Utama Blog Laman 160

Hackim Si Penggodam: Monolog & Bab Satu

0

Monolog

Siapakah aku di dalam aku,
Yang menuruti kehendak waktu,
Atau larut di dalam masa, menanti hari yang dijanji,
Berjalan di atas al-ardh, atau terbang di dimensi astral,

Saraf perak itu entahkan bila putusnya,
Berselirat bersama salur-salur darah dan dawai,
Bersilang dengan kabel-kabel data dan memori zettabyte,
Mungkinkah nanti Izrail jua kan keliru,
Manakah letaknya nyawaku,

Cengkerang luaran ini kan pudar dan mereput,
Namun rekod Akashiknya tetap terus,
Hingga diri sebenar dipanggil kembali,
Oleh yang empunya diri,
Tunggu saat dan ketika, mungkin hari ini pengakhirannya.


Bab Satu [Chapter 1]

Hackim sampai awal di pejabatnya, seperti selalu. Seawal jam 7 pagi dia tiba, dek kerana jarak antara rumah dan pejabatnya yang sangat dekat. Tetapi entah kenapa hari itu hatinya terasa berdebar lain macam. Seakan ada sesuatu yang tidak ‘kena’ akan terjadi.

Nyata telahan Hackim benar.

Sewaktu Hackim turun dari tangga hendak menuju ke cafe, dia ditahan oleh beberapa individu berkot dan berkaca mata hitam. Waktu inilah hatinya terdetik “Alangkah bagus kalau aku turun dengan orang lain”. Inilah natijahnya apabila selalu sangat memencilkan diri.

“Encik Hackim, saya Saiful, orang yang buat panggilan kepada Encik Hackim beberapa hari lepas”. Individu yang berdiri di tengah seraya memperkenalkan dirinya.

“Oh ya, saya masih ingat. Ada apa ya ramai-ramai ni?”. Berkerut dahi Hackim melihat mereka. Masakan tidak, dia ditahan di pertengahan tangga, macam buat kesalahan yang besar dan ditahan oleh pihak berkuasa pula lagaknya.

“Kami nak encik ikut kami ke S.T.E.A.L.T.H. Center. Di sana nanti Profesor Arif akan menanti kehadiran encik”, pinta Saiful, nampaknya tanpa bertangguh.

“Baik, saya ikut. Tapi saya kena maklumkan kepada bos saya terlebih dahulu”.

“Encik jangan bimbang, segalanya dah diuruskan oleh pihak kami”. Saiful memandang Hackim sambil tersenyum kecil.

Kesemua mereka turun ke kawasan parking di tingkat bawah yang pertama, lalu menuju ke sebuah Alphard Hitam yang juga dipandu oleh individu berkot dan berkaca mata hitam, menunggu dengan muka serius.

STEALTH Center, 10.30 pagi.

Mereka tiba awal di Stealth Center, kerana tidak singgah di mana-mana untuk minum pagi seperti amalan biasa rakyat Malaysia.

Kehadiran Hackim disambut mesra oleh kakitangan Stealth, dengan senyuman ramah. Hackim disapa oleh seorang perempuan berkaca mata bingkai petak kecil, yang memintanya untuk terus ke pejabat Profesor Arif.

“Encik Hackim, Saya Rania. Profesor Arif minta saya iringi encik ke pejabat. Prof tunggu encik dekat sana”. Perempuan itu tersenyum manis.

“Baiklah, tunjukkan saya tempatnya”. Hackim tidak mahu melewatkan lagi perjumpaan ‘misteri’ itu.

Segala rasa lapar hilang apabila melihat suasana dan struktur reka bentuk pejabat Stealth Center yang amat moden sekali. Projektor hologram berada di mana-mana.

Sebaik tiba di depan muka pintu pejabat Profesor Arif, Hackim ingin mengetuk pintu, dengan harapan ianya adalah perbuatan ‘sopan’, namun dihalang Rania.

“Encik, dekat sini tiada orang yang ketuk pintu. Kami berinteraksi dengan Prof melalui alat komunikasi ini encik”, Rania seraya menunjukkan sebuah alat berbentuk bulat yang timbul di tepi sebelah kiri pintu.

