segi spec processor ini, macam boleh pergi jauh processor ini. heheh
Mengenai fingerprint sensor, ada improvement kerana 0.2 saat sahaja, phone anda sudah unlock, tanpa perlu on screen.
Surface sensor tersebut menggunakan premium ceramic.

Mengenai screen, agak jahat kerana menggunakan Optic AMOLED. Ya AMOLED.
Screen OnePlus 3, 5.5′ dan resolution FullHD.
Jadi, sekiranya anda buat Dark Mode, maybe ia boleh membantu anda menjimatkan bateri (Rasa macam geng Samsung pula)

Mengenai Connectivity and Network, OP3 merupakan phone yang carrier unlocked. Jadi anda boleh masuk SIM dari mana2 negara dengan senang hati serta ia dual SIM (nano).
Jadi, tak perlu la anda bawak 2 phone dalam satu masa, satu phone, dua SIM card 🙂

Operating System, Oxygen OS

klik untuk lebih jelas

ROM yang saya pakai ini, Oxygen OS 3.5.1 (gabungan Hydrogen OS dan Oxygen OS). ROM ini merupakan update yang ke dua selepas versi pertama, 3.5.0.
Saya apply Dark Theme kerana untuk menjimatkan bateri, dan nampak agak jahat. hahaha
Screen Mode pula ada 3 jenis, iaitu Default (warna agak menyerlah), sRGB (warna screen seperti OnePlus 2) dan Customization (Cool to Warm) dan terdapat Lock Button (hanya ada pada ROM Hydrogen OS, kini Oxygen OS juga dapat) maka boleh main game tanpa tertekan hardware key.

Seperti biasa, ROM ni anda boleh pilih sama ada nak guna on-screen navigation bar ataupun hardware button serta Oneplus Shelf, menarik daripada versi lama. Cuma Memo tu nak edit or delete tidak boleh. hahahaha. Sound quite loud, sedap tapi tidak support ViPER4Android. huhuhu. Notification bar, ada sikit macam Android 7.0 Nougat, (seperti App permission on ROM Lollipop, OnePlus 2. Ikutkan App permission dekat Marshmallow baru ada).

Selain Oxygen OS, Hydrogen OS dan CyanogenMod juga support model ini. Tetapi ROM Hydrogen OS tidak mantap seperti di OnePlus 2. Everything is awesome (eh dah macam lagu), tetapi battery dia kuat juga drain. Mungkin next update fix it or they continue Oxygen OS (sebab Oxygen OS dan Hydrogen OS bergabung dah, sebab tu keluarnya Oxygen OS 3.5.1 (akan dikeluarkan artikel tersebut) yang terkini).

Tambahan, Pros and Cons
Pros

  • RAM 6GB (RAM laptop saya pun 4GB hahaha) dan Qualcomm® Snapdragon™ 820.
  • OTG support (saya beli dekat kedai ustaz, area uptown Kota Damansara, RM5 saja boleh guna. Tapi OnePlus 2, kena pakai brand Xiaomi punya OTG, kawan pesan la)
  • Fingerprint 0.2 saat
  • Kamera belakang 16MP dan depan 8MP
  • Ringan dari OnePlus 2.
  • Screen Optic AMOLED (mahai oo baiki)
  • Icon stock menarik
  • Dash Charger, memang laju tak terkira.
  • Ada NFC, tapi guna sangat ke?
  • Permukaan sensor fingerprint, ceramic (jika calar tu tiada la, harap tak gila macam fingerprint sensor OnePlus 2)
Cons
  • Camera bump (macam kamera Samsung Galaxy S4, dan agak kecewa bila baringkan phone, boleh menyebabkan lens rosak)
  • Focus pakai PDAF, tiada Laser Autofocus and masalah focus mabuk (Lock Focus untuk mengatasi masalah focus mabuk)
  • Design HTC?, agak lincin so better pakai casing
  • Battery drain cepat dari OnePlus 2, mungkin beza capacity atau update ROM will fix this problem? kita tunggu.
  • Tiada StyleSwap Cover, ada pun casing ja
  • Sound slow, tapi quite nice la
  • Mic speaker perlahan (taktau ROM or memang phone problem, sebab ada pernah kena air 🙁 adui)
  • Tempered Glass tidak full, screen protector ada la. Mungkin nanti ada stock kot.
  • Screen replacement agak mahal dan susah untuk baiki. Jadi hati2 yer
  • Casing susah nak cari di kedai2, kena beli online la. hahaha
Itu sahaja pendapat saya mengenai OnePlus 3 ini. Saya sudah pakai hampir sebulan dan puas hati memakainya. NFC, ada ke, tiada ke saya bukan guna pun hahaha. Tapi, ada golongan-golongan tertentu guna as payment bill ataupun lain2.
Sama seperti artikel saya OnePlus 2, rasa janggal lama tidak menaip artikel hihihi
Jadi, berbaloikah beli? atau sekadar indah dari khabar rupa?
Lain orang lain pendapat, jika anda ada pertanyaan dan pendapat, tinggalkan ia dekat komen bawah.
* Jika anda ingin phone yang murah, spec power, why not OnePlus 3 in your wishlist? hehehe.

