Banyak desas-desus atau khabar angin yang mengatakan bahawa sesiapa yang menggunakan sistem operasi Windows versi crack juga dapat menaik taraf dengan percuma tanpa ada masalah berkait. Apapun terpulanglah kepada individu. Mana yang sudahpun selesai menaik taraf tahniah diucapkan dan selamat menikmati prestasi terbaik dari Windows 10.
Cuma yang menjadi bualan hangat mengenai Windows 10 buat masa ini selain soal privasi ialah soal penggunaan bandwidth setiap hari untuk kemas kini yang katanya tidak dapat dinyahaktif. Selain itu automatic updates juga tidak dapat lagi dinyahaktif dengan cara biasa. Ini mendatangkan masalah buat mereka yang memiliki peranti yang mempunyai konflik dengan pemacu-pemacu.
Saya sudah mencuba cara seperti di bawah, iaitu menggunakan Registry Editor untuk mendapatkan kembali fungsi lama Windows Update tersebut, namun tidak berjaya.
Seperti yang anda dapat lihat, ia mempunyai dua pilihan, iaitu:
1. Hide updates – Windows tidak akan memasang kemas kini tersembunyi.
2. Show hidden updates – Pilih kemas kini yang anda mahu Windows untuk memasangnya secara automatik.
Berikut adalah paparan salah satu dari pilihan tersebut:
Setakat ini, ini sahaja caranya yang dapat kita lakukan untuk menyekat kemas kini automatik dalam Windows 10. Pada saya, asalkan ianya berkesan, ia sudah lebih dari cukup.
Muat turun : “Show or hide updates“
Sumber : ZDNet