Rania menekan sebuah butang biru kecil, dan apabila bunyi ‘bip’ dua kali bergema, satu suara garau bertutur.

“Rania ke tu? Ya ya, bawak dia masuk. Saya tak sabar nak bincang ni. Hahaha”. Suara tersebut ketawa pendek.

“Encik Hackim, silakan masuk”, jemput Rania, matanya dikecilkan. Nampak ayu sekali.

Pintu terbuka dengan sendirinya. Rupanya ia hanya boleh dibuka oleh orang tertentu, dengan enkripsi tertentu.

Dari jauh nampak seorang lelaki dalam pertengahan umur sedang duduk di mejanya, sambil memandang Hackim dengan pandangan yang penuh makna.

“Hackim, saya dah lama tunggu kamu. Bakat kamu, apa yang kamu tahu, buatkan saya tak sabar nak kamu berada di sini. Saya Profesor Arif, sayalah orangnya yang nak kamu datang ke mari, ke STEALTH Center ini”.

Lancar Profesor Arif memulakan bicara. Terpegun Hackim seketika. Kerana pada lelaki tersebut ada karisma, ada kebijaksanaan yang dapat dirasa.

“Tapi, kenapa saya Prof, dan, apa sebenarnya yang Prof nak dari saya? Saya bukan siapa-siapa”. Hackim menjawab laju. Hatinya mempunyai banyak persoalan berat yang perlu dirungkai.

“Begini. Saya sebenarnya sedang menjalankan sebuah kajian, di bawah satu projek bernama NESFORCS, iaitu ‘Neural Scheme For Robot Conciousness‘.”.

“Projek kami ini, ingin mencipta sebuah rangkaian skema neural yang kompleks dalam kepintaran tiruan untuk mewujudkan apa yang kita panggil sebagai ‘conciousness‘ dalam robot yang kami bina”.

Mata Hackim terbuntang mendengar penjelasan Profesor Arif. Tidak disangka, persoalan-persoalan berat yang ada dalam hatinya itu mengemudi dirinya ke sebuah lembah yang lebih berat lagi.

Bersambung..

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Chrysaor: Malware Android Ciptaan Israel Khusus Untuk Memantau Dan Mencuri Informasi

0

Google dan sebuah firma kajian sekuriti iaitu Lookout, telah menemui sejenis malware pada Android yang dikatakan telah pun wujud serta tidak dapat dikesan oleh mana-mana antivirus selama 3 tahun – dinamakan sebagai Chrysaor.

Tak pasti kenapa namanya cool sangat, macam nama anak artis-artis dekat Malaysia, namun ianya merupakan hasil ciptaan sebuah syarikat dari Israel iaitu NSO Group Technologies, syarikat sama yang telah mencipta Pegasus, sejenis spyware khas untuk iOS.

Berikut adalah data jumlah peranti yang telah dijangkiti.

Antara ciri-ciri Chrysaor ialah:

* Kebolehan untuk mengeluarkan data-data dari aplikasi seperti Gmail, Facebook, WhatsApp, dll.
* Mengawal sesebuah peranti dari jarak jauh menggunakan perintah berasaskan SMS.
* Merekod video dan audio secara langsung.
* Merekod log kekunci (keylogging) dan menangkap layar.
* Menyahaktif kemas kini sistem.
* Memantau contacts, mesej teks, e-mel, dan sejarah pelayar web.
* Memusnah-diri untuk mengelak dari dikesan.

Cara untuk mengesan dan mengelak dari dijangkiti:

1. Jangan pasang fail APK dari sumber yang entah-dari-mana. Sebaiknya pasang dari sumber yang sah iaitu Google Play Store.

2. Aktifkan fungsi ‘Verify Apps’ dalam tetapan Google Play services.

3. Lindungi peranti anda dengan pin atau kata laluan.

4. Sentiasa pastikan anda mengemaskini firmware/sistem operasi/aplikasi.

5. Elakkan dari terkena phishing melalui SMS (smishing), e-mel, dan media sosial. Jangan klik sebarang pautan secara tak tentu hala. Amalkan pelayaran internet yang selamat.

