Tora datang lagi!
Heheh.. salah iklan daa..
Giveaway kini menjelma lagi pada tahun 2013 ini. Cara paling baik untuk kita mulakan tahun baru, dengan entri baru yang boleh bikin panasss..
Giveaway ini masih lagi datang dari Syarikat yang sama, seperti yang lepas. Saya sekali lagi ditawarkan 10 lesen untuk produk Syarikat AOMEI, cuma kali ini ia adalah AOMEI Partition Assistant Server.
Kalau perisian Partition Assistant Pro memudahkan anda mengurus partisi dalam cakera keras pada PC, Partition Asisstant Server bakal memudahkan hidup anda mengurus cakera keras pelayan. Saya memang tak pernah guna benda alah ni, cuma buat mereka yang pakar seperti bro Fikri, mungkin perisian ini menjadi idaman. Heheh.. Bro, servis VPN ko memang ohsem lah! (Promote sikit bisnes kawan).
Berikut adalah butiran produk dan giveaway ini:
Produk : Lesen Partition Assistant Server bernilai $139USD
Jumlah lesen : 10
Tarikh tutup : 27hb 01 2013
Pemenang dipilih berdasarkan : Random.org
Cara untuk memenangi perisian ini adalah mudah iaitu:
1. Langgani Feedburner blog ini di sini : Feedburner OMG! Hackers?
2. Ikut (follow) blog ini (tak wajib).
3. Komen melalui ruangan komen di bawah dengan menyatakan kenapa anda mahukan perisian ini, atau kenapa anda patut menang.
Seperti sebelumnya, anda perlu ingat, tiada apa yang akan merugikan anda dengan menyertai Giveaway ini. Pemenang yang bertuah akan mendapat lesen asli dari Syarikat Aomei. Asli itu indah. Eyywahhh..
Saya berharap lebih ramai yang akan berikan komen kerana lebih ramai, lebih meriah, lebih banyak nama yang akan saya tuliskan dalam Random.org. Barulah ada saingan!