Membedah Mesej Anonymous Malaysia

Tanggal  25 Januari 2021 yang lalu, Hacktivist Anonymous Malaysia membuat satu hantaran video yang boleh dikatakan sebagai ancaman kepada sysadmin jabatan kerajaan Malaysia.

Rujuk: Hantaran pertama kami sebaik sahaja menerima berita dari laman Anonymous Malaysia

Satu operasi dinamakan sebagai #OpsWakeUp21, dituju kepada para pengendali laman-laman web kerajaan, dan pelbagai lagi badan berkaitan termasuklah telco. Mereka mengatakan, bahawa terdapat berbagai kebocoran data dan ketirisan berlaku, akibat sistem sekuriti yang lemah.

“The issue is there have been many cases of all Malaysia data telco has been hacked more over 46 million until now.”

Iklan Google

Abam malas nak ulas bab grammar, sebab broken English ni memang dah jadi trademark agaknya kepada mereka.

Cuma kalau bab telco, jika tak berlaku penggodaman sekalipun, data tetap dibocorkan oleh orang dalam telco. Ini yang menjadi antara masalah utama. Mujurlah ramai golongan ini berjaya diberkas SPRM (syabas SPRM).

Seperkara lagi yang dibangkitkan oleh Anon ini ialah kes penipuan (scam) yang semakin meningkat dan tidak berhenti berlaku. Kes penipuan juga berlaku disebabkan adanya data peribadi pengguna yang bocor ke tangan pihak penipu.

Iklan Google

Siapa yang menjualnya?

Paling sadis, kata mereka lagi;

“Cause of government didn’t support and developer team don’t take ownership of their code.”

Ini yang menyedihkan. Kod milik orang lain, dan bila diminta, tidak diberi. Lalu apabila berlakunya penggodaman, semua kelam kabut tak tahu nak rujuk siapa sebab pembangun asal dah berpindah ke syarikat lain pula.

Barangkali benar, ini merupakan suatu ‘wake-up call‘.

Iklan Google

Kita tunggu saja apa yang mereka ingin laksana. Berdasarkan kepada rekod, jarang sekali mereka ‘menghampakan’ dari segi ‘kejutan’.

#OMGHNews #Hacktivist #ExpectoPatronum #Expelliarmus #ExpectUs

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img