Lokmat C16: SmartWatch Murah Pelbagai Ciri

Pertama kali saya melihat iklan jam ini di Shopee, saya tergerak hati untuk mencari ulasan mengenainya. Tetapi sejurus enjin carian dipacu, kata kunci diberi, sedih juga melihat tiada sebarang ulasan dari blog rakan teknologi.

Apabila diteliti, saya mendapati jam pintar berjenama Lokmat ini, rupanya bolehlah dikatakan sebagai produk OEM yang dijenamakan semula untuk pasaran di Malaysia. Jika di negara lain, ada yang memanggilnya sebagai Kosmet, dan ada pula yang memberinya nama Senbono.

Walau apa pun namanya, ia mendapat tempat di hati saya untuk diulas dalam omghackers.com. Bukan kerana kecanggihan, tetapi kerana harganya yang amat mesra poket marhaen seperti saya. Setibanya di depan pintu rumah, bergegas saya bawa ia ke meja untuk dibuka kotaknya.

Tak usah kita panjangkan lagi bicara.

Iklan Google

Mari kita lihat apa yang ada dalam kotak LOKMAT C16.

Spesifikasi Lokmat C16

Bentuk Petak
Dimensi 48*43*12.7mm
Berat 50.5g
Warna Hitam, hijau
Jenis Paparan TFT
Saiz Skrin 1.69 Inci
Resolusi Skrin 280 x 320 piksel
Sistem Operasi Android & iOS
Sensor Sensor degupan jantung & G Sensor
Bluetooth 5.0
GPS Tiada
Pembesar Suara Tiada
Mikrofon Tiada
Mode Sukan 20 Mode
Pemantau Degupan Jantung Ada
Pemantau Oksigen Darah Ada
Pemantau Tekanan Darah Ada
Kalis Air 3 ATM
Ciri Tambahan ·        Peringatan tidak aktif

·        Monitor tidur

·        Penggera

·        Barometer

·        Menyelaraskan Kecerahan (dan sebagainya lagi)

Kapasiti Bateri 350mAh
Daya Ketahanan Bateri 50 hari
Aplikasi Da Fit
Material Tali TPU
Harga RM157

 

Pada ketika ini, saya masih menggunakan Amazfit Bip dengan tali besi yang dibeli berasingan. Sengaja saya cuba mendapatkan Lokmat C16 untuk merasai kelainan. Tambahan pula bentuknya yang petak itu membuat ia menjadi pilihan (Amazfit Bip juga berbentuk petak).

Sejujurnya saya sedang cuba menjadi manusia yang lebih aktif dalam aktiviti harian. Justeru, jam dipilih walaupun murah, mestilah ada ciri asas seperti pemantau degupan jantung dan pemantau kiraan langkah kaki (pedometer).

Atas niat inginkan badan yang lebih sihat, jam tangan pintar dipilih berbanding jam tangan biasa. Bukan hendak kata saya tidak berminat dengan G-Shock atau sewaktu dengannya, cuma dengan pelbagai jenis sensor pada jam tangan pintar membuat gajet itu lebih tepat sebagai peneman di tangan.

Lokmat C16 agak memberikan impresi awal yang baik.

Saya tidak memberi jangkaan tinggi terhadapnya disebabkan harga yang murah. Dengan RM157, saya tidak menyangka jam ini mampu memberi pelbagai ciri yang saya inginkan.

Antaranya ialah seperti 20 mode sukan (walaupun saya hanya gunakan mode larian sahaja), pemantau degupan jantung, pemantau tekanan darah, pemantau oksigen, dan pada saya paling penting sekali ialah pemantau kualiti tidur. Saya suka mengkaji sejauhmanakah kualiti tidur saya setiap malam dan bagaimana ia mempengaruhi hidup keesokannya.

Iklan Google

Perkara pertama saya lakukan selepas mengeluarkannya dari kotak ialah membuat pengecasan penuh. Setakat kuasa bateri yang ada, lebih kurang 2 jam juga baru kapasiti bateri dapat dipenuhkan.

Apa yang saya suka dengan kabel pengecasnya ialah ia menggunakan kontak magnetik untuk dilekap kepada kawasan pengecasan. Saya pernah juga menggunakan jam lebih murah sebelum ini, yang bergantung kepada cara mengecas dengan port USB. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya gunakan jam tersebut, kerana begitu leceh hendak mengecasnya.

Jika hendak dibandingkan dengan Amazfit Bip (yang lebih mahal), semestinya terdapat beberapa kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Antara ciri saya rindui ialah ‘Always-on Display’, dan kerana Lokmat C16 menggunakan paparan TFT, ia hanya ada pilihan untuk menyalakan skrin ketika tangan diangkat.

Kemudian, ‘Watch Faces’ yang ada (disediakan) dalam aplikasi Da Fit walaupun sekadar mencukupi, ia masih agak terhad. Kalau hendak banding – sememangnya kalah awal.

Iklan Google

Dari segi material, pada sesetengah orang mereka mungkin akan merasakan talinya seperti barangan murah (memang murah pun harganya, kan?). Tetapi jika ingin dicari kekurangan, barangkali hanya setakat itu sahaja saya boleh ungkapkan.

Dari segi lain-lain ciri, tidak banyak yang boleh kita ‘persalahkan’ kerana apabila mengambil kira faktor harga, jam ini memberi begitu banyak kelebihan.

Saya cuba membuat pemantauan kuasa bateri selama seminggu selepas pengecasan pertama, dan pada ketika masuknya hari Ahad, bateri menunjukkan nombor 80%. Pada perkiraan saya, kadar penggunaan kuasa bateri adalah berpatutan, tambahan lagi dengan saiz skrin 1.69 inci yang tampak besar, dan ketiadaan pilihan untuk mematikan ‘lift wrist to view info’ – menyebabkan saya rasa C16 sudah sedaya upayanya menghematkan penggunaan kuasa bateri.

Iklan Google

Ya, skrinnya cukup terang walaupun anda cuba melihatnya pada pancaran cahaya matahari terik. Usah bimbang bab itu.

Iklan Google

Manakala bab sensor,  boleh jadi ia mewarisi ‘penyakit’ jam pintar buatan China yang lain, iaitu kurangnya ketepatan pada sensor pedometer. Ini juga dapat dilihat pada Amazfit Bip, yang akan mengira langkah kaki walaupun sekadar menggoyangkan tangan. Apa lagi mampu dikata – pandai-pandailah anda anggarkan ralatnya.

Saya rasa tak perlu lagi dipanjangkan lagi ulasan ini.

Saya tahu, buat anda yang berminat, anda pasti akan mendapatkannya walau apa jua diperkatakan. Jika hati sudah kurang berkenan, pujilah macam mana sekalipun, akan tetap mencebik bibir.

Sekiranya anda minat, anda boleh dapatkan melalui Pengedar Sah Lokmat di Malaysia iaitu Desquire di platform Shopee: Lokmat C16 SmartWatch.

*Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak RM5 dengan menghantar ‘password’ di ruangan chat kepada des.chan (Desquire) iaitu – omghackersxdeschan. Maklumkan kepada penjual bahawa anda datang dari laman web ini.

Saya harap anda berpuas hati dengan perkongsian ini. Saya cuba untuk meluaskan lagi perkongsian dengan mengetengahkan produk-produk bajet marhaen kerana saya juga seperti anda – gajet dan teknologi adalah satu minat yang dibawa dalam kehidupan seharian.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img