Rujukan: Android Developers Blog, Lookout Blog.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Penggodam Kini Boleh Melakukan Godaman Pada Smart TV Anda

0

Konsultan Sekuriti, Rafael Scheel, telah mendemonstrasikan sebuah kaedah serangan pada beberapa smart TV Samsung, yang membolehkan beliau memperoleh akses root pada peranti-peranti tersebut.

Kerentanan sekuriti ini dapat membenarkan penggodam untuk melakukan serangan berangkai terhadap peranti lain yang berada dalam rangkaian sama atau memantau aktiviti mangsa melalui kamera dan mikrofon yang ada pada TV tersebut.

Anda boleh tonton demonstrasi serangan tersebut melalui video berikut.

Scheel hanya menggunakan transmitter murah untuk menerapkan perintah berniat jahat (malicious commands) ke dalam signal Digital Video Broadcasting – Terrestrial (DVB-T).

Transmisi tersebut menurut beliau mempunyai kerentanan ketara yang membolehkan beliau melakukan exploit dengan mensasarkan pada kelemahan sekuriti yang dikenalpasti ada pada pelayar web smart TV itu.

Kaedah serangan ini juga dapat dibuat dan disasarkan pada beberapa smart TV serentak, tanpa ‘sentuhan’ fizikal dari penyerang/penggodam.

Cuma kelemahan yang ada pada serangan jenis ini ialah ia hanya boleh dilakukan pada smart TV yang terhubung ke internet, dan menggunakan saluran DVB-T.

Rasanya pengguna di Malaysia selamat kot, sebab orang di sini baik. ?

Sumber: Ars Technica

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

10 Tips/Cara Mengurangkan Penggunaan Data Pada Telefon Android Anda

0

Sebenarnya saya dah malas nak tulis tentang ‘cara menjimatkan’ ni. Contohnya cara menjimatkan penggunaan kuasa bateri, cara menjimatkan penggunaan data, dan sebagainya.

Sebabnya, kita dah pun masuk tahun 2017, di mana rata-rata telefon pintar yang baru dikeluarkan mempunyai ciri fast/rapid/turbo charging. Jadi kalaupun baterinya mampu bertahan setengah hari, dengan ciri fast charging itu, dalam masa hanya 15 minit atau setengah jam sahaja pengguna sudah boleh mendapat kuasa yang mencukupi untuk bertahan hingga ke tengah malam.

Begitu juga dengan ‘cara menjimatkan penggunaan data’ pada Android. Sekarang kita sudah mempunyai pilihan yang baik untuk penggunaan data tanpa had, iaitu sama ada webe atau Digi INFINITE.

Namun bila difikirkan semula, tak semua orang mampu melanggan pelan seperti itu. Jadi, atas dasar keprihatinan itulah, artikel ini ditulis.

Jadi, bagaimanakah caranya?

Data Saver

Data Saver atau ‘penjimat data’ ini terbahagi kepada dua. Satunya ialah aplikasi ‘berdiri sendiri’ (standalone). Satu lagi ialah apa yang diterapkan (embedded) di dalam pelayar web.

Contoh:

1. Aplikasi penjimat data DataEye.

Ini adalah salah satu contoh. Aplikasi DataEye ini memang sangat-sangat-sangat ‘ketat’ dalam ‘melepaskan’ data anda. Ia tidak akan membenarkan apa-apa bentuk data digunakan oleh mana-mana aplikasi – selagi tidak dibenarkan sendiri oleh anda.

Memang ohsem beb aplikasi ni.

Antara contoh lain, ialah aplikasi Opera Free VPN, Opera Max, Protect Free VPN+Data Manager (Onavo), dan lain-lain lagi.

2. Penjimat data terbina dalaman/diterapkan ke dalam pelayar web – iaitu Google Chrome, Opera, Opera Mini, Puffin, dan beberapa lagi.

Paling menarik, kesemua ciri penjimat data telah dibina secara dalaman, tidak perlu sebagai addon atau extension. Hanya perlu aktifkan sahaja melalui tetapan.

