Untuk pengetahuan, page adik Nur Amira Syahira sudah dikembalikan semula kepada dirinya. Penggodam dah siap tukar account privilages setiap admin menjadi editor sahaja, dan dalam tempoh 7 hari katanya dia ingin buang semua admin page.
Abam baca komen ada yang mengaku dah tolong dapatkan, dan ada pula yang komen si penggodam dah ditangkap.
Ini semua satu bentuk pembohongan dan hanya bertujuan mencari publisiti murahan untuk diri sendiri.
Apa benda la Malaysian weh? Orang tu tengah susah kau sibuk nak mencapab dah kenapa?
Abam cuba sedaya upaya untuk bantu mana yang termampu, kerana jumlah followers Amira sangatlah ramai, iaitu 1.7 juta. Memang kasihan kalau dibiarkan.
Sejujurnya, ekosistem Facebook amatlah kucar kacir sekali.
Pemilik akaun page perlu mengendalikan Facebook Business Suite, yang juga boleh menjadi pemilik kepada seluruh akaun page. Dalam page ada Creator Studio, Business Suite, Facebook Ads, Facebook Shop, Instant Articles, dan sebagainya lagi.
Jika akaun anda diambil alih oleh akaun Business Manager/Suite, kecil peluang untuk dapatkannya semula melainkan:
- Si penggodam menyerahkannya secara suka rela (harapan lah!).
- Bantuan dari pihak Facebook sendiri.
Sepertimana yang kami sudah maklumkan sebelum ini, sistem bantuan Facebook amatlah mengecewakan, dan tiada bezanya dengan sistem bantuan dari Google.
Amat sukar untuk mereka yang memerlukan bantuan bagi menghubungi ‘manusia’ yang bekerja dengan Facebook. Jika bukan bot, pastinya jawapan teks standard yang akan diberikan sebagai jawapan balas.
Apa yang anda boleh tolong selaku orang luar?
Anda boleh tolong laporkan akaun penggodam, tetapi sejauhmana keberkesanannya itu tidaklah dapat abam pastikan.