Gambar Muka Sebenar Vtuber di China Terdedah Setelah Peraturan Baru
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Gambar Muka Sebenar Vtuber di China Terdedah Setelah Peraturan Baru Kerajaan

Gambar Muka Sebenar Vtuber di China Terdedah Setelah Peraturan Baru Kerajaan

0
Mobile Ads

Vtuber adalah seorang pencipta kandungan video dengan avatar palsu. Biasanya, avatar yang digunakan dalam video mereka adalah daripada watak anime, kartun, permainan video ataupun watak unik mereka sendiri. Ramai memilih menjadi Vtuber kerana mereka tidak mahu menunjukkan muka sebenar mereka dan tidak ingin mencampur aduk kehidupan sebenar dan kehidupan digital mereka. Menjadi Vtuber juga merupakan salah satu bentuk ekspresi diri dan minat mereka yang selalunya tidak boleh dilakukan dengan identiti sebenar mereka atas pelbagai faktor seperti kedudukan, pekerjaan, umur, status sosial, rupa paras mahupun keyakinan diri.

Pada tahun 2023, kerajaan China telah menguatkuasakan satu undang-undang baru media sosial di mana pemilik media sosial dengan lebih daripada 500,000 pengikut perlu memaparkan nama sebenar mereka di profil media sosial mereka di samping nama saluran mereka. Tambahan daripada itu, mereka juga dikehendaki untuk mendaftarkan akaun media sosial mereka dengan identiti rasmi kerajaan China untuk pengesahan identiti. Media sosial terbesar China seperti Weibo dan BiliBili juga terlibat dalam undang-undang baru yang merupakan antara laman utama tumpuan para Vtuber.

Penguatkuasaan undang-undang baru ini telah menimbulkan banyak perdebatan di antara keperluan untuk mengawal kandungan yang lebih bertanggungjawab dan juga isu keselamatan serta privasi para Vtuber. Bagi setengah piha, langkah ini perlu dilaksanakan bagi membolehkan ketelusan yang lebih jelas dengan identiti Vtuber dan memastikan mereka bertanggungjawab dengan setiap kandungan mereka.

Namun, dari sudut yang lain pula, ini membawa masalah dan risiko besar kepada Vtuber terutama sekali bagi mereka yang memang perlu menyembunyikan identiti sebenar mereka. Ada majikan yang melarang pekerja mereka dari terlibat dengan aktiviti luar dan ada juga Vtuber bakal kehilangan sebilangan besar peminat mereka setelah peminat tahu siapakah identiti sebenar di sebalik avatar digital kegemaran mereka. Prinsip sebenar Vtuber adalah mereka menghiburkan anda dengan bakat mereka sendiri dan bukannya faktor lain seperti rupa paras dan status mereka di dunia sebenar.

Peraturan baru ini tidak sekadar tertakluk kepada warganegara China sahaja. Bagi warganegara Jepun dan negara lain yang ingin menjadi Vtuber di China juga harus patuh dengan undang-undang baru ini. Buat masa ini, peraturan ini hanya dikenakan kepada Vtuber utama sahaja. Namun yang sedemikian, ini menimbulkan persoalan ke mana halatuju industri dan trend Vtuber di masa akan datang. Vtuber mendapat populariti dan berkembang pesat semasa pandemik Covid19 yang baru dengan ramai individu kehilangan pekerjaan dan menyara hidup dengan menghasilkan kandungan di media sosial.

Adakah negara-negara Asia yang lain juga akan turut sama melaksanakan undang-undang yang sama? Apakah isu ketelusan media sosial lebih besar daripada privasi?

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version