Cara Pasang Xenon Build Pada Kodi 17.3 ‘Krypton’ Dan Kodi 18 ‘Leia’

Seperti biasa, tutorial Kodi menjengah kembali ke blog ini. Cuma, pada kali ini saya ingin mencuba Kodi versi 18 dengan nama kod ‘Leia’. Tutorial masih boleh diaplikasikan kepada versi Kodi sebelumnya, cuma letak duduk tetapan mungkin sekali berbeza ya. Pandai-pandailah anda mencarinya.

Dalam Kodi versi 18, ia membawa pembaharuan dengan hadirnya pilihan 64-bit yang telah sekian lama dinanti oleh para peminat. Selain pertambahan kepada prestasi, sokongan format-format video baru juga adalah antara sebab kepada peralihan ini.

Jadi, tanpa membuang masa kita terus sahaja kepada tajuk artikel.

Build pilihan kali ini ialah ‘Xenon [Clean]’. Keistimewaannya terletak kepada bahagian atau seksyen-seksyen yang banyak, membuatkan anda pasti akan ‘membelek’ build ini untuk masa yang lama.

Cara Pasang Xenon Build Pada Kodi 17.3 ‘Krypton’ Dan Kodi 18 ‘Leia’

1. Jadi, langkah pertama, anda perlu klik pada ikon tetapan (Settings) di paparan hadapan Kodi, dan klik pula pada File Manager. Seterusnya klik Add Source > None > Masukkan URL berikut:

http://repo.ares-project.com/magic/

Berikan nama kepada sumber ini, contohnya saya namakan ia sebagai ‘Ares’. Klik OK.

2. Kembali kepada paparan sebelumnya, dan klik pada Add-ons. Mudahnya Kodi versi 18 ini, File Manager dan Add-ons terletak sebelah menyebelah antara keduanya. Apabila anda klik sahaja padanya, anda akan terus mendapat paparan pilihan seperti gambar di bawah.

Seterusnya klik pada ‘Install from zip file’.

Cari sumber dengan nama ‘Ares’ itu tadi, kemudian, pilih dan klik pada folder repository.aresprojectrepository.aresproject.zip.

Tunggu sehingga notifikasi Add-on berjaya dipasang. Rujuk gambar di bawah.

3. Setelah itu, kembali semula pada paparan hadapan, dan cari ‘Install from repository’ > Ares Project > Program add-ons > Ares Wizard > Install.

4. Anda akan diberi pilihan seperti di bawah. Klik sahaja pada butang OK.

5. Tunggu sehingga notifikasi Add-on berjaya dipasang.

6. Siap sahaja keduanya, anda akan mendapat Program add-ons ‘Ares Wizard’. Klik padanya untuk langkah berikut.

7. Ares Wizard akan memuat turun beberapa MB data sebelum dapat digunakan. Tunggu sahaja sehingga ia selesai.

8. Wal-lah! Dapat pun Ares Wizard. Ok, anda nampak butang ‘Browse Builds’ tu? Klik pada butang tersebut, dan cari Diggz Fire Builds.

9. Klik pada Xenon Clean, dan pastikan paparan di sebelah kanan menyatakan nama yang sama. Seperti biasa, klik Install.

10. Pilih mana-mana tetapan yang anda mahu dan klik Proceed.

11. Ares Wizard seterusnya akan memuat turun data-data yang diperlukan untuk build ini. Silakan bancuh Milo panas atau kopi Ali Cafe waima teh tarik susu kambing sekalipun sementara menunggu build ini siap dipasang.

12. Jika anda mendapat tetingkap seperti ini, ikut sukalah nak klik Yes atau No. Saya klik No sebab malas nak masuk pertandingan. Hahaha.

13. Akhir sekali, klik OK untuk menutup Kodi secara automatik.

14. Mulai semula Kodi, dan tadaaa, kini ia telah pun berubah kepada paparan Xenon Build. Cuma versi 18 ni, mungkin Skin yang ada pada build ini tidak serasi, jadi paparannya tidak bertukar. Jika digunakan pada Kodi 17.3, ia tiada masalah!

Xenon Build pada Kodi 17.3. Cantik!

Xenon Build pada Kodi 18. Urghhh! Sabar je lah!

15. Untuk Kodi 18, disebabkan ia masih lagi versi alpha dan baru sahaja bermigrasi kepada 64-bit, kalau anda menggunakan versi ini, anda perlu tunggu beberapa minit sebelum ianya siap. Jika anda add-on yang tidak serasi (compatible), biarkan sahaja ia dinyahaktifkan sendiri oleh Kodi.

Itu sahaja! Jika anda berminat, jangan tunggu lagi, muat turun Kodi sekarang dan pasang build ini!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x