Kalau untuk laman yang bagus dan banyak memberikan manfaat serta ilmu seperti omghackers.com ni, memang eloklah anda masukkan dalam senarai putih (hehe). Tapi kalau dah ada berpuluh pop-under, memang kena sumpah seranah tiap kali dibuatnya.
Jadi cara untuk kita langkau atau bypass adblock blocker/killer ini ialah dengan memasang komponen Anti-Adblock Killer pada pelayar web yang digunakan!
Komponen tersebut ialah addon/extension:
1. Greasemonkey (Firefox)
2. Tampermonkey (Chrome)
Kemudian, pasangkan skrip Anti-Adblocker Killer di sini: Anti-Adblock Killer
Alternatif: Anti-Adblock Killer Continued
Komponen seterusnya, anda pasangkan mana-mana addon/extension penyekat iklan seperti AdBlock, AdBlock Plus, atau uBlock Origin. Akhir sekali, langgan (subscribe) kepada Anti-Adblock Killer List dengan menekan butang subscribe di bawah tersebut.
Siap bro! Sekarang anda sudah boleh cuba buka mana-mana laman yang menggunakan adblocker killer. InsyaAllah dapat lepasi sekatan dan baca/tonton tanpa gangguan iklan.