Kenapa Golongan Remaja Lebih Banyak Buat Drama Berbanding Golongan Dewasa?
AMP Ads
Mobile Ads
Home Kesihatan Kenapa Golongan Remaja Lebih Banyak Buat Drama Berbanding Golongan Dewasa?

Kenapa Golongan Remaja Lebih Banyak Buat Drama Berbanding Golongan Dewasa?

0
Mobile Ads

Percaya atau tidak, ia berkait rapat dengan proses perkembangan otak. Dan tidak, ia tidak semudah dan seringkas faktor “pengalaman”, “banyak makan garam”, atau “kematangan”. Kajian terkini mendapati, otak anda tidak mengalami tumbesaran sepenuhnya sehinggalah anda berusia 25 tahun ke atas. Ini memberikan makna baru untuk “usia kematangan” kerana secara tradisionalnya, umum menerima bahawa umur 18 tahun adalah ‘dewasa’.

Perkembangan otak bermula daripada belakang ke hadapan. Bahagian belakang otak ataupun dipanggil sebagai oksipital dalam perubatan, berfungsi sebagai bahagian otak yang menyimpan dan memproses maklumat visual, memori dan pengecaman wajah. Jadi, tidak hairan mengapa bayi baru lahir belajar untuk mengenal wajah ibu bapa mereka dahulu sebelum belajar bercakap.

Bahagian paling hadapan otak dipanggil sebagai korteks prefrontal pula tidak terbentuk sepenuhnya sehingga anda berusia 25 tahun atau ke atas. Bahagian otak ini berfungsi untuk proses menyelesaikan masalah dan memantau bahagian otak yang mengawal emosi dan tindakan. Jadi, tidak hairanlah mengapa remaja dan dewasa awal banyak bertindak dahulu sebelum memikirkan kesan tindakan mereka. Ini kerana, otak hadapan mereka tidak menyelesaikan dahulu masalah yang ada dan sebaliknya bertindak mengikut otak emosi dan tindakbalas mereka.

Menariknya, otak tengah manusia pula berfungsi untuk berikan rasa gembira apabila mendapat ganjaran. Ini mendorong remaja yang mempunyai otak tengah yang lebih besar kerana korteks prefrontal mereka belum terbentuk sepenuhnya lebih cenderung untuk terlibat dalam aktiviti berisiko. Aktiviti berisiko seperti sukan ekstrem, berikan rasa pencapaian apabila dibuat dan ini memberikan satu sensasi yang sangat menggembirakan untuk remaja. Jika tidak disalurkan ke tempat yang betul, tidak hairanlah ramai remaja memilih untuk mencari risiko di tempat lain seperti lumba haram, penyalahgunaan bahan terlarang, pergaulan tanpa batasan dan malah aktiviti jenayah.

Sekiranya ada kenalan anda yang sudah dewasa dan masih lagi mudah koyak, mungkin kerana otak mereka belum berkembang sepenuhnya.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version