Wednesday, 24 September 2025
UtamaBerita"Ke Hadapan Menteri, Ketahuilah Bahawasanya Sebilangan Besar Rakyat dan Penjawat Awam Tinggal...

“Ke Hadapan Menteri, Ketahuilah Bahawasanya Sebilangan Besar Rakyat dan Penjawat Awam Tinggal Jauh Raripada Tempat Kerja”

Views: 1

Yang naik motorsikal, isi minyak 1 tanki penuh dalam perjalanan pergi dan isi 1 tangki penuh dalam perjalanan pulang kerja. Jadi 2 kali isi sehari untuk kerja sahaja. Jika pulang dari kerja, anak minta nak kertas lukisan jam 10 malam, kena isi minyak lagi.

Begitu juga pekerja di sekitar Lembah Klang. Rumah terpaksa menyewa nun jauh di Seremban sana. Pergi kerja isi minyak, balik kerja pun isi minyak.

Kemaskini: Paul Tan sudah mengeluarkan kenyataan mohon maaf atas kekhilafan

Bagaimana pula dengan musim perayaan dan cuti umum? Adakah rakyat kena duduk diam di rumah kerana balik kampung dan keluar membeli belah hanya akan menghabiskan petrol kereta? Adakah rakyat dihukum hanya kerana berhijrah jauh daripada keluarga? Adakah rakyat perlu henti berfikir untuk bantu gerakkan ekonomi dengan melancong dan membeli belah di kedai tempatan? Adakah kita perlu memilih nak balik kampung, atau nak simpan kuota petrol hari ini?

Jika ada had sekali pembelian sehari, yang untung hanyalah penyeludup. Mereka beli sekali harung dalam pukal dan cari kuota orang lain lagi. Kita yang betul-betul guna subsidi untuk kegunaan sendiri pula kena berkira-kira pukul berapa, bila, banyak mana, nak isi dalam kenderaan mana hari ini. Mungkin kena buat group FB baru pula. “Isi Ron95 di mana hari ini?” atau “Guna BUDI95 berapa kali bulan ini?”.

Mungkin menteri kena tanya pemandu kereta menteri sendiri. Berapa kali isi minyak sehari? Jangan buat keputusan macam di Indonesia. Di Indonesia motosikal cuma boleh isi minyak sekali dalam 4 hari. Kereta pula boleh isi minyak sekali dalam 7 hari. Sampai rakyat merusuh ke stesen minyak PERTAMINA.

Bila di atas, jangan sampai tidak berpijak di bumi, menteri. Kan dah ada kuota? Kira sampai habis kuota cukup lah. Nak kawal berapa kali pembelian sehari untuk apa? Untuk elak rakyat berbelanja? Menteri nak perjalanan wang dalam negara menurun kah? Nak kembali ke zaman kegawatan ekonomi 1999?

Kalaupun nak kawal pembelian pukal, kan dah ada sistem? Dah integrate BUDI dan sistem POS stesen minyak. Transaksi wang luar biasa pun AMLA boleh kesan. Tak kanlah pembelian bahan api luar biasa BUDI tak boleh kesan?

Kalau ada pengguna beli 300 liter sekaligus, mesti ada log pembelian dan log penebusan dalam sistem BUDI dan POS stesen minyak. Maka buatlah siasatan kepada akaun tersebut. Janganlah pukul rata. Hadkan jumlah pembelian harian hanyalah langkah terkebelakang, lemah fikiran dan regresif.

Sekadar luahan. Jangan tangkap saya.

Kemaskini: Kementerian Kewangan telah buat kenyataan tiada had pembelian Ron95 harian.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttps://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com
Artikel Berkaitan
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Paling Popular

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x