Errr, yeah, anda tidak tersilap baca. Saya tulis U Mobile adalah pilihan yang lebih bijak dan baik. Artikel seterusnya saya akan cuba dedahkan kenapa DiGi pula adalah pilihan yang lebih baik, tetapi dalam artikel kali ini kita tumpukan kepada U Mobile dahulu, ok?
Ok, kita abaikan dulu buat sementara waktu terma-terma dan istilah-istilah yang memeningkan. Terus kepada faktanya, kenapa U Mobile pilihan yang lebih baik?
Bab liputan (coverage), ianya bukan satu perkara yang harus dibangkitkan lagi kerana ianya juga adalah satu fakta, bahawa liputan U Mobile masih lagi belum menyeluruh. Ianya bukan yang terbaik, tetapi bukan juga yang terburuk.
Terus kepada pelan, tahun 2014 memperlihatkan U Mobile mengemaskini pelan untuk pengguna Prepaid dan Postpaid. Apa yang bagus? Ianya ada 3M iaitu menarik, murah, memancing. Errr.. ok, gurau sahaja. Satu lagi ‘M’ ni apa nak bubuh ya. Hmmm, menggembirakan. Boleh gitu?
Ianya menarik kerana ia murah (huh, senang tulis artikel..). Nope, letakkan situasinya begini, saya adalah antara orang yang sangat kerap menukar servis telco, melompat dari satu servis ke servis yang lain. Mencuba dari prepaid ke postpaid lalu kembali semula kepada prepaid (test drive). Buat mereka yang mengenali saya di Facebook pasti akan tahu betapa kerapnya saya menukar pelan, sehinggalah kes terbaru saya, petugas kaunter di Service Centre DiGi Alamanda telah menamatkan (terminate) nombor saya kerana salah faham.
Oleh kerana saya sangat memerlukan nombor baru + internet, maka saya tersepit antara kesemua telco-telco di Malaysia, yang mana satukah pilihan saya untuk mendapatkan nombor baru dan juga servis internet yang berpatutan.
Jadi dalam banyak-banyak pilihan, saya akhirnya memilih U Mobile. Kenapa? Begini..
Sewaktu Celcom masih lagi mempunyai ‘data tanpa had’ (ehemm..), pengguna adalah orang yang paling bahagia. Celcom juga berjaya membuat keuntungan yang lumayan melalui jualan kad sim prabayar yang kebanyakannya dijual oleh ejen-ejen ataupun seller.
Apakah ‘boom factor‘ disebalik penjualan kad sim tersebut? Ya, data tanpa had ataupun Unlimited Data Without Quota. Ia sememangnya melalui ‘pintu belakang’, namun dengan wujudnya pintu belakang itu, pengguna menikmati data tanpa had, seterusnya iklan dari mulut ke mulut pun berlangsung, lalu secara tak langsung juga jualan kad sim menggila.
Namun, hampir di penghujung tahun 2014 juga memperlihatkan kemurungan, kerana apabila ‘pintu belakang’ ini ditutup, ditambah lagi dengan bebanan PPU, para pengguna yang sudah terbiasa dengan data tanpa had kini dilanda depresi. Dukacita apabila telefon pintar kini hanya menjadi separuh pintar sahaja apabila kuota itu ‘kembali’.
Dipendekkan cerita saya yang sememangnya sudah panjang berjela ini, apa yang membuat saya tertarik kepada U Mobile ialah:
1. Tiada PPU selepas habis kuota!
2. Kelajuan cuma diperlahankan, tetapi masih lagi boleh digunakan untuk melayari internet.
3. Data percuma untuk strim YouTube dan Tonton setiap hari sebanyak 500MB! Dari pukul 2 pagi hingga 10 pagi, dan jika anda sudah menggunakan data tersebut sehingga habis, kelajuan cuma diperlahankan kepada 512kbps. Data ini akan diperbaharui setiap hari! Servis ini adalah percuma sehingga 15 Mei 2015, dan selepas itu ia akan dicaj sebanyak RM3. Hey, ok la tu!
4. Saya suka warna oren.
5. U Mobile ada duta yang kacak iaitu Dafi. Jadi penggunanya juga adalah kacak.
Ok nombor 4 dan 5 itu cuma jenaka selingan. Tetapi bagi saya ‘boom factor’ adalah nombor 1 hingga 3. Setiap pagi sebelum memulakan kerja, dari pukul 7 hingga lebih kurang pukul 9, saya akan cuba untuk habiskan kuota 500MB untuk YouTube tersebut. Ini adalah jauh lebih baik berbanding PPU, juga jauh lebih baik dari sambungan internet yang diputuskan terus selepas menjejak kuota.
Saya harap artikel ini mampu membuka sedikit mata anda. Mungkin liputan U Mobile di tempat anda seperti siput, bahkan mungkin juga langsung tiada, tetapi sebagai pengguna, suarakanlah hak anda. Beritahu ‘mereka’ supaya luaskan liputan, tambahkan pencawang, dan juga Service Centre.
Baiklah, jari-jemari halus ini sudahpun mula melecet akibat menaip terlalu panjang. Nak diikutkan saya masih ingin rancak bercerita mengenai servis internet yang diberi percuma selama setahun jika anda beralih kepada U Mobile. Tetapi bahagian itu saya tinggalkan untuk anda ‘selongkar’ sendiri. Asyik makan bersuap, apa salahnya sekali-sekala makan berlari.
Jumpa lagi evelibody, chow sin chiii aaaaa..
– Mr. Rious