Contoh pada Google Chrome:

Contoh pada pelayar web Opera Mini:

 

Cuma bezanya antara Chrome dan Opera, sekiranya anda aktifkan Data Saver pada Chrome, semua iklan akan dapat ‘melalui’ proxy Chrome tersebut, manakala perkara sebaliknya pula berlaku untuk Opera dan Opera Mini.

3. Aplikasi sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instagram, dan lain-lain, sememangnya banyak menggunakan data.

Ada satu solusi termantap bagi menyelesaikan masalah ini selain dari melanggan pelan data tanpa kuota, iaitu melanggan plan yang menyokong data ekstra/tanpa kuota untuk aplikasi-aplikasi sosial ini, contoh plan-plan U Mobile.

Namun, sekiranya kawasan tempat tinggal anda tidak ‘mengizinkan’ ia berlaku (disebabkan isu liputan), maka apa yang yang boleh anda lakukan, ialah mencari aplikasi alternatif bagi setiap satu aplikasi tersebut, yang lebih menjimatkan data, contohnya Facebook Lite.

Bagi WhatsApp pula, jangan lupa untuk menyahtanda kotak-kotak berikut supaya ia tidak muat turun semua media secara auto.

 

4. Kemas Kini Auto – Kemas kini aplikasi secara auto sememangnya bagus, namun jika pelan data anda tidak mengizinkannya daripada berlaku akibat kuota kecil harga mahal, maka silalah nyahtanda pilihan tersebut dalam aplikasi Google Play Store.

5. Hapus Iklan – Bagi yang sudah root peranti, maka jalan paling mudah ialah gunakan AdAway. Buat yang belum pula, aplikasi seperti Opera VPN dan AdClear dapat membantu. Tetapi jangan lupa masukkan URL omghackers.com dalam whitelist!

6. Android Nougat Data Saver – Buat anda yang sudah menggunakan Android Nougat, maka anda bolehlah manfaatkan Data Saver terbina dalaman yang ada padanya.

7. Hadkan Data Latar Belakang

Ciri ini ada pada Android Marshmallow – Nougat. Siapa yang belum tahu, maka ini saatnya untuk anda mengambil peduli tentang ciri penting ini.

8. Dengar lagu secara luar talian (offline)

Mungkin cadangan ini agak ketinggalan zaman buat sesetengah geeks, namun ianya masih relevan jika data anda amatlah sedikit, dan anda cukup berjimat bila menggunakannya.

Muat turun dahulu semua lagu yang anda minati, dan tempatkan ia di dalam kad SD. Tak perlu strim, tak perlu muat turun buat kedua kalinya. Kan jimat begitu.

9. Gunakan WiFi/Hotspot bila-bila masa yang anda dapat. Cuma perlu ingat, jika anda menggunakan WiFi awam, jangan lupa gunakan VPN. Mata-mata jahat yang memerhati ada saja di mana-mana.

10. Tutup henfon. Habis cerita. Itu tak boleh, ini tak boleh. Keh keh keh. Ok bai.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

NetSpeedMonitor 32/64-bit For Windows XP/7/Vista/8/8.1/10 Download

0

Ramai juga yang berminat rupanya dengan aplikasi yang dah beberapa tahun saya gunakan pada Windows ini, sejak dari Windows XP lagi kalau tak silapnya.

Aplikasi ini ringkas sahaja, memaparkan kelajuan internet muat turun dan muat naik pada taskbar – sama ada dalam unit bits atau bytes, ikut kemahuan dan keserasian dengan diri anda.

Ya, ringkas sahaja, sama seperti Internet Speed Monitor Pro yang dibuat untuk Android, fungsinya tidaklah jauh berbeza pun. Bukan apa, dengan adanya ‘internet speed monitor’ ini, sekurang-kurangnya kita akan dapat lihat kelajuan internet dan memantaunya jika perlu.

Contoh apabila ia perlahan sahaja, dengan cepat saya akan periksa satu demi satu tetapan dan lain-lain punca ia menjadi begitu untuk tujuan troubeshoot.

