Hai, saya lagi. Tak boring ke asyik baca tips je? Buat ke tak tips-tips kami kongsi ni? Tak kan baca saja kot? ???
Untuk artikel ini, saya akan bercerita mengenai aplikasi yang popular bagi pengguna Android, iaitu aplikasi Youtube. Youtube merupakan laman sesawang perkongsian video yang paling popular setakat ini. Hampir semua peranti pintar mudah alih hadir dengan aplikasi Youtube siap terpasang.
Namun, di zaman kapitalis ini, tidak dapat tidak syarikat-syarikat besar akan menggunakan pengguna percuma untuk mengaut keuntungan. Google juga tidak terkecuali. Dengan aplikasi biasa Youtube, anda tidak boleh menggunakan background play pada peranti anda semasa menonton video.
Maknanya, jika semasa anda menonton video dan tiba-tiba ada mesej masuk, anda terpaksa menutup aplikasi Youtube untuk membalas mesej tersebut dan kemudian sambung semula video setelah membalas mesej. Melecehkan bukan? Itu tak cerita lagi tentang iklan yang menyampuk di tengah-tengah video. Kadang-kadang, video 10 minit sampai ada 3 iklan!
Ironinya, background play ada disediakan di dalam aplikasi Youtube Red tanpa perlu menggunakan sebarang mod. Malahan, pengguna Youtube Red juga tidak akan diganggu iklan semasa menonton video. Tapi…Youtube Red mesti dibayar. Tak ada benda free di dunia ni tau?
Oleh itu, anda sebagai pengguna bijak dan celik IT, apa yang boleh anda lakukan? Saya perkenalkan, iYTBP – injected YouTube Background Playback. Sebuah lagi mod daripada forum XDA. Menariknya, mod ini boleh juga digunakan untuk pengguna yang tidak mempunyai akses root. TAK ADA ROOT PUN BOLEH GUNA!!!
Perhatian : Ini adalah modifikasi untuk peranti anda. Anda sendiri memilih untuk melakukan modifikasi ini. Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda tertumpahkan kopi anda, terlepas jam loceng, ataupun perang nuklear setelah melakukan modifikasi ini.
Tanpa membuang masa, saya akan memberi tips untuk menggunakan mod ini.
Untuk Pengguna Root:
1) Tuju ke forum asal di XDA. Admin tidak akan meletakkan link download kerana itu menyalahi etika antara pembangun. Sila lawati thread asal dan pilih pakej yang anda kehendaki. Saya andaikan anda telah pun mempunyai TWRP pada peranti anda. Untuk pengguna root, anda mempunyai lebih banyak pilihan.
Anda boleh memilih samada untuk menggunakan mod asal ataupun mod alternatif yang mana juga disertakan di dalam thread yang sama tapi oleh pembangun yang berlainan. Saya menggunakan mod alternatif iaitu versi Vanced yang juga disertakan dengan 2 pilihan warna tambahan iaitu warna Merah-Kelabu dan Hitam-Kelabu. Berbanding warna asal aplikasi Youtube iaitu Merah-Putih.
2) Secara peribadinya, saya lebih menggemari versi Vance kerana ia lebih cekap menghalang iklan dan lebih mudah dipasang. Cuma flash sahaja menggunakan TWRP. Yang penting, anda mesti mengetahui apakah architecture peranti anda dan berapakah ratio skrin peranti anda utnuk mendapatkan aplikasi yang sesuai dan mengelakkan masalah dalam proses pemasangan.
3) Untuk versi Vance, pastikan anda download file .zip yang disediakan. File .zip ini akan berfungsi sebagai installer bagi mod anda.
4) Kemudian, pilih versi Yotube anda yang anda kehendaki. Anda boleh memilih samada Youtube yang mempunyai tema, atau yang menggunakan warna asal yang tidak diletakkan di dalam folder. Perhatikan, versi untuk non-root juga disediakan.
5) Setelah selesai download kedua-dua bahan tadi, anda perlu letakkan kedua-dua bahan ini pada tempat yang betul. Untuk .apk, pastikan anda letakkan di dalam folder “Download” di dalam internal storage anda. Manakala .zip pula, letakkan di internal storage anda di luar daripada mana-mana folder.
6) Setelah itu, reboot ke TWRP dan flash file .zip anda. Ingat, sekiranya anda salah meletakkan lokasi .apk anda, pemasangan tidak akan berjaya. Oleh itu, setelah anda reboot semula ke system, tiada aplikasi Youtube akan terpasang kerana installer tadi akan menyahpasang aplikasi Youtube sedia ada secara automatik untuk memberi ruang kepada aplikasi yang telah dimod tadi.
Untuk Pengguna Tanpa Root:
1) Langkah untuk anda adalah lebih kurang sama. Anda perlu pergi ke link asal thread di XDA dan skrol ke bawah untuk versi Vance. Pilih versi Youtube yang sesuai dengan peranti anda dan download dari folder “NON-ROOT-VERSION-BY-LAURA-ALMEIDA”.
2) Untuk pengguna tanpa root, mengambil kira risiko yang anda tidak mahu ambil atas faktor keberanian, tahap skil, atau sebab-sebab peribadi, pembangun telah memudahkan anda. Anda tidak perlu tahu architectre peranti anda. Cuma pilih warna sahaja. ???
3) Enable “Installation from unknown source” pada peranti anda di dalam “Developer Setting”. Gunakan file explorer dan pasangkan .apk yang telah anda download tadi. Notis penting, untuk pengguna tanpa root, dengan mod ini, anda tidak akan boleh login akaun Google anda pada Youtube. Untuk menanggani isu ini, anda perlu download .apk tambahan MicroG-for-iYTBP dan pasangkan pada peranti seperti .apk Youtube tadi.
Itu sahaja daripada saya pada kali ini, selamat mencuba!