Free VPN Service : Senarai 10 Servis VPN Percuma

Apa itu VPN? ianya adalah singkatan daripada perkataan Virtual Private Network..apa pula Virtual Private Network tu? ok..begini..ianya adalah rangkaian peribadi (private network) yang membolehkan pengguna berhubung dengan pengguna yang lain, atau remote sites menggunakan rangkaian awam (public network) iaitu internet..ia menggunakan sambungan ‘maya’ ke internet melalui rangkain peribadi syarikat yang menyediakannya terus kepada remote sites dan bukannya melalui sambungan fizikal..secara ringkas ia adalah rangkaian peribadi yang dibina dalam insfrastruktur rangkaian awam..

Kenapa anda memerlukan VPN?

1. Untuk melindungi privasi sama ada pada LAN ataupun pada hotspot awam (public WiFi seperti di KFC, Hentian Rehat dan Rawat dan lain-lain).

2. Pelayaran internet secara anonymous (tidak dikenal pasti).

Iklan Google

3. Anonymity yang penuh dengan menyembunyikan IP asal anda.

4. Melepasi sekatan terhadap sesuatu laman web.

5. Tidak seperti proxy, anda mendapat sambungan yang dilindungi untuk semua program yang anda gunakan.

6. Rangkaian yang berkualiti menjamin servis VPN anda adalah pantas tidak kira dimana jua anda berada.

7. Perlindungan terhadap ISP anda.

8. Melepasi sekatan ISP untuk aplikasi VOIP seperti Skype.

Senarai 10 Servis VPN Percuma: (Top 10)

1. UltraVPN

Iklan Google

– Percuma
– Perlu memasang (install) dan perlu membuka satu akaun sebelum dapat digunakan.

2. Logmein Hamachi

– Percuma
– Mudah untuk digunakan
– Komunikasi yang lebih selamat

3. Packetix

Iklan Google

– Anda boleh membuat Hub Virtual VPN anda sendiri
– Antara muka laman yang mudah difahami

4. Open VPN

– Tahap keselamatan yang lebih tinggi
– Perlukan kepada pemasangan (installation)

5. Your Freedom

Iklan Google

– Ianya bukan servis VPN, namun ia menyediakan fungsi yang serupa dengan kemudahan yang sama
– Ia menyediakan servis percuma. akan tetapi terdapat limitasi terhadap penggunaannya (6 jam sehari dan 18 jam seminggu)

6. Macro VPN

– Sama seperti servis yang lain, ia menyediakan sambungan ke internet yang lebih selamat
– Kebiasaannya menggunakan IP dari US

7. Hotspot Shield

Iklan Google

– Perlukan kepada pemasangan
– Melindungi sambungan internet melalui HTTPS

8. It’s Hidden

– Tidak perlu kepada sebarang pemasangan perisian
– Perlu membuat satu akaun untuk menggunakannya

9. Linkideo

– Servis ini perlu membayar untuk menggunakannya
– Apa yang percuma? ya..pendaftaran adalah percuma..hahaha..=D

10. Gpass

– Anda perlu memasang sebelum dapat digunakan
– Dicipta di negara China, negara yang sama mengeluarkan Ultrasurf

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img