Orang kata, “Practice makes perfect”. Untuk mahirkan diri dengan kekunci pintas anda bukan sahaja perlu mengingatinya, tetapi perlu juga mempraktiskan ia setiap hari supaya tidak perlu rujuk di mana-mana nota lagi. Berikut adalah tetapan kekunci pintas untuk Google Chrome!
1. Ctrl + T = Buka tab baru.
2. Ctrl + Shift + T = Buka tab yang tidak sengaja ditutup.
3. Ctrl + Shift + N = Buka Incognito Window.
4. Ctrl + J = Buka bahagian Downloads.
5. Alt+ D atau Ctrl + L untuk terus ke bar alamat URL.
6. Alt + kekunci anak panah kanan untuk maju ke halaman depan dan Alt + kekunci anak panah kiri untuk patah balik ke halaman sebelumnya.
7. Ctrl + D untuk membuat bookmark pada halaman yang sedang anda buka.
8. Ctrl + Shift + Delete = Buka Clear Browsing Data.
9. Untuk membuka sesuatu laman dalam tab baru, taipkan URL laman, dan tekan gabungan kekunci Alt + Enter. Ini dapat membantu anda untuk membuka laman web lain dalam tab yang berbeza dan kemudian kekal di tab yang sedang anda buka.
Jika anda tidak meletakkan domain laman contohnya omghackers.com dan hanya meletakkan omghackers sahaja, Google Chrome akan ‘menganggap’ ia adalah satu permintaan carian Google.
10. Ctrl + H = Buka laman Browsing History.
11. Tekan papan kekunci spacebar untuk skrol ke bawah pada sesuatu laman yang anda sedang buka.
12. Ctrl + W = Untuk menutup tab yang sedang dibuka.
13. Ctrl + Tab = Untuk bergerak dari satu tab ke satu tab.
14. Ctrl + N = Buka window yang baru.
15. Ctrl+Shift+Tab atau Ctrl+PgUp = Untuk beralih ke tab yang sebelumnya.
16. Ctrl+Tab atau Ctrl+PgDown = Untuk beralih ke tab di depan.
17. Ctrl+1 to Ctrl+8 = Pergi ke tab khusus mengikut turutan nombor.
18. Ctrl + 9 = Pergi ke tab paling akhir.
19. Anda tolong tambah?
Google Chrome memang ‘ohsemmm’, tapi lebih ohsem kalau anda memanfaatkan sepenuhnya semua ciri Google Chrome yang ada, baik nampak nyata mahupun yang ‘tersembunyi’. Selamat memahirkan diri anda dengan kekunci-kekunci pintas ini.