Malaysia Terpilih Sebagai Negara Pertama Terima Sokongan Bahasa Inggeris di TaoBao!
TaoBao adalah aplikasi gedung beli belah dalam talian yang menjual barangan terus dari China. Berbeza dengan platform beli belah dalam talian tempatan seperti Shopee dan Lazada, TaoBao berikan anda kemudahan untuk membeli secara ‘terus’ daripada penjual di China tanpa orang tengah. Platform tempatan seperti Shopee dan Lazada sebenarnya masih lagi dikira sebagai orang tengah dan mengenakan caj perkhidmatan kepada anda. Kerana itulah, apabila anda membeli barangan di TaoBao, harganya adalah jauh lebih rendah berbanding harga di Shopee dan Lazada.
Pilihan bahasa inggeris yang tersedia pada aplikasi TaoBao ini diberikan kepada hanya 3 buah negara di Asia Tenggara dan ini adalah inisiatif kali pertama dari TaoBao untuk mengalih bahasa aplikasi mereka. Sebelum ini, aplikasi dan laman web TaoBao hanya tersedia dalam bahasa cina sahaja. Walaupun ada beberapa pihak membuat spekulasi langkah ini diambil berikutan konflik di antara kerajaan negara China dan Asia Tenggara di Laut Cina Selatan, TaoBao dalam kenyataan mereka bagaimanapun berkata pemilihan 3 negara ini adalah kerana faktor penguasaan bahasa inggeris yang tertinggi di kalangan negara rantau ini.
Masih lagi dalam peringkat awal, alih bahasa ini masih lagi dalam peringkat uji cuba beta. Tambah TaoBao lagi, alih bahasa ini dikuasai dan dijana oleh teknologi A.I mereka dan tidak menolak kemungkinan akan dijadikan sebagai pilihan global kepada semua pengguna TaoBao kelak apabila inisiatif mereka ini berjaya. Pengguna TaoBao bahasa inggeris akan mendapati UI aplikasi mereka akan menjadi lebih ringkas apabila bertukar kepada bahasa inggeris. Ini kerana, apabila ditukar ke bahasa inggeris, beberapa fungsi dan pilihan dalam aplikasi tidak lagi tersedia.
Menariknya, kini dengan pilhan bahasa inggeris, harga dalam Yuan telah ditukarkan kepada MYR secara automatik dengan pilihan baru ini. Tak perlu lagi pening kepala nak ‘Google’ dulu harga tukaran matawang asing di TaoBao!
Lihat cara di bawah bagaimana untuk menukar bahasa aplikasi TaoBao anda ke bahasa inggeris:
Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk mengikuti arahan gambarajah ini, anda boleh juga cuba untuk “Clear Data/Reset” aplikasi TaoBao anda bagi mendapat popup pertukaran bahasa aplikasi TaoBao anda.