MyTunnel.me : VPN Yang Lebih Dari Sekadar Berbaloi

Masuk tahun 2013, mari kita bermula semula dari awal. Kita kembali pada root, dan ‘root’ saya dalam bidang IT yang saya sangat minati ini ialah Anonymous Surfing. Dalam ‘chapter’ Anonymous Surfing, VPN adalah salah satu dari bahagiannya. Bagi sesetengah orang, ada yang menganggap VPN ini ‘susah’ atau ‘sukar’ untuk difahami. Bagi saya pula, VPN merupakan tajuk yang paling menarik sekali.

Adik Luqman kita dulu ada bikin artikel mengenai MyTunnel.me, namun disebabkan reviu beliau tidak menyentuh mengenai kelebihan sebenar servis MyTunnel.me, maka saya terpanggil untuk menulis mengenainya setelah beberapa hari melakukan ‘test drive’.

Untuk para pembaca yang baru mengenal blog ini umumnya, dan VPN khasnya, saya sarankan anda baca artikel ini : Pemecah Mitos : Benarkah VPN Dapat Melepasi Kuota Broadband/ISP?

Kalau noob pasal VPN tolong baca!

Iklan Google

MyTunnel.me : Servis VPN Dari Yang Pakar

Seingat saya sepanjang beberapa tahun mengenali saudara Fikri, beliau adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada dunia Linux, manakala saya mungkin adalah individu yang memperkenalkan dan ‘meracun’ fikiran beliau untuk masuk ke dalam dunia VPN. Heheh..

Tampak seperti perkenalan kami membuahkan hasil, dan rentetan dari itu beliau menubuhkan servis OpenVPN yang dikenali dengan nama MyTunnel.me, manakala saya terus menyelam jauh ke dasar dunia Linux yang tidak bersempadan tanpa berpaling ke belakang lagi.

Kenapa saya katakan servis dari yang pakar itu penting? Kerana selain sokongan selepas langganan, orang yang menyediakan servis itu juga perlu tahu sedalamnya selok-belok rangkaian (networking), OpenVPN, serta tak lupa juga pengurusan perniagaan beliau.

Sesiapa saja dengan sedikit ilmu asas boleh membuat servis VPN sendiri, dan mendapatkan pendapatan lumayan dari iklan-iklan yang ditampal di seantero blog-blog, forum-forum. Tetapi tanpa kefahaman yang jitu, servis bakal menempah batu nisan domain bernama tanpa penghuni di alam maya.

Cross Platform

Ini salah satu ciri super-duper penting yang wajib ada pada mana-mana penyedia servis VPN. Kita perlu ingat, selain Windows, terdapat juga Mac, Linux dan Android yang mana penggunanya begitu ramai sekali, tak terbilang dek jari-jemari. Katakan di Malaysia ada 10,000 orang pengguna Android, hanya 1 peratus sahaja yang melanggan servis anda. Masih untung kan?

Eh.. melalut sudah..

Iklan Google

Abaikan pengiraan karut itu, kita fikirkan pengguna-pengguna Linux dan Mac yang kepingin hendak menggunakan VPN untuk melepasi kuota broadband sekatan internet, anonymous di alam maya dan pelbagai lagi kelebihan VPN yang lain. Tanpa sokongan berbagai peranti ini, servis VPN boleh disifatkan sebagai ‘merepek’. Di sini MyTunnel.me menyinar..

OpenVPN

Setakat yang saya lihat, MyTunnel.me cuma menawarkan OpenVPN. Memang terdapat jenis-jenis protokol yang lain seperti PPTP, L2TP dan IPsec. Tetapi pada pandangan saya, cukuplah OpenVPN menjadi nadi penggerak servis ini.

Ini adalah kerana kalau dilihat dari sudut mana sekalipun seperti sekuriti, kebolehan untuk melepasi firewall yang ‘keras’ seperti Websense, Barracuda, Fortigate, OpenVPN adalah protokol terbaik antara kesemuanya.

Iklan Google

Harga Berbaloi Untuk Wang

Untuk bayaran permulaan langganan, anda akan diminta sebanyak RM25, iaitu RM10 untuk yuran pengurusan (seumur hidup, sekali sahaja), dan RM15 untuk langganan servis selama 2 bulan. Jika anda hendak memperbaharui langganan, anda hanya perlu membayar RM15, bagi langganan 2 bulan seterusnya. Harga yang cukup murah, tanpa perlu mengorbankan kualiti servis yang ditawarkan.

2 Hari Percubaan

Sifat ingin tahu anda kuat? Maka anda diberikan tempoh percubaan (trial) selama 2 hari sebaik sahaja anda mendaftar dengan servis MyTunnel.me. Sepanjang 2 hari itu anda boleh gunakan sebanyak 2 pelayan percubaan yang disediakan iaitu satu untuk pelayaran biasa, dan satu lagi untuk pemainan (gaming).

Iklan Google
Iklan Google

Port Khusus

Ya, terdapat port khusus untuk aktiviti-aktiviti internet anda seharian. Port tersebut ialah port pelayaran web atau aktiviti biasa dan juga port untuk permainan. Terdapat juga port yang hanya boleh digunakan untuk aktiviti pelayaran, muat turun, penstriman, tetapi tidak boleh digunakan untuk aktiviti torrent. Ingin tahu kenapa? Langganlah dulu..

Kesimpulan

MyTunnel.me bukan servis VPN dari newbies, bukan servis ‘biasa-biasa’. Empayar mereka semakin kukuh, semakin teguh. Tak perlu gusar untuk menjadi pelanggan tetap setiap 2 bulan, pelaburan anda sedikit cuma, faedahnya besar sekali.

Kalau anda ingin menjadi ‘anonymous’ di internet, melepasi sekatan firewall (like a boss!), menonton laman penstriman khusus untuk geolokasi tertentu (seperti Hulu.com untuk penduduk US sahaja), melayari internet dengan lebih selamat tanpa perlu risaukan mengenai penggodam, maka VPN adalah solusi tepat. Dalam begitu banyak solusi VPN, MyTunnel.me adalah pilihan saya (saya bagitau sebab ada orang tanya.. haha..)

Buatlah akaun percubaan atau langganlah sekarang di MyTunnel.me | Cheap VPN That Don’t Suck

Mr. Hac @ Dr. Freddy : Sangat ‘cintakan’ bidang IT umumnya dan VPN khususnya. Anonymous Surfing ftw!

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

2 KOMEN

Ruangan komen telah ditutup.

spot_imgspot_img