Baru-baru ini Mr.Hac berjalan-jalan untuk mencari sumber idea bagi entry terbaru..sekali jalan terjumpa pula dengan sebuah blog dari luar negara yang telah memasang java script untuk disable highlight dalam blognya..mungkin untuk mengelakkan entrynya dari menjadi mangsa plagiat (copy-paste)..
namun, itu juga adalah salah satu ciri-ciri blog yang Mr.Hac paling tak suka sekali..apsal? entry tu hebat sangat ke sampai kena buat disable highlight, disable right click siap ayat-ayat bajet comel seperti “Aaa..gatai tangan tu nak copy..babab nak?”
Babab?? hak-tuih!
Sori la..memang emosi sikit sebab bagi Mr.Hac, orang yang memplagiat hasil kerja orang lain, blognya memang layak DIGODAM oleh Mr.Hac..tapi bagi yang entrynya benar-benar berguna kepada orang, macam mana orang lain nak bantu sebarkan? kalau dia tak bagi kredit, kita ada jalan lain untuk menyelesaikannya..tak perlu disable highlight atau right click..lepas ni kalau Mr.Hac jumpa lagi, haaa..siap la..
Mr.Hac bukan menggalakkan plagiat atau copy paste sebab Mr.Hac pun tak suka orang yang macam ni..tapi benda ni bergantung kepada situasi..kalau blog tu ada buat entry yang memerlukan kita untuk menyalin contohnya code, macam mana pula tu? tu tak kira lagi yang anjurkan contest dan suruh copy entrynya, tapi disable highlight? haaaakkk-tuihhh!
Ok…jadi macam mana caranya untuk kita copy sesuatu entry atau artikel dari blog/laman web yang buat disable highlight tadi?
mudah sahaja!
Anda cuma perlu memasang Add On untuk Firefox iaitu NoScript.
Sila pergi ke sini —> NoScript
Klik pada INSTALL dan apabila Firefox/Lunascape meminta untuk kebenaran dari anda, klik Allow..selesai!
P/S: Bila nak tonton video di Youtube, hanya perlu klik ‘Allow’ sahaja untuk video yang ingin ditonton atau klik Allow untuk Youtube.com
Apa Yang Mr.Hac ingin tekankan sebenarnya:
Sebenarnya NoScript memberikan perlindungan ekstra kepada kita apabila melayari internet dengan menyekat setiap script yang diragui dan membantu kita untuk MEMBENARKAN setiap script yang dipercayai..itu tujuannya yang sebenar..