Cara Strim Torrent Menggunakan Kodi : Nikmati Filem Berkualiti Dan Berdefinisi Tinggi

Baiklah. Kita kembali kepada tutorial penstriman menggunakan Kodi. Cuma dalam tutorial kali ini kita akan gunakan versi 16.1 ‘Jarvis’.

Ok, kita terus kepada tajuk.

Jadi, macam mana caranya kita nak stream torrent melalui Kodi? Caranya amatlah mudah sekali. Apa yang penting, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah masukkan terlebih dahulu repo Fusion.

1. Pergi kepada Systems – File Manager – Add source : http://fusion.tvaddons.ag

Iklan Google

Namakan ia sebagai ‘Fusion’.

2. Kemudian pergi ke Settings – Add-ons – Install from zip file – Fusion – xbmc-repos – english – repository.unofficialquasar.*.*.*.zip.

3. Seterusnya, pergi ke Settings – Add-ons – Install from repository – Unofficial Quasar Repo – Video add-ons – Quasar – Install
4. Setelah itu, terus ke belakang, navigasi ke Program add-ons – pasang mana-mana penyedia torrent yang anda suka. Tak perlu pasang terlalu banyak, contohnya saya sendiri hanya pasang EZTV, YIFY, RARBG, TorLock, dan 1333x.
5. Tetapkan ‘Download path’ bagi menempatkan fail torrent yang akan distrim/muat turun.
6. Tetapkan pula ‘Custom provider timeout’. Contohnya 30 saat, untuk mengelakkan dari ralat ‘No links found’.
7. Ok dah siap pun semua tetapan yang diperlukan. Sekarang anda sudah boleh mula cari apa-apa filem yang anda ingin tonton. Klik sahaja pada namanya dan ia akan mula menimbal (buffering).
8. Streaming done bro. Itu dia, filem berkualiti tinggi dari torrent sudah boleh ditonton.
Kalau anda suka dengan tutorial seperti ini, silakan klik butang share dan jangan lupa komen sekali.
Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img