Baru-baru ini laptop isteri saya dijangkiti oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Google Redirect Virus atau GRV. Ciri virus ini agak menjengkelkan, iaitu ia akan menghalakan (redirect) home page, atau mana-mana laman web kepada halaman yang tidak dikehendaki, dan lebih teruk lagi anda tidak dapat melayari internet meskipun internet telah disambungkan.
Jangkitan ini tidak terhad kepada IE sahaja. Ia melibatkan kesemua pelayar web yang telah dipasang pada komputer. Jadi apakah sebenarnya GRV ini? Google Redirect Virus atau juga dikenali sebagai Search Engine Redirect Virus, sebenarnya lebih tepat lagi bukanlah virus komputer, kerana ia adalah sejenis Trojan. Ia menjangkiti ke sistem yang lebih ‘dalam’, dan bukan sahaja laman Google terinfeksi, bahkan Yahoo, Bing, dan OMG! Hackers? pun terlibat sama! Ceh.. (mesti la..)
Jadi walaupun namanya dipopularkan oleh Google (errr?), tetapi hal yang sebenar Google tidak terlibat langsung dengan penciptaan Trojan ini, apatah lagi Google Chrome. GRV ialah variasi dari TDSS rootkit yang akan masuk terus ke dalam pemacu sistem anda. Bagaimana cara membuangnya? Walaupun anda bukan seorang yang pakar komputer, dan jangankan anda, adik atau anak anda yang baru belajar juga boleh membuangnya dengan mudah.
Trojan ini dapat menjangkiti mana-mana komputer dengan cepat sekali. Jika anda rajin melayari laman-laman blog yang terjangkit, maka komputer anda juga akan mudah dihinggapi oleh Trojan GRV ini.
Gila panjang punya intro! Jom kita tengok cara membuangnya! Senang, cukup senang..
1. Muat turun TDSSKiller
2. Ekstrak fail TDSSKiller tersebut, klik kanan padanya dan pilih ‘Run as administrator’ (Windows 7).
3. Klik ‘Start Scan’ dan tunggu sehingga imbasan selesai. Jika terdapat virus pada komputer anda, klik sahaja pada ‘Cure’. Jangan gunakan ‘Delete’ atau ‘Quarantine’.
4. Setelah selesai, mulai semula (Restart) PC anda dan mulakan pula dengan FixTDSS. Muat turun di sini : FixTDSS
5. Klik sahaja ‘Proceed’ dan PC anda akan dimulai semula secara automatik.
6. Selepas PC anda selesai boot, FixTDSS akan dimulakan dan biarkan ia dijalankan dengan sendiri sehingga selesai.
7. Masih belum sempurna? Cuba gunakan Combofix untuk membuang kesemua Trojan secara menyeluruh, dan sila kemaskini (update) perisian antivirus yang anda gunakan dan imbas (scan) PC anda.
8. Anda boleh ikut panduan lengkap dari laman blog Malware Removal Instructions dan Technojourney untuk menyelesaikan masalah PC anda yang dijangkiti dengan Trojan GRV. Saya sudah berjaya, anda bila lagi? Apa? Belum kena? Kalau begitu sila bookmark laman ini supaya bila dah terkena tak perlu menangis di penjuru rumah sambil menyanyi bait-bait lagu “Aku redhaaa..”..
Salam.. masing-masing ada masalah sendiri, masalah dunia, masalah di PC, luahkan jangan simpan di dalam hati boleh cerita di OMG! Hackers?..
Mr.Hac a.k.a Dr. Freddy:
Dari agan, matinya, cenubung,
Derai kaca, serpihan kelongsong telur,
Adunan hakikat dan seru,
Peram sebati empat puluh,
Tengkorak, seakan, menelan krustasia,
Bahasa apakah yang dibicara?
Jiwa merusuh, karut tabiat,
Rajikkan empat rasukan,
Jiwa merusuh, karut tabiat,
Galir darah beretoskan puaka!