Cara Menerbitkan Custom dan Naked Domain Pada Blogger/Blogspot

Sebelum kita mulakan entri pada hari ini, Mr.Hac ingin bertanya, bagaimana dengan entri semalam? Sudah cuba? Blog Laga World sudah pun berjaya diterbitkan (published) dengan custom domain [dot] com pada pagi ini (kurang 24 jam dari tempoh yang diberikan).

P/S: Paparan skrin (Screenshot) untuk DNS Settings telah dikemaskini pada entri Cara Mendapatkan Domain Secara Percuma tersebut.

Apa Itu Custom Domain?

Bahasa mudahnya ialah domain yang berakhir dengan [dot] com, org, info, net, biz dan sebagainya.

Apa Itu Naked Domain?

Naked domain ialah URL tanpa permulaan ‘www’.

Apakah Faedah Menggunakan Custom dan Naked Domain?

Faedahnya ialah:

1. Lebih kacak bergaya (ye ke..)

2. Daripada URL yang panjang berjela, anda boleh gunakan URL yang pendek dan mudah diingati.

3. Mudah diindeks oleh enjin carian.

Cara Menerbitkan Custom atau Naked Domain pada Blogger/Blogspot:

1. Anda log masuk ke Blogger.com.

2. Pergi ke Settings > Publishing > Custom Domain

3. Dari sini, anda masukkan domain yang telah anda beli atau dapatkan secara percuma. Taipkan captcha dan klik pada Save Settings:

4. Jika anda ingin menerbitkan Naked Domain pula, sila letakkan jarak (Space) pada permulaan URL, tanpa ‘www’, taipkan captcha dan klik pada Save Settings:

5. Selesai.

Jika anda bertanya kenapa blog OMG! Hackers? tidak diterbitkan dengan Naked Domain, jawapan Mr.Hac mudah. Kebanyakan blog-blog luar negara yang 10 kali ganda lebih terkenal dari blog ini seperti blog OMG! Ubuntu! dan Webupd8 juga tidak menggunakan Naked Domain. Tampak ketinggalan zaman? Mr.Hac rasa tidak. Orang Melayu sahaja yang rasa macam tu. Kan? Hakikat. Tapi kalau nak guna pun tiada masalah. URL jadi lebih pendek dan lebih mudah diingati.

Pendek kata jangan tunggu lama-lama. Kalau anda tanya apa faedahnya ‘tangkap’ domain percuma, jawapan Mr.Hac juga mudah. Katakan sekarang anda kurang modal untuk membeli Domain yang anda idam-idamkan, contohnya pelajar yang hanya dapat duit belanja melalui PTPTipu PTPTN, anda boleh ‘chop’ atau ‘booked’ awal-awal Domain tersebut melalui kaedah yang Mr.Hac telah tuliskan. Itu lebih baik berbanding terpaksa berputih mata jika Domain itu disambar helang terlebih dahulu.

Jika ia cuma sah (Valid) dalam tempoh satu tahun sahaja, maka dalam tempoh itu sempatlah untuk anda mengumpul wang sebanyak RM30 untuk memindahkan (Transfer) Domain anda itu ke syarikat berbayar yang lain.

Selamat maju jaya semua. Jumpa lagi!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img