AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Krisis Tenaga Kazakhstan: Protes Membawa Kepada Kejatuhan Bitcoin Global

Krisis Tenaga Kazakhstan: Protes Membawa Kepada Kejatuhan Bitcoin Global

0
Mobile Ads

Mungkin ada yang sudah membaca berita dan sumber tentang krisis yang sedang berlaku di Kazakhstan. Penduduk mula membuat protes dan menentang kerajaan setelah harga minyak dan tenaga naik mendadak.

Keganasan sepanjang protes telah memaksa Russia untuk campur tangan. Sebagai latar belakang, Kazakhstan adalah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan oligarki. Yakni, pemerintahan dijalankan oleh satu keluarga dan diturunkan kepada pewaris-pewaris mereka yang seterusnya. Dengan sistem ini, rasuah dan korupsi berleluasa di negara tersebut.

Apa kaitannya dengan Bitcoin? Umum mengetahui China telah mengharamkan Bitcoin. Ini telah memaksa ramai pelombong dari China untuk berhijrah ke negara Eurasia lain dan Kazakhstan menjadi antara negara pilihan. Mungkin kerana undang-undang negara tersebut yang lebih lemah dan lebih longgar.

Kazakhstan juga masih lagi menggunakan sistem janakuasa yang dianggap “kuno”. Mereka masih lagi mengggunakan arang batu sebagai bahan bakar janakuasa tenaga elektrik negara. Ia tidak efisen, kotor dan tidak mampu menanggung beban tenaga yang tinggi. Perlombonan Bitcoin pula secara umumnya menggunakan tenaga elektrik yang tinggi. Pemerintah dan kerajaan Kazakhstan tidak menaiktaraf sistem janakuasa mereka walaupun menerima sebilangan besar pelombong Bitcoin ke negaranya.

Penghijrahan besar-besaran pelombong pelarian dari China dilihat antara faktor Kazakhstan tidak mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi. Ini telah memaksa kerajaan menaikkan harga tenaga dan bahan api. Awal Julai 2021 yang lalu juga, Kazakhstan secara terbuka mengalu-alukan kedatangan pelombong Bitcoin ke negaranya dengan harapan mampu menjana kewangan negara mereka melalui cukai khas perlombongan kripto.

Bertindak balas terhadap protes besar-besaran rakyatnya, kerajaan Kazakhstan telah memotong saluran internet di negaranya dalam usaha menyekat komunikasi pihak pembangkang dan perusuh sepanjang protes dan rusuhan berlangsung. Ini seterusnya memberi kesan langsung kepada pelombong Bitcoin. Tiada internet=tiada mining.

Sejak semalam, teka teki tentang saiz sebenar perlombongan Bitcoin di Kazakhstan telah mula terjawab. Nampaknya, Kazakhstan telah menjadi pusat perlombongan Bitcoin utama dunia dengan anggaran 12%-18% perlombongan Bitcoin global sedang dijalankan di Kazakhstan. Hash rate global juga secara purata telah menurun sebanyak lebih kurang 12% seperti yang dilaporkan di beberapa platform kripto utama. Nilai Bitcoin juga turut terkesan dengan penyusutan nilai sebanyak 6% kepada harga terendah 43,670USD untuk 1BTC.

Bitcoin adalah satu pasaran yang kompleks dan bebas undang-undang. Namun, sepanjang 2021 kita juga melihat bagaimana pasarannya terkesan secara langsung apabila krisis global berlaku.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version