Apapun, tak perlu bicara panjang, terus sahaja kepada perkara pokoknya. Pautan muat turun adalah seperti yang anda dapat klik di bawah.

Muat turun NetSpeedMonitor:

NetSpeedMonitor 32-bit

NetSpeedMonitor 64-bit

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Review Digi Postpaid™ 80 INFINITE: Selamat Tinggal Dunia Buffering, Selamat Datang Data Infiniti

0

Setelah beberapa hari menanti, akhirnya kad sim yang saya telah ambil dari pejabat GD Express telah pun diaktifkan. Perkara pertama yang ingin saya lihat ialah simbol ‘4G’ di atas status bar setelah beberapa bulan menggunakan webe yang mana hanya ‘3G’ di mana-mana.

Tapi dalam artikel ini bukan saya hendak menghentam webe, jauh sekali hendak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berbaur kebencian. Kerana sepanjang menggunakan webe, pada saya dengan harga RM79 + GST sikit tu, adalah amat berbaloi sekali untuk data yang tidak dikira.

Juga dalam artikel kali ini bukannya saya hendak bercerita tentang webe, sebaliknya saya hendak bercerita tentang Digi Postpaid™ 80 INFINITE, yang telah dinanti-nantikan oleh para rakan-rakan saya setelah ianya dilancarkan secara rasmi oleh Digi.

Sebelum saya berkata apa-apa, eloklah anda tonton terlebih dahulu kelajuan strim YouTube, plan 80 INFINITE ini. Tiada lagi buffering, akhirnya!

Ya benar, apa yang anda telah tonton di atas itu BENAR BELAKA. Digi telah MENIPU kita. Digi telah berjanji untuk memberikan kelajuan sekurang-kurangnya 5Mbps namun sejauh ujian yang telah saya lakukan, saya telah mendapat sebanyak 11Mbps!

Diulangi, 11Mbps!!

YA, tanpa apa-apa ‘trick’, tanpa apa-apa ekstra pun yang perlu saya lakukan.

Digi BERBOHONG nampaknya, dan untuk itu saya TERPAKSA mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana kelajuan yang saya peroleh pada telefon bimbit murah saya ini adalah lebih dari yang telah dijanjikan! Terima kasih Digi!

Sebab-Sebab Bertukar

Anda semua tahu, anda semua sedia maklum, saya tidak pernah menggunakan internet tanpa VPN melainkan telefon panas, bateri dah nak kong, ataupun invois VPN belum dibayar. Selain semua situasi itu, saya akan sentiasa menggunakan ia – untuk apa juga aktiviti.

Namun, rangkaian webe nampaknya agak sedikit ‘cerewet’ kerana tidak menyokong sambungan kepada rangkaian VPN pilihan saya, iaitu TorGuard. Diakui sendiri oleh kakitangan webe, sememangnya mereka tidak menyokong rangkaian VPN dan apabila kelajuan menjadi unbearable, unusable, pada saya telah tibanya masa untuk bertukar.

Ternyata telahan saya tepat apabila sebaik sahaja TorGuard disambungkan kepada rangkaian Digi, kelajuan masih kekal seperti biasa.

Tak lupa juga, kelajuan tanpa menggunakan VPN pada plan Digi INFINITE ini adalah amat memuaskan hati, di mana setiap muat turun yang telah saya lakukan mendapat lebih dari 5Mbps, iaitu lebih dari yang telah diwar-warkan dalam laman web Digi.

Berikut adalah antara beberapa lagi tangkap layar yang sempat saya ambil sebagai bukti.



Selain dari kelajuan, tahukah anda, Digi kini sudah menyokong VoLTE (untuk sesetengah peranti)? Juga menyokong LTE-A? (Google sendiri untuk mengetahui mengenai dua ciri ini ya).

Baiklah. cukuplah setakat ini sahaja info yang mampu saya berikan. Cakap banyak pun tak guna juga sebab Digi dah pun tutup (mungkin buat masa ini) pelan 80 INFINITE ini. Apapun, harapnya ia dibuka semula kerana saya yakin dan pasti, selepas review INI dipos, ramai yang akan meraban sakan mahukan pelan ini dilepaskan.