Dash Charging on action! Hahaha

Sedikit video ROM Oxygen OS 3.5.1

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Muat Turun Video Filem Melalui Pautan Terus [Direct Link]

0

Sebenarnya saya dah lama tak muat turun video-video sama ada secara pautan terus (direct link) ataupun menggunakan aplikasi torrent. Sejak guna Kodi secara hardcore, aktiviti layan movie via torrent pun dijalankan melalui aplikasi tersebut. Nak tahu caranya? Nanti saya tuliskan kemudian.

Ok, apa pun tujuannya, jika anda hendak memuat turun mana-mana filem dari pautan terus, anda boleh gunakan trik Google (Google Dork) ini. Ya, memang banyak Google Dorks tetapi tak payah acah-acah macam anda hafal semua pula. Cukup sekadar gunakan mana yang memberi manfaat, simpan baik-baik dalam satu note.

Cara 1 [Dork 1]

1. Nama filem -inurl:(htm|html|php|pls|txt) intitle:index.of “last modified” (mp4|wma|aac|avi)

Contohnya : batman v superman -inurl:(htm|html|php|pls|txt) intitle:index.of “last modified” (mp4|wma|aac|avi)

Keputusan dari dork adalah seperti berikut. Klik sahaja pada mana-mana yang anda suka, kecuali dari subindomovie.xyz tu. Itu laman web entah-apa-apa-entah.

Cara 2 [Dork 2]

intitle:index.of? mkv

Contohnya : intitle:index.of? batman v superman mkv

Berikut adalah contoh salah satu pautan yang telah saya klik.

Tu diaaa..

Baiklah. Cukup setakat itu sahaja. Tutorial torrent dengan Kodi akan menyusul nanti.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Muat Turun Video Di Facebook Tanpa Menggunakan Tools/Aplikasi/Perisian

0

Cara paling mudah untuk muat turun video di Facebook adalah dengan menggunakan Internet Download Manager. Tetapi tidak semua orang tahu caranya. Nampak mudah pada kita tetapi susah pada mereka yang bukan tech-savvy.

Terdapat banyak caranya, tetapi saya cuba senaraikan yang paling mudah untuk anda.

1. Gunakan URL di bawah. Salin dan tampal di mana-mana kalau anda malas nak ingat.

https://x.facebook.com/video/video.php?v=”Video ID”

– Kemudian, buka pautan video yang anda ingin muat turun. Contohnya adalah seperti di bawah.

https://www.facebook.com/agus.s.jaya.16/posts/10205762768423531

– Klik untuk mainkan video dan klik kanan untuk memaparkan pilihan ‘Show video URL’. Salin URL tersebut dan dapatkan ID videonya.

Contoh adalah seperti berikut.

https://x.facebook.com/video/video.php?v=10205762726102473

Seterusnya klik kanan dan pilih ‘Save video as’.

