A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Surfshark boleh dikatakan ada semua ciri yang dimahukan oleh pengguna VPN. Terutamanya kepada pengguna termaju atau power users, terdapat ciri sambungan manual bagi mereka yang ingin bereksperimen.

Mari kita teliti bagaimana caranya. Tutorial kali ini kita cuba aplikasi untuk Windows dahulu. Berikut adalah log perubahan untuk aplikasi versi 2.6.5:

Surfshark 2.6.5, 2020-05-28
—————————-
* Do you use manual connection a lot? Great news – you can now
connect via OpenVPN(UDP) 1194 and OpenVPN(TCP) 1443 ports.
* Plus, we’ve updated the connection animation. Now you get an insight
into connection progress.
* Bug fixes? We’ve got plenty. Update your app to enjoy the improvements!

Berikut adalah bagaimana anda boleh lakukan sambungan manual pada aplikasi Windows.

1. Buka aplikasi. Klik pada Login.

 

2. Seterusnya, klik pada ‘Manual connection’.

3. Kemudian, klik pada ‘Get credentials’,

4. Anda akan dibawa ke laman Surfshark. Log masuk ke akaun anda, dan skrol ke bawah.

Anda perlu salin Hostname, Service username, dan Service password seperti yang ditunjukkan dalam paparan tangkap layar berikut. Anda boleh salin mana-mana Hostname yang anda suka, tetapi dalam tutorial ini saya tunjukkan Hostname Malaysia.

5. Masukkan apa yang anda salin ke dalam kotak yang sepatutnya. Pilih protokol. Saya pilih OpenVPN UDP. Di bahagian port, anda boleh tukarkan ia kepada 1194 sepertimana yang tertulis dalam log perubahan di atas.

6. Siap! Sekarang anda sudah boleh gunakan Surfshark untuk melayari internet dengan tenang.