Sebelum artikel ini ditutup, saya belanja sikit tangkap layar speed test.

Nota: Semua kelajuan di atas adalah dalam unit bits, bukan bytes.
P/s: But still FAST.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

INORI (Prayer): Persembahan Tarian Dengan Perubahan Wajah Melalui Super High Speed Face Mapping

0

‘INORI: Prayer’ ialah sebuah persembahan tarian yang memaparkan perubahan pada wajah penari menggunakan ‘real-time facial projection mapping‘.

Dalam tempoh satu minit, penonton dapat melihat perubahan wajah pada penari-penari tersebut menjadi tengkorak, badut, dan patung yang menakutkan.

INORI (prayer) / The Making of.

Projek ini merupakan sebuah kolaborasi antara Nobumichi Asai dan studio reka bentuk WOW, serta University of Tokyo’s Ishikawa Watanabe Laboratory.

Video tersebut menerangkan bahawa bagaimana University of Tokyo itu mereka bentuk projektor berkelajuan tinggi yang memancarkan 1000 kerangka per saat. Dengan menggunakan projektor itu bersama sebuah sistem pemetaan 3D dan sensor penjejak yang tepat, pembuat video mampu menukar rupa penari dalam masa yang sebenar (real-time face changing).

Apapun jom layan dulu video tersebut.


Gempak bukan? Heheheh.


Views: 0

Iklan Newspaper Inline

The Return of Hackim Si Penggodam: Permulaan Kepada Sebuah Pengakhiran [Prolog]

0

Sebenarnya, telah lama Hackim tidak lagi mengambil tahu apa-apa lagi tentang ‘godam’ atau apa-apa jua yang berkaitan dengannya. Ini dek kerana setelah Hackim mula mendapat kerja dalam sebuah jabatan kerajaan, dia terpaksa memperlahankan semua aktivitinya.

Bagi Hackim kehidupan semasa zaman persekolahan dahulu yang penuh dengan aktiviti-aktiviti ‘Black Hat‘ terpaksa dilupakan, walaupun hati sedikit memberontak. Menjadi seorang penjawat awam memaksanya menyimpan kemahiran yang ada padanya, kerana kalau diketahui orang, akan menjadi sukar pula untuk Hackim cuba untuk melakukan ‘apa-apa’ sekiranya nanti keadaan memerlukan.

Hackim selalu berseorangan dalam apa juga yang dibuat olehnya. Dia lebih senang begitu, meskipun ada juga rakan-rakan yang setempat kerja dengannya selalu mengajak Hackim untuk ke mana-mana, Hackim lebih rela menjadi ‘lone wolf‘, kerana sepanjang hidupnya sebelum berkerjaya, dia sering kecundang apabila melakukan kerja-kerja secara berkumpulan.

Barangkali ada antara prinsip hidup Batman yang telah meresap ke dalam dirinya.

Namun itu semua berubah apabila Hackim menerima satu panggilan telefon misteri.

“Assalamualaikum encik Hackim. Saya Saiful, wakil Professor Arif diarahkan untuk menghubungi Encik Hackim”, suara yang serak-serak basah itu memulakan bicara.

“Waalaikumsalam, Profesor Arif? Siapa tu ya?”, Hackim tertanya-tanya siapakah gerangan Professor yang sedang ‘mencari’ dirinya.

“Saya harap encik Hackim boleh lapangkan mana-mana hari, sebab kami akan pergi berjumpa dengan encik dalam tempoh waktu terdekat ni”.

“Ehh, tapi kenapa? Korang ni siapa? Kenapa nak jumpa saya pula?”, Hackim berasa sedikit cemas dan berang dengan kenyataan santai dari Saiful itu, seolah menyatakan seakan tiada apa yang patut dicemaskan.

“Baiklah encik Hackim, encik boleh tunggu di rumah sahaja, atau di pejabat. Kita akan berhubung lagi. Saya harap encik tak ke mana-mana selain dua tempat ni ya. Professor Arif amat menantikan kehadiran encik dalam team kami”.

