Mr.Hac mendapat maklumat mengenai Halalscape dari seorang pembaca dan tergerak hati untuk mencuba dan membuat ulasan mengenainya. Pelayar web berasaskan Firefox ini dikatakan berciri Islamik yang pertama di dunia.
Ia mempunyai Parental Control terbina dalaman dan dikatakan mampu menyekat laman-laman web yang mempunyai kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa yang terlupa akan dosa! Hahah! Orang dewasa pun kadang-kadang kena ada ‘parental control’ juga kan!
Ini bukan sahaja bererti laman-laman lucah, tetapi juga laman-laman yang mengandungi Malware. Mr.Hac telah mencuba untuk memuat turun Firesheep dari pelayar web ini, namun ia telah terlebih dahulu menyekat akses Mr.Hac kepada laman pembangun Addon itu.
Untuk sesiapa yang berminat, laman pembangunnya ada menyediakan Addon ‘Muslim prayer times’ beserta AZAN yang boleh ditambah dengan cara memuat turun, dan tak lupa juga Addon ‘Islamic calendar’. Jangan lupa, Addon ini boleh digunakan pada pelayar Firefox! Tak percaya, lihat screenshot di bawah, yang mana Mr.Hac telah mencuba Addon tersebut pada pelayar Firefox: