Cara Muat Naik Video Yang Panjang Di Youtube

Youtube sememangnya salah satu dari laman video yang menjadi tempat persinggahan rakyat Malaysia paling kerap dilawati. Bagi mereka yang mempunyai akaun Youtube, tentu teruja dan teringin untuk memuat naik video ke dalamnya supaya dapat ditonton oleh setiap orang. Bagaimana pula jika ingin muat naik video yang panjang?

Youtube meletakkan syarat, bagi akaun biasa, supaya melakukan pengesahan melalui telefon bimbit jika pemiliknya berhasrat untuk memuat naik video yang panjang. Caranya amat mudah. Anda cuma perlu lawati ruangan Upload, kemudian klik pada perkataan Increase your limit.

Di situ, anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon bimbit. Sila masukkan nombor yang sedang anda gunakan, selepas itu, tunggu nombor pengesahan dari Youtube. Masukkan nombor itu ke dalam kotak pengesahan dan klik pada butang seterusnya untuk melengkapkan pengesahan akaun.

Setelah semuanya selesai, anda kini sudah boleh muat naik video yang panjang. Silakan mencubanya dan anda pasti berpuas hati.

Iklan Google
Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img