Leonflix: Alternatif Terrarium TV Bagi Pengguna PC
AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Perisian Leonflix: Alternatif Terrarium TV Bagi Pengguna PC

Leonflix: Alternatif Terrarium TV Bagi Pengguna PC

0
Mobile Ads

Ada pelbagai alternatif kepada Terrarium TV untuk telefon (Android, semestinya). Tetapi bagi PC/laptop, tak banyak. Kalau ada pun Kodi, Popcorn Time. Oleh itu, saya perkenalkan kepada anda, Leonflix.

Apa Itu Leonflix?

Leonflix adalah alat carian (search tool) modular untuk kandungan dalam bentuk video. Crawler/scrapper akan ‘merayap’ dan menjelajah ke seluruh laman pengehos fail dan video bagi mendapatkan kandungan mengikut kata kunci yang dicari.

Fungsinya memang menyamai Terrarium TV, tetapi kali ini faedah yang sama dapat dinikmati oleh para pengguna PC pula.

Bagaimana rupa paparan antaramuka penggunanya, anda boleh lihat pada tangkap layar berikut.

Perisian ini masih lagi dalam peringkat beta, bererti banyak ciri penting yang diperlukan bagi menambah baik pengalaman kepenggunaan. Namun, versi yang ada sekarang pada saya sudah cukup untuk dapat strim kandungan video yang kita mahu.

Salah satu cirinya yang saya sendiri suka ialah ia akan memaparkan sarikata secara automatik sekiranya ada.

Buat masa ini pemain terbina dalamannya tidak menyokong sarikata luaran, tetapi dengan fungsi mainkan video menggunakan VLC, dapatlah anda berbuat demikian. Asalkan pemain VLC sudah pun terpasang, butang tersebut akan dipaparkan.

Ciri Leonflix yang paling menarik bagi saya adalah fungsi ‘Modules’. Modules adalah addon yang dibangunkan oleh komuniti bagi menambah lagi fungsi sedia ada pada Leonflix. Atas sebab itulah ia dipanggil sebagai alat carian modular, kerana fungsinya yang tidak perlu diimplementasi secara terus pada aplikasi.

Anda yang berminat, bolehlah muat turun Leonflix pada pautan di sini: Leonflix.

Leonflix terdapat untuk Windows, Mac, dan Linux. Bagi pengguna Linux, anda boleh klik kanan pada AppImage, hala ke Properties > Permissions dan tetapkan ia kepada ‘executable’. Manakala jika anda selesa dengan Terminal, bolehlah halakan Terminal anda ke direktori anda muat turun fail AppImage tersebut lalu gunakan perintah di bawah bagi menjalankan Leonflix.

Baris Perintah untuk jalankan Leonflix:
chmod a+x Leonflix.AppImage
./Leonflix.AppImage
Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version