Monday, 6 October 2025
UtamaBeritaChina Berjaya Mengubahsuai Cuaca Dalam Memastikan Langit Cerah

China Berjaya Mengubahsuai Cuaca Dalam Memastikan Langit Cerah

Views: 0

Bagaimana jika anda boleh memanggil hujan ke lokasi atau ‘membersihkan’ awan hujan gelap dengan menggunakan teknologi dan sains?

Penyelidik universiti di Beijing mengatakan bahawa ‘pihak berkuasa cuaca’ China berjaya menggunakan pengubahsuaian cuaca untuk memastikan langit cerah semasa perayaan besar tahun ini.

Parti Komunis China menyambut ulang tahun keseratusnya pada 1 Julai dengan sambutan yang besar.

Perayaan itu berlangsung di Dataran Tiananmen dan melibatkan puluhan ribu hadirin yang ikut serta. Menurut kertas penyelidikan dari Universiti Tsinghua, pihak berkuasa cuaca China menggunakan pengubahsuaian cuaca untuk memastikan langit kekal cerah.

Pengubahsuaian cuaca bukanlah satu idea baharu. Kerajaan China dilaporkan telah berusaha mengubahsuai cuaca sejak tahun 2008 lagi.

Berdasarkan kertas kajian baharu daripada penyelidik di Universiti Tsinghua, negara itu kini telah berjaya mencipta hujan buatan dan mengurangkan pencemaran udara.

Makalah itu diterbitkan pada 26 November, dalam jurnal yang dipanggil sebagai Sains Alam Sekitar. Penyelidikan menunjukkan bahawa kerajaan China menggunakan teknik pembenihan awan untuk memaksa hujan pada petang sebelum acara perayaan. Hujan ini mengurangkan jumlah pencemaran PM2.5 kepada lebih daripada dua pertiga jumlahnya.

Hal ini membantu meningkatkan kualiti udara pada masa itu daripada keadaan ‘sederhana’ kepada ‘baik’.

Percubaan pengubahsuaian cuaca bermula pada petang sebelumnya, dan apabila acara bermula pada pukul 8 pagi, cuaca berada dalam keadaan mendung. Sejurus upacara itu berlangsung, hujan lebat turun di dataran.

Pembenihan awan adalah teknik pengubahsuaian cuaca yang telah wujud bertahun lamanya. Terdapat beberapa kaedah berbeza yang boleh digunakan termasuk penggunaan garam, cas elektrik, dan juga denyutan laser inframerah.

Dengan memaksa hujan turun beberapa jam sebelum acara dijalankan, kerajaan China dapat menurunkan tahap pencemaran kepada ‘kualiti’ yang diingini oleh mereka. Malangnya, kerajaan China tidak berkongsi sebarang butiran tentang jenis pembenihan awan yang digunakan.

Sumber: China ‘modified’ the weather as Communist Party marked centenary in Beijing

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com
Artikel Berkaitan
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Paling Popular

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x