[Giveaway] Zentimo xStorage Manager : Pengurus Peranti USB

Salam…

Jumaat penghulu segala hari. Jumaat itu indah. Jumaat itu pemurah. Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk tidak lupa dicicah. Yang terbaik cuba kami sampaikan. Yang tidak baik anda sendiri fikir-fikirkan. Kami disini bukan nak jadi Jebat, mengamuk bila di agah. Pun kami tidak meminta anda menjadi Tuah, mengangguk tanpa membantah. Kami bukan pencipta perisian dan kami bukan pelaris aplikasi. Sekadar membantu anda berkongsikan pilihan. Pilihlah ikut kesesuaian dan kemampuan.

Apakah yang anda gunakan sebagai pengurus peranti USB di dalam pc anda? Sekiranya tiada atau tengah tercari-cari, apa kata anda mencuba Zentimo xStorage Manager. USB adalah satu lubang terbuka paling mudah untuk virus meresap ke dalam pc anda. Apabila unsur luar di bawa masuk seperti pemacu mudah alih (pendrive), cd/dvd atau card reader maka berpusu-pusulah virus autorun.inf atau malicious cuba menerjah masuk ke pc anda. Maka disinilah Zentimo xStorage Manager memainkan peranannya bertindak segera menyekat dan membuat pemeriksaan keatas data sebelum disahkan selamat dan bebas dari anasir perosak. Tindakan yang sama juga akan berlaku ketika anda mencabut keluar pemacu USB. Dalam bahasa mudah Zentimo xStorage Manager ibarat Doktor di Pusat Imigresen yang melakukan check-up bagi memastikan perkakas anda lebih selamat dan sihat sepanjang waktu.

Zentimo xStorage Manager didatangkan dengan tempoh percubaan selama 30 hari. Dan untuk kekal terus sebagai pengguna anda perlu membayar USD29.90. Haishhhk! Lagi-lagi mahal…mana tahan ini macam! Nakkan yang percuma? Nakkan yang bebas Virus? Nakkan yang asli dari ladang? Yeah…khabar baik! Zentimo xStorage Manager memberi lesen sah percuma sehingga 21 Disember 2011. Bermakna ada 5 hari lagi untuk anda menjadi lipas kudung…Bergegaslah ke pr67am™ untuk mendapatkan tuah anda. Gapailah ketika langit masih lagi terbuka. Kali ini anda tidak payah jadi orang hitam putih kerana promosi ini sememangnya bersifat antarabangsa.

Iklan Google

Lesen yang bakal diperolehi anda boleh gunakannya sampai ke anak cucu cicit pian. Tapi dengan syarat anda tidak boleh menaiktaraf Zentimo xStorage Manager dari version 1.4.1. Adoohhh…! Eh! Dah disorong bantal ketika mengantuk. Diselimut ketika sejuk. Diberi bantal peluk ketika merengkok. Tak cukup lena ke…? Anda boleh dapat sebanyak mungkin lesen tersebut dengan email yang berbeza. Haisshk!… Sekali lagi syarikat piramid…kaya-raya-kaya! Apa macam…bisnes? ;-)

Sekian.

Rujukan: USB Disk Security

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img