“Terima kasih encik Hackim atas kerjasama”, Saiful mengakhiri ‘perbualan’ antara keduanya, lantas terus menamatkan panggilan.

“Ehh nanti! Apa ni? Saya tak tahu apa-apa! Apa hal? Kenapa nak berjumpa dengan saya pula? Encik Saiful! Oiii!”, Hackim membentak marah. Nampaknya ada satu bentuk konspirasi aneh yang mengenali dirinya, seraya memerlukan kehadiran dirinya di ‘sana’, yang entah di mana.

“Ahh, apa pula ni. Tak pernah-pernah pula ada situasi macam ni. Tak sedap hatilah pula. Hmmm”, Hackim sekadar bermonolog dalam hati. Kusut-masai akal fikirannya berantakan memikirkan.

Hatinya sedikit sakit, dan juga berdebar dalam masa yang sama dek kerana dirinya kini ‘dikehendaki’. Dikehendaki barangkali oleh sebuah organisasi. Organisasi nan misteri.


Bersambung..

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

10 Laman Tempat Muat Turun Dan Strim Filem

0

Sebenarnya malas abam nak tulis artikel macam ni. Sebabnya? Sebabnya meskipun abam sendiri pirater tegar untuk filem-filem, tetapi terlebih dahulu abam akan pergi ke panggung wayang menontonnya.

Namun buat mereka yang jarang sekali ada peluang untuk ke panggung, maka tiada jalan lain, muat turun adalah jalannya.


Berikut disenaraikan beberapa laman yang legal dan pirate untuk anda muat turun atau strim filem-filem dan rancangan-rancangan kegemaran anda.

1. LayanOn9

Abam selalu bukak laman ni untuk layan Maharaja Lawak Mega dengan Mentor Milenia je. Thanks to them I don’t have to subscribe to Asteruk-Bebenor anymore.


2. iflix

Kalau anda suka filem-filem Melayu yang agak lama jugak, contohnya Cicakman trilogy tu, haa, di sinilah tempatnya, gudangnya untuk anda menikmati semua filem-filem tersebut secara sah di sisi undang-undang. iflix boleh dilanggan dahulu secara percuma selama sebulan (akaun dalam tempoh percubaan) dan selepas itu bayaran bulanan cuma RM10.

3. Netflix

Ini juga satu lagi gedung atau gudang untuk anda menikmati pelbagai saluran yang menarik, serta filem-filem dan stand up comedy secara BERBAYAR. Heheheh. Serendah RM30+ sebulan, anda boleh strim kandungan di dalamnya tanpa had. Semua ada – cuma tinggal nak bayar sahaja.

4. YouTube

Ehh, tak, abam tak melawak. YouTube pun dah jadi ‘gudang’ pirates okeh. Cuma sedar atau tidak sahaja, dan sudah pastinya kena ‘pandai cari baru jumpa’. Biasanya abam hanya cari filem Tamil sahaja – itupun yang ada sarikata dalam bahasa Inggeris. Untuk filem dari US, kita kena cari di tempat lain la.

5. KumpulBagi

Di sini adalah laman yang biasanya akan abam buka bila semua tempat dah buat abam putus asa. Biasanya filem-filem Tamil yang menarik agak sukar didapati melalui laman-laman torrent, tetapi di KumpulBagi peluang untuk menjumpainya boleh dikatakan agak positif.

6. Ganool

Kalau anda jenis kaki muat turun tegar, rasanya laman ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Dah beberapa kali juga domain-nya ditukar, tetapi lamannya masih kekal segar, tidak ditutup dan terus menerus dikemaskini. Yeahhh.

7. Cyro.se

Biasanya laman Cyro.se ini akan abam buka kalau nak cari episod-episod terbaru The Flash, Arrow, Supergirl, dan Legends of Tomorrow. Cari saja di sini, ia akan dikemaskini dengan sangat cepat sebaik sahaja satu-satu episod itu disiarkan.

8. ShAaNiG

Shaanig ni boleh dikatakan antara laman rujukan terbaik untuk mana-mana filem yang ingin anda muat turun melalui klien torrent – atau seedbox, atau laman-laman seperti ZbigZ.

