Tutorial ini ditujukan untuk para pengguna Ubuntu. Tapi rasanya pengguna Windows juga boleh gunakan cara ini sekiranya masalah ini timbul.
Pernahkah pelayar Firefox anda mengalami masalah di mana butang back/forward dan juga ‘bookmark toolbar’ tiba-tiba tidak berfungsi. Apabila ingin diklik, ia tidak ‘timbul’. Jika jawapan anda ‘ya’, maka berkemungkinan fail ‘places.sqlite‘ mengalami kerosakan (damaged). Masalah ini boleh diatasi dengan kaedah berikut:
Mengatasi Masalah Butang Back/Forward/Bookmark Toolbar Yang Hilang Pada Firefox
1. Buka profil pelayar Firefox. Tapi sebelum itu pelayar Firefox harus ditutup terlebih dahulu.
Rujuk: Creating a new Firefox profile on Windows
Pengguna Ubuntu boleh lihat di sini: Profiles
2. Padamkan (delete) mana-mana fail yang mempunyai nama ‘places.sqlite’ termasuk ‘places.sqlite-shm’ dan ‘places.sqlite-wal’.
3. Buka semula pelayar Firefox. ‘places.sqlite’ akan ‘dibina semula’.
SUMBER: Locked or damaged places.sqlite