[Giveaway] Wondershare Vivideo : Untuk Mac & Windows

Salam…

Malu bertanya…sesat jalan pulang. Sibuk sangat bertanya…tak pulang-pulanglah jadinya. Bertanya + Berfikir…itulah darjat seorang manusia di muka alam. Ada mata…pandang-pandang. Pandang-pandang pun kalau dah terlepas pandang…itulah kelajuan namanya.

Iklan Google

Terlepas pandang perisian bernama Wondershare Vivideo sebenarnya sudah lebih 5 hari giveaway Vivideo ini dalam pengetahuan pr67am™. Endah tak endah! Tiba-tiba je terserempak pada kali ini…Hah! Wondershare Vivideo untuk Windows? Serius…selama ini Vivideo yang dikenali hanyalah untuk Mac sahaja. Tak tahulah pula bilamasa Vivideo dinaiktaraf menyokong sistem Windows pula…hmmm!

Wondershare Vivideo adalah diantara perisian familiar untuk Mac. Dan sudah di yakini tahap prestasinya. Tapi untuk Windows anda kena lebih banyak merujuk sendiri. Saya pun baru pertama kali memasangnya dalam komputer. Itupun atas godaan giveaway dan ingin mencuba…semacam hebat je fungsinya meleleh liur dibuatnya!

Iklan Google

Ringkasnya Wondershare Vivideo adalah aplikasi untuk menyunting video, photo dan bunyi. Juga menyokong semua format SD dan video HD termasuk juga WMV, AVI, MP4, FLV, MOV, MKV, MTS dan lain-lain. Dan boleh diintegrasikan dengan peranti luar seperti kamkoder untuk menangkap video secara langsung. Selain itu anda juga boleh mengubah atau menambah bunyi latar untuk video dengan sokongan format audio biasa seperti MP3, WMA, WAV, M4A, AAC, AC3, OGG dan lain-lain. Anda juga boleh membuat filem sendiri dengan menggabung koleksi photo anda dengan mengimport photo yang berformat BMP, JPG, PNG, GIF dan seumpamnya.

Wondershare Vivideo menawarkan banyak cara untuk berkongsi video dan anda boleh terus memuat naik rekaan video anda ke YouTube. Juga mampu mengoptimumkan video anda untuk peranti mudah alih seperti iPhone, iPad, PSP, iPod, Wii, Zune dan sebagainya. Anda juga boleh dengan mudah membakar video cakera DVD ataupun menyimpannya sebagai DVD folder atau fail imej ISO. Anda boleh menyimpan video yang telah disunting kepada cakera keras untuk kegunaan akan datang dalam pelbagai format video PNG, GIF dan sebagainya.

Lesen sah percuma versi penuh berharga USD39.99 boleh anda dapati di [ pr67am™ ]. Bila sampai di laman promosi anda kena klik: Haven’t got a passcode? Go beat the Goblin to get it >>. Kemudian anda akan dibawa ke laman YouTube untuk menyelamat Goblin dan di hujung setiap episod anda mesti menjawab soalan mudah yang akan diberikan. Sampai ke bahagian ke 4 barulah anda di berikan password dan anda kena kembali semula ke laman promosi untuk meneruskan proses giveaway dengan menggunakan password tersebut. Haissshhk!…Agak leceh kan?

Barangan ASLI dari kotak diberi percuma namanya…wahai tuan dan puan! Tak perlu kata apa-apa – senyum-senyum aje lah! Yeah! Jangan lupa seperti biasalah, anda tidak boleh menaiktaraf perisian ini.

Sekian.

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img