9. MkvCinemas.Com

MkvCinemas.Com adalah laman paling sesuai untuk anda yang mencari filem-filem bersaiz kecil, dan berpautan terus (direct download link).



10. moviedetector

Laman terakhir ini juga adalah sebuah alternatif terbaik untuk para peminat The Flash, Arrow, dan lain-lain drama oleh DC. Selain itu, banyak juga filem-filem baru yang dikemaskini di sini. Semuanya dengan pautan terus, tak perlu klien torrent untuk muat turun.

Baiklah. Itulah dia senarai 10 laman untuk anda muat turun dan cari filem-filem, rancangan-rancangan, atau drama-drama kegemaran anda. Harap anda berpuas hati dan sudi kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda ya. Terima kasih!

Views: 12

Iklan Newspaper Inline

Terpakai.my a.k.a Terpakai Malaysia: Klon Mudah.my Yang Lebih Mudah Untuk Urusan Pengiklanan

0

Mudah.my tidak perlu diberikan introduksi lagi. Hampir seluruh pelusuk masyarakat kenal, waima mak budak tahun 1980an. Sebab sistem pengiklanan Mudah.my ini dah lama bertapak di Malaysia serta mempunyai jumlah pengguna yang semakin meningkat – tidak surut-surut sejak hari pertama ia dilancarkan.

Namun, tahukah anda, terdapat satu lagi laman pengiklanan yang perlukan recognition dari rakyat Malaysia, dek kerana mudahnya untuk menggunakan ia berbanding Mudah.my itu sendiri? (Yeah, pun intended).

Terpakai.my ialah sebuah laman yang memfokuskan kepada ruang pengiklanan percuma, ala Mudah.my namun dengan beberapa ciri tambahan yang mam

Berikut adalah antara ciri-ciri laman Terpakai.my:

1. Ianya adalah percuma dan tanpa had. Anda boleh beriklan 24/7.
2. Dipantau dan ditapis (filtered) oleh sistem, spam akan di padam.
3 Daftar dan log masuk serta terus beriklan dengan akaun Facebook atau Google. Sangat mudah.
4. Iklan akan terus dipaparkan jika lepas tapisan sistem.
5. Mempunyai panel pengguna yang menyimpan data pengunjung.

Berikut pula adalah beberapa paparan skrin laman Terpakai.my ini:


1. Ini ialah paparan log masuk untuk pengguna baru atau lama. Mudah, hanya perlu log masuk menggunakan akaun Google atau Facebook sahaja. Hanya beberapa klik anda sudah menjadi pengguna.

2. Paparan laman ketika selesai log masuk ke Terpakai.my @ Terpakai Malaysia.

3. Paparan carian iklan. Waktu ni saya dengan sengaja menyahaktif uBlock Origin. Nah, terpampang beberapa Google Adsense.

4. Ini pula adalah paparan senarai iklan, jika anda klik pada ‘Lihat Semua Iklan’.

5. Paparan iklan yang telah siap dipos. Nampak ‘bersih’ dan teratur sekali.


6. Ini ialah panel pengguna. Terdapat maklumat/info yang terperinci tentang iklan-iklan yang telah anda pos. Lebih senang melihat ‘engagement‘ pengunjung.

7. Ini pula ialah paparan jika anda tekan butang ‘Iklan Baru Anda’. Terdapat ruang bagi memasukkan tajuk, kategori, lokasi, dan keterangan.

8. Di bawah sedikit terdapat pilihan bagi memasukkan 3 keping gambar produk yang anda ingin jual, nombor telefon anda untuk dihubungi, alamat, harga, jumlah produk dalam simpanan, URL laman web (jika ada), dan butang untuk menghantar iklan anda.

Itulah dia sedikit sebanyak info mengenai laman Terpakai.my ini. Diharap anda dapat memanfaatkan ia untuk urusan iklan-iklan produk anda. Selamat maju jaya!

Pengurusan juga boleh dihubungi melalui laman Facebook mereka iaitu : terpakai.my

Di bawah ini adalah video introduksi Terpakai.my.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline