Seperti yang saya tegaskan dahulu, kita menyokong penuh usaha MCMC memerangi lanun cetak rompak, dan kami di OMG Hackers akan sentiasa membantu usaha untuk mendaulatkan Undang-Undang terutamanya berkaitan dengan teknologi.
Apabila ada syarikat yang sedang ‘menuju ke arah itu’, kita perlu buka ruang dan peluang agar semua dapat merasa nikmatnya strim dan menonton rancangan televisyen bersama keluarga tanpa fikirkan tentang ‘kesahan’ peranti.
*Gambar muka depan kredit kepada: Zamaye.com.
Spesifikasi LongTV:
Selain dari ‘Google Certified‘, kita juga ada ‘MCMC Certified device‘. LongTV salah satu contohnya. Dengan 1GB RAM. Diulangi, 1GB RAM dan 8GB ruang storan dalaman, anda akan memperolehi sebuah Android Box yang disahkan oleh MCMC.
Apa pendapat saya mengenainya?
Ia menggunakan pemproses dari HiSilicon, model HI3798MV200, yang dioptimumkan cirinya untuk menjadi platform bagi hub hiburan rumah. Anda boleh dapatkan maklumat terperinci mengenai HiSilicon HI3798MV200 di sini: HiSilicon Releases Industry Leading 4K HDR10 solution for Memory Optimised Home Media Platforms.
Dengan ciri seperti sokongan;
- Resolusi 4K
- HDR10
- Memori (RAM) serendah 1GB
Ia dapat digunakan pada mana-mana peranti berspesifikasi rendah dan kecil.
Ini dapat mengurangkan kos pembuatan peranti, sekaligus mengurangkan harga jualan (sepatutnya). Dengan harga RM399, anda akan dapat membeli sebuah LongTV bagi menikmati kandungan dalam talian dan dapat pula menggunakan sistem operasi Android yang ada padanya.
Pada saya harganya agak keterlaluan, dan harga yang patut bagi peranti ini adalah RM250-299. Saya tidak pasti sama ada lesen dari MCMC menjadi penyebabnya, atau mereka satu-satunya ‘player’ yang mendapat kelulusan, oleh itu mereka bertindak menjual dengan harga yang tinggi seperti Astro selepas memonopoli hak penyiaran negara.
TETAPI, jika saya pandang kepada alternatif sumber hiburan yang sah, dan sudah ‘siap’ apabila dibeli, tidak seperti Android Box lain, LongTV ada tempatnya yang tersendiri. Box ini menyokong resolusi 4K dan HDR, serta mempunyai sokongan selepas jualan dari LongTV team.
Sama seperti Android Box lain yang punyai pelbagai port, LongTV juga ada port seperti USB 3.0 dan 2.0, yang anda boleh guna jika ingin mainkan sesuatu dari pemacu USB.
Tentang ciri lain, saya tidak dapat ulas sepenuhnya kerana masih belum berkesempatan melihatnya depan mata. Jadi, kalau ada pihak LongTV yang terbaca artikel ini dan ingin menaja sebuah LongTV bagi tujuan ulasan, kami amat mengalu-alukannya.
Saya boleh dihubungi di arya@omghackers.com.
Setakat yang saya tonton dari video-video promo di Shopee, saya rasa LongTV akan dapat memuaskan hati mereka yang sudah jemu tercari-cari Android Box terbaik dan dapat digunakan untuk satu tempoh yang panjang. Jika anda berminat untuk membuat pembelian, boleh dapatkan dari wakil penjual yang sah.
The box is a load of rubbish. I have 3 so I think I owul know. Channels just disappear and you are just told by support to watch another channel. Even when you do the laggig makes it unwatchable. The device but ore so the service is not fit for purpose. Support say its not their issue, but will not tell you who to contact for help.