HONOR Magic6 Pro Bakal Dilancarkan di Malaysia pada 20 Mac
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Siaran Akhbar HONOR Magic6 Pro Bakal Dilancarkan di Malaysia pada 20 Mac

HONOR Magic6 Pro Bakal Dilancarkan di Malaysia pada 20 Mac

0
Mobile Ads

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2024 – HONOR Malaysia mengumumkan pelancaran rasmi HONOR Magic6 Pro, flagship baharu yang dinanti-nantikan pada 20 Mac ini. Pelancaran ini akan disiarkan secara langsung di laman Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang.

Model terbaharu Siri HONOR Magic ini telah diperkenalkan pada Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024 di Sepanyol dan menerima ulasan memberangsangkan yang meluas kerana pencapaian dalam menghasilkan inovasi baru dalam industri telefon pintar.

Bayar Deposit RM66 untuk Dapatkan HONOR Magic6 Pro

Sementara itu, HONOR menawarkan bayaran deposit sebanyak RM66 untuk menempah HONOR Magic6 Pro menerusi tawaran awal Early Bird Special yang bermula hari ini hingga 20 Mac. Nikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,259 terdiri daripada HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6, Setahun Jaminan Tambahan dan Gantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari. Selain itu, pembeli Early Bird Special layak mendapatkan 5 kali ganda rebat deposit ketika membuat pembayaran penuh.

  1. Kamera Magis: Peneman Sportografi untuk Menangkap Gambar Jarak Jauh

HONOR Magic6 Pro tampil dengan Sistem Kamera Falcon yang dinaik taraf terdiri daripada Kamera Utama 50MP, Kamera Ultra Lebar 50MP dan Kamera Tele-falcon HONOR 180MP. Kamera Tele-falcon mempunyai keupayaan zum digital 100X mengagumkan untuk menangkap imej zum dekat dengan lebih jelas, sangat sesuai untuk acara sukan. Menariknya, ciri HONOR AI Motion Sensing Capture mampu meramalkan detik penting dan menghasilkan gamba dalam definisi ultra tinggi.

  1. Skrin Magis: Lebih Kuat daripada Pisau Keluli

Skrin HONOR Magic6 Pro dihasilkan daripada Pelindung NanoCrystal HONOR yang adalah sepuluh kali lebih kuat daripada kaca biasa. Pengguna tidak perlu bimbang kerana skrin HONOR Magic6 Pro boleh menahan penggunaan harian dan tidak akan rosak sekiranya terjatuh.

Ia menerima pensijilan lima bintang Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability dari SGS untuk pelbagai senario. Paparan ini menawarkan perlindungan dan ketahanan yang tiada tandingan. Lebih menarik, HONOR Magic6 Pro didatangkan dengan Paparan Keselesaan Mata LTPO Kuasa Rendah Semua Julat 6.8-inci yang terkemuka dalam industri untuk kesihatan mata pengguna. Ia turut mempunyai Pemalapan PWM 4320Hz yang tertinggi dalam industri untuk mengurangkan ketegangan mata dan memberi pengalaman menonton yang selesa.

  1. Bateri Magis: Berkualiti Tinggi dan Jangka Hayat Bateri Panjang

Selain itu, HONOR Magic6 Pro dimuatkan dengan Bateri Karbon Silikon Generasi Kedua 5600mAh yang mampu menahan suhu rendah yang melampau. Bateri canggih ini membolehkan penggunaan lebih lama tanpa perlu kerap mengecas peranti.

Bateri ini disokong pengecas pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W dan wayarlas HONOR Wireless SuperCharge 66W untuk mencapai kuasa sehingga 100% dalam masa lebih kurang 40 minit sahaja. Selain itu, walaupun pada suhu -20 °C, bateri ini mampu berfungsi dengan cemerlang, malah masih boleh merakam video selama 11 minit dengan hanya 10% hayat bateri.

  1. Pengalaman Magis: Memahami Anda Lebih Baik Daripada AI

HONOR Magic6 Pro dikuasakan oleh cipset terkini Snapdragon 8 Gen 3 untuk prestasi hebat serta keupayaan AI generatif untuk perhubungan lancar. Peranti ini beroperasi dengan MagicOS 8.0 terbaharu sistem pengendalian berasaskan Android HONOR. Ia merupakan UI berasaskan niat yang pertama dalam industri yang boleh memahami bahasa, imej, gerak isyarat dan pergerakan mata untuk memahami kemahuan pengguna. Semua Ini mampu dilaksanakan menerusi Magic Portal dan Magic Capsule.

Magic Portal menggunakan AI untuk memudahkan tugas berdasarkan mesej dan tingkah laku pengguna. Contohnya, ia boleh mengecam alamat dalam mesej teks dan membimbing pengguna dengan pantas ke Google Map untuk navigasi. Pengguna juga boleh berkongsi butiran tempahan atau hasil carian dalam talian terus dari media sosial mereka dengan mudah.

Magic Capsule pula membolehkan pengguna membuka banner notifikasi di bahagian atas skrin untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan serta-merta, tanpa perlu membuka banyak aplikasi. Ia menyediakan akses pantas kepada maklumat penting, sekaligus memberikan pengalaman pengguna yang cekap.

Untuk maklumat terkini mengenai HONOR Magic6 Pro yang akan datang, sila layari https://bit.ly/HONORMagic6ProPR

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version