Kebanjiran Tablet Bajet : Panduan Membeli

Kebelakangan ini kawasan tumpuan seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, dan lain-lain bandar besar dibanjiri dengan kehadiran tablet bajet. Di mana-mana kedai/booth, pasti ada model-model yang kadangkala mengundang persoalan kerana namanya..hmmm.. aneh ataupun kelakar (maaf).

Antara tablet-tablet bajet yang boleh dikatakan ‘popular’ dikalangan pengguna di Malaysia ialah Ainol, IPRO, Momo, Smart, Nautica 1, dan beberapa lagi jenama lain (yang saya dah lupa namanya). Buat mereka yang seperti saya, ada sedikit bajet, hendak membeli tablet yang bukan digunakan untuk heavy gaming, serta fungsi panggilan telefon, berikut saya senaraikan beberapa panduan pembelian, daripada pengalaman saya sendiri. Hehe..

Gambar IPRO i3S dari Facebook IPRO Malaysia

1. Pertama sekali tentukan bajet anda. Tentukan berapa maksimum paling tinggi harga yang ‘boleh pergi’ orang kata. Lol..

2. Setelah itu, lakukan dahulu carian internet mengenai spesikasi tablet-tablet bajet di pasaran. Sekarang kita tak akan tanya lagi pada pekedai “Bos, ini apa function ada?”. Soalan itu dah lapuk benar rasanya.

Iklan Google

Antara spesikasi yang perlu diambil kira (walaupun bajet rendah) ialah saiz bateri, kelajuan CPU serta GPU, jenama, saiz memori tersedia serta berapa yang boleh ditambah, dan yang paling penting sekali ialah ketahanan skrin.

Iklan Google

Kenapa saya katakan jenama juga adalah penting? Ini adalah kerana, sekiranya terdapat jenama tablet bajet yang sudah ‘established’ di pasaran, berkemungkinan besar terdapat forum dalam talian yang tersedia untuknya. Ini penting, kerana kebanyakan dari kita bukan pengguna biasa, walaupun tablet tu biasa-biasa saja. Hahaha.. Hakikatnya kebanyakan dari kita akan berusaha mencari cara untuk root peranti android mereka. Jangan tipu la haaa..

Selain itu, ketahanan skrin perlu diambil kira. Tak mahulah baru dua-tiga hari digunakan, terjatuh sikit sudah retak. Kalau tak silap tiada waranti untuk skrin. Eh, ada ke? Hmm..

3. Setelah siap carian internet, kini carian fizikal pula perlu dilakukan. Jangan hanya tumpu pada satu booth sahaja. Rayaulah dulu, mana tahu ada tempat lain mempunyai tawaran yang jauh lebih murah dan berbaloi.

4. Anda perlu tahu, tablet-tablet bajet ini rupa bentuk, ciri fizikal, serta spesikasinya boleh kata semua lebih kurang sama saja! Saya sudah buat perbandingan antara IPRO i3S dan juga tablet dari Ximax, dan juga Ainol. Memang sama bro. Tetapi antara mereka ada perbezaan dari segi pembungkusan, dan aksesori yang tersedia dalam kotak. Buatlah perbandingan dan pilihlah yang terbaik untuk anda.

5. Anda juga perlu tahu, tablet-tablet ini dari China. Di China, apa jua boleh ‘ditulis’ dan dicetak rompak. Pernahkah anda membeli klon iPhone yang mempunyai memori sebanyak 8GB (kononnya), yang sebenarnya hanya 2GB sahaja! Saya pernah, sebab itu saya tahu! Haha! Jenuh nak menjawab dengan ayah waktu tu. Lepas format memorinya, dari 8GB terus jadi 2GB. Ah, aneh!

Tapi itulah dia produk dari China. Apapun boleh. Oleh itu sila tanya, selidik, dan kaji dulu sebelum beli. Mana tahu, spesikasi atas kotak kononnya 512MB RAM, padahal 256MB sahaja! Siapa tahu bukan? Sayalah yang dah tahu sebab saya dah puas merayau… tadi.. heheh..

Apapun tablet Momo 9 dan Eken memang terbaik der! Hahaha! Selamat merayau dan selamatlah duit anda membeli ya! Made in Quangzhiooouuu!

Iklan Google
Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img