Salam..
Lama sudah tak kembali dengan artikel tutorial. Jika anda masih ingat, saya pernah membuat laman proksi berasaskan Google App Engine di sini, yang telah dimaklumkan melalui entri ini. Anda pasti tertanya-tanya, bagaimanakah cara membuatnya?
Baiklah, pada hari ini saya ingin kongsikan caranya dengan anda semua. Ianya mudah saja, tak perlu kepada pengetahuan teknikal yang tinggi! Cukup sekadar mahir Notepad!
Cara Membuat Laman Proksi (kredit kepada labnol.org)
1. Pertama sekali, sila ke laman appengine dan log masuk menggunakan akaun Google anda.
2. Klik pada butang ‘Create Application’. Jika anda baru pertama kali melakukannya, anda akan menerima kod verifikasi dari Google melalui telefon bimbit anda. Apabila sudah menerimanya, taipkan kod tersebut.
3. Pilih nama subdomain yang anda sukai. Contohnya, seperti yang telah saya gunakan: ‘misterhac’
Jangan lupa berikan nama kepada aplikasi anda.
4. Sekarang tibalah masa untuk anda memuat naik laman proksi. Pergi ke python.org dan muat turun fail pemasang (python-3.3.0.msi) dan pasangkannya.
5. Kemudian, pergi pula ke Google_App_Engine, muat turun fail pemasang Google App Engine SDK for Python dan pasangkannya.
6. Muat turun fail .zip ini dan ekstrakkannya dalam satu folder. Anda boleh sunting fail html yang terdapat di dalamnya mengikut kemahuan anda.
7. Klik pada Google App Engine Launcher lalu tetapkan nilai yang betul pada Edit – > Preferences…
8. Klik pada File – > Add Existing Application dan halakan ia kepada direktori/folder yang telah anda cipta pada langkah yang ke 6 tadi. Klik butang ‘Edit‘ dan gantikan YOUR_APP_ID dengan nama subdomain yang telah anda pilih pada langkah yang ke 3.
9. Klik Deploy. Kini laman proksi anda telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan!
Contoh laman yang telah siap dilancarkan:
Fakta:
1. Laman proksi ini boleh digunakan pada laman yang memerlukan flash seperti Youtube, Dailymotion, dan sebagainya.
2. Laman ini ada kuota/had penggunaan bandwidth.
3. Kalau hendak tentukan nama subdomain, lebih baik jangan letak perkataan ‘proxy’ kerana kebanyakan perisian sekatan seperti Websense dan Barracuda mempunyai ‘filter’ dan sudah tentu perkataan ‘proxy’ termasuk dalam senarai.
4. Laman ini tidak berkesan pada laman yang memerlukan log masuk seperti Gmail, Yahoomail, dan lain-lain.
Mr.Hac @ Dr. Freddy : Artikel berkualiti.