Hah, tunggu apa lagi tu. Klik ‘Save’ la.

2. Cara lain, ialah dengan menggunakan laman web yang dibuat khusus untuk muat turun video dari Facebook (dan beberapa laman lain).

Facebook Video Downloader – Online Download Facebook Videos

Facebook Downloader

Caranya mudah sahaja dan straight-to-the-point. Anda dapatkan pautan video yang anda hendak muat turun, salin dan tampal ke dalam kotak seperti di bawah dan klik butang ‘Download’.

Siap.

3. Ya, masih terdapat banyak lagi cara mudah yang lain, tetapi cara ini khusus untuk mereka yang menggunakan telefon pintar. Cara ini juga amat mudah sekali. Anda hanya perlu tukarkan pautan Facebook yang bermula dengan www. kepada ‘m’ iaitu pautan untuk Facebook versi mobil (m.facebook.com).
Setelah itu, mainkan video dan klik pada ‘Save video’. Siap!
Tutorial ini khas untuk yang bukan tech-savvy sahaja. Kalau anda geeks, nerds, IT Power Renjes, pi cari artikel lain la. Banyak lagi artikel yang best dalam ni kan. Heheheh.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Fake-Game: Kaedah Terbaru Penjenayah Siber Menjana Pendapatan Melalui Phishing

0

Pelbagai kaedah telah digunakan oleh penjenayah siber bagi ‘menjana pendapatan’ melalui penjualan tool eksploitasi sekuriti dari malware hinggalah kepada ransomware. Akan tetapi kaedah tersebut telah pun tamat tarikh luputnya, dan terkini, mereka memulakan pula perniagaan berasaskan kepada servis (Malware-as-a-Service – MaaS), dan salah satu servis tersebut adalah menjual laman phishing (Phishing-as-a-Service – PHaaS).

Dari Laporan blog Fortinet:

Menggunakan servis phishing Fake-Game dari sebuah laman web Rusia, lebih dari 60,000 pengguna laman tersebut telah berjaya mendapatkan kata nama pengguna dan kata laluan mangsa sebanyak 700,000, hanya dengan berkongsi pautan log masuk kepada laman palsu.

Sebaik sahaja pengguna log masuk ke laman, satu tutorial (berbahasa Rusia – diterjemahkan kepada bahasa Inggeris) akan dipaparkan.

Setelah memilih dari senarai pelbagai laman yang boleh dipalsukan paparan log masuknya, pengguna akan diberikan pautan. Sebagai contoh, Gmail.

Nah, siap sudah sebuah laman berserta pautan yang dihubungkan bersama ID affiliate pengguna.

Dikatakan, maklumat yang dicuri melalui phishing tersebut boleh dijual pada harga $0.015USD hingga $15.39USD.

Disebabkan servis yang ditawarkan ini bermodelkan freemium, maka ianya adalah percuma, namun ada langganan bulanan (versi premium) yang memberikan akses bagi akaun-akaun yang telah dicuri oleh pengguna percuma, dan menghalang pengguna berbayar lain dari melihat akaun-akaun yang telah anda (maksud saya – sesiapa saja pengguna berbayar tersebut) curi. Err. Faham kan.

Dari $3.50USD sebulan atau $7.12USD untuk tiga bulan langganan, mereka menawarkan khidmat selepas jualan dengan ejen-ejen yang boleh dihubungi menggunakan fungsi chat yang ada pada laman.

Pesanan khidmat masyarakat:

1. Pastikan alamat log masuk laman yang biasa anda gunakan itu betul. Jangan sekali-kali log masuk sekiranya ia muncul dari popup-popup iklan.

2. Tukar kata laluan dan gunakan kata laluan yang kukuh.

3. Gunakan two-factor verification jika akaun tersebut menawarkannya.

4. Jangan sekali-kali lupa kata laluan akaun anda.

5. Jangan sekali-kali lupa kata laluan akaun sandaran (backup) anda! Juga soalan sekuritinya!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline