FragAttacks: Penggodam Boleh Menyerang WiFi Anda!

Terdapat kerentanan WiFi yang bukan sahaja memberi kesan terhadap telefon pintar, bahkan juga tablet, laptop, dan apa juga jenis peranti yang menggunakan teknologi sambungan wayarles untuk masuk ke internet.

Pengkaji keselamatan siber Mathy Vanhoef di blognya menamakan kerentanan ini sebagai ‘FragAttacks‘ iaitu singkatan dari ‘fragmentation and aggregation attacks‘.

Sekiranya kerentanan ini dieksploitasi, ia dapat membenarkan penyerang untuk mencuri maklumat pengguna menerusi rangkaian yang dilindungi, boleh menyuntik paket data ke dalam strim data, dan boleh membuat serangan Denial of Service atau DDoS.

Sebelum mendedahkan maklumat ini kepada orang ramai, Vanhoef bekerjasama dengan Wi-Fi Alliance untuk mengatasi isu tersebut. Hasil dari kerjasama itu, banyak syarikat termasuk Lenovo, Samsung, Cisco, Intel, Microsoft, Synology, dan Netgear telah mengeluarkan tampalan untuk beberapa produk mereka.

Akan tetapi, disebabkan beberapa kelemahan/kerentanan sudah berada pada peranti sejak tahun 1997, maka proses pengemaskinian kesemua peranti barangkali menjadi amat sukar, apatah lagi sesetengah syarikat sudah tidak wujud sama sekali.

Anda boleh dapatkan informasi lanjut mengenai FragAttacks di laman rasmi Vanhoef:

https://www.fragattacks.com/

Nasihat Vanhoef, beliau menyarankan agar anda mengamalkan langkah keselamatan umum, seperti sentiasa memastikan peranti anda telah dikemaskini, jangan menggunakan kata laluan yang sama berulang kali, selalu memastikan anda mempunyai salinan sandaran, dan jangan melawati laman web yang ‘diyakini was-was’.

Kita masih lagi berada dalam mode PKP dan akan sentiasa terhubung ke internet. Oleh itu, sentiasalah awasi